Showing posts with label Kongsi bersama. Show all posts
Showing posts with label Kongsi bersama. Show all posts

Friday, September 25, 2015

Selamat hari raya Aidil Adha

       Salam. Lama betul aku tak jenguk blog ni. Sibuk banyak dengan urusan duniawi yang tak putus putus ni. Dapat VSS, cari kerja baru, dapat kerja baru, dan macam macam lagi lah.

Ada masa nanti aku tulis la mana yang patut.

        Dapat VSS tempohari, aku ada angkut satu motorsikal baru. Semuanya sebab kerja baru. Taraf -taraf aku ni, setakat motor Ducati, BMW, Triumph apa semua aku pandang lekeh saja. Jiwa aku sesuai dengan motor mewah seperti Honda Wave 110 yang dikuasai dengan 4 lejang. Power, bhai.

        Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya AidilAdha buat semua muslimin dan muslimat. Buat yang bukan beragama Islam, gunakan cuti hangpa sebaik-baiknya ok.

        Takziah buat ahli keluarga jemaah haji yang terkorban dalam nahas kren runtuh di Baitullah tempohari dan yang terbaru, kejadian pijak memijak yang menyebabkan ratusan jemaah haji terkorban semasa hendak melakukan ibadah melontar.


Friday, April 3, 2015

G.S.T (Golongan suka telur)

         Hari ni, 3 April 2015. Masuk hari ketiga negara Malaysia tercinta ini merasai cukai GST yang dikenakan kepada semua.

        Di ruang media sosial pula, fenomena memuat naik gambaq resit di fesbuk, whatsapp,twitter dan lain-lain sudah kian berkurang, ataupun sudah hampir tidak kelihatan -tak macam hari pertama kena GST pada tanggal 1 April lalu.

        Orang Malaysia, biasalah. Aku pun sama.

        Apa-apapun, hidup mesti diteruskan. Tidur mesti dilakukan. Kerja pun sama. La ni pulak kilang aku tempat mencari rezeki duk sibuk tawarkan pakej VSP (Voluntary Separation Package).Maknanya, depa nak kurangkan tenaga kerja lah. Aku pun terlibat sama. La ni aku tengah duk pikiaq samada nak ambil ataupun tidak. Dapat pun tak seberapa, tapi jadilah.

       Nak kena perbaharui 'curriculum vitae' dulu, kemudian cari kerja mana yang patut ikut kelayakan.

      Ok. Kita berhenti dulu sembang bab tu.

      Pasal GST pulaK. Pengalaman aku dengan GST ni tak berapa banyak. Baru masuk 3 hari. Hari pertama aku kena GST masa makan bihun goreng dengan teloq mata di kafeteria kilang. Kenalah 13 sen. Masa kena tu aku tak berapa nak baran sangat lagi.


     Boring punya pasal, aku pun 'update' la satu status di fesbuk aku pasal GST. Ok lah, nak bagi nampak cakna sikit pasal isu semasa.

******

'Hang kerja apa la?', Badrul bertanya kepada Fadhlul, rakan yang telah lama tidak dihubunginya.

'Aku kerja GST...',balas Fadhlul.

'Haa. GST?'

'Ala..Guru Sekolah Tahfiz..'

'Alhamdulillah. Sempoi baq hang.'



   

Thursday, March 19, 2015

Apabila Anfield dipanggil sebagai 'rumah' oleh Manchester United



Sebuah kisah dari laman web Manutd.com.

Walaupun ianya seolah-olah mustahil dalam era bola sepak moden, walaubagaimanapun,Anfield pernah menjadi 'rumah' kepada Manchester United dan beribu-ribu peminat; yang mana bersesak-sesak di the Kop untuk menonton perlawanan United.

Pada tanggal 20 Ogos 1971,Arsenal merupakan pasukan lawan buat United,namun,mengapa skuad Manchester United kendalian Frank O'Farrell ini bermain di Merseyside?

Nasib tidak selalunya baik, apabila United telah dilarang untuk bermain dalam dua perlawanan pertama di Old Trafford musim ini di Old Trafford;akibat masalah penonton dalam kempen musim lepas; apabila penyokong dilaporkan melontar objek ke bahagian penonton pasukan pelawat. Justeru, sebuah gelanggang neutral diperlukan dan United perlu mengharungi perjalanan merentasi East Lancs Road.

The Reds mengalami kerugian selanjutnya apabila Liverpool telah diberi 15 peratus daripada jumlah bayaran kutipan tiket dari 27,649 penonton yang hadir, manakala bayaran pampasan pula perlu diberikan kepada Arsenal akibat jumlah penonton yang hadir kurang dari 48,000 - daripada jumlah yang menonton perlawanan pada musim lepas di Old Trafford.

United akhirnya berjaya mencapai kemenangan pada hari tersebut dan memperolehi kemenangan cemerlang dengan jaringan 3-1 ke atas penyandang juara tersebut; terima kasih kepada gol daripada Alan Gowling, Bobby Charlton dan Brian Kidd.

Walaubagaimanapun,perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan beberapa minit, kerana peminat tercari-cari dimana seharusnya mereka berada di Anfield (akibat tidak biasa). Dilaporkan bahawa beratus-ratus peminat berlari merentasi padang akibat perlu menukar tempat duduk sebelum perlawanan bermula.

Kemenangan itu menjadikan kedudukan United untuk berada di tempat pertama Liga Divisyen Satu dan ianya dikekalkan setelah kemenangan 3-1 ke atas West Bromwich Albion di gelanggang Stoke City,Victoria Ground.

United kemudian kembali semula untuk bermain di Old Trafford, yang akhirnya melegakan setiap penyokong The Red Devils.


*Tulisan ini telah dipaparkan di halaman fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

Van Gaal dan Dick Advocaat

Sebuah gambaq yang 'rare' earth dari kedua-dua rakyat Belanda ini.

Dick Advocaat : Manchester United sewajarnya berada di kedudukan dua teratas liga


Pengurus baru Sunderland, Dick Advocaat, yang turut pernah menjadi pengurus kelab PSV Eindhoven ketika era 90an semasa kelab itu bersaing hebat dengan pasukan Ajax Amsterdam kendalian Van Gaal , menyatakan bahawa dengan melakukan perbelanjaan besar pada musim panas lepas, Van Gaal sewajarnya tiada alasan untuk tidak berada di kedudukan dua teratas Liga Perdana Inggeris.

Advocaat turut memuji bahawa Van Gaal adalah seorang jurulatih yang menakjubkan, namun menyatakan bahawa United kendalian Van Gaal harus berada di kedudukan dua terbaik kerana telah berbelanja besar.

Advocaat, yang berpengalaman mengurus beberapa buah kelab dan negara seperti PSV, Rangers,Borussia Mönchengladbach,Zenit St Petersburg,AZ Alkmaar, pasukan kebangsaan Belanda, UAE, Belgium, Russia, Korea Selatan dan lain-lain lagi, menggantikan Gus Poyet yang dipecat oleh Sunderland.

Kedua-dua jurulatih ini walaubagaimanapun mempunyai hubungan baik dan terkenal apabila bergambar dengan model yang telah dicat dengan kit jersi pasukan masing-masing semasa pembukaan Eredivisie musim 1995/1995.


*Tulisan ini telah ditulis dalam page fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

Monday, March 2, 2015

Kesah dari juruteknik bilik mayat hospital

      Tadi aku berkesempatan untuk bermain fesbuk dan melihat beberapa perkembangan duniawi dan status status motivasi pagi yang cukup indah,sebelum memulakan kerja.

      Status Sukan Star TV keluar dalam 'newsfeed' aku. Terus aku tekan 'like'. Nak buat macam mana, dah jadi hobi aku tekan saja 'like' kalau rasa macam sempoi saja cerita tu.

      Sekali ada brader tu komen, dalam status Sukan Star TV tersebut. Tentang pekerjaan dia sebagai juruteknik bilik mayat hospital. Sempoi habaq hang.


Ni komen dan pengalaman dari brader tu sendiri. Aku ambil dari komen fesbuk beliau:

1."serius lah wt apa aku tipu x dpt apa pn..kne plak masuk dlm nie..nk test sejuk ke tak..jd mayat hidup la aku..dh la dua org je nie..."



2. 3 4 org pn belum tntu berani sbnrnya..kne penakut semua x jd apa gk..aku tgh fikir nie nk masuk ke tak dalam nie..mbe aku nie mmg x nk dh..x kn aku jd mangsa..hmmm

3. dh biasa dh bro..2 tahun dh aku kije cm nie..aku bkn nk ckp besar aku nie sbnrny penakut gk..tp sepanjamg aku kije x pnh nmpk hantu lg..kne kacau tu adalah..tp dh tugas aku kije cm nie nk wt cm ne..mencari rzki halal..untng bro2 semua siang kerja mlm rehat..x plu bersengkang mata..aku bru je balik kije kul 6 td..dh kne g kije balik..

4. aku komen nie bkn apa..bab aku tgh berfikir nk masuk ke tak dalam nie..mbe aku mmg giveup awl2 dh..ambl mood happy jp...

5. nah aku nk share tempat bedah siasat..nielah katil kita bila kita mati t..

6. bagus tu..bersedialah menghadapi mati..bialah mati dalam keadaan beriman dan dalam keadaan sempurna..dh mcm2 jenazah dh aku jmpe..waallahhuhalam..x baik buka aib si mati..bialah aku dan allah saja yg mengetahui bagai keadaan jenazah tu bila mati dalam keadaan tidak beriman..yang paling byk aku jmpe jenazah wanita..wahai wanita2 semua..tutuplah aurat mu..jagalah diri mu..tinggalkan segala gejala sosial mu..kesianlah dkt family kamu bila melihat keadaan jasad mu..sesungguhnya jnji Allah itu benar...

7. dh chek dh pakai temptre gauge bacaan x tepat..suhu peti 17°c dye nk 3 - 8 °c gas isi dh..nie msty ada bocor kt dalam nie..

8. beranikah kamu jika diberi peluang untuk mengalihkan jenazah nie..kesian kepada si mati..

9. lokasi hospital aku x ley nk kongsi maaf..aku cme nk share dgn semua nielah kerja ku..walaupum gaji aku cme 1200 sahaja sebuln..tp gji aku x pnh ase x ckup..ada je duit lbh..walaupun aku ada kete moto nk kne byr..bab mungkin nielah rzki allah bg dkt aku..sbb aku ssh pyh nk bg mayat tu sempurna..

10. mintak maaf klu ada yg trse hati apa yg aku ckp..spe yg penah mabuk slme nie tinggalkan lah..utk kebaikan semua..sbb mayat org mabuk nie..mmg busuk bau dye..5 minit je peti tu x sejuk..bau dye aku dan allah saja yg tau..untuk renungan semua.

11. betul tu..org ckp nmpk hantu ke apa ke sbnrnya x ada pn..yg kita nmpk hantu tu sbb apa..sbb kita selalu berfikir psl hantu..hantulah nmpknya..cbe fikir psl mnde lain..insyaallah x nmpk byg apa2 pn..jgn ikut sgt filem seram nie..menipu je kijenya..boleh rosak akidah kita sbnr..tiada mahluk lebih berkuasa dri allah..

12. aku nk share cket kt sini..aku mayat cukup sifat nie sbnrnya..aku x tkt sgt..aku pnh kne peti myt x sejuk..buka2 je mayat x cukup sifat..tangan x ada kepala x ada..ya allah kesiannya dkt family bila tgk..sampai pengsan pn ada..moral of story berhati hatilah ketika memandu..laju2 gk..igt cket hidup dan mati..kpda mat2 motor tu dh2 la rempit..aku pn pnh rempit..tp aku dh tinggal dh..sedih bila family kita tgk jenazah kita dlm keadaan mcm tu..

13. srry tidak dapat membalas komen2 anda semua..insyallah sye akn jwb soalan anda satu persatu..di harap bersabar ye..apa yg sye bleh share sye share..msh bekerja lg..ada tugas yg plu sye siapkan..


14.  alhamdullilah akhirnya siap juga kerja ku..walaupun penat nk masuk plak kerja kul 8 t..tp aku bersyukur tugas aku siap juga walaupun mcm2 ujian aku dpt semasa kerja td..aslkn jenezah tersebut berada dalam keadaan sempurna..

15. knpe plu tkt baca komen2 aku..bknkh tempat nie juga akan jadi tempat kita bila kita mati t..setiap manusia yang meninggal dunia pasti akn merasai duduk peti mayat nie..jika kita takut kepada mati..bersiap sedialah menghadapi mati..tinggalkan peragai buruk kita..dekatkan diri kepada allah..yang x solat subuh lg tu g solat subuh pukul brpe dh nie..x salah kita ubah diri kita utk kebaikan kita juga..bkn utk org lain..kwn2 kita x teman kita bila kita mati..kita sorg2 je dlm kubur tu..siap sedia utk di soal apa amal yg kita buat semasa di dunia..

16. betul tu..jgnlah kita menghina pekerjaan org..hidup nie jgn rasa kita nie hebat sgt..hebat mana pn kita..mati t dalam nie gk kita duduk..sblm jenazah kita utk oleh ahli keluarga..rzki pekerjaan manusia nie berbeza beza..klu bkn tugas aku wt kerja nie spe lg yg berani buat..sbnrnya semua org bleh buat kerja mcm aku nie..atas nak x nak je..kerja nie bialah ikhlas niat kerana allah taala..insyaallah rzki kita melimpah limpah..kerja kne ikhlas bru gaji kita tu berkat..

17.  untuk urusan pembelian mayat yamg tidak dituntut kne bertanya kepada pihak hospital..tp selama aku bekerja asanya klu mayat tu tidak di tuntut akn diserahkan kepada majlis agama masing2 untuk urusan pengebumian..bab negara kita ada undang2..

18. kejadian menyeramkan tu selama kerja kne kacau main pintu adalah..buka pintu..dye tutup balik..klu org ckp nmpk hantu tu..aku rasa menipu kot..bab aku x pnh nmpk pn..walaupun skli..kne kacau tu adalah..

19. terima kasih kepada yang bagi kata kata semangat kepada aku..tp jgnlah kamu memuji diri ku sgt..aku pn ada kekurangan gak..kita nie sama je..ada kehebatan msg2..cme yg beza umo dengan pekerjaan je..

20. untuK pengetahuan semua..mayat islam dgn mayat bkn islam peti mayat di asingkan..klu mayat agama islam akam diletakkan dalam peti utk yg beragama islam sahaja..yang bukan islam akan diletakkan dalam peti yang bukan islam..

21. yang tu perasaan dye je kot..mbe aku pnh nmpk..padahal wt kije sama2..dye je nmpk..aku x nmpk pn..satu niat kne betul..niat buat kerja kerana allah..insyaallah kita akn dilindungi allah..

22.betul tu mohd riza..jgn kufur nikmat sgt..jgn blgk sgt dgn org..hormat cket org..jgn tanam sifat kubur lain2 bro..mmg kubur lain2 bro..lubang kubur ko spe gali..jenazah ko spe uruskan..kafankan ko spe uruskan..kebumikan ko spe urusakan..klu ko ase mcm tu..ko tanam sendirilah diri ko..kafan sendirilah diri ko..jgn angkuh sgt..igt cket ajl maut..senang mana hidup kita di dunia..di akhirat esk kita x tau lg keadaan kita cm ne..wahai anak2 muda semua..berubah la jd yg lbh baik dri sebelum nie..jgn nk tnggu tua bru nk taubat..aku tgk yg meninggal skrng semua muda2..yg tua2 tu x ramai mana pn..

23. hahaha..frist time semua org rasa mcm tu..aku dulu cm tu gk..mula2 kije cm nie..bila dh lama tu dh lali dh dgn semua nie..post momentem tu siap tgk live lg depan mata..ya allah aku sbnrnya sedih bila tgk mayat kne bedah siasat nie..bkn apa bro..bab seksakn mayat..klu org tu meninggal sbb xcdent..xcdent je la sbb nya..wt apa nk siasat lg..dye dh la terseksa dh..kita seksakn lg..klu bleh jauhkan lah bedah siasat nie..tu nasihat aku..

24. jgn takut bro..beranikn diri insyaallah x ada apa2..sbb nie bleh dijadikan satu pengalaman wt hidup kita..bkn mntk maaf..cnthnya klu sedara mara kita meninggal utk pengesahan mayat..sekurangnya kita dh ada pengalaman dh pergi bilik mayat..

25. peti tu yg problem..bab peti tu x sejuk..gas x ada..jd mayat tu berbau..kne chek la satu2..rupa2 nya..filter dryer je sumbat..tukar baru dh okay dh..puas cri igt paip bocor ke apa..rpe tukar filter dryer je dh okay..

26. betul tu bro..klu ada peluang pekerjaan mcm nie cbelah..jgm tkt..besar phla jaga jenazah nie..sbb apa bila kita wt kerja tu untuk allah dan untuk jemazah tu..insyaallah jenazah nielah yg tolong kita masa kita mati nanti..sekurangnya kita ada amal ibadat kita kepada si mati..

Tammat.


Thursday, February 12, 2015

Belasungkawa : Dato Hasbullah Awang


Inna lillah hi wa inna ilai hiro jiuun. 

Semoga engkau tenang di alam barzakh sana untuk menemui Allah S.w.t yang Maha Pencipta. Yang Maha Mematikan dan Yang Maha Menghidupkan.

Ucapan takziah kepada keluarga dan sanak saudara pengulas sukan legenda Malaysia, Dato Hasbullah Awang,63, yang meninggalkan dunia ini buat selamanya awal hari ini,dipercayai sakit jantung.

Kita juga pasti ke sana jua.

Friday, January 16, 2015

Memeriksa buku

8.20 malam.
Aku baru lepas pekena mengaji Koran. 'Challenging' juga baca Koran ni sambil dukung Muhammad Akif. Sambil aku baca, dia pun turut 'busy'- tak menang tangan nak selak-selak dan menjilat kitab Koran tersebut.

Nak tinggal dia kesian. Aku letak bagi dia merangkak, dia pulak duk capai kaki aku nak kerabat naik.

Alahai.

8.45 malam. Habis baca Koran.
Sambil dekat dengan meja makan,sambil belek-belek telefon pintar aku, kemudian capai buku catatan harian Nur Adelia dalam beg dia. Buku log harian dari pusat jagaan. Kemudian, aku buat 'spot check'.

'Aktiviti 4.30 petang: Aktiviti perkembangan kreativiti & estetika ->
Membuat gaya 'gummy bear'

Mai mana gummy bear ni?


Tuesday, January 6, 2015

Yeovil Town 0 - Manchester United 2

         Yeovil Town? Ada sesiapa pernah dengaq nama pasokan bola sepak ini? Ya, aku baru sahaja tahu selepas undian untuk pusingan ketiga Piala FA dilakukan tempohari. Sebuah kelab kecil dari pekan Somerset, England.

         Kelab yang kecil, tetapi penuh semangat dan begitu tinggi sekali dedikasi terhadap sukan bola sepak tempatan.

         Namun, alhamdulillah. Manchester United akhirnya menang (dengan susah-payah), ketika kedua-dua pasokan ini bertemu di Stadium Huish Park (yang berkapasiti 5212 tempat duduk - yang lagi ~4 ribu, kena berdiri).

          Meradang dan baran juga aku masa tengok 'game' ni dengan persembahan United. Macam tuuttt main.


Bukan cerita sebenar :

LVG  : Mana pi baju hang woi, Maria?

Maria : Entahlah. Masa aku nak keluaq padang tadi, semua pakat duk kerumun aku ramai-ramai duk tarik baju aku. Sampai seluaq aku pun depa tarik. Naseb baik aku ikat seluaq ketat-ketat.

LVG dan staff : Kah kah kah. Tu la hang. Power sangat.

Tuesday, December 30, 2014

Tahun 2014 : Ulasan umum dan sukan dari kacamata aku

           Sedar tak sedar, dalam masa 2 hari lagi kita semua umat manusia bakal menempuh tahun baru 2015 (gregorian). 2014 pula akan ditinggalkan kita. Tahun 2014 sememangnya tahun yang amat bererti bagi diri aku. Kelahiran cahaya mata kedua, hasil dari perkahwinan sejak 2011, benar benar
menggembirakan dan semoga hidup ini mendapat keredhaan dari Allah swt.

             Dalam suka aku, jangan pula aku dan hangpa semmua lupa bahawa banyak tragedi yang kita saksikan dan alami pada tahun 2014 ini,khususnya buat rakyat Malaysia.Tragedi malang MH370 pada awal Mac, disusuli kejadian tembakan pesawat MH17 oleh pengganas/puak pemisah Ukraine dan yang terbaru, kehilangan pesawat QZ8501. Sehingga tulisan ini dihasilkan,dipercayai pesawat itu telah tenggelam di dasar lautan. Itu baru tentang pesawat milikan Malaysia. Belum lagi kita sentuh tentang bencana banjir yang melanda kawasan pantai timur Malaysia amnya baru baru ini. Dikatakan tragedi banjir yang paling teruk pernah negara lalui setakat ini.

            Di samping itu, umat Islam dan dunia juga dihidangkan dengan berita keganasan rejim Zionis Israel yang telah membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin dan Gaza secara khususnya-majoritinya dengan penggunaan peluru berpandu, pada pertengahan 2014 lepas. Bulan Ramadhan yang penuh duka buat penduduk Gaza dan Palestin amnya. Umat Islam sememangnya terkena tempias dengan isu ini, di Malaysia,lebih-lebih lagi dengan pelancaran kempen boikot barangan Zionis Israel (yang kini telah kembali sunyi -seperti biasa).

             Ekonomi? Maaf. Aku tak berapa pakar dalam hal ini. Tapi dari segi pengamatan dan pembacaan, negara kita dilanda krisis penurunan matawang sejak akhir-akhir ini, ditambah pula penamatan subsidi minyak Ron95; yang mana ianya digunakan majoriti besar penduduk dan rakyat Malaysia.Pemberhentian subsidi ini sememangnya memberikan impa,samada baik dan buruk kepada kitaran ekonomi semua. Harga minyak dunia juga turun ke paras terendah dalam tempoh 9 ke 11 tahun, pada tahun 2014. Berkenaan GST, ya, ianya bakal berkuat kuasa April 2015 ini.

             Dari segi pendidikan di Malaysia, jangan pula dilupa akan bermulanya peperiksaan berformat baru PT3 menggantikan PMR. Tragedi kertas soalan peperiksaan UPSR bocor juga antara 'highlights' penting pada tahun ini, sehingga menyebabkan beberapa peperiksaan perlu dilalui semula pelajar.

             Maaf. Terlupa pula menulis isi asal berkaitan tajuk diatas. Review sukan untuk 2014 dan 10 peristiwa penting sukan pada tahun 2014 dari sudut pandangan aku. Bebas untuk sesiapa menyanggahi aku atau mempunyai pandangan lain.

Dibawah, 10 peristiwa sukan penting dan diingati sepanjang 2014 dari pandangan aku:

1. Manchester United membuka tirai tahun 2014 dengan kekalahan kepada Spurs di Old Trafford.

2. Pemecatan David Moyes pada April 2014 dari pasokan Manchester United. Manchester United menamatkan musim 2013/2014 di tempat ke 7. Kedudukan liga terendah United sejak era Premier league.

3. Pasokan bola sepak Malaysia berjaya ke pentas final Piala AFF Suzuki menentang Thailand, namun tewas dengan aggregat 4-3.

4. United pertama kali tidak layak ke UCL sejak tahun 1995.

5.Angel di Maria dan Radamel Falcao menyertai United pada musim panas 2014. Sesuatu yang tak pernah aku impikan.Namun,ada berita sedih yakni persaraan legenda United, Ryan Giggs dari bola sepak. Giggs telah mempunyai lebih 23 tahun karier sebagai pemain bersama Manchester United,sejak memulakan 'debut' bersama United pada tahun 1991.Terima kaseh Giggs kerana telah mewarnai dunia bola sepak dunia!

6. Louis Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru Manchester United.

7.Dato Lee Chong Wei didakwa terlibat dalam penggunaan dadah dalam sukan badminton.

8. Brazil 1 - Jerman 7 dan Sepanyol 1 - Belanda 5, dalam kejohanan Piala Dunia di Brazil.

9. Real Madrid memperoleh La Decima setelah 12 tahun mengidam.

10. Liverpool (hampir) memenangi liga EPL musim 2013/2014. Dan, peristiwa Luis Suarez menggigit Chiellini.

Tribute : Senarai penjaring terbanyak ManchesterUnited sempena 'Boxing Day'


          Info: 'Boxing day' adalah satu terma yang digunapakai oleh masyarakat Eropah, khususnya di United Kingdom (UK) dan negara Komanwel khususnya; yang diraikan sehari selepas Hari Natal atau Krismas. Hari ini secara amnya, mereka yang menyambut Krismas akan menerima dan bertukar-tukar hadiah.

Di UK, hari 'Boxing Day' ini secara lazimnya dilabel sebagai hari untuk berbelanja atau 'bershopping' sakan. Banyak tawaran dan diskaun bersempena hari tersebut.

Penjaring terbanyak United sempena 'Boxing day':

1)BRIAN MCCLAIR (7 Gol)- Gol dijaringkan ketika bertemu Norwich City, Oldham Athletic dan Sheffield Wednesday.

2)RYAN GIGGS (5 Gol) -Lagenda United dan Wales ini menjaringkan 'memorable solo effort' dalam kemenangan 6-3 di Oldham pada tahun 1991.

3)STAN PEARSON (5 Gol) - Antara jaringannya pada perlawanan menentang Arsenal dengan kemenangan 2-0 di Old Trafford pada 1949.

4) DENNIS VIOLLET ( 5 Gol) -Antara jaringannya termasuk ketika menentang Cardiff City & Aston Villa.

5) DIMITAR BERBATOV (4 Gol) - 'Bulgarian hitman' ini meledaka hat-trick ketika menang 5-0 ke atas Wigan Athletic pada tahun 2011.

6) GEORGE BEST (4 Gol) - Legenda #7 United ini meledak 2 gol pada tahun 1967 dengan kemenangan ke atas Wolves dan juga menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menang di Sheffield United 2 tahun sebelumnya. Turut menjaringkan gol menentang Derby County pada 1970.

7) SIR BOBBY CHARLTON (4 Gol)-Tak perlu dihabaq lagi kepoweran beliau.

8) WAYNE ROONEY (2 Gol )- Pemain dan kapten United yang maseh aktif bermain bersama United.

Sumber : Manutd.com

******

Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Wednesday, December 24, 2014

Banjir 2014



         Dah 3 hari hujan secara renyai-renyai,diselangi beberapa jam hujan turun secara lebatnya di Kulim ni. Sejuk. Bila sejuk dan hujan, rasa malas semakin meningkat dan power. Begitulah juga dengan suasana tempat kerja aku. Tapi wajib rasa syukur. Cuba hangpa banyangkan mereka-mereka yang menjadi mangsa banjir; orang tua, warga OKU, kanak-kanak, bayi dan golongan susah yang terpaksa melalui jerih perit suasana musim hujan dan banjir sekarang.

       Kesian dan simpati.

      Ya Allah. Selamatkanlah mereka. Permudahkanlah urusan hidup mereka, ya Allah. Bantulah hidup mereka. Permudahkanlah urusan bantuan kepada mereka. Kuatkanlah semangat mereka, ya Allah. Jadikanlah kami yang terselamat ini semakin meningkat rasa taqwa dan syukurnya terhadapMu, ya Rahman, ya Raheem.

        Aku perati sekarang ni memang scene banjir dan bencana tanah runtuh tengah 'in'. Ramai juga 'reporter' semi-pro membuat laporan samada dalam Whatsapp dan fesbuk.Tidak lupa juga dalam Twitter. Terima kaseh buat semua yang membuat laporan dengan telus dan bermanfaat. Alhamdulillah, memang berkesan dan berguna info tu semua. Setakat ni,semua maklumat yang aku terima dari 'copy and paste' dan 'mesej forward' dari member-member dan ahli keluarga semuanya membantu dan tepat.Ada juga yang kurang tepat, tapi hangpa semua boleh pikiaq dan semak info tersebut dengan pihak berkuasa untuk maklumat yang tepat. Nombor bantuan kecemasan dari JKR kawasan, jabatan pengairan, Majlis Bencana Negara dan pihak berkaitan yang 'reliable' di fesbuk,boleh dijadikan rujukan.

Nampaknya, orang Malaysia amnya, dah pandai menggunakan teknologi dengan betul. Janganlah salahgunakan teknologi untuk membuat laporan palsu. Apa faedahnya yang hangpa dapat?

        Tadi baru dapat mesej dari member kilang. Dia anak beranak terpaksa berpatah balik dari kawasan Tasek Banding/Grik ke Kulim semula,sebab terdapat kejadian tanah runtuh di Banjaran Titiwangsa. Semoga selamat dan dipermudahkan Allah swt hendaknya. Insya Allah.

Marcelo Salas 40



             Hari ini, tanggal 24 Dec,genap 40tahun usia bintang legenda negara Chile, Marcelo Salas. Aku mula meminati legenda River Plate, Lazio dan Juventus ini ketika zaman kemuncak pasokan SS Lazio pada tahun akhir 90an.

            Ketika itu aku baru menaiki zaman sekolah menengah. Jambu lagi masa tu, tapi tak sampai kena jadi adik angkat walaupun sekolah asrama semuanya batang.

            Siapa yang bolih melupakan gol tunggal perlawanan hasil jaringannya ketika menentang Manchester United ketika perlawanan EUFA Super Cup di Stade Louis II, Monaco pada tahun 1999?
Radamel Falcao, antara 'living legend' bola sepak yang kini bermain bersama United, turut sama menghargai dan mempunyai rasa cukup hormat terhadap legenda Chile ini. Kedua-dua mereka juga pernah bermain bersama kelab River Plate. Malah, 2 sambutan gol Unitednya juga mirip kepada gaya sambutan Marcelo Salas ini.

Semoga Radamel Falcao terus kekal sihat dan menyumbang gol kepada United !

******
Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Monday, December 8, 2014

Friday, November 14, 2014

Dapat duit RM270 00

          2 hari semalam, pagi. Aku baru saja bukak komputer kerja aku di ofis kilang tempat aku bekerja. Macam biasa, sampai tempat kerja,pagi-pagi aku akan bukak email di Microsoft Outlook.

          Alhamdulillah. Rasa macam nak ambik cuti kerja setahun dan pergi melancong ke seluruh dunia bila baca satu email ni. Aku melompat kegirangan kut sampai kena siling ofis. Rasa macam dunia ni ana yang punya lah, habaq hang.

          Yiiiiiihhaaaaaa. Pak cik kayo, woi !

*******

Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa, Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50088 50250 Kuala Lumpur
NOTIS RASMI HADIAH DARI TELEKOM MALAYSIA.


The TELEKOM MALAYSIA ® MEMENANGI program-program yang diadakan pada 3rd of November, alamat e-mel peribadi anda bertugas untuk memenangi Tiket nombor:
2-4-16-37-89-40-85 dengan Nombor siri 2268/02, yang akibatnya menang anda Ringgit Malaysia $270,000.00 dalam kategori kedua TM khas keluarga loteri, tuntutan anda Telekom khas keluarga Pakej memenangi Hadiah, anda dikehendaki menghubungi Jabatan tuntutan melalui e-mel untuk pemprosesan dan kiriman wang Hadiah anda kepada anda.

Kami berterusan Telekom keluarga Khas Hadiah Program yang diadakan di ibu pejabat kami di sini di Kuala Lumpur program beliau Jumlah RM $270,000,00 (dua ratus dan Tujuh puluh ribu Ringgit Malaysia) adalah bonus tunai yang diberikan kepada anda dari Telekom Malaysia 2014 keluarga Special pakej untuk anda dan keluarga anda kepada kami tentang ini hanya diraikan Hari Raya ini tahun 2014.

Ini jumlah MYR270, 000.00 ditaja oleh Perodua Malaysia dan Tenaga Nasional yang terlibat dalam penajaan Telekom 2014 khas keluarga pakej dan anda perlu tahu bahawa e-mel ini adalah 100% asli dan legit kerana program kami menang biasanya datang 5Years setiap jadi sila maklum dan faham bahawa e-mel ini adalah 100% asli.

Sila hubungi kami tuntutan ejen;
ENCIK.SHAFFIE BIN HASSAN (Pengarah Jabatan tuntutan)
E-mel: telekommy@outlook.com
==================================
Untuk diproses, sila hubungi kami
Tuntutan agen dengan syarat-syarat tuntutan Di bawah ini:
==================================
Syarat-syarat tuntutan:
1. Penuh nama...
2. Umur:...
3. Pekerjaan:...
4. Telefon:...
5. Negeri/bandar:..

Sila ambil perhatian bahawa 2014 di Telekom Malaysia diberikan kepada keluarga anda sepenuhnya dan ia perlu dituntut daripada Jabatan tuntutan kami sebelum 29 Oktober kerana di
Telekom Malaysia 2014 khas keluarga pakej adalah sah sehingga 23 Disember 2014

PN.Nadia Binti Raffik.
Telekom Malaysia Anugerah Pengurus Eksekutif.
Malaysia ibu pejabat.

Thursday, November 6, 2014

Buli

         Dua status fesbuk yang mengancam ni aku petik dari fesbuk Pidomat, penulis buku Proletar 2 Menara , yang terkenal sebagai 'Takafulman' dan Pipiyapong, saorang lelaki luar biasa dari Kuala Lipis. Kedua-duanya kawan aku dalam fesbuk dan tak pernah berjumpa secara muka ke muka.

         Berkenaan video kes buli di asrama sekolah entah mana,yang menjadi 'viral' pada minggu ini, aku malas nak memberi komen panjang sebab dulu pun aku pernah bersekolah asrama dan bezanya, dulu kejadian berlaku waktu malam dan tiada siapa yang rajin dan bodoh untuk buat rakaman video.

         Status dari Pidomat :

          Ni aku senaraikan sebab sebab yang membolehkan kau kena tabuh masa zaman aku sekolah dulu:
1. Tak panggil 'abang' kat senior
2. Selisih tepi senior tak bagi salam.
3. Terembat selipar senior. Samada di surau mahu pun di dorm.
4. Ter-usha kerek kat senior
5. Jadi adik angkat kakak senior dan senior yang nak tekel makwe tu tak puas hati.
6. Potong barisan dewan makan padahal kau baru tingkatan bawah.
7. Report pasal senior fly/merokok pada warden.
8. Disyakki homo
9. Mencuri
10. Kau budak baik, tak buat benda 1 sampai 9 tu pun, tapi muka ko Tuhan dah jadikan memang siapa tengok pun akan jadi bengang dan rasa nak tendang.

Lain lain kau orang tambah lah.

          Status dari Pipi :

            Budak asrama yang belasah junior ni biasanya sebab diorang lapar aje. Dewan makan pulak masak entah apa apa tak sedap langsung. Kalau kenyang dah tentu diorang baring layan radio bateri ketuk.


KAH KAH KAH
     

Thursday, October 30, 2014

Drama Melayu

         Ada member aku kongsi dalam laman fesbuk dia dan 'tag' aku. Dia 'tag' aku sebab mungkin aku banyak memberi pandangan dan kritikan membina tentang filem dan drama Melayu rasanya, sepanjang perkenalan dengan aku.

         Aku pun apa lagi. Kongsi la dengan hangpa.

         Aku ni duk tengok jugak lah drama Melayu. Sikit-sikit. Dari zaman RTM dan TV3, sampai yang ke zaman Astro. Dari zaman pakai telefon rumah dan telefon 'public', sampailah ke zaman yang pakai telefon pintar.

         Nah, hangpa layan.


Monday, October 20, 2014

Raya Haji 2014

Catatan ni aku tulis di status fesbuk, satu atau dua hari selepas hari raya Aidiladha 2014 yang lepas.

" Abah ada di Kemboja pada hari raya Aidiladha semalam.

Tolong -tolong apa yang patut untuk membantu kehidupan Muslim disana.

Semoga Allah mempermudahkan urusan Abah dan kawan-kawannya."

          Nak tulis banyak tentang pengalaman abah di Kemboja, tapi baru dapat sedikit info berdasarkan cerita dari mak tempohari. Ada lebih kurang 65 ekor lembu selamat dikorbankan oleh geng-geng abah semasa disana seramai 12 orang.Ini merupakan pengalaman Abah yang pertama melakukan program korban di Kemboja.

          Kerja-kerja pengagihan daging korban, melapah, memotong dan sebagainya mendapat bantuan dari penduduk Islam Kemboja di sana. Abah cakap sedih melihat kehidupan Muslim di sana. Tertindas dan tak membangun. Memang di Malaysia pun masih ada, namun tak seteruk apa yang berlaku saperti di sana.

          Abah habaq, kehidupan disana semacam kehidupan di kawasan kampung sekitar Malaysia seawal tahun 60an dahulu. Ramai kanak-kanak hidup tanpa berselipar/kasut. Keadaan agak kotor.

          Selain melakukan program korban, duit lebihan juga (disebabkan harga lembu disana lebih murah berbanding di Malaysia, sekitar RM1800 seekor) diinfakkan untuk dibuat rumah penduduk miskin, memperbaik rumah, memperbaiki jeti nelayan Muslim, memperbaiki bot dan lain-lain.

        Ada berita yang kurang enak juga didengar. Ramai juga ustaz-ustaz yang hanya sekadar mahu mengambil untung dengan melakukan program korban di Kemboja. Bukan setakat ribu, tapi berpuluh ribu ringgit punya keuntungan. Allahualam. Cerita ni aku belum dapat tahu secara bersemuka dengan Abah lagi.

         Semoga kita semua dapat membantu apa yang patut terhadap saudara-mara kita, terutamanya ahli keluarga yang terdekat. InsyaAllah.



Thursday, October 2, 2014

Kahkahkah. Subsidi minyak diturunkan lagi.

          "Berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi, 2 Oktober 2014, harga minyak petrol RON85 akan dinaikkan dari RM2.10 seliter ke RM2.30 seliter. Harap maklom."

Kahkahkahkah.

Gambaq dibawah ni aku ambik dari laman fesbuk kelab Che Det. Baik dia punya perli, tapi ada juga yang tak paham maksud dia.

          Justeru, di sini aku nak menjual produk terbaru, untuk mengambil peluang sempena penurunan subsidi minyak petrol dan projek rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

          Jom. Mai mai. Ada sesiapa mahu beli 'pil penjimat minyak petrol' dari saya?

Hanya perlu tarok dalam tangki minyak kenderaan sabelum isi. InsyaAllah mujarab.

          Penggunaan minyak hanya 10 hinggit dari Bukit Kayu Hitam ke Pasir Gudang. PM saya dengan kadar segera jika mahu.

Monday, September 8, 2014

Lepak lepak

         Steady juga dapat lepak dengan anak-anak pada hujung minggu lepas dekat rumah. Adelia tu, nampak aja ok dalam gambar. Tapi bila buat perangai, mulalah nak tanggal lampin sendiri.

         Bila tak sempat nak tahan, jenuh nak kena kejar. Takut dia duduk atas permaidani atau kerusi pulak. Najis woi.

         Yang Akif ni pulak, pesen tak mau baring atas tilam. Asyik mau kena dukung aja. Layan ajalah. Perangai pun tak sama macam kakak dia tu. Yang dia ni jenis tidoq buai. Hantaq pi pengasuh, siap beli buaian lagi. Kat rumah? Tak dapat la jack. Malam-malam memang kena dukung si Muhammad Akif ni sambil jalan ke depan dan ke belakang dan secara terhuyung hayang untuk menimbulkan rasa saperti sedang dibuai ombak laut yang tenang.

          Setiap hari,ada la satu jam nak ke dua jam. Alahai. Letih, tapi syok habaq hang.

Gambar ihsan dari telefon isteri