Showing posts with label Selama Perak. Show all posts
Showing posts with label Selama Perak. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Tabligh

              Sabtu lepas, aku turun kota metropolitan Selama, Perak. Tanah tumpah kelahiran aku tu. Ada kenduri kahwin kawan sekolah rendah aku, Akmal. La ni dai dah jadi Pegawai Peladang. Hebat tak hebat cakap hang. Tanya sahaja apa benda pasal perladangan;hortikultur, antropologi, komoditi -semua dia boleh jawab. Hebat tak hebat habaq hang.

Kenduri kahwin pun sampai tema warna hijau. Memang perladangan punya orang. Respect.

            Majlis walimatul urus ni juga mempertemukan aku dengan beberapa kawan lama sekolah rendah yang lain, antaranya Huzaimi, Azwar, Nadia; yang juga saudara aku dan juga Mat Ramli. Mat Ramli ni memang 'legend'. Lama betul tak berjumpa dengan dia.

           Dengar khabar paling akhir dulu, kawan lain ada cakap yang Mat Ramli ni ada 'join' tabligh. Bagus betul. Alhamdulillah. Sampai Pakistan atau India itu aku tak pasti.

          Untuk menjawab persoalan yang terbuku di pikiran aku selama ini, aku pun bertanya Mat Ramli. Sambil tanya tu aku 'pass' anak kedua aku, Muhammad Akif kepada dia. Suruh dia pangku atau dukung pulak. Lenguh woi nak sembang panjang sambil dukung anak. Dia pun aku tanya masih solo dan aku perati tengah bertangan kosong ketika itu. Maklumlah, baru lepas pekena rokok.

          Ya, Mat Ramli mengaku dia pernah ikut serta kumpulan tabligh. Sekarang ni tak dah sebab dia sibuk buat kerja-kerja kampung. Apa-apapun, semoga maju jaya dan semoga rezeki mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

         Secara auto juga, kesah tabligh ini mengingatkan aku tentang kegiatan tabligh semasa aku di bangku pengajian dulu. Di Gambang, Pahang.

         Satu persoalan; zaman study dulu, kalau geng tabligh mai ketuk bilik hangpa, apa hangpa bikin? Sila jawab dengan jujur sekadar termampu.

         Ada aku teringat taktik yang pernah aku buat ialah, kucar kacir kacir cari gayung dengan pakai tuala siap dan bersedia untuk mandi. Ada juga beberapa kawan lain yang siap tutup lampu, kunci pintu dan mengawal pernafasan untuk mengelakkan bilik dikesan ada orang.

          Yang paling kejam juga ada yang perlahan lahan keluar dari bilik untuk kononnya menjawab telefon, padahal tak ada orang call, sambil buat-buat ada urusan penting. Masa tu geng tabligh dah nak start bagi ceramah.


             


Friday, June 13, 2014

Kisah tokwan belah mak

            Kesah ini aku ceduk dari laman sosial Fesbuk Paksu Yusof aku. Paksu aku ni pandai mengarang. Kalau mengarang dalam bahasa orang putih lagi lah dia power. Maklumlah, pernah jadi 'journalist' di akhbar The Star,sekitar dekad 90an dahulu.

           Kesah orang-orang yang terdahulu daripada kamu, untuk dijadikan pedoman dan panduan. Dan ya, arwah tok wan (belah mak) aku juga pernah bela anjing, seingat aku waktu aku darjah tiga dahulu. Lebih kurang 20 tahun dahulu. Warnanya hitam dan saiznya besar. Untuk dibuat jaga kebun dan dusun. Pernah juga aku dibawaknya ke kebun untuk menjenguk anjing itu. Power betul dia bertarung dengan babi hutan, sebab selalu sondol pokok buah-buahan di kebun.

******

          Syukurlah ayah aku dulu meneroka tanah di kampung pedalaman enam atau tujuh dekad silam. Berbekalkan kapak dan beliung dan mancis gamaknya, beberapa ekar tanah diusahakan dengan keringat peluh dan darah untuk membuka hutan dilereng bukit dijadikan kawasan pertanian.

           Khabarnya sebatang pokok sebesar dua pemeluk mengambil masa beberapa hari untuk ditumbangkan. Selepas kering, pastilah dibakar. Itulah teknik meneroka hutan zaman dahulu - 'slash and burn' - satu rangkap perkataan yang hari ini menjadi mimpi ngeri pencinta alam sekitar daripada dunia barat hari ini. Tetapi pada masa itu, ianya adalah survival.

           Berketurunan darah Pattani, hutan dan gajah bukanlah asing baginya. Ayah aku juga membela beberapa ekor gajah semasa remajanya untuk menarik kayu-kayu balak yang ditebang.

Hebat. Amazing! Peneroka yang hebat, walaupun susuk tubuhnya tidaklah sebesar mana.

           Hari ini anak-anak dan cucunya memain-mainkan jari jemari di skrin telefon pintar dan bukannya memegang kapak atau beliung.

           Hari ini, sambil mengalis-ngalis jari di skrin telefon pintar, aku terbaca kisah peneroka bandar di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur yang mungkin dulu mengerah keringat mendirikan rumah lebih 50 tahun dulu dirobohkan dengan sekelip mata. Aku tidak boleh tidak, tetapi teringat pengorbanan generasi lampau yang bekalnya hanya kudrat dan semangat.

Nasib baiklah ayahku hanya peneroka hutan di belantara yang jauh dari bandar. Tidak ada apa yang dapat aku balas, kecuali doa dan hadiah ayat ayat suci untuk ayahku.

Monday, August 19, 2013

Member sekolah rendah kahwin

Daaari kiri, cepat jalan....Wawan, Wan, Azwa, Huzaimi, Fatimah, Akmal, Si Kacak, Nur Adelia, dan awek cun yang menikah dengan Si Kacak.

         Benda rare earth macam ni bukan senang mau jumpa habaq hang. Jumpa balik sahabat sekolah rendah SRK Selama, Jalan Menteri dulu woi. Dulu masa sekolah rendah dan tadika sahaja yang ada member lelaki dan perempuan;persekolahan di SAS dulu semuanya warga 'batang',manakala di UMP Gambang dahulu, rakan kelas perempuan aku hanyalah seorang- itupun orang Iban.

        2 dalam 1.Senag cerita.Keduanya member sekolah rendah aku di Selama dulu dan akhirnya menikah jua.

        Semoga berbahagia dan dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Love till Jannah!

Wednesday, August 14, 2013

Aidilfitri 2013

          Aidilfitri 1434 Hijrah kali ni aku tiga beranak beraya di Sungai Petani,di rumah mertua aku dahulu. Tiada undian digunapakai untuk penentuan berhari-raya di mana dahulu, tapi dengan menggunakan sistem giliran. Chewahh. Dah macam sistem nak pilih Yang diPertuan Agong pulak.

          Hari pertama Syawal tempoh hari, aku dan beberapa ahli keluarga ipar sibuk menimbang berat badan usai solat sunat Aidil Fitri. Berat badan pagi tersebut akan menjadi penanda aras untuk hari-hari berikutnya.
Alhamdulillah, berat aku turun 10 kati dan tampak tegap seperti Gareth Bale pada perlawanan pra musim.

           Selepas bersama-sama keluarga mertua menyambut raya, Sorfina, Nur Adelia dan aku menyambut raya di Selama pula pada 2 Syawal. Mak dan abah aku balik Selama. Tapi kesian juga ke adik bongsu aku Fikri, tak dapat turut balik beraya bersama dek kerana ketiadaan cuti bekerja. Bukan kerja pun, tapi buat praktikal di sebuah hotel di Negeri Sembilan. Apa punya tuurrr. Aku harap Fikri tak nangis dalam bilik sorang-sorang pada 1 Syawal tempohari.

******

          Alhamdulillah. Mak dan abah serta 3 adik aku selamat sampai di Republik Pandan pada pukul 10.30 malam semalam walaupun keadaan trafik agak mencabar. Namun ada berita yang kurang menyenangkan sesampainya di rumah.

          Pintu dapur terbuka dan habis bilik mak abah dan adik aku di tingkat atas kena selongkar dan berkecamuk teruk. Dapat aja berita melalui Whatsapp keluarga (guna telefon Sorfina), aku telefon mak dan abah untuk tanya apa yang patut. Tak mau cakap lebih-lebih. Bagi depa lek lek lu, sak sak kok lu.

         Terkini dari mak aku pagi tadi, polis datang dalam pukul 3 pagi ke rumah selepas laporan dibuat jam 11 malam semalam dan malam buat laporan tu pulak abah aku cakap ada lagi 5 kes samun dan pecah rumah berlaku. Habuan raya. Mak aku siap sempat bergurau sinis dengan abah aku sempena ulangtahun hari lahir abah yang ke 55, semalam- kejutan hari lahir buat abah.

         Setakat ni, tak ada apa-apa kehilangan barang dan duit,walaupun port simpanan duit tu dah berjaya diselongkar;cuma barang-barang sperti baju, buku-buku dan beberapa dokumen diselerakkan.Pelik. Depa ni nak cari apa sebenarnya. Mak dan abah aku meniaga goreng pisang dengan ABC saja woi.

         Tugasan sekarang menanti mak dan abah aku adalah mengemas balik barang-barang yang teruk kena selongkar dan diselerakkan. Ada lagi. Kena perbaik balik 'grill' dapur rumah serta pintu belakang termasuk tingkap 'sliding' dapur yang rosak.

          Semoga segala urusan mak dan abah dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Ingatlah, Allah sedang menguji hamba-hambaNya.

Tuesday, June 11, 2013

Gunting kelapa

           Dua tiga minggu lepas aku dapat balik menziarahi Opah aku di Selama. Alhamdulillah. Dia masih sihat walaupun tak boleh bergerak sangat. Cepat lenguh katanya. Maklumlah, umur dah masuk 84 tahun. Cuma yang tak best sikit opah tak boleh jalan naik kereta jauh-jauh. Naik kereta dalam 15 minit dah mengadu sakit belakang. Apa nak buat.

          Sekarang Mak Ndak aku yang duk jaga Opah. Banyak betul jasa Mak Ndak jaga opah,lepas kematian Mak Long 4 tahun lepas. Justeru, Opah dah tak banyak lepak di rumah dia di Rantau Panjang, lebih kurang 6 kilometer dari pekan Selama.

           Sesekali dapat balik kampung memang sempoi habaq hang. Segar betul udara. Ada sekali Opah aku minta tolong aku kupas kelapa,atau orang Utara cakap 'buah Nyoq'. Katanya,nak santan untuk buat masak lemak pucuk paku. Memang terbaik dari ladang bikam wa cakap lu, kalau Opah atau Mak Lang aku buat masak lemak pucuk paku. Makan nasik memang tak sah tak tambah woi.

         Opah aku cakap takat kupas kelapa/nyoq ni kerja orang perempuan ja. Orang perempuan dulu fizikal kuat-kuat. Habaq apa saja benda lasak -masuk hutan, menoreh getah, tebas semak, buat bendang, panjat pokok dan lain-lain. Opah aku cakap dulu dia masa kerja menoreh getah dulu siap mengendong Mak Lang aku (baru 1 tahun lebih) masa tengah menoreh. Power tak power.

          Aku harap Adelia bila dah hidup dalam zaman Wawasan 2020, tak lupa susah payah orang-orang yang terdahulu.

Aku ingat nak kupas guna gigi saja, tapi cepat-cepat Opah aku halang.

Monday, February 25, 2013

Kenduri Adelia

        Bila pikir-pikir balik, power juga Nur Adelia ni. Umur tak sampai setahun jagung dah dapat jemputan kenduri. Murah rezeki sungguh.

        Alhamdulillah. Kenyang dapat pekena kenduri kahwen pengasuh Adelia dekat nursery hari tu. Makanan berhidang dalam talam ala kampung, bai. Memang 'rare' nak cari ni woi. Lauk hari tu yang aku pekena -Kulat masak lemak, sambal petai, ikan masin goreng, sambal belacan,gulai daging campur batang pisang, sayur kundur masak lemak dan ulam-ulaman.

         Terbaik dari ladang Bikam, wa cakap lu.


p/s :  Kepada pengasuh Adelia,Adik Siti, selamat pengantin baharu. Semoga perkahwinan dirahmati Allah S.W.T hendaknya.Amin.

Saturday, February 23, 2013

Barber shop

Beberapa hari lepas

Sorfina telah menanyakan aku satu soalan

Satu soalan yang cukup mudah-róng yì, facil lagi madaling

Namun menggoncang kredibiliti aku sebagai saorang lelaki

Lantas aku mengklasifikasikan soalan ini

Sebagai 'Persoalan untuk kurun ini'

Persoalan untuk kurun ini - ayat yang selalu diguna pakai dalam 'Tukar Tiub'

Ini soalannya

"Asal kedai gunting rambut lelaki saja, ayang nampak benda pusing-pusing tu, asal kedai gunting rambut lelaki saja, ayang nampak benda pusing-pusing tu. Kenapa ha?"

Benda pusing-pusing di kedai gunting rambut lelaki
******

Lepas baca di Wikipedia baru aku tau

Ok bila-bila nanti bila jumpa kedai gunting rambut dan nampak benda pusing-pusing tu, nanti aku cerita sama Sorfina


Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Barber's_pole

Wednesday, January 30, 2013

JKR

Seminggu.Dua minggu.Tiga minggu.

Sebulan.Dua bulan.

Setengah tahun.

Bangang.

Lubang banyak-banyak dekat jalan ni bila nak baiki woi? Dah buat panggilan telefon dekat Jabatan Kerja Raya Kedah berkali-kali tapi selalu 'engage'.

5 hari seminggu guna jalan Sidam dari Sungai Petani menuju ke Kulim untuk pergi kerja. Jalan banyak lubang -kalau setakat lubang kecik tak apa lagi, ni dah capai tahap sama besar diameter tayar lori.

JKR mana?

Jalan Kerap Rosak banyak ni woi!

Tapi Alhamdulillah, syukur. Dah nak dekat pilihanraya.

Banyak jalan raya dapat tar baru.

Itu bagusnya pilihan raya ni.

Masing-masing nak tunjuk amal dan kebajikan serta keprihatinan.

Apa punya turrr...

Sunday, December 2, 2012

Aku dan Jambu

         Jambu. Sebut sahaja pasal jambu macam-macam aku boleh pikir dan kaitkan dengan hidup aku. Dulu sebelum masuk SAS Cheras 1998 untuk mulakan pengajian tingkatan satu paksu aku pernah 'mention' pasal jambu. Dia tanya kat aku hang nak jadi jambu tak masa sekolah nanti. Yang tak patutnya lepas dia tanya tu dia terus blah dan tinggalkan persoalan apa itu jambu kat aku sorang-sorang. Aku ingat lagi masa tu aku baru dapat tawaran masuk asrama lepas dapat keputusan UPSR tahun 1997.

         Yang paling tak boleh blah persoalan aku terjawab masa first time kumpul bilik malam tu.Lepas urusan daftar masuk sekolah, asrama, jumpa cikgu, beli barang, siap katil apa bagai lagi bersama mak abah aku dan depa pun dah tinggalkan aku petang tu,malam pulak warga bilik aku kena berkumpul. Daftar haritu yang tak bestnya satu ja -sebab sekolah semua laki saja tapi aku memang dah tahu dari awal-awal jadi tak da hal. Yang paling best dapat jumpa member baru dan dapat suruh budak senior angkat beg dan barang kita. Tapi seingat aku haritu sajalah yang senior tolong angkat barang,berakhlak baik serta berperangai mulia.

         Time tu jumpa senior tak payah bagi salam lagi. Sebab baru hari pertama masuk sekolah. Lepas-lepas dari hari orientasi tu hangpa pikir la sendiri apa jadi. Budaya bagi salam kepada senior bersemai,beb.

         Berbalik pada kumpul bilik malam tu sesama member-member tingkatan satu, aku tak berapa ingat yang siapa duk sebelah aku sebenarnya. Dah lupa. Yang aku ingat ada la lima enam orang kami buat pot sembang sebelum kumpul bilik bermula dan entah macam mana tiba-tiba ada orang 'up' tanya pasal hal -ehwal jambu ni. Nak jadi penyedap cerita pulak malam tu ada lah saorang member ni dia memang terrer menyembang dan dialah yang banyak bagi info pasal hal-hal jambu dan sekolah asrama ni sebab sedara sepupu sepapat dia banyak masuk sekolah asrama.

Jambu paling racist, jambu Keling. Aku pernah nampak pokok dia dekat Perlis masa ziarah raya belah keluarga mertua aku dulu.

           Entah apa bangang sangat malam tu aku tak tau la samada member aku tu 'kencing' ataupun serius sebab dia cakap siapa jadi jambu nanti,budak tu nanti kena 'sontot' atau 'toron' dengan abang senior. Maaf la na sebab aku guna perkataan 'sontot' untuk ditulis kat sini sebab tu la perkataan yang member aku tu cakap malam tu. Sial betul sebab aku pun dah lupa siapa dia kalau tidak dah lama aku bahan dan bagitau dekat bini dia (kalau dah kahwin lah). Yang aku betul-betul tak paham sebab apa kami semua dalam enam ke lapan orang yang masuk pot sembang tu boleh percaya bulat-bulat. Memang naif betul masa tu woi.

         Lepas kumpul bilik malam tu, perkataan jambu jadi hangat dan popular macam Gangnam Style sekarang, tapi jadi benda taboo untuk kitaorang semua budak 'fresh' tingkatan satu untuk cakap kuat-kuat atau jadi topik bualan secara terbuka. Semuanya takut dek akibat nanti dipaksa menjadi jambu dan kena 'toron' dengan abang senior.

******

         Paling tak boleh aku lupa lagi satu hal pasal jambu-tiga empat hari lepas isu jambu tengah panas lepas kumpul bilik tu ialah ada satu cerita dengan sorang senior tu nama dia aku ingat-ingat lupa, Joe rasanya. Dia ni tingkatan lima. Kira paling senior lah kat sekolah walaupun ada lagi pelajar lagi tua ;sebab masa tu masih lagi ada pelajar matrikulasi UKM 'batch' terakhir yang belajar dan duduk di asrama di SAS Cheras.

         Blok asrama sekolah ada 4 tingkat;aras tanah ada kantin, bilik pengawas apa bala semua dan aras 1,2 dan 3 masing-masing untuk asrama budak tingkatan 5, 2 dan 1. Jadi setiap kali nak turun pergi dewan makan, kelas apa semua kena lah lalu korridor aras 1 yang mana tempat budak senior tingkatan lima. Nak dijadikan cerita, Joe ni pun ada lah nak panggil budak tingkatan satu yang malang pada hari tu untuk pergi ambil air dari dewan makan. Ambik botol 1.5 liter dan isi air kosong dari dewan makan. Masa tu masa makan malam (sebelum maghrib).

          Kebetulan pulak masa tu aku dan empat orang lagi member bilik 3B3(aku dah lupa siapa) tengah turun nak pergi makan. Kami jalan seiring dan sejalan sebab takut nak lintas korridor tepi aras tu sorang-sorang. Takut bertembung dengan senior. Sekali Joe ni pun macam nampak kitaorang dan jerit dari jauh.....

"Woii Jambu, sini kejap !"

         Apalagi member-member aku termasuk aku sekali bukak langkah seribu cepat-cepat lari dari korridor menyorok dan terus pergi dewan makan sebab teringat pasal jambu. Aku tak tau apa jadi lepas tu sebab jantung aku memang dup dap dup dap kencang dia. Member-member lain semua pun sama. Yang kitaorang pikir masa tu cuma nak lepas diri dari kena jadi jambu. Tak tau apa jadi dekat Joe lepas tu sebab kitaorang dengan dia macam jerit-jerit panggil apantah lepas kitaorang lari lintang pukang turun ikut tangga tu.

******

          Malam tu kitaorang berlima kena panggil masuk bilik Joe. Selebihnya, simpan sahaja dalam buku sejarah...   

Monday, January 30, 2012

Mengait rambutan


           Cuti perayaan tahun baru Cina lepas dimanfaatkan aku dan Sorfina untuk pulang ke rumah opah aku di Selama, Perak; yang juga tempat kelahiran aku disitu (yakni di dalam bilik opah, oleh saorang bidan klinik kampong). Opah rindu katanya. "Mi dah lama tak balik kampong, bila nak balik? Manggis, rambutan, pulasan, cempedak, kelapa muda semua duk tengah ada banyak tu". Begitulah antara kata-kata opah yang disampaikan oleh emak kepada aku.

          Alhamdulillah. Lepas habis kerja Jumaat tersebut, aku terus pulang dari kerja kilang di Kulim ke Selama. Bertemu juga akhirnya dengan opah dan saudara-mara di Selama. Opah sihat, tapi biasalah, tak larat dan tak segagah dahulu. Namun, kudrat tua itulah jua yang membesarkan aku dan saudara-mara sekalian.

           Pagi-pagi lagi lepas subuh, aku terus cargas untuk men'cakar' laman rumah opah. Banyak daun kering yang nak kena 'setel'kan.Sejam lebih jugak nak bereskan. Bab-bab sarapan,Sorfina buat. Dapat lah opah, aku dan Sorfina pekena cucur ikan bilis.Nasi lemak dan roti canai aku pi beli kejap dekat pekan.

          Lepas pekena secawan dua kopi 'O', aku bergerak semula ke laman rumah opah. Dah lama tak pekena kait rambutan ni....

******          

7 pohon rambutan di kawasan sekitar rumah opah. Mula ditanam pada tahun 1978 (benih diperolehi semasa kempen pilihanraya tahun itu)

Salah satu pohon rambutan yang ditanam oleh arwah tok wan. Jenis buah rambutan 'Anak Sekolah';sepertimana yang diberitahu oleh opah.

'kacip' rambutan

hangpa kena pasang 'kacip' atau pisau pemotong ni pada hujung galah dan diikat dengan tali untuk disentap

Saorang pemuda yang sedang gigih beraksi mengait rambutan. Foto oleh Sorfina.

Saturday, October 29, 2011

Raja Ashman Shah

Raja Ashman

           Baca punya baca dalam fesbuk, baru aku tau yang rupanya keluarga pemerintah negeri kelahiran ini ada rupanya yang begitu rendah diri, alim dan tawadduk. Alhamdulillah, selama ni duk dengar Sultan Kelantan tu saja (Sultan Muhammad V atau sebelum ni dikenali dengan nama Tuanku Muhammad Faris Petra) yang sempoi dan berjiwa rakyat tu.

          Merupakan anak Sultan Perak sekarang ni, Sultan Azlan Shah, anak yang nombor 3, nama dia ialah Raja Ashman Shah. Tak popular sangat macam abang dia, Raja Nazrin Shah, Raja Ashman lebih selesa untuk mengasingkan diri daripada kehidupan istana. Dengar cerita Raja Ashman juga belajar Tariqat Naqsyabandiyah pimpinan Sheikh Nazim al Qubrusi.

          Semoga Allah mengurniakan pemimpin dan Sultan yang baik kepada rakyat negeri Perak untuk memimpin Perak dan warganya. Amin.
.        

Tuesday, September 13, 2011

80-90an punya cerita - UPSR


Bukan aku dan sekutu

Masih segar dalam ingatan,
ketika September 1997 itu di Selama,
Ketika itu - baru nak sedar,berjinak-jinak dan ambik pot pasal benda-benda serius,
UPSR, kata cikgu aku dan keluarga-keluarga termasuk sepupu sepapat yang lain - suatu benda yang serius,
Hatta aku cuba untuk serius - tapi masih tak dapat nak jadi serius-seseriusnya jugak
Untuk mendapat lebih 'feel' serius itu, sehari sebelum Hari Serius September 1997 itu - Aku dan kawan sekampong setaman, bermain bola di padang gurun tanah merah seperti kebiasaan


Dalam menempuh hari itu - solat hajat, Yaasin, kismis pandai, latih tubi yang bertubi-tubi, 'camping' motivasi, bengkel sana-sini, 'study group','tusyen',dan apa bana lagi- tapi main tetap kena ada,
Semuanya telah dilalui dan ditempohi,
Nasib baik zaman itu tiada lagi kewujudan 'Jus Tok Guru',
Kalau tak, mesti 'sold out'!


Entah kenapa,
Hari serius itu dilalui dengan begitu tenang dan kool sekali -tiada gementar dan gemuruh yang keterlaluan,
Dimulakan dengan doa - Doa yang biasa-biasa sahaja ketika mula kelas
Mungkin tak ambik pot sangat atau kurang impian dan cita-cita
Kata-kata perangsang dari cikgu dari dulu- Belajar biar ikhlas dan bukan semata-mata mahu 'A' atau masuk sekolah hebat
Tapi waktu itu masih tak paham tentang ikhlas - segalanya buat atas arahan dan teladan orang tua


3 hari ditempohi,
5 ujian dijalani,
Selepas itu, apa lagi - Merdeka! -bayangkan kegembiraan saorang budak-budak pada waktu itu, ingatkan kembali kenangan itu, ditambah pula dengan sorak dan hiruk pikuk kawan-kawan
Paling hebat - ada jamuan kelas hujung tahun - makan mee dengan ayam KFC dan dapat pekena 'Coke'        - itu sudah dikira hebat
Ditambah pulak dengan awek-awek sekelas yang mula jadi 'cun'
Nafas dihirup dengan perasaan lega - UPSR sudah habis,
Hari Serius September 1997 itu sudah tamat- buat sementara waktu....


Nota:
"Negara kita tidak dijajah, tapi cuma bernaung " -kata-kata Prof. Zainal Kling
Jadi apa gunanya 'Merdeka' ?
Selamat menjalani peperiksaan UPSR 2011 kepada semua warga UPSR sekalian -aku dah lepas, kehkehkehkehkeh!

"Ada 'degree' pun kadang-kadang susah nak dapat kerja, inikan pulak dapat 5A UPSR" -Anon

.

Sunday, April 10, 2011

Kisah di SelamaVille II

    

         Sesi terakhir persekolahan aku di Sekolah Taman Nirwana (bukan Nirvana Kurt Cobain) setelah 4 tahun belajar di situ tamat beberapa minggu lepas menandakan bermulalah episod penghijrahan aku ke Selama. Sedih nak tinggal banyak member-member seangkatan aku, khasnya geng main basikal, geng guli, geng lawan pemadam, geng main rebut tiang, geng main konda-kondi, geng main pijak kaki (ais kerim soda magnolia), geng main tuju tin dan sebagainya. Tapi apa nak buat, mak dan abah dah bagi green light suruh 'follow' arwah mak long ke Selama.
      
            Menangis teruk jugak aku nak kena pergi Selama ni. Ye lah, kena tinggal jauh dari mak abah tu beb. Arwah Maklong aku memang beriya sangat nak bawak aku ke Selama ni. Arwah tak ada anak lelaki, jadi aku la anak sedara lelaki dia yang besar time tu pun. Mak aku merangkap adik arwah maklong macam serba salah jugak nak lepas, tapi nak buat guane, aku ni pun kalau duk rumah perangai liar sikit. Asyik main basikal ja.Periksa pun asyik dapat nombor besar-besar, koman-koman duduk dengan arwah maklong dapat la dia tolong ajar, sebab arwah seorang che'gu. Che'gu yang memang super power dan super garang. Pak cik-pakcik aku dekat Selama pun banyk jadi cikgu, tu lah salah satu sebabnya punca aku ke Selama.

Taman Nesa. Taman seribu satu kenangan dalam memori

         Hujung Disember 1995, maka bermulalah kehidupan aku di Selama. Time ni arwah maklong dan Abah Lan, yang dianggotai bersama oleh Nad dan Kak Nur,masih tinggal di Taman Nesa. Famili Mak Ndak dan arwah Pak Leh jugak turut menetap di sini. First time duduk merantau memang rasa semacam. Tidur malam pun tak lena. Lagi 2,3 hari dah kena masuk sekolah baru.


Terima kasih kepada semua che'gu-che'gu 


.

    

Friday, March 4, 2011

Kisah di SelamaVille I



         Siapa tak tau pasal Selama, Perak mai sini aku ajar cari dekat Wikipedia dan GoogleMap.Selama yang berkeluasan 74,591.8 hektar bukan tak mau feymes macam Chicago, Hawaii, Milan, Paris, Moscow, Brussels, Tokyo, Jerusalem, Pyong Yang, Beirut, Oslo, Warsaw, Dubai, Mogadishu, Caracas, Montevideo, Kiev, Belgrade, Bucharest, Lisbon, Budapest ataupun Havana sekalipun, tapi penghuni-penghuni dia lebih suka hidup secara chill dan 'underdog'. Bangunan -bangunan era zaman Jepun pun masih banyak lagi kat Selama ni. Sayang nak runtuh khabarnya.

******

       "Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870 Masihi bersamaan 14 Muharram 1290 Hijrah". Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.
       
      Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.
      
      Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama." (Sumber lebih lanjut boleh diperolehi dari http://www.mdselama.gov.my/latarbelakang ). 



The Red Omnibus Co dan The Blue Omnibus Co; perkhidmatan bas awam yang paling canggih dan berteknologi selepas 50 tahun lebih negara Malaysia merdeka yang terdapat di Selama


Bas JADAM di Selama. Banyak kenangan pahit, manis hatta masam sekalipun bersama bas legend ni


         Penggunaan tanah di kawasan Selama ni banyak tertumpu pada tanaman getah, padi, dan juga kelapa sawit. Kebun durian pun banyak. Tanah untuk penempatan haram macam dekat Kay Ell aku tak berapa pasti.Orang Selama ni memang suka berbakti pada tanah, kecuali aku. Aku hanya tau berbakti kepada tanah liat ataupun plastisin ja, itupun masa darjah-darjah dulu.


Peta Negeri Perak menunjukkan lokasi Selama. Jemput -jemput la datang melawat na.


          Aku punya kampung dalam Mukim Hulu Selama.Ulu pun ulu lah,apa ada hal? Kampung Rantau Panjang tempat di mana aku dilahirkan. Memang 'true' la jugak mak aku ni. Dalam bilik opah aku, secara chill beliau melahirkan aku dengan bantuan bidan kampung. Dalam banyak-banyak cucu, aku sorang ja rasanya di beranakkan dalam bilik tu. Memang chill sekali lagi nak habaq mai. Bangga tak bangga adik-beradik aku yang lain semua di beranakkan dekat hospital, tapi kenapa aku yang di ketepikan? Apa kes ni? Tak 'indie' la kan kat hospital,ye dok? Kerajaan harus ambil berat tentang ni.

         Aku duduk tak lama di kampung Rantau Panjang, Selama. 3 bulan ja lepas keluar dari perut mak aku, tak lebih dan tak kurang.Lepas tu kena cabut balik ke Kay Ell. Aku nak jugak merasa hujan bunga di Kay Ell. Tunggu punya tunggu, haramjadah takda pun hujan bunga di Kay Ell. Nak kena gamaknya Anna Raffali ni.
         
Kenangan bersama legenda penoreh getah terhebat di Selama, dan Kg. Rantau Panjang secara amnya. Rileks je naik bukit turun bukit guna Honda Cub c70. Al Fatihah. 





Photo credit: