Loading...

Monday, January 31, 2011

Tenang yang bakal tak tenang II

       

        Semalam, balik -balik dari pergi Queensbay, dah agak malam, lebih kurang pukul 10.30. Aku memang ternanti -nanti 'result' pilihanraya kecil N05 Dun Tenang. Berita haram jadah satu pun aku tak tengok lagi, sebab tak ada peluang nak tengok, maklum la, telepon tak dilengkapi kemudahan internet dan iPhone pun aku tak mampu pakai lagi.

        Bukak terus surat khabar tabloid kegemaran aku sepanjang zaman, Harian Metroll.  Memang aku dah jangka benda ni berlaku, parti Bini Najib menang. Dayyum.

        Untuk laporan penuh, sila baca kat link di bawah. Kredit kepada Mr Obe a.k.a wartawan professional dari Harian Metroll. Sekian

http://harianmetroll.blogspot.com/2011/01/pakatan-rakyat-salahkan-calon-kurus.html




      

Saturday, January 29, 2011

Bangkit !

         Sambil lepak -lepak tengah malam ni dan sambil planning cuti esok nak buat apa, aku layan jap lagu Wake Up dari antara feveret band terunggul sepanjang zaman aku, RATM. Lagu dari debut album RATM ni memang antara yang terbaik pernah Zack hasilkan. Layannn...


******


Come on!
Uggh!

Come on, although ya try to discredit
Ya still never read it
The needle, I'll thread it
Radically poetic
Standin' with the fury that they had in '66
And like E-Double I'm mad
Still knee-deep in the system's shit
Hoover, he was a body remover
I'll give ya a dose
But it can never come close
To the rage built up inside of me
Fist in the air, in the land of hypocrisy

Movements come and movements go
Leaders speak, movements cease
When their heads are flown
'Cause all these punks
Got bullets in their heads
Departments of police, the judges, the feds
Networks at work, keepin' people calm
You know they went after King
When he spoke out on Vietnam
He turned the power to the have-nots
And then came the shot

Yeah!
Yeah, back in this...
Wit' poetry, my mind I flex
Flip like Wilson, vocals never lackin' dat finesse
Whadda I got to, whadda I got to do to wake ya up
To shake ya up, to break the structure up
'Cause blood still flows in the gutter
I'm like takin' photos
Mad boy kicks open the shutter
Set the groove
Then stick and move like I was Cassius
Rep the stutter step
Then bomb a left upon the fascists
Yea, the several federal men
Who pulled schemes on the dream
And put it to an end
Ya better beware
Of retribution with mind war
20/20 visions and murals with metaphors
Networks at work, keepin' people calm
Ya know they murdered X
And tried to blame it on Islam
He turned the power to the have-nots
And then came the shot

Uggh!
What was the price on his head?
What was the price on his head!


I think I heard a shot
I think I heard a shot
I think I heard a shot
I think I heard a shot
I think I heard a shot
I think I heard, I think I heard a shot

'He may be a real contender for this position should he
abandon his supposed obediance to white liberal doctrine
of non-violence...and embrace black nationalism'
'Through counter-intelligence it should be possible to
pinpoint potential trouble-makers... and neutralize them.
Through counter-intelligence it should be possible to
pinpoint potential trouble-makers... and neutralize them
and neutralize them, and neutralize them, and neutralize them'

Wake up! Wake up! Wake up! Wake up!
Wake up! Wake up! Wake up! Wake up!

How long? Not long, cause what you reap is what you sow.....



Tunisian riot against corrupt and iron-fisted rule of President Zine Ben Ali  (Jan 2011)




People across Egypt took to the streets on Tuesday in demonstrations against corruption and failing economic policies, rallies partly inspired by similar protests that rocked Tunisia this month. (Jan 2011)



Perhimpunan Bersih (Nov 2007). First time dalam hidup aku kena 'tear gas' dekat -dekat area Sogo. Bagero.



 Picture credit:

http://www.allvoices.com/contributed-news/7994010-25-january-in-egypt-so-far/content/66920570
http://asiancorrespondent.com/5580/paint-it-yellow/
http://www.heraldonline.com/2011/01/15/2757079/mideast-asks-after-tunisian-riots.html





Thursday, January 27, 2011

Mari menyedut

          

         Setelah mengisi angin tayar kereta mewah cik pentunang di salah sebuah stesen minyak terkemuka di dunia dan dengan isian tekanan yang betul (kira-kira 205kPa / 30psi), kami bergegas ke salah sebuah restoran yang terkemuka di Kulim pula. Nawaitu aku hanya satu, nak membeli salah satu makanan yang popular di dunia, iaitu nasik putih. Walaupun perut aku agak bagak,setelah makan makanan 'free' di majlis keramaian yang diadakan oleh kompeni, tapi disebabkan ada lauk ni,memang aku 'surrender' dan cepat-cepat aku mengibarkan bendera putih. Sudah 6 bulan rasanya aku tak menjamah Cerithidea obtusa masak lemak ni.
     
        Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih aku ucapkan kepada cik pentunang kerana telah membelikan antara lauk feveret aku sepanjang zaman, yakni siput sedut masak lemak. Memang 'class'. Venue makan aku bertempat di Azalia nombor 8, iaitu teratak sewa kepunyaan Sida R n H dan Madah Habismail. Layanan yang mereka berikan memang 5 bintang sebab menyediakan dapur gas untuk memerangat lauk dan juga set pinggan mangkuk, jenama bukan Arcopal.


        Aku makan dengan penuh khusyuk dan dengan rasa rendah diri sambil Madah Habismail turut serta mahu join aku. Awal -awalnya dia kelihatan sedikit segan, namun, akibat bunyi sedutan aku yang boleh didengari (mungkin hingga >80 dB), dia akhirnya tergoda. Sida R n H dan cik pentunang hanya memerhatikan dari jauh (sambil gaya menelan saliva).


       Memang kelas. Itulah yang aku dapat ungkapkan setelah menyedut siput sedut yang ke 21 dan juga yang terakhir buat hari itu. Kombinasi antara siput sedut, lengkuas, kunyit hidup,santan dan cili padi memang memukau. Sebagai acara penutup, kami disajikan dengan siaran 'Idola Amerika Syarikat' yang jurinya terdiri dari J-lo, dan sapa-sapa ntah.



      

"Aku berazam nak belajar cara-cara memasak siput sedut masak lemak suatu hari nanti'', getus aku sendirian.






Picture credit : http://www.flickr.com/photos/widie/323705536/

Wednesday, January 26, 2011

Selebriti join Intel. Cayalah ,bro !!

        
        Will.i.am ahli kumpulan Kacang Bermata Hitam (BEP) join Intel sebagai Pengarah Inovasi Kreatif. Memang terbaik la lu bro. Harap-harap boleh datang Kulim buat concert sepam. Aku nak mintak bergambar dengan ngko dan Fergielicious. Bole letak dalam profile photo dalam Fesbuk.

       Will, aku tak tau ngko dulu belajar mana tapi semestinya idea ngko dan aku harap setiap sumbangan ngko amat berguna pada masa depan. Dusyum.



"Aku kini Pengarah Inovasi Kreatif Intel", ujar Will.i.am. Apa ada hal?

23 and still unbeaten...apa ada hal??

           Bangun- pangun pagi, baru aku teringat, ada game kat Bloomfield Road hari ni. Alamak, aku dah lambat. Aku terus cargas ke tandas,capai berus gigi, gosok -gosok ala kadar dan basuh mata (mandi ala P. Ramlee). Malas nak mandi sebab sekarang musim sejuk. Suhu kat luar tu ha, mencecah paras negatif 2 darjah.


          Aku lambat sekali lagi. Kali ni bukan sebab 'technical error',tapi memang aku yang silap. Disebabkan aku nak pergi tengok game 'away', dressing pun kena pakai 'away' punya jersi la. Aku pakai jersi AON yang putih tu je.Kat luar aku pakai baju sejuk. Sejuk beb. Salji still turun.


           Lah, ape citer ni.Rugi...memang rugi. Sampai -sampai je dekat Bloomfield  dah 5 gol aku 'miss', nak buat macam mana, tiket dah bayar, kena pergi gak la. Aku manfaatkan sepenuhnya masa tambahan yang diberi pengadil malam tu, encik Peter Walton.

           Minit ke 100, aku senyum je. Senyum kali ni lain sikit sebab campur riyak sikit..Hahaha. Panjang tak mau -mau. Sampai sekarang ni aku duk seyum sorang-sorang. Ya, comeback itu yang menyebabkan sesuatu kemenangan itu lebih manis. Heeeee.







"Berbatov kini bukan 'Berbaflop' lagi tau", jerit beliau sambil main aci ligan dengan Chicharito.

Raya Cina dah nak dekat

    

          Keadaan opis yang dahulunya suram dan hambar kini makin ceria dengan hiasan -hiasan warna merah dan kertas -kertas atas siling. Baru  semangat nak kerja macam ni. Mood kerja aku 'up' 300%, disuntik pula dengan inisiatif cuti yang bakal dapat tak lama lagi.


          Bukannya apa, sebenarnya raya Cina dah nak dekat. Mengelilingi sudut ja lagi ni (around the corner). Dulu aku dapat buah limau Mandarin 3 bijik, tahun ni aku tak tau lagi dapat apa. Bagus jugak dapat buah limau Mandarin ni, dapat jugak la aku banyakkan kandungan vitamin C dalam badan aku ni. Mana cukup duit nak ambik 'supplement' ni, aku bukannya kaya macam Rosmah.


        Ada benda lagi besar dalam beberapa hari yang mendatang ni. Mak bapak aku akan buat lawatan ke rumah cik pentunang. Yang pasti , lawatan ni bukan lawatan sambil belajar  ataupun nak bincang pasal bisnes juta -juta, MLM suatu amalan mulia, ataupun pasal keputusan Piala Asia 2011. OK, aku pikir nak gunting rambut, trim misai dan buat rawatan spa sebagai persediaan. Kasi kacak sikit. Tunggu....


Mercu tanda destinasi cuti raya Cina mak dan bapak aku nanti.




Photo credit: http://4.bp.blogspot.com/_mvTD6EBSDug/TQYf6Fp0guI/AAAAAAAAAD4/k76aME76tYE/s1600/dsc04791fp5.jpg

Tuesday, January 25, 2011

Ikan jaket

         
       Hari ni  first time aku makan ikan jaket semula setelah bertahun-tahun tak makan. Lama jugak. Dah 4 tahun rasanya. Aku pun tak tau macam mana aku boleh makan ikan ni balik, hari ni. Turun ke kantin, usha -usha, tengok lauk, semuanya dah nak abis. Tinggal lauk-lauk tak popular ja. Tiba-tiba mata aku terarah ke lauk ikan jaket goreng  disumbat sambal. Aku kecur air liur.


        Ikan jaket bukanlah sesuatu yang baru dalam hidup aku. Masa sekolah dulu lebih kurang seminggu sekali aku akan jamah ikan ni.Tu belum kira lauk paling 'pundek' dalam sejarah skolah, sotong katak masak asam dan kari hati ayam hancur. Memang kalau menu macam tu kitorang ambik nasik sikit ja. Kalau lauk ayam, nasik mesti meggunung.

       Setelah ambil pinggan, aku ceduk nasik putih (aku ceduk sikit ja, dengan harapan nak diet sebab nak kahwin), kemudia,  aku ambil sekor ikan jaket goreng sumbat sambal, beberapa potong timun, tarok 3 senduk gulai kari dan tidak lupa, sambal belacan. Kombinasi paling menarik sekali. Macam kombinasi Messi, Xavi dan Iniesta.


        Aku pikir, alangkah cara kalau aku dapat makan ikan jaket goreng sumbat dengan kelapa pedas macam mak aku buat masa - masa sebegini. Panas -panas pulak tu. Memang terba -ek. Lepas makan, baring - baring, chill dan tidur kejap. Petang pulak pekena oren juice dan cempedak goreng panas. Fuhhh...




Ikan jaket. Korang jangan pandang sebelah mata pasal kesedapan ikan ni. Memang cara.







photo credit : http://media.photobucket.com/image/ikan+jaket+/ABGBEKA/233960516_403b612045.jpg

Monday, January 24, 2011

Tandas dan anda

         
       Aku terfikir. Kenapa 'design' perumahan moden sekarang tandas mesti ada dalam rumah? Tak seperti rumah -rumah kampung di zaman dahulu. Aku fikir balik, banyak jugak kebaikan kalau tandas ni dekat luar rumah. Bagi aku, boleh buat bisnes sewa, tapi tak la sampai juta -juta macam drama Melayu slot akasia, cerekarama dan sebagainya.RM 0.30 sekali masuk. Bayangkan, kalau sehari 10 orang masuk, aku dapat RM3.00. Dalam sebulan, dah dapat 'collect' RM90. Banyak tu. Dah boleh buat bayar insurans atau bil Maxis dah tu.


Rumah opah aku. Dulu tandas a.k.a jamban dia dekat luar (size lebih kurang besar phone booth kat London). Sekarang dah urban sikit. Suma kat dalam.




Jenis tandas yang aku terpikir nak bangunkan di luar rumah aku suatu hari nanti. Untuk kegunaan rakyat marhaen.


         Apa -apa pun, aku suka lagi kalau tandas dalam rumah. Senang dan pantas jikalau ada  kes -kes yang 'emergency' ataupun kes termakan julap. Bayangkan kalau aku duduk zaman dulu, kalau nak pergi toilet malam-malam, nak pasang lilin dulu la, cari torch light dulu la, itu kalau dah moden sikit, nak nye kalau zaman- zaman purba dulu, kena pasang obor la pulak nak pergi tandas. Kalu tak, gamaknya, tercicir la kau punya 'hasil' tu merata.


        Satu lagi yang dah lama aku pendam, korang ada tak tandas 'feveret'? Maksud aku, bukan tandas dekat rumah. Itu mesti la wajib korang guna, mau tak mau kena guna, takkan nak guna jiran korang punya toilet. Cett. Contohnya, kalau kerja dekat opis atau 'time' skola / duk hostel dulu? Aku ada. Aku siap buat Feng Shui lagi pasal tandas 'feveret' aku dekat opis atau skolah/ hostel dulu.


Contoh tandas yang menjadi all time feveret aku. Berilmiah dan dapat memberi aku sumber inspirasi.




Ni gambar tandas skolah aku dulu. Nyaman dan segar. Tempat paling sesuai untuk mendapatkan sumber ilham.
    





  

Sunday, January 23, 2011

Kenduri Joegi Satriani

         Bukan senang nak pergi kenduri selebriti ni. Lebih-lebih lagi Joe Satriani. Nasib baik aku member dengan Joe Satriani, tapi member aku ni Joegi Satriani. Musician jugak, sebab dulu time skolah dengan aku dia ahli kelab 'Wind Orchestra'. Sebab apa dapat nama Joegi?? Biarlah aku simpan ja dalam muzium 'batch' budak skolah aku.Nanti kejang otot nak gelak benda -benda pra matang macam -macam tu.

       Aku hadir bukannya secara solo, tetapi secara berjamaah. Ya, lebih afdal jika solat secara berjemaah. 27 kali ganda darjatnya dari solat secara solo. Geng kenduri semalam, cik pentunang, Sida R n H, Alimin TerraRossa, dan Jedi R n H. Macam biasa, 'transport' kami di sponsor oleh cik pentunang.


       Kehangatan kenduri semalam ditambah meriah dengan rombongan pengantin lelaki belah abang ipar menantu tiri Joe sendiri yakni Pali (peminat Telletubies), Lok pol , Adham , dan Syahrur Hidayat. Dari jauh mereka datang, iaitu Kolumpo. Rombongan pengantin lelaki lain pula diketuai Luqman dan pasangannya, Oli Aghipuk. Aku gembira tak terkata dapat berjumpa depa semua ni. Banyak yang kami bincangkan, termasuklah bisnes juta-juta, sistem piramid, MLM suatu amalan mulia, dan juga status Fesbuk masing-masing.

Joe dan pasangannya, Farrah. Dah macam Herman Tino dengan Hetty Koes Endang aku tengok. Lu memang Jawa tegar.



Barisan jemaah dan dif -dif jemputan.



Last but not least, 'pose' paling kawaii untuk milenia ni. Kudos !!

22 and still unbeaten..apa ada hal???

          Semalam aku sampai lambat kat Old Trafford Kulim,bukan sebab aku bangun lambat, tapi sebab 'technical error' keretapi dari London Perda. Dayum. Keretapi Virgin yang di jadualkan sampai pukul 11 dekat-dekat kawasan Manchester Piccadilly terlewat 25 minit dari waktu asal. Dah la lepas tu aku kena naik tram pulak ke Trafford. Aduss.

       Sampai-sampai dekat seat, tengok 'scoreboard' kat stadium dah 1 - 0. Abang Berba 'score'. Syabbas betthe.Puak -puak Birmingham ni memang nak kena. Aritu 'score' lagi gol kontroversi kat St. Andrews sapa suruh.

       Aku tersenyum girang sampai ke hujung pipi. Sikit lagi nak kena cuping telinga pada minit ke 92.




'Kejor Yeop Kejor' sorak bang Berba pada Shrek di belakang



''jom main pok amai - amai dengan aku??" soal Giggs




photo credit : http://www.manutd.com/

Friday, January 21, 2011

Tenang yang bakal tak tenang

         
       Setulus dan semulusnya, ikhlas dan serius aku katakan yang aku pertama kali dengar ada nama tempat nama Tenang dekat Malaysia ni. Aku ingat tenang ni untuk perasaan ja. Terima kasih gohmen sebab korang buat GE dekat Dun Tenang N05, Johor.Azhar Ibrahim (BN) vs Cikgu Normala (PAS). Diorang berentap 30 Januari ni. Gudlak aku ucapkan.


Azhar vs Normala @ Dun Tenang



           Cerita pasal nama Tenang, teringat aku pasal Si Tenang.Dugong yang dijumpai sorang pakcik nelayan dekat Johor, tak silap aku dekat area Selat Tebrau, kira -kira tahun 1999 dulu. Tahun tu aku dah bersunat rasanya.Heboh satu Malaya pasal dugong. Serius sekali lagi, tahun tu jugak aku 'first time' dengar binatang nama dugong. Dayum.


Dugong yang comel. Juga dikenali sebagai lembu laut.






photo credit:


Thursday, January 20, 2011

Thaipusam dan bagaimana aku mengharunginya

         Cuti Thaipusam yang diberi pada hari ini memang aku manfaatkan sebaiknya dengan perkara -perkara ibadah dan ilmiah. Disebabkan cik pentunang balik kampung, aku kembali solo sekejab (tapi rindu sama dia sangat -sangat sebab dalam hati masih ada taman).Kehkehkeh.Awal-awal lagi memang aku dah pasang niat nak bangun pukul 11 onwards. Tidur pun satu ibadah pe. At least, aku tak dengar orang duk mengumpat, tengok pompuan seksi,cerita biru atau seangkatan dengannya.Housemate aku sume pun dapat cuti, except Jeri sebab dia keja dengan gohmen.Kehkehkeh.


Get rich or die tryin', bak kata 5 kupang. Korang boleh buat benda ni time Thaipusam.


         Semalam Jeri punya kunci kereta Waja dia tertinggal dalam kereta. Naharem. Aku nak tolong pun tak tau.So, dia plan nak bawak moto Pachad untuk pegi keja. Moto aku memang aku tak rekemen sebab moto lama dan selalu buat hal.dah la nak start enjin selalu mati.Maklum la, moto Kriss.Kang tak pasal-pasal Jeri yang maki hamun aku kalo moto rosak tengah jalan. Dah la tempat keja dia jauh, nun di Vladivostok tu.Maaf, Mahang sebenarnya.Hasrat aku nak menjadikan tidur sebagai satu ibadah terkubur sebab dengan tak semena -mena aku mengoffer diri nak teman dia pergi kedai kunci. Harap2 buka la sebab mostly
kat Kulim ni, kedai kunci suma Cina yang conquer. Biasa la tu. Aku rasa kalo mana2 tempat pun sama. Susah nak tengok Melayu buka kedai kunci.Ni yang tiba -tiba semangt nak berniaga aku menggelegak balik ni. Ceh, semangat kejap je. Dalam hati kata, kerja makan gaji lagi bagus.Huh.


******

          Seawal 8.30 lagi kitorang dah gerak. Riki-riki botol kosong kat laman rumah dulu, dapat satu, sebab moto aku minyak dah kering.So, nak tak nak kena pegi stesen Petronas yang jaraknya lebih kurang 250m tu dengan keta bersama Jeri. Alang2 lepas tu boleh gerak riki kedai kunci yang buka hari ni.Kat Petronas tu ada bengkel keta, milik orang Melayu.

Aku tanya brader tu boleh tolong buka tak kereta Waja sebab kunci kereta Jeri ni tertinggal kat dalam.
        " Bang, ni ada kereta Waja ni problem sikit. Kunci tetinggal dalam kereta. Xda kunci spare", tanya aku.
         " owh. Camni kami tak boleh buat bang. kereta Waja ni memang tak boleh buat, sebab dia pakai kabel" ,balas brader tu.
" Kalau kereta Wira boleh la, korek pakai dawai je. Senang" sambung brader tu balik.

Adus. Haram. camana nak buat ni.Aku memang tak pakar sangat benda-benda automotif ni. Isi minyak kereta aku tau la. Satu lagi 'drift' kereta.Tu memang bidang aku, kalah nipis je ngan Tengku Djan.Cettpoorah berangan.

       Lepas setengah jam, setelah pusing-pusing Kulim cari kedai kunci, 'finally' dapat gak kedai kunci yang bole offer service. Macam biasa, mesti la orang Cina kan.Sampai je dekat umah aku, dengan rileknya dia dapat buka pintu kereta Waja Jeri tu. Lahanat.Pakai alat yang sempoi-sempoi pulak tu , termasuk dawai. Aku rasa tak sampai 4 minit.

        Mau tak mau, Jeri kena charge rm65 dengan mamat Cina tu. Naharem betul. Nasib baik dapat diskaun jadi RM60 dan nasib baik jugak bukan duit aku yang kena bayar.Yeargh, thats the price for being an expertise. Mamat Cina ni aku konfiden, bole rilek- rilek je 'hijack' kereta Ford Mustang aku senyap-senyap. Dayum.


*****

         Aktiviti tengahari sampai petang aku diisi dengan jalan -jalan cari cat. Cat yang dimaksudkan adalah cat rumah, bukan cat woman, cat erpillar hatta cat astrophy.
Alimin a.k.a Ali Terra Rossa ajak beli cat untuk dia cat rumah baru dia. Memang payah rupanya nak beli cat. weathershield la, odorless la,gloss la. Tu satu hal. Satu lagi nak pilih kaler memang la teramat sukar. Rambang mata aku. Lagi rambang dari tengok baju-baju dan jeans bundle yang cantik-cantik dan murah.Ape -apepun, enjoy pe cari cat ni. Banyak jugak kalori aku terbakar. Panas petang tadi sampai ketiak aku jadi kolam la jugak.

         Habis beli cat dan hantar dekat rumah baru Ali TerraRossa, kitorang lepak makan cendol dekat stesen bas Kulim. Layann...




Cendol. Dessert yang aku rate lagi tinggi dari Baskin & Robin punya aiskrem.






photo credit :
 http://gastronomicdiary.wordpress.com/2008/05/23/taiping-steamed-chicken-rice-cendol/
 http://www.ebaumsworld.com/pictures/view/42535/

Tuesday, January 18, 2011

HIV Test

      
         Cuti yang di 'carry forward' ke hari Isnin semalam sempena birthday Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Sha tidak aku persiakan. Sehingga sekarang aku masih 'confuse', kenapa dalam kalendar, 16 Januari ni tarikh lahir baginda, padahal, bila aku check balik dekat Wikipedia, birthday baginda ialah 28 November 1927. Ntah la, aku makin tak paham. Apa- apapun, cuti tetap cuti. Aku ingat cuti ni aku nak gerak ke Eropah, tapi lupa, tiket Airbus tak beli lagi. Aku tunda dulu hasrat tu.


Sultan Abdul Halim ketika muda. Kacak bukan?


        Seawal jam 8 pagi lagi, aku dah bangun. Sebenarnya, aku dah bangun lagi awal, lagi awal dari ayam-ayam yang bakal berkokok di awal pagi, namun kesejukan dan kedinginan salju membuatkan aku terus terpaku dengan suasana yang menyegarkan itu. Terima kasih cik pentunang tersayang kerana membuat panggilan untuk aku bangun menunaikan kewajipan kepada yang Maha Pencipta lagi Maha Besar. XOXO buat kamu.

        Memang cuti ni kitorang 'plan' baik punya. Nak buat HIV 'test'. 'First time' aku nak buat benda-benda ni semua. Berdebar - debar jugak time tu. Klinik kesihatan Kulim sasaran kami. Samapai- sampai dalam pukul 8.45 pagi, punyalah ramai umat dah beratur dan ada dekat situ. Tanya dekat kaunter, HIV test boleh buat pukul 2 petang nanti. Memang dayum.


         Sebabkan tak mau sia-siakan masa, sebab masa itu 'Dinar Emas', aku dan cik pentunang tersayang gerak ke Seberang Jaya dengan kereta mewah cik pentunang yang di import khas, Alza. Sampai - sampai, tanya kaunter, memang nasib baik, bole buat masa tu jugak. Lega.


          Ok, doktor cun dah panggil aku ni. Aku gerak dulu. Dia cakap nak 'inject' aku something kat belakang. Aku dah ketar...

Saturday, January 15, 2011

Mesyuarat agung tahunan di Domino's Pizza

        
        Dua malam lepas, Persatuan GBS dengan bangganya meraikan ulang tahun persatuan yang baru setahun jagung. Aku pun tak pernah tengok kalau jagung tu umur dia setahun macam mana. Pengerusi Persatuan GBS, saudara Alimin, kebetulan juga mempunyai tarikh lahir yang sama dengan Persatuan GBS ni. Tahniah di ucapkan kepadanya. Semoga murah rezeki, panjang umur dan semoga di-temukan jodoh tahun ini ya, Mr Chairman. Tak lupa juga, sambil menyelam, sambil buang air, ingin mengambil peluang untuk menyambut ulangtahun kelahiran saudari Madah yang ke 62 yang bakal tiba 2 hari lagi.


         Menginjak ke usia baru, macam -macam kita pikirkan untuk buat, berazam dan lain-lain. Aku pun sama. Azam aku biasa-biasa ja, agar aku masih hidup dan berkesempatan untuk sampai ke umur aku yang seterusnya. "Tu bukan azam la bahlol", getus aku kepada aku semula sendirian.


        Aku tak tengok cerita Twilight, tapi aku minat 'speech' sorang minah ni dalam satu 'scene' filem Twilight. Layannn...


" When we were 5, they aske d us what we wanted to be when we grew up. Our things were answers like astronaut, president, or in my case, princess..

When we were 10. they asked us again. We answered -rock star,cowboy, or in my case, goal medalist..

        But now that we've grown up, they want a more serious answer. Well, how about this...

                        Who the hell knows??

This isnt the time to make hard & fast decisions. This is the time to make mistakes. Take the wrong train
and get stuck somewhere chill. Fall in love - a lot. Major in philosophy because there's no way to ma ke a career out of that. Change your mind. Then change it again because nothing is permanent. So, make as many mistakes as you can. That way, someday, when they ask again what we want to be...

        We won't have to guess.


        We'll know.



"I believe dat i'm getting younger each day " bak kata Madah



Wednesday, January 12, 2011

Perempuan dan merajuk

   
          Semua makhluk di dunia ini merajuk, hatta semut sekalipun. Semut merajuk mungkin kerana kehabisan bekalan gula yang kian meruncing, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan yang kian hampir. Ok, stop. Itu aku meraban ja.

         Perempuan merajuk. Itu pun sudah menjadi lumrah alam. Kalau perempuan tak merajuk, maka hilanglah satu nikmat yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta kepada mereka. Perempuan merajuk dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi, tak kiralah dari aspek kekeluargaan, penjagaan diri, percintaan, malah juga dalam bidang professional.


Si genius yang masih tidak berapa nak genius mengenai wanita


          Antara faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu merajuk adalah kerana simptom PMS(Pre Menstrual Syndrome) yakni dalam bahasa ibunda aku ialah senggugut. Dalam cerita arwah P.Ramlee, 'first time' aku dengar perkataan senggugut, sebab dia ada cakap dia kena senggugut kat bini dia. Cerita apantah. Aku dah lupa. Apa yang aku baca, 3 simptom utama yang paling 'obvious' ialah 'irritability', 'tension' dan 'unhappiness'.

          Camana nak pujuk kalau perempuan merajuk? Ini yang bermain-main dalam minda aku sekarang. Mungkin aku akan cuba membeli tiket 'flight' pergi dan balik ke Eropah untuk 2 orang selepas ini untuk menawan semula seseorang yang telah merajuk. Ya, itu yang akan aku usahakan selepas ini. Cargass !!


Perkara sengal yang membolehkan sang isteri merajuk




Tuesday, January 11, 2011

Antara Hanis Zalikha, Elia & NDS

 
          Suatu pagi buta di Malinja,Wangsa Maju....


            Bicara Mapley setelah sampainya aku dan beberapa kenalan sementara menunggu kedatangan air minuman berkisar tentang benda-benda berilmiah. Hasil bacaan majalah kereta di rumah tadi, menyebabkan diskusi mengenai enjin terbawa-bawa sampailah ke Malinja ni. Shafril dan Aizad puas duk menyembang dengan aku tentang beza enjin 'rotary' ciptaan Pakcik Wankel, enjin 'horizontal' dan juga enjin biasa. Biasalah, aku agak lampi dalam hal-hal sebegini.Maklumlah, kurang berminat dan bukan bidang aku sama. Dulu time belajar aku pernah buat 'Stirling engine', tapi haram tak menjadi. Mungkin itu penyebabnya.


         Hasil 'google' tadi, aku terai 'recall' balik cabaran yang diperlukan oleh seseorang yang ingin mempunyai kereta berenjinkan 'rotary' seperti Mazda RX8,
They typically consume more fuel than a piston engine because the thermodynamic efficiency of the engine is reduced by the long combustion-chamber shape and low compression ratio.
(Sumber HowStuffWorks)


           Redong dengan Aseng senyap je mata melilau tengok orang queue tunggu nak order Char Keow Teow. Ceh, kat Kulim punya la bersepah orang jual,sedap-sedap pulak tu. Sembang punya sembang, Tejo pulak bagi iklan. Katanya nampak sorang awek ni macam Lisa Surihani dengan balak dia duduk dekat meja hujung. Terhenti seketika perbualan ilmiah yang sedang berlangsung tadi.
          
           Aku  : Lisa Surihani who??? (tanya aku dengan muka 'innocent')
           Tejo : cehh..buat-buat tak kenal pulak. Tu haa..muka persis Lisa Surirumah tu

Shafril, Redong, Aseng dan Aizad serentak memaling muka ke arah awek persis Lisa Surirumah tersebut. Sambung balik.

          Aku  : owh..em, ada la sikit -sikit. Tang pipi kut. (jawab aku sambil membelai pipi sendiri)
          Tejo :  Ni tak 'hot' lagi, Hanis Zalikha paling terbaek sekarang.
          Redong, Aizad, Aseng, Shafril : Owh, Hanis Zalikha. Tu memang la terbaik !!!
          Tejo : Ni lagi terbaik dari Lisa Surihani dan awek Khairul Fahmi, Elia.
         Aku  : Siapa pulak la Hanis Zalikha ni. Elia aku kenal la, awek Khairul Fahmi a.k.a Apek. Dia  
                    ada blog.
         Tejo : Ceh, ko ni tak up-to-date la, Hanis Zalikha. Gadis paling hot dekat Malaya sekarang.


           Naharem. Siapa Hanis Zalikha ni aku memang tak tahu-menahu langsung. Apa ada hal. Tak 'effect' pun hidup aku. Balik rumah baru aku tau. Hak tuih, ceh ini rupanya Hanis Zalikha. Mak aku lagi cun.

          Apa yang best sangat la depa ni, aku pun tak tau la. Yang aku tau, yang paling terbaik dan yang paling cun kat dunia ni semestinyalah, the one & only Siti Mariam. Cun woo. Sorry na cik pentunang tersayang, kamu pun 'champion' sebenarnya. My other half mestilah yang terbaik. Apalah sangat gadis -gadis di atas berbanding dengan kamu semua.


p/s :  " Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu beringat." [ Al-A'raaf, 26 ]

Kerja kerja kerja

          

        Entry kali ni aku baca dari sebuah blog yang aku follow,blogger dia Lucius Maximus. Idea dan pengetahuan yang dikongsikan dalam blog beliau amat menarik and once make me ponder. Lebih kawlat untuk berfikir tentang topik-topik berat ini ketika 'melabur'. Ya, 'melabur' di ASJ.

        Ini antara kandungan yang disampaikan. Chill.

******

“lucy sayang, ini teguran saya.tak boleh membandingkan sebuah negara yang telah membentuk negara selama beratus tahun dengan Malaysia yang baru 50 tahun membentuk negara. ia tak adil. sama seperti demokrasi di Sepanyol yang telah terbentuk sekitar 1800 berbanding di Malaysia yang baru 50tahun lebih.

pelan2 kayuh lah. nanti lagi 50tahun, maybe kita akan nikmati kemudahan seperti itu. anak2 cucu kita mungkin akan kerja 6jam sehari je. mungkin lagi 50tahun, PM kita first time dari berkulit gelap. mana tauuu.


jawapannya mudah, tiada kesenangan dalam membentuk ketamadunan. sepanyol contohnya, walau kini kita nampak mereka senang lenang bekerja 6 jam sahaja. tapi, sewaktu negara mereka hendak mencapai tahap itu, pada sekitar 1500 hingga 1800. negara mereka di galakkan menjajah negara timur untuk mendapatkan khazanah dah harta dari negara lain. dan kerja menjajah bukanlah perkara mudah. 24jam on call. mereka berperang, berbunuhan, crusade untuk survive. untuk glory dan semata-mata status civilization yang mereka rencahkan sendiri.

anak muda sekarang. mengelak hendak bekerja kuat. apa salahnya bekerja kuat? hidup sekali saja kan? kita ni ialah generasi X dan Y yang tahu komplen dan membanding-bandingkan untuk keselesaan yang memalaskan diri kamu sendiri. tiada negara maju yang kita lihat kini adalah negara yang tercipta sendiri menjadi senang. semuanyaada peristiwa kesusahan, bekerja kuat, revolusi, perang dan sebagainya.”

2010 Oktober 20 16:14

Betul apa yang dikatakan oleh kamu, tidak ada kesenangan dalam membentuk ketamadunan. Atau dalam erti kata yang lebih mudah, kalau mahu senang kenalah bersusah dahulu Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian kata pepatah, betul?

Kita juga tidak pernah senang dalam membentuk ketamadunan. Kita juga pernah berbunuhan, berperang, dijajah dan bermacam lagi. Kita melalui kesusahan sama seperti apa yang dilalui oleh Sepanyol dan juga negara lain. Mungkin beza antara kita dan Sepanyol, kita dijajah sementara mereka pula menjajah dan perbezaan jangka hayat negara Sepanyol yang telah terbentuk ratusan tahun lamanya dengan Malaysia yang belum mencecah 50 tahun usianya.

Jika itulah yang hendak dijadikan kayu pengukur (usia sesebuah negara) maka bagaimana dengan Jepun yang juga telah terbentuk ratusan tahun lamanya tetapi masih lagi mengamalkan budaya masa kerja yang panjang, malah lebih panjang dari puratanya rakyat Malaysia bekerja?

Terus-terang, bila aku menulis Plus Ultra, usia negara atau status negara itu maju atau tidak bukan menjadi pertimbangan aku. Sebaliknya aku lebih melihat kepada corak budaya kerja. Budaya kerja Eropah berbeza dengan budaya kerja Jepun, Malaysia mahu pun Amerika Syarikat.

Kamu mengatakan kita perlu menunggu mungkin 50 tahun lagi untuk mengecapi kesenangan seperti di Sepanyol. Kita perlu bekerja kuat kerana hidup hanya sekali, jangan malas dan jangan terlalu banyak membuat komplen.

Soalnya apa itu kerja kuat? Kenapa perlu kerja kuat kalau kita boleh kerja secara bijak? Bagi aku orang Jepun mungkin bangsa yang mengamalkan kerja kuat. Si isteri kalau boleh mahukan suaminya pulang lewat malam kerana tidak mahu mendapat malu dari jiran tetangga. Di Jepun sana khabarnya mereka yang pulang petang dianggap sebagai pemalas, isteri mana yang mahu suaminya dilabel seorang pemalas, bukan?

Itu kerja kuat. Dan kerja kuat bagi aku bukan kerja yang bijak tetapi sebaliknya kerja orang yang bodoh.

Apa itu kerja? Dari jam 8 pagi hingga 5 petang mengikut waktu pejabat awam di Malaysia dikira sebagai kerjakah? Bagaimana pulang ke rumah meluang masa bersama keluarga, kerjakah itu? Menumpukan pada hobi dan minat, bersukan dan beriadah, bolehkah dikira sebagai kerja?

Takrifan kerja yang mudah ialah sesuatu yang dilakukan untuk mendapat upah sebagai balasan. Tapi itu takrifan kaum pemodal. Takrifan kaum pemodal dan majikan yang ghairah menyuruh kita kerja kuat untuk tempoh yang lebih lama.

Jadi apa takrifan kerja untuk kita insan biasa? Kamu dan kamu di luar sana? Kerja ialah apa yang kita lakukan untuk faedah sendiri dan orang lain, khususnya mereka yang rapat dengan kita. Pulang rumah awal untuk meluang masa bersama keluarga? Itu kerja. Mempunyai lebih masa peribadi untuk hobi dan minat kita? Itu juga kerja. Beriadah dan bersukan? Kerja namanya.

Betul atau tidak? Itu semua kita lakukan untuk faedah sendiri dan orang lain. Di Jepun mereka malu pulang awal kerana itu tandanya tidak kerja kuat dan pemalas. Mereka lupa meluang lebih masa bersama isteri dan anak-anak juga satu pekerjaan. Itu sebab di Jepun kadar kelahiran sangat rendah, kerana si suami terlalu penat untuk bersama si isteri setelah pulang lewat malam ke rumah. Lelaki Jepun terlupa mengerjakan isteri mereka adalah juga satu pekerjaan!

Dalam pos Plus Ultra, ianya bukan tentang menyuruh kita jadi malas bekerja. Tapi sebaliknya apa yang aku ingin tekankan ialah ada banyak lagi perkara yang lebih penting dalam hidup ini dari ‘kerja’ yang kita buat di tempat kerja. Aku bangkitkan tentang budaya kerja di Sepanyol agar kita sedar di mana mungkin yang tidak betul tentang sistem budaya kerja kita. Mungkin kita tidak dapat mengubahnya sekarang, tapi mungkin di masa depan untuk generasi kita.

Hujah-hujah tentang kita negara membangun dan perlu bekerja lebih kuat dan lebih masa untuk maju adalah dongeng. Dongeng kerana yang sibuk berhujah suruh kita kerja kuat ini selalunya dari mereka yang di atas, baik dalam hirarki kerajaan atau hirarki syarikat. Mereka yang di atas ini tidaklah pula bekerja lebih kuat dan lebih masa membanting tulang empat kerat seperti kita orang kebanyakan.

Kita mahu jadi maju seperti Jepun, tapi sanggupkah kita mengorbankan kebebasan individu dan hidup kekeluargaan dengan bekerja seperti robot atau lebih hina, hamba abdi?

Jerman juga maju, tetapi budaya kerja di sana langit dan bumi bezanya jika dibandingkan dengan Jepun. Suruh seorang Jerman bekerja lebih masa di hari Sabtu dan Ahad ini, pastinya hari Jumaat sebelumnya dia akan menyerahkan surat perletakan jawatan.

Hidup ini hanya sekali, maka bekerjalah dengan bijak untuk faedah diri sendiri dan orang yang kita sayang. Apa guna kerja kuat? Bila sakit dan mati kerana kerja terlebih kuat belum tentu lagi CEO atau Chairman syarikat kamu bekerja datang ziarah kubur.

Nota tambahan:

Dalam pos RM3.1 Bilion Untuk Bonus? Celah Gigi Je, ada pembaca yang mengatakan cadangan Syamsyul Fadzli Mat ialah untuk waktu anjal agar pejabat awam dibuka paling sekurang-kurangnya 12 jam sehari, bukan untuk penjawat awam bekerja 12 jam sehari. Betul dan aku juga tidak pernah kata penjawat awam perlu bekerja 12 jam sehari, aku cuma tulis pejabat awam dibuka paling kurang 12 jam sehari.

Tapi aku masih juga merujuk kepada Sepanyol yang bukan saja penjawat awam bekerja 7 jam sehari, malahan pejabat juga dibuka hanya 7 jam sehari, 5 hari seminggu.

Soalnya, kenapa perlu buka pejabat, khususnya kaunter selama 12 jam? Supaya senang orang awam bikin passport?

Benda ini berbalik kepada budaya kerja dan sistem membuat kerja itu. Kalau kita hendak buka pejabat sampai 12 jam maknanya kita sendiri yang bodoh. Kenapa perlu buka sampai 12 jam, adakah kerana kerumitan kerja yang perlu disiapkan? Kalau begitu, cari jalan memudahkan kerja tersebut.

“Tapi perlu buka kaunter 12 jam supaya senang saya mahu buat passport!”

Permudahkan cara membuat passport. Kita sibuk bercakap penggunaan teknologi, aplikasi atas talian dan bermacam lagi. Kenapa tidak difikirkan cara pembuatan passport di mana pemohon hanya perlu memohon secara on line dan cuma datang ke pejabat atau kaunter untuk mengambil passport yang sudah siap? Atau lagi mudah, passport yang sudah siap dihantar terus kepada pemohon, boleh?

Memang mengikut cadangan Syamsyul Fadzli Mat, tidak ada penjawat awam yang perlu bekerja 12 jam sehari. Waktu anjal mengikut Syamsyul Fadzli Mat ialah antara 7 pagi hingga 4 petang dan 11 pagi hingga 8 malam.

Tapi macam aku kata, robotkah kita ini? Tidak ada keluarga? Tidak ada kehidupan lain luar pejabat? Mahu suruh orang bekerja 11 pagi hingga 8 malam sudah dikira melanggar norma kehidupan seorang manusia.

Terus-teranglah, kenapa ramai dari kita yang sukakan waktu kerja pejabat berbanding waktu kerja anjal atau mengikut syif? Kerana kita tahu yang terbaik ialah bekerja di pejabat awal pagi hingga awal petang. Dari petang hingga ke malam kita lebih suka punyai masa sendiri kerana itulah norma kehidupan seorang manusia.




Source : http://tronohtranquility.blogspot.com/search?updated-max=2010-10-22T09%3A28%3A00%2B08%3A00&max-results=5

Friday, January 7, 2011

Tiada lagi ku dengar kidungmu

        
         
         Dengan ini, saya mengisytiharkan, bahawa saya akan bersara daripada menyampaikan pengumuman pengisytiharan 'start' puasa, 'start' raya Aidilfitri dan juga raya AidilAdha.

     
        Terima kasih Pak Engku selama anda berkhidmat dari 1 Januari 1989 hingga 2 hari lepas, kira-kira dah 22 tahun. Rasanya tak sah tak dengar suara Pak Engku dalam setahun kalu nak raya.

       Adakah Datuk Haji Hasbullah Awang bakal menjadi 'successor' beliau? Sama-sama kita nantikan.




      

Lawatan ke kedai emas

      
           Semalam Ramli bersama murid-murid kelas 2 Mawar  pergi melawat ke sebuah kedai emas untuk melihat cara-cara pemprosesan emas, daripada melombong bijih emas, hinggalah ke pengukiran barangan-barangan emas.

        
           Itu cerita orang lain yang tak berkaitan dengan hidup aku. Semalam, ditemani 3 orang gadis cantik, ala Charlie's Angels, aku berpeluang pergi ke sebuah kedai emas di Bandar Perda, Penang untuk pernikahan aku. 3 gadis cantik itu yang dimaksudkan ialah bakal mak mertua aku, bakal kak ipar aku dan juga bakal isteri aku (yang tercinta). Maap makcik, melabel makcik sebagai 'gadis', namun nawaitu hanya untuk bergurau senda dan juga berharap makcik tetap sihat walafiat seperti gadis muda.


Salah satu lokasi filem Austin Power, "Goldmember"


          Kitorang pergi membeli emas di Kedai Emas Anuar. Memang kedai emas ni 'offer' harga yang berpatutan dan juga layanan yang cukup mesra alam. Harga emas semasa jenis 916 pada hari itu ialah RM136 per gram. Yang lain tu aku dah lupa. Sampai-sampai je kedai tu diorang dah nak tutup, tapi 'maybe' muka kami 'familiar' dan pernah berkunjung ke situ beberapa kali, depa layan juga. Syukur.


          Balik dari kedai, kami pergi Jusco Perda pulak. Kebetulan, Kak Nin puasa, dia nak berbuka di situ ja. Kami dinner dekat Black Canyon. Pergh, sedap jugak. Licin kami makan. Dinner malam tu dilengkapi bersama pakej 'ceramah perdana' oleh yang berbahagia Ustazah Hajah Maimunah. Terima kasih banyak-banyak atas nasihat yang puan berikan.


         Terima kasih cik pentunang tercinta sebab belanja kami. Esok-esok aku belanja pulak na. Nahaaiii.

Wednesday, January 5, 2011

Visiting Naira

          Ni aku baru balik dari melawat sorang awek yang sopan ni. Naira nama dia. Sweet bukan nama dia?. tergoda jugak aku tadi. Owh, maap. Aku bukanlah seorang pedo. Naira tu nama anak member aku, Nolia dan Zul. Tahniah buat mereka kerana berjaya menimang cahaya mata yang sungguh comel, cantik dan menawan serta manja.

  
         Tapi aku bukan datang berseorangan. Ditemani cik pentunang tercinta, Sorfina, dan juga pasangan romantik Sida dan Jedi. Jedi atau Jedy? Rozaidi mungkin.Ah, hentam saja labu. Mereka yang lain seperti Alimin dan Hamadah tidak hadir bersama kerana 'last minute' plan ini.




Naira. Seorang bakal gadis yang sopan lagi menawan. Memang 'true' perempuan Melayu terakhir.



           Kedatangan kami juga disambut oleh puluhan batang satay yang terdiri dari satay daging dan juga ayam. Barangkali mereka sudah menduga akan kehadiran kami. Terima kasih Nolia dan juga Zul di atas jamuan satay tersebut. Kenyang kami sehingga seperti hendak puasa sunat hari Khamis keesokan harinya.



   Naira sedang menikmati pelukan-pelukan dan ciuman mesra daripada mereka yang hadir sama.


           Naira juga tidak kurang hebatnya. Kecil-kecil lagi sudah pandai bergaya, mengalahkan primadona Malaya masakini, Rozita Che Wan. Gadis comel molek itu mengenakan pakaian manis bayi berjenama 'Guess' (cool huh?) yang aku juga tak pernah pakai baju berjenama Guess. Hebat Naira ni.


           Setelah hampir sejam lebih, kami pun rasa nak balik. Naira pun dah nak tidur. Esok nak ke sekolah, katanya. Gute nacht, Naira !!

Movie 2010

         "Woi apehal ni ungkit-ungkit story 2010?", agaknya itu yang dipikirkan oleh kucing belaan Mak cik An, jiran tetangga rumah sewa aku yang duduk sebelah rumah aku. Kucing tu merenung tepat ke arah aku yang sambil menekan punat-punat kekunci komputer riba. Macam mana dia masuk pun aku tak pasti, mungkin ketika aku sedang khusyuk melayan 'youtube' Pussycat Dolls bertajuk 'Jai Ho'. Bagero. Kucing itu seakan tahu aku akan menulis 'movie' yang telah aku tengok sepanjang 2010 yang lepas.


          "Ah, biarkan", hati aku meraung. Tak pa, Acap dah halau. Fuhh. Kang tak pasal-pasal kucing tu tinggal 'kenangan' dekat dalam rumah aku yang tersedia kepam aromanya.


        Ok,nak dipendekkan cerita, di bawah adalah cerita yang dah aku tengok last year :
1)When in Rome (lawak cerita ni)
2) From Paris with Love (humor campur ganas, Travolta tu)
3)Wolfman (banyak bulu punya cerita)
4) Percy Jackson (kisah mamat jambu ada kuasa sihir, pastu dapat awek cun)
5) Alice in Wonderland (layan la brader John)
6) How to Train your Naga (cerita kartun 3-Dimensi)
7) Ninja Assassin (Nama saya Rain)
8) Nightmare on Elm Street (sila potong kuku, abang Freddy!!)
9) Furry Vengeance ( Brendan Fraser dah gemok)
10) Iron Man 2 (Hero mesti menang punyalah)
11) Shrek 4 (habis dah)
12) The A-team (memang A punya cerita)
13) Toy Story 3 (aku baru start tengok cerita ni)
14) Despicable Me (lawak tak hengat)
15) The Other guys (Will Ferrell & Mark Wahlberg memang mereng)
16) Resident Evil 4 (zombie kampung pisang versi omputih)
17) Harry Potter & deathly hallows pt 1
18) Narnia 3 (1st tme jugak aku layan cerita ni)
19) Dah lupa yang lain-lain. Niyang Rapik ada kut. Ada Abg Awal yg metro.








        

Tuesday, January 4, 2011

Ron 97 dan durian

         Aku baru baca paper harini. Dah lama aku tak beli paper. Tapi aku tak beli pun, aku baca 'online' je. Naharem.


          Baru baca paper pukul 11.15pm, buka Berita Hairan online dengan 'Bintang' online, tup tup, harga minyak RON 97 dengan kerosene naik. Hadiah tahun baru dari Najib 1M, pada 4 Januari 2011. Best bukan? So, sekarang ni, bagi sesapa yang duk guna RON 97, harga minyak ni dah naik 1 kupang (cakap orang Kedah/Penang), ataupun sepuluh sen (cakap orang Kay-Ell) secara amnya. Sikit ja sekupang. Beli coklat Hacks dapat la 2 bijik kat kedai mamak.Dengan ini diisytiharkan RON 97 jadi RM2.40. Dayum.

      
         ''Nasib baik aku guna RON 96, harga tak naik, kualiti minyak juga terjamin, kandungan sulfur juga rendah" getus aku sendirian sambil meneguk Nestum Honey 3 in 1 yang baru dibancuh tadi. Aku selalu mencampur minyak RON 97 dan RON 95 berselang seli kalau nak isi minyak. Last week isi 97, this week isi 95. 97+ 95, then bahagi 2, hasilnya RON 96. Bagero sungguh. Bajet Jabir Al- Hayyan.


*******


          Cuti 4 hari membuatkan aku tercari-cari durian untuk dimakan, tapi sekarang musim durian ke? Beberapa minggu lepas aku terjumpa ada Uncle ni dekat area Junjung ada bukak 'stall' kecik jual durian, bajet-bajet petang nak singgah nak beli, last-last petang tu dah tutup. Habis stok gamaknya. Mengidam tak sudah aku.



Bila lagi aku nak makan kau ni. Nahas kau bila aku jumpa!!


          Agak-agak aku la, ada tak orang akan makan buah durian ni kalau orang zaman dahulu kala tak pernah terpikir nak 'kopek' buah durian. Ye la, buah banyak duri, gerun jugak tu tengok. Aku try relate dengan satu pepatah Inggeris " Dont judge a book by its cover". Adoii, ketagih durian la pulak. Nahaiiii....



picture credit to: http://www.penangtuapui.com/2009/06/balik-pulau-durian-the-durian-stalls/

Aku tengah meraban...terpikir pasal binatang main FB


Nyamuk : Baru habis ronda rumah Moski... kenyang gila siak...burp, Alhamdulillah. ..

Dr. Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu..putus dia punya ekor

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Tikus: Aku makan mee goreng kat kedai mamak tadi. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu..

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah Rozmi, ko kawan aku yang ke 5000.

Sunday, January 2, 2011

Satu Haribulan Satu Dua Ribu Sebelas

         

         Sambutan tahun baru? Ya, aku menyambut tahun baru aku di Bintang Walk, Kuala Lumpur. Aku tengah syok-syok ni main buih. Banyak gadis-gadis di keliling aku. Boom...boom..bunyi mercun..."Happy New Year", sorak orang ramai disitu sejurus board 'countdown' 2011 menunjukkan tepat jam 12 tengah malam.


         Mimpi. Cerita di atas tu cuma imaginasi semata-mata. Maaf. Aku berkhayal bagai ' Alice In Wonderland '. Aku sebenarnya memulakan tahun baru Gregory aku dengan berbaring di atas tilam kepam aku, sambil tangan aku memegang remote control tv. Aku duk layan TV3 midnite news je.Ok la tu, mulakan tahun baru Gregory dengan aktiviti keilmuan. Lahabau keilmuan.

         
           12 jam selepas itu, aku mulakan aktiviti aku dengan aktiviti yang baik juga. Kenduri kahwin. Yes, dapat makan nasi minyak lagi dengan air sirap limau yang superb. Sebenarnya, ini kenduri kahwin member ms. pentunangku yang tersayang, Sorfina. Venue, dekat bandar Di Raja Perak, Kuala Kangsar. Memandangkan aku seorang Yeop sejati, aku memang tak mau lepaskan peluang ini.


           On the way balik dari Kuale, hujan lebat. Kitorang nampak 13 kereta accident. Sederet pulak tu. Tapi lega, tiada kemalangan jiwa raga dilaporkan.


Selamat tahun baru, pengantin baru, dan serba baru semuanya. Tahniah, saudara Faizal dan isteri!    

        8.45pm. Aku kemudian berada di West Midlands untuk menonton match United dengan West Brom. Bagus layanan di stadium ni. Aku beli burger dengan air coke sebelum sepak mula. Cuaca masih sejuk tak ingat.


        Berbaloi aku beli tiket tengok game jauh-jauh, dah la away pulak tu. United menang penuh bergaya dan amat bernasib baik. Mamat Mexico "Little Pea" tu berjaya lagi sumbat gol kemenangan dekat away.


       Aku tidur dalam senyuman hari itu.


"Yea yea..aku dapat peluk Shrek", teriak Chicharito.