Showing posts with label Baru berjinak2. Show all posts
Showing posts with label Baru berjinak2. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Memeriksa buku

8.20 malam.
Aku baru lepas pekena mengaji Koran. 'Challenging' juga baca Koran ni sambil dukung Muhammad Akif. Sambil aku baca, dia pun turut 'busy'- tak menang tangan nak selak-selak dan menjilat kitab Koran tersebut.

Nak tinggal dia kesian. Aku letak bagi dia merangkak, dia pulak duk capai kaki aku nak kerabat naik.

Alahai.

8.45 malam. Habis baca Koran.
Sambil dekat dengan meja makan,sambil belek-belek telefon pintar aku, kemudian capai buku catatan harian Nur Adelia dalam beg dia. Buku log harian dari pusat jagaan. Kemudian, aku buat 'spot check'.

'Aktiviti 4.30 petang: Aktiviti perkembangan kreativiti & estetika ->
Membuat gaya 'gummy bear'

Mai mana gummy bear ni?


Monday, December 8, 2014

Monday, August 11, 2014

Tabligh

              Sabtu lepas, aku turun kota metropolitan Selama, Perak. Tanah tumpah kelahiran aku tu. Ada kenduri kahwin kawan sekolah rendah aku, Akmal. La ni dai dah jadi Pegawai Peladang. Hebat tak hebat cakap hang. Tanya sahaja apa benda pasal perladangan;hortikultur, antropologi, komoditi -semua dia boleh jawab. Hebat tak hebat habaq hang.

Kenduri kahwin pun sampai tema warna hijau. Memang perladangan punya orang. Respect.

            Majlis walimatul urus ni juga mempertemukan aku dengan beberapa kawan lama sekolah rendah yang lain, antaranya Huzaimi, Azwar, Nadia; yang juga saudara aku dan juga Mat Ramli. Mat Ramli ni memang 'legend'. Lama betul tak berjumpa dengan dia.

           Dengar khabar paling akhir dulu, kawan lain ada cakap yang Mat Ramli ni ada 'join' tabligh. Bagus betul. Alhamdulillah. Sampai Pakistan atau India itu aku tak pasti.

          Untuk menjawab persoalan yang terbuku di pikiran aku selama ini, aku pun bertanya Mat Ramli. Sambil tanya tu aku 'pass' anak kedua aku, Muhammad Akif kepada dia. Suruh dia pangku atau dukung pulak. Lenguh woi nak sembang panjang sambil dukung anak. Dia pun aku tanya masih solo dan aku perati tengah bertangan kosong ketika itu. Maklumlah, baru lepas pekena rokok.

          Ya, Mat Ramli mengaku dia pernah ikut serta kumpulan tabligh. Sekarang ni tak dah sebab dia sibuk buat kerja-kerja kampung. Apa-apapun, semoga maju jaya dan semoga rezeki mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

         Secara auto juga, kesah tabligh ini mengingatkan aku tentang kegiatan tabligh semasa aku di bangku pengajian dulu. Di Gambang, Pahang.

         Satu persoalan; zaman study dulu, kalau geng tabligh mai ketuk bilik hangpa, apa hangpa bikin? Sila jawab dengan jujur sekadar termampu.

         Ada aku teringat taktik yang pernah aku buat ialah, kucar kacir kacir cari gayung dengan pakai tuala siap dan bersedia untuk mandi. Ada juga beberapa kawan lain yang siap tutup lampu, kunci pintu dan mengawal pernafasan untuk mengelakkan bilik dikesan ada orang.

          Yang paling kejam juga ada yang perlahan lahan keluar dari bilik untuk kononnya menjawab telefon, padahal tak ada orang call, sambil buat-buat ada urusan penting. Masa tu geng tabligh dah nak start bagi ceramah.


             


Friday, June 13, 2014

Kisah tokwan belah mak

            Kesah ini aku ceduk dari laman sosial Fesbuk Paksu Yusof aku. Paksu aku ni pandai mengarang. Kalau mengarang dalam bahasa orang putih lagi lah dia power. Maklumlah, pernah jadi 'journalist' di akhbar The Star,sekitar dekad 90an dahulu.

           Kesah orang-orang yang terdahulu daripada kamu, untuk dijadikan pedoman dan panduan. Dan ya, arwah tok wan (belah mak) aku juga pernah bela anjing, seingat aku waktu aku darjah tiga dahulu. Lebih kurang 20 tahun dahulu. Warnanya hitam dan saiznya besar. Untuk dibuat jaga kebun dan dusun. Pernah juga aku dibawaknya ke kebun untuk menjenguk anjing itu. Power betul dia bertarung dengan babi hutan, sebab selalu sondol pokok buah-buahan di kebun.

******

          Syukurlah ayah aku dulu meneroka tanah di kampung pedalaman enam atau tujuh dekad silam. Berbekalkan kapak dan beliung dan mancis gamaknya, beberapa ekar tanah diusahakan dengan keringat peluh dan darah untuk membuka hutan dilereng bukit dijadikan kawasan pertanian.

           Khabarnya sebatang pokok sebesar dua pemeluk mengambil masa beberapa hari untuk ditumbangkan. Selepas kering, pastilah dibakar. Itulah teknik meneroka hutan zaman dahulu - 'slash and burn' - satu rangkap perkataan yang hari ini menjadi mimpi ngeri pencinta alam sekitar daripada dunia barat hari ini. Tetapi pada masa itu, ianya adalah survival.

           Berketurunan darah Pattani, hutan dan gajah bukanlah asing baginya. Ayah aku juga membela beberapa ekor gajah semasa remajanya untuk menarik kayu-kayu balak yang ditebang.

Hebat. Amazing! Peneroka yang hebat, walaupun susuk tubuhnya tidaklah sebesar mana.

           Hari ini anak-anak dan cucunya memain-mainkan jari jemari di skrin telefon pintar dan bukannya memegang kapak atau beliung.

           Hari ini, sambil mengalis-ngalis jari di skrin telefon pintar, aku terbaca kisah peneroka bandar di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur yang mungkin dulu mengerah keringat mendirikan rumah lebih 50 tahun dulu dirobohkan dengan sekelip mata. Aku tidak boleh tidak, tetapi teringat pengorbanan generasi lampau yang bekalnya hanya kudrat dan semangat.

Nasib baiklah ayahku hanya peneroka hutan di belantara yang jauh dari bandar. Tidak ada apa yang dapat aku balas, kecuali doa dan hadiah ayat ayat suci untuk ayahku.

Tuesday, April 15, 2014

Persembahan dari Adelia

              Hampir setiap hari lagu ni Adelia duk pekena. Seangkatan dengan lagu Frozen 'Let it go'. Gua zaman kecil-kecil dahulu, hanya tahu beberapa kerat lagu tadika atau bahasa orang putihnya, nursery rhymes saperti Old Mcdonald dan brader John saja.

Layan Adelia punya lagu kesukaan ni, sampai gua yang berjiwa nasyid dan irama Malaysia ni pun terlayan sama.

Apa punya tuurr.

             Sebenarnya syok juga. Bolehlah aku dan Sorfina pekena persembahan tarian dan nyayian secara 'unplugged in Kulim' oleh Adelia yang dah cukup dua tahun tu bulan lepas. Alahai.

Jom layan.

Wednesday, March 5, 2014

Anak bijak (InsyaAllah)

           Hah. Nah. Artikel ni aku baca dan ambil dari majalah Masa (TIME), yang aku suka (like) dari laman sosial fesbuk aku. Para ibu bapa, bakal ibu bapa, bakal menteri, bakal pengetua dan segala bana bakal bolehlah baca dan ambil manfaat dari tulisan ni, terutamanya aku.

          Info yang berguna.Semoga kita boleh ambil manfaat darinya sambil mencontohi peribadi Rasulullah S.A.W.

******
Rumusan:

How To Make Your Kids Smarter: 10 Steps Backed By Science

1.Music Lessons
2.The Dumb Jock Is A Myth
3.Don’t Read To Your Kids, Read With Them
4.Sleep Deprivation Makes Kids Stupid
5.IQ Isn’t Worth Much Without Self-Discipline
6.Learning Is An Active Process
7.Treats Can Be a Good Thing — At The Right Time
8.Happy Kids = Successful Kids
9.Peer Group Matters
10.Believe In Them

One final note: Intelligence isn’t everything. Without ethics and empathy really smart people can be scary.

Artikel penuh di http://ideas.time.com/2014/03/04/how-to-make-your-kids-smarter-10-steps-backed-by-science/
   

Wednesday, November 6, 2013

Bison dan Adelia

Suatu hari di pagi Aidil Adha yang lepas, di Yellowstone Park.

Gambar kenang-kenangan Adelia bersama bison belaan beliau. Belum cukup haul untuk dikorbankan.


p/s: Kucar-kacir juga nak guna Microsoft Paint buat benda ni.

Saturday, November 2, 2013

Pekerja warga asing


          Disebabkan beberapa minggu ni heboh dengan kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang pak gad atau lebih senang dipanggil 'jaga bank', makanya aku dengan masa senggang yang ada cuba untuk melayari laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA.

           Aku cuba perati ruangan pengambilan pekerja warga asing. Mana tahu, berguna nanti.Pengambilan pekerja warga asing di Malaysia diluluskan untuk beberapa sektor :

perkilangan
perladangan
pertanian
pembinaan
sektor perkhidmatan



            Melihat kepada senarai warganegara yang terlibat, saya berpendapat bahawa warga Bangladesh telah tiada dalam senarai warga asing untuk pengambilan pekerja dalam semua sektor diatas.

Levi disini bukan bermaksud anak kepada Yaakub A.S; berdasarkan kitab Genesis (Book of Genesis), tapi 'Levy' bermaksud, "an amount of money that must be paid and that is collected by a government or other authority".

Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Malaysia Investment Development Authority); MIDA.

Friday, July 26, 2013

Memori kad raya

Diceduk dari laman fesbuk aku :

           Puasa dah masuk 16 hari, tapi satu habuk kad raya pun gua tak dapat lagi ni.Jadi baran pulak gua tiba-tiba. Selalu masa-masa macam ni paling kurang tujuh,lapan kad dah patut ada dalam tangan gua; selalunya hasil kiriman rakan-rakan sebilik darjah dan juga makwe-makwe kelas sebelah. 

           Dah ada tujuh,lapan keping kad raya baru semangat naik sikit nak gantung.Gua target nak gantung dekat kawasan tangga rumah gua.Mak gua pun dah bagi 'green light' untuk gantung situ. Apa ada hal? 
Serasi gamaknya, dapatlah buat sebagai hiasan dan bacaan bagi para tetamu yang berkunjung nanti.

Sebenarnya, bukan nak buat hiasan pun. Konon.

Biasalah, nak eksyen sikit. Siapa dapat kad raya paling banyak, dialah yang paling power dan paling popular.

Tapi, tu cerita dulu-dulu lah.

Sekarang, benda ni dah pupus.

Macam dinasour; orang putih kabor.


           Ya amppooon. Meraban apa pulak aku ni. Zaman internet, Apple, fesbuk, whatsapp, air sarang anai-anai apa bana semua ni; mana ada lagi 'scene' kirim-kirim kad raya ni. Dapat kad suruh mengundi BN ada la aku dapat awal tahun sudah.

         Kali terakhir aku dapat kad raya, yang betul-betul true punya kad raya ialah 11 tahun sudah. Bekas cikgu kelas aku masa di SAS dulu. Terharu habaq hang bila dapat. Tapi yang tak ada bunyi muzik raya dan bau wangi tu lah.

         Tadi lepas solat Jumaat aku bergegas cari kedai alat tulis sekitar Kulim.Aku ada rancangan besar kali ni.
         Sampai dekat dalam kedai, aku mintak sama adik jaga kedai tu gam, kad manila keras, sampul, liquid paper dan kertas warna dua keping. Aku kabor aku nak beli untuk anak. Adik tu senyum sinis dekat aku. Apa dalam otak dia aku rasa aku dapat baca sikit-sikit.

        Ok. Semua dah lengkap. Cun. Masalah besar sekarang ni ialah pembelian setem. Paling murah setem sekarang aku perati harga dia RM0.50. Patut la kad raya dah pupus. Ramai yang beli untuk buat hiasan saja. Cehh.

          Jangan kacau aku ni. Tengah berjuang ni. Aku pikir nak kirim kad raya ke mak abah aku,mak mertua aku dan kedua belah Opah aku nun jauh di kampung halaman sana. Amacam?
       

Thursday, July 18, 2013

Sahaja aku puasa lain kali....

           Tahun ni punya puasa memang aku jadi cukup indie.Indie dalam bab-bab menguruskan rumah tangga dan urusan kekeluargaan. Tahun pertama berpuasa kami 3 beranak-aku, Sorfina dan Adelia. 2011 dan 2012 punya puasa aku masih menetap dengan keluarga mertua aku.

           Menyambut puasa dengan keluarga kecil ni satu pengalaman yang cukup mendebarkan dan mengujakan. Tambah pulak Adelia dah makin membesar dan banyak ragam. Geram juga aku. Bukan geram betul, geram sebab dia terlampau 'innocent' kata orang putih. Rasa nak cubit-cubit dan gomol aja. Mentang-mentang baru pandai berjalan;lebih kurang 2 bulan sebelum Ramadhan kali ni.

          Disebabkan rumah dah baru, maka perjalanan pun makin dekat. Alhamdulillah. Syukur.10 minit dah sampai rumah dari kilang,termasuk masa jem. Kalau duk Kolumpo, masa jem hangpa toksah nak habaq dia punya power.

          Hujung minggu lepas macam biasa kilang bagi cuti.Aku dan Sorfina pun secara autonya cuti. Dapatlah melepak dengan Adelia. Best woi. Ramadhan hari ke-empat. Aku dan Adelia pekena bangun lambat Sabtu tu. Pukul 11 baru bangun. Amacam?

          Tengah hari tu lepas mandi apa semua, kena bagi makan Adelia. Hampir terlupa pulak aku dan Sorfina yang mek ni sebenarnya belum mencapai status syarat wajib berpuasa. Apa benda pun tak beli lagi,justeru bahan masakan tak ada. Telur ada lah. Jadi, tengah hari tu Adelia makan nasi putih dengan telur dadar goreng.

          Tugas menyuap makanan diserahkan kepada aku. Sorfina ada kerja seperti menyidai baju, mengemas rumah dan lain-lain untuk diselesaikan. Aku mula-mula agak keberatan nak terima tugasan ni, memandangkan nasi putih bersama telur goreng tersebut tampak menyelerakan. Aromanya memang cukup menggiurkan. Puasa-puasa ni nampak nasik putih dengan telur goreng macam nasik biryani sama dengan ayam tandoori.

          Aku sahut akhirnya. Sebab tugas mengemas rumah dan menyidai kain tampak lebih mencabar dan penggunaan kudrat yang tinggi. Aku perlu menjimatkan kudrat untuk memotong rumput di luar rumah petang nanti bersama-sama dengan membasuh kereta secara indie.

           Berselera juga Adelia ni makan telur ayam goreng dengan nasi hasil suapan tangan aku. Sebelum-sebelum ni macam kurang saja selera dia. Macam tau-tau aja aku ni puasa. Tak pa, tak pa. Tunggulah satu hari nanti. Sambil-sambil tu, ada sesekali tu ada jugak aku nak ter masuk mulut nasik-nasik serta telur goreng yang terjatuh dari mulut Adelia. Nasib baik cepat-cepat ingat. Selamat.

''Lain kali lah !" - jawab Adelia bila aku tanya bila mau puasa.

Tuesday, June 11, 2013

Gunting kelapa

           Dua tiga minggu lepas aku dapat balik menziarahi Opah aku di Selama. Alhamdulillah. Dia masih sihat walaupun tak boleh bergerak sangat. Cepat lenguh katanya. Maklumlah, umur dah masuk 84 tahun. Cuma yang tak best sikit opah tak boleh jalan naik kereta jauh-jauh. Naik kereta dalam 15 minit dah mengadu sakit belakang. Apa nak buat.

          Sekarang Mak Ndak aku yang duk jaga Opah. Banyak betul jasa Mak Ndak jaga opah,lepas kematian Mak Long 4 tahun lepas. Justeru, Opah dah tak banyak lepak di rumah dia di Rantau Panjang, lebih kurang 6 kilometer dari pekan Selama.

           Sesekali dapat balik kampung memang sempoi habaq hang. Segar betul udara. Ada sekali Opah aku minta tolong aku kupas kelapa,atau orang Utara cakap 'buah Nyoq'. Katanya,nak santan untuk buat masak lemak pucuk paku. Memang terbaik dari ladang bikam wa cakap lu, kalau Opah atau Mak Lang aku buat masak lemak pucuk paku. Makan nasik memang tak sah tak tambah woi.

         Opah aku cakap takat kupas kelapa/nyoq ni kerja orang perempuan ja. Orang perempuan dulu fizikal kuat-kuat. Habaq apa saja benda lasak -masuk hutan, menoreh getah, tebas semak, buat bendang, panjat pokok dan lain-lain. Opah aku cakap dulu dia masa kerja menoreh getah dulu siap mengendong Mak Lang aku (baru 1 tahun lebih) masa tengah menoreh. Power tak power.

          Aku harap Adelia bila dah hidup dalam zaman Wawasan 2020, tak lupa susah payah orang-orang yang terdahulu.

Aku ingat nak kupas guna gigi saja, tapi cepat-cepat Opah aku halang.

Thursday, May 23, 2013

Jemputan

            Kepada hangpa semua, dijemput hadir ke majlis kechil-kechilan dan yang tak seberapa ini, yang dibuat bersempena masuk rumah baru ni di Kulim. Bukan ajak-ajak ayam ni, tapi jemput betul-betul. Jemput mai jom.Disebabkan jemputan, maka aku akan tulis dengan ayat skema buku teks Bahasa Melayu.

******

Bismillahirrahman nirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera,

            Dengan rasa penuh kesyukuran dan besar hati, kami, Mohd Fahmi Ismail & Nur Dini Sorfina Azaman, ingin menjemput kalian semua ke majlis kesyukuran+ bacaan Yasin; sempena meraikan rumah baru kami di Kulim dan juga sambutan ulangtahun kelahiran anak kami yang pertama.

Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh :  1st June 2013 (Sabtu) /22 Rejab 1434 Hijrah
Masa   : 11.00 pagi - 3.30 petang
Lokasi :  326, PERSIARAN KULIM UTAMA 1/3,
               KULIM UTAMA,
               09000, KULIM,
               KEDAH.

          Semoga dengan kehadiran tuan dan puan serta sekeluarga sekalian dapat memeriahkan lagi majlis. InsyaAllah.

Peta harta qarun

Friday, April 26, 2013

Kanak-kanak dan mengundi

        Sejak aku dapat tau tentang kisah Darwish dan Darwisha melalui fesbuk,kanak-kanak yang sudah mampu membaca dan menghafaz kesemua surah dari juzuk 30 Al-Quran dan beberapa surah lain semenjak berusia 3 tahun, aku mula mengikuti blog mak depa. Mak Darwish dan Darwisha ni juga seorang pengasas 'Islamic Parenting Network'. Hangpa semua boleh tau lebih lanjut tentang Islamic Parenting Network ni di laman web ini :http://www.islamicparentingnetwork.com.my/

        Justeru, bila dah subscribe (secara percuma), aku akan dapatlah emel dari mak Darwish dan Darwisha ni,yang bernama Puan Lina Karim. Nama penuh aku tak berapa pasti. Kali ni aku nak kongsi tulisan dia dalam emel terbaru yang aku dan semua 'subscribers' lain dapat. Semoga bermanfaat.

******

Assalamualaikum Fahmi,

Emel kali ini saya cuma hendak mengingatkan supaya Fahmi tidak terlepas peluang memberi pendedahan kepada anak serba sedikit tentang politik dalam suasana PRU13 yang berlainan dari suasana hari biasa-biasa ini.

Masa terbaik untuk bercakap tentang politik kepada anak-anak adalah sekarang! Tetapi ingat.. jangan sampai kita cenderung ke parti kesukaan kita utk mempengaruhi anak kita seperti mereka itu akan pergi mengundi pada 5 Mei nanti!

Saya tersedar tentang peluang ini bila hari2 biasa perjalanan yang sudah biasa dilalui anak-anak saya dengan kereta rupanya menarik perhatian mereka. Hari ini tidak sama seperti hari2 sebelumnya. Banyak bendera pelbagai parti politik menghias jalan. Darwish dan Darwisya masing2 berebut utk bertanya. Topik yg saya rasakan terlalu awal utk diperbincangkan diusia mereka ini akhirnya terpaksa dikupas dengan panjang lebar. Termasuklah tentang apa yang dikatakan menyusun strategi utk satu parti politik menang. Pelbagai vocab baru mereka pelajari dlm proses penerangan saya. Dalam hati saya.. moga satu hari nanti mereka akan mendengar perkataan2 pelik ini kembali.

Satu petang ketika saya membawa anak jiran bersama dgn anak saya, saya terdengar mereka menerangkan kepada kawan mereka itu perkataan2.. election, majority vote, party flag dan sebagainya. Walaupun ada yg tersilap penerangannya kepada kawan mereka itu, tetapi saya rasa sungguh seronok mendengarkan mereka menggunakan perkataan2 tersebut.

Kita selalu ragu tentang samada mereka faham atau tidak apa yg kita cuba terangkan hingga menyebabkan ianyalah yang menjadi 'PENGHALANG' utk kita berbual dgn anak kita ttg kehidupan. Tetapi percayalah.. Mereka sudah BERSEDIA mendengarnya bila mereka sudah diberi KELEBIHAN BERTANYA oleh Allah.

Sentiasa ingat bahawa anak sedang memerhatikan kita. Mengundilah dengan berhemah dan jika berkesempatan bawalah anak melihat keadaan hari mengundi kerana ia akan terpahat didalam memori mereka sehingga ianya terjadi lagi pada 5 tahun yang akan datang. Rajinlah menerangkan mereka kenapa dan mengapa. Akhir kata, saya ucapkan kepada Fahmi dan semua subscriber saya, Selamat Mengundi!

Ikhlas dari,

Lina Karim

Wednesday, April 17, 2013

April yang sibuk

         April 2013 ni memang satu bulan yang agak mencabar dan kucar-kacir buat aku. Bukan aku saja, bahkan Sorfina dan Nur Adelia turut terlibat sama. Nak cakap dia punya sibuk tu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sibuknya aku.

        Hujung bulan Mac sudah- ulangtahun hari lahir Nur Adelia yang pertama. Majlis sambutan aku buat secara mewah dan besar-besaran tahap sultan punya tempoh hari. Jangan jeles,bai. Tapi aku poyo saja sebenarnya. Sorfina ajak aku makan di Secret recipe dan cuma belanja Adelia sekeping kek keju. Tapi aku rasa tak patut aku tulis perkataan belanja Adelia kat sini. Dia kecik lagi mana ada duit.

         Justeru, perkataan paling tepat ialah menjamu Adelia dengan sekeping kek keju,sebagai tanda sambutan tarikh lahirnya yang pertama. Kasihan jugak Adelia ni. Melopong sajalah tengok aku dan Sorfina makan benda-benda best di Secret Recipe. Sorfina juga bawak  bekal nasi ikan tenggiri yang dikisar halus untuk Adelia,sambil-sambil tu.

         Masuk bulan April, Parlimen bubar. Banyak perancangan yang tertunggak dan yang tak diputuskan lagi,kini dapat diatur semula. Serius betul masyarakat sekarang aku perati,sebab nak tahu tarikh parlimen bubar.

          Sehari lepas tarikh bubar parlimen, Alhamdulillah, aku dan keluarga kecil aku ni anak beranak dapat pindah dan menetap di kediaman baru. Letih betul nak pindah-randah ni. Ada lah buat majlis tahlil kecil-kecilan dulu sempena masuk rumah baru. Jadilah. Ada rezeki, nanti buat majlis kesyukuran panggil hangpa semua.

          Minggu lepas pula, mak dan abah aku berpeluang menunaikan umrah. Syukur betul aku tak tau nak cakap. Memang dah lama diaorang teringin nak buat ibadah umrah. Dengan rezeki dari Allah dan hasil penat lelah kerja meniaga goreng pisang, ABC dan laksa secara kecil-kecilan,akhirnya dapatlah jugak depa pi.

         Tu pasal lah April ni sibuk. Banyak benda nak buat lagi ni woi. Jaga diri semua. Ciao.

Monday, February 4, 2013

Marketing

         Aku perati ramai jugaklah kenalan dan member-member aku dalam Fesbuk ada suatu 'badge' yang diletakkan pada gambar 'profile' depa. Bila aku perati betul-betul, rupanya badge yang ada gambor Azizan Osman. Orang ramai cakap beliau ni doktor, tapi bukan doktor yang kerja di klinik dan hospital lah, tapi doktor falsafah.
Power betul gaya letak jari telunjuk di tepi kepala ni.

          Member aku cakap ceramah Dr. Azizan ni best dan power dan cadangkan aku untuk ikuti.Banyak ilmu boleh dapat,tapi aku tak pasti samada ilmu alam dan manusia juga turut terlibat. Nak dapat ilmu ni luas caranya-bukan datang dari orang ada ijazah atau ada Phd sahaja,tapi dari orang-orang yang banyak pengalaman hidup juga boleh dapatkan ilmu.

          Aku juga pernah tanya mak dan abah aku pasal seminar ni. Aku rekemen lah dekat mak dan abah untuk 'join' seminar ni tapi depa menolak. Alasannya sebab kena ada akaun Fesbuk baru boleh nak meniaga di internet. Lagipun meniaga laksa dan ABC saja, kejadah apa nak guna internet.

         Satu hal lagi nak kena guna Fesbuk dan blog atau laman web untuk meniaga laksa. Aku cakap tak apa lah, aku buatkan untuk depa. Depa cakap tak apalah, meniaga kecil-kecilan sahaja. "Takkan nak 'post' hari-hari pasal laksa dan ABC dalam status Fesbuk? Nanti orang menyampah pulak ", balas mak aku.

        Satu lagi aku perati dalam fesbuk, bagi mereka yang ada gambo Dr Azizan Osman ni; banyak yang meniaga benda yang aku tak berapa pakai sangat atau aku boleh senang-senang beli di kedai. Contohnya, minyak wangi tanpa alkohol, madu tualang asli, minyak wangi, krim hilang mengantuk, pewangi kereta, barangan kecantikan, korset dan lain-lain.

        Sekarang aku tengah riki-riki dalam fesbuk ada sesiapa yang meniaga bundle dan buat marketing. Best woi bundle. Lagi satu benda-benda pasal bisnes repair rumah ka, 'renovate' rumah ka, buat 'wiring' rumah ka, buat 'kitchen cabinet' ka atau yang berkaitan repair motorsikal dan kereta. Benda ni jarang-jarang orang market dalam fesbuk. Lagipun aku nak masuk rumah baru ni. Banyak benda nak buat.      

Thursday, April 5, 2012

Petua

Seorang lelaki tua yang mungkin kaya dengan petuanya tersendiri


            Banyak ilmu-ilmu yang telah aku tuntut dan pelajari secara percuma serta telah amalkan sepanjang tempoh perkahwinan ini; terutamanya sepanjang tempoh Sorfina mengandung dan pasca bersalin.Secara jujurnya, banyak juga petua yang telah aku pelajari secara percuma di luar bilik kuliah; terutamanya di warung-warung ataupun di restoran mamak sebelum berkahwin. Kebanyakkannya berkisar tentang teknik-teknik 'tertentu' (yang boleh hangpa pelajari sendiri dari kitab Tajul Muluk) dan rahsia 'kekuatan' lelaki.Kuat tang mana tak perlulah aku tegaskan disini.

          Tapi secara jujurnya lagi aku tidak ambil pot sangat tentang 'teknik-teknik' itu dan petua 'kekuatan' lelaki kerana bagi aku cukup dengan menjaga pemakanan dan amalan kesihatan seperti bersenam dan gaya hidup aktif sudah memadai untuk menjadi lelaki 'sejati'; seperti yang diwar-warkan. Yang penting, wajiblah kita yakin bahawa segala kesihatan dan nikmat tubuh badan yang cergas itu datangnya dari Allah S.W.T.

          Berbalik kepada petua yang telah aku pelajari dan amalkan,tidaklah pula aku membuat kajian secara terperinci dan tidaklah pula aku menanyakan kepada para saintis, para ilmuan hatta melalui ahli bijak pandai yang ada dewasa kini. Cukup dengan carian melalui laman sesawang 'Google' yang sudi menghulur bantuan maklumat demi memperkukuhkan lagi petua yang telah aku dengari itu. Antaranya :

1) Menguatkan tubuh badan bagi perempuan mengandung - minum air 'nyok' atau air kelapa pandan
2) Mengurangkan kehilangan darah untuk perempuan bersalin - amalan makan buah Delima
3) Makanan yang baik untuk perempuan dalam tempoh mengandung - amalan makan buah kurma
4) Bayi yang mengalami 'Jaundice' ataupun kuning - beri susu ibu sebanyak mungkin selepas kelahiran, mandikan dengan air kucai, atau berikan bayi sedikit air buah sengkuang Cina
5) Bayi mengalami sedu - letak tisu basah (saiz kecil) atas dahi bayi tersebut
6) Makanan untuk ibu dalam tempoh berpantang selepas bersalin -  amalan makan ikan haruan, ikan jenahak, ikan tenggiri dan daging kambing/lembu

           InsyaAllah, aku yakin petua tersebut dapat memberi manfaat kepada kita semua.Dengan sedikit usaha yang kita lakukan,semoga Allah s.w.t memberi keizinan untuknya.Selamat beramal.
.

Thursday, December 23, 2010

Bulu tangkis kegemaran ramai

        Tet..Tet...Tet..Tet...handphone Nokia 32xx aku yang dah macam cokia tu berbunyi. Owh, ada mesej. Cepat2 aku angkat. Kut2 la ada result 4D keluar ke. Oops, sory. Gambling is prohibited in Islam. Kejadahnya aku nak subscibe 4D punya result.

                " Mass msg.Mlm ni.CRC.kol 9.harap maklum".

        Syafiq bagi mesej. Ok.Cargasss..aku pun dah lama tak maen permainan yang meggunakan bulu tangkis ni, atau secara tepatnya Badminton, semenjak kekalahan Datuk Lee Chong Wei, last May'10 kat Kolumpo dulu time Thomas. Bagero. Terus down.
        Tanpa melengahkan masa, jom. Cargas. Tangan aku dah ketar ni nak wat jumping smash.Hikhik


p/s : " Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitulmaqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?" Katakanlah: "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." [ Al- Baqarah , 142]

Wednesday, November 3, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Salam semua...yearghh...dapat jugak aku menulis dan menaip...selalu suka menconteng kartun and lukis ja dari kecik. Ok la tu, orang laen dah ada web page aku baru nk mula berblog. Xpa la, janji aku tulis. Hello, WORLD!!

p/s : Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satu pun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit.
[Al-Imran, 5]