Showing posts with label Manchester. Show all posts
Showing posts with label Manchester. Show all posts

Wednesday, April 15, 2015

Danny Higginbotham : Saya tidak cukup baik untuk Manchester United


          Danny Higginbotham, bekas pemain akademi Manchester United yang membuat beberapa kali penampilan untuk pasukan utama,sebelum meninggalkan United berkata, bahawasanya pemain muda zaman kini "mendapat sesuatu terlalu banyak, dan terlalu pantas."

Bekas pemain Manchester United dan anak kelahiran Manchester,yang merupakan graduan akademi United ini, pernah dipinjamkan ke pasukan Royal Antwerp, Belgium, sebagai salah satu langkah untuk memastikan perkembangannya.

         "Pemain muda zaman kini mendapat sesuatu terlalu banyak, dan terlalu pantas.""Anda lihat seorang remaja menjejaki usia 18 tahun, dan mereka memiliki kontrak yang besar, dan saya berkata berkenaan pemain yang belum pernah bermain untuk pasukan utama, tetapi berusia 18 tahun dan menandatangani kontrak selama 4 tahun. Ketika pengakhiran karier saya, seorang pemain muda professional bertemu saya dan menanyakan kereta apakah yang kamu pandu, jam apakah yang kamu pakai?

           "Saya tidak pernah pergi menemui pemain senior dan bertanyakan soalan sedemikian. Semasa saya masih kanak-kanak di United, saya hanya duduk dan mendengar apakah yang disampaikan oleh pemain berpengalaman yang juga seorang pro. Saya seakan seperti span yang menyerap ilmu. Ianya langsung tidak berkaitan wang."

           "Saya pernah menyukai untuk mencuci kasut but bola sebagai seorang pelatih. Saya pernah mencuci but milik Roy Keane dan Brian McClair. Saya beritahu kepada rakan dan mereka amat iri hati dengan saya. Saya memiliki but yang dipakai Roy Keane dan dan berasa amat tidak sabar untuk memakainya kerana ianya pernah digunakan Roy Keane."

             "Sekarang anda tanya, but siapakah yang mereka cuci dan mereka kata mereka tidak melakukannya kerana mereka tidak perlu lakukannya. Mereka tidak punya keinginan untuk lakukan ianya juga!"

"Namun, ianya adalah suatu penghargaan untuk melakukan kerja mencuci tersebut dari but mereka."
"Saya diberitahu bahawa sekiranya kamu berjaya, hadiah akan hadir kemudian. Sekarang, anda mendapat hadiah sebelum datangnya kejayaan."

           "Sistem dari akademi telah melahirkan suatu bentuk yang baru. Remaja pada usia 18 tahun mendapat kontrak yang besar dan pada usia 22 tahun, apabila mereka menghadapi masalah dan perlu turun ke Liga Championship atau liga yang lebih bawah, mereka tidak akan menandatangani kerana wang yang kecil. Mereka telah berputus asa dengan bola sepak."

           "Ianya adalah perkara yang menyedihkan. Ianya bukan suatu yang mudah sebagai seorang pemain muda untuk mendapat tempat di United, pada masa akan datang dengan sistem yang telah dilakukan dalam bidang bola sepak sekarang. Namun, jika mereka pemain yang benar-benar bagus, dan mempunyai sikap yang baik, kemudian mereka akan mendapat peluang tersebut."

           "Saya sememangnya tidak cukup baik. Sir Alex Ferguson tidak akan menjual pemain sekiranya pemain tersebut adalah seorang pemain yang benar-benar bagus."
"Tetapi saya kembali ke Old Trafford pada musim berikutnya bersama Derby pada hari dimana The Reds telah dianugerahkan trofi Premier League dan kami telah menewaskan mereka 1-0 untuk mengelak dari tersingkir ke liga bawah yang akhirnya telah menyingkirkan pasukan Manchester City.

"Anda boleh untuk tidak menulis perkara tersebut, kan?"

***
Danny Higginbotham kini telah bersara dari bermain bola sepak dan kini bertugas sebagai pundit di MUTV. Merupakan penulis buku "Rise of the Underdogs".



******
Tulisan ini telah disiarkan dalam fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

Thursday, March 19, 2015

Apabila Anfield dipanggil sebagai 'rumah' oleh Manchester United



Sebuah kisah dari laman web Manutd.com.

Walaupun ianya seolah-olah mustahil dalam era bola sepak moden, walaubagaimanapun,Anfield pernah menjadi 'rumah' kepada Manchester United dan beribu-ribu peminat; yang mana bersesak-sesak di the Kop untuk menonton perlawanan United.

Pada tanggal 20 Ogos 1971,Arsenal merupakan pasukan lawan buat United,namun,mengapa skuad Manchester United kendalian Frank O'Farrell ini bermain di Merseyside?

Nasib tidak selalunya baik, apabila United telah dilarang untuk bermain dalam dua perlawanan pertama di Old Trafford musim ini di Old Trafford;akibat masalah penonton dalam kempen musim lepas; apabila penyokong dilaporkan melontar objek ke bahagian penonton pasukan pelawat. Justeru, sebuah gelanggang neutral diperlukan dan United perlu mengharungi perjalanan merentasi East Lancs Road.

The Reds mengalami kerugian selanjutnya apabila Liverpool telah diberi 15 peratus daripada jumlah bayaran kutipan tiket dari 27,649 penonton yang hadir, manakala bayaran pampasan pula perlu diberikan kepada Arsenal akibat jumlah penonton yang hadir kurang dari 48,000 - daripada jumlah yang menonton perlawanan pada musim lepas di Old Trafford.

United akhirnya berjaya mencapai kemenangan pada hari tersebut dan memperolehi kemenangan cemerlang dengan jaringan 3-1 ke atas penyandang juara tersebut; terima kasih kepada gol daripada Alan Gowling, Bobby Charlton dan Brian Kidd.

Walaubagaimanapun,perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan beberapa minit, kerana peminat tercari-cari dimana seharusnya mereka berada di Anfield (akibat tidak biasa). Dilaporkan bahawa beratus-ratus peminat berlari merentasi padang akibat perlu menukar tempat duduk sebelum perlawanan bermula.

Kemenangan itu menjadikan kedudukan United untuk berada di tempat pertama Liga Divisyen Satu dan ianya dikekalkan setelah kemenangan 3-1 ke atas West Bromwich Albion di gelanggang Stoke City,Victoria Ground.

United kemudian kembali semula untuk bermain di Old Trafford, yang akhirnya melegakan setiap penyokong The Red Devils.


*Tulisan ini telah dipaparkan di halaman fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

Van Gaal dan Dick Advocaat

Sebuah gambaq yang 'rare' earth dari kedua-dua rakyat Belanda ini.

Dick Advocaat : Manchester United sewajarnya berada di kedudukan dua teratas liga


Pengurus baru Sunderland, Dick Advocaat, yang turut pernah menjadi pengurus kelab PSV Eindhoven ketika era 90an semasa kelab itu bersaing hebat dengan pasukan Ajax Amsterdam kendalian Van Gaal , menyatakan bahawa dengan melakukan perbelanjaan besar pada musim panas lepas, Van Gaal sewajarnya tiada alasan untuk tidak berada di kedudukan dua teratas Liga Perdana Inggeris.

Advocaat turut memuji bahawa Van Gaal adalah seorang jurulatih yang menakjubkan, namun menyatakan bahawa United kendalian Van Gaal harus berada di kedudukan dua terbaik kerana telah berbelanja besar.

Advocaat, yang berpengalaman mengurus beberapa buah kelab dan negara seperti PSV, Rangers,Borussia Mönchengladbach,Zenit St Petersburg,AZ Alkmaar, pasukan kebangsaan Belanda, UAE, Belgium, Russia, Korea Selatan dan lain-lain lagi, menggantikan Gus Poyet yang dipecat oleh Sunderland.

Kedua-dua jurulatih ini walaubagaimanapun mempunyai hubungan baik dan terkenal apabila bergambar dengan model yang telah dicat dengan kit jersi pasukan masing-masing semasa pembukaan Eredivisie musim 1995/1995.


*Tulisan ini telah ditulis dalam page fesbuk Buletin Manchester United (BMU).

Tuesday, February 10, 2015

Tragedi Munich 1958 yang melanda Manchester United



Tragedi Munich 1958 - Ringkasan

Terdapat pelbagai kisah dan perkara yang berlaku di sepanjang bulan Februari. Ada segelintir peminat pasukan Manchester United yang tidak tahu malah tidak ambil tahu mengenai tarikh-tarikh penting sejarah yang perlu diingati.

Bukankah sejarah itu penting dalam kehidupan untuk kita menilai sesuatu itu sebagai satu iktibar mahupun satu semangat. Bagaimanapun sejarahlah yang mengajar kita menjadi lebih dewasa dan lebih berjaya.

Pada 6 Februari 1958, Tragedi Munich telah terjadi di Bandar Udara Munich Riem, Munchen, Jerman. Menjadi satu sejarah dan kenangan pahit buat pasukan Manchester United, malah kepada pencinta bolasepak dunia terutamanya penyokong pasukan bola sepak yang digelar 'The Red Devils' ini.

Tragedi malang ini telah mengorbankan 8 pemain muda Manchester United yang dipercayai berpunca daripada satu kebakaran yang berlaku dalam pesawat British Airways (BEA) 'Elizabethan' sebaik sahaja berlepas dari landasan.

21 orang terkorban dari jumlah 39 orang kesemuanya termasuk penumpang dan anak kapal. Pesawat khas yang mereka naiki ini baru sahaja kembali dari saingan Piala Eropah 1957-1958 (European Champion League) menentang Star Belgrade (Russia) di Yugoslavia dengan perlawanan terikat seri 3-3. Mereka telah membuat penerbangan transit di Riem Munich untuk mengisi minyak semasa dalam perjalanan pulang ke Manchester.

Pemain-pemain muda dan berbakat yang terbunuh adalah Roger Byrne (Kapten), Mark Jones, Eddie Colman, Tommy Taylor, Liam "Billy" Whelan, David Pegg, Geoff Bent dan Busby Babes.

8 orang wartawan sukan British dan beberapa pegawai kelab turut terbunuh. Harry Gregg, penjaga gol yang berjaya keluar dari tingkap telah bertindak menyelamatkan rakan-rakan sepasukannya. Kapten James Thain di dakwa bersalah atas kecelakaan itu. Manakala Duncan Edwards meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Johnny Berry terselamat dari insiden ini namun kerana kecederaannya menyebabkan karier bolasepaknya berakhir. Berbeza dengan Mat Busby yang di anggap tiada harapan untuk pulih, akhirnya pulih setelah dua bulan di hospital.

Pembantu Juruterbang, Kapten Kenneth "Ken" Rayment, terselamat dari nahas tersebut tetapi meninggal dunia 3 minggu kemudian kerana mengalami masalah gegaran otak. Man United yang ketika itu adalah penyandang juara Liga Divisyen Dua untuk musim berturut-turut, bercita-cita untuk mnjuarai Juara Eropah lebih-lebih lagi dengan ada pemain yang berkualiti dalam pasukan. Namun impian tidak terlaksana, Manchester United pula terpaksa bertungkus lumus untuk bangkit membina semula pasukan baru untuk berdepan dengan saingan Piala FA 1958 selepas itu.

Pada tahun 2011, United (2011) iaitu sebuah filem telah diterbitkan mengenai kisah benar Legenda Manchester United "Busby Babes", pemain muda yang pernah berjaya meraih kemenangan di Liga Bolasepak. Dalam sejarah kejayaan Manchester United, hanya dua nama besar iaitu Sir Matt Busby dan Sir Alex Ferguson. Ketika meniti kejayaan iaitu zaman Matt Busby, ia juga di kenali sebagai "Busby Babes" di mana pemain seperti Bobby Charlton dan Duncan Edwards sedang meningkat naik.

-------------------------------------------

Busby’s Babes
I’ll see you again my red devil friends
I’ll hear you around my door
Touching my life like so many memories before
I was a child and so easily led
You were the leaders of men
Now I doubt in my life if this ever happens again
Oh how I cried when my mama said
Busby’s babes son, they’re dead
Oh how I remember that miserable day
When something was taken from me
Out on a snow covered runway in West
Germany

-------------------------------------------

Dipaparkan juga secara amnya menyentuh tentang tragedi UNITED "1958 Munich Air Crash" ini yang telah mengorbankan 8 nyawa pemain muda berbakat di Manchester United sebagai sumber inspirasi pasukan dan masyarakat secara amnya. Mereka bangkit semula selepas tragedi malang yang hampir melumpuhkan kelab terkenal di England itu sehinggakan Jimmy Murphy bertemu dengan Lembaga Tertinggi Pengarah Kelab dan mencadangkan untuk menutup Kelab manchester United ini.

"What we are in the future , is how we react today.. that we are not vowed to tragedy..."

3 bulan selepas kejadian Munich ini , dengan keseluruhan pasukan yang baru , United berjaya sampai ke perlawanan akhir Piala FA 1958 , menentang Bolton tetapi tewas 2-0. Siapa tahu bahawa kelab besar Manchester United ini yang banyak menempa kejayaan ada menyimpan sejarah hitam yang tercatat dalam perjalanan sejarah mereka.

-------------------------------------

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Just like the busby babes in days gone by,
We'll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the masses sing with pride.

United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will no just who we are,
They'll be singing que sera sera
United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

-------------------------------------

Beberapa Fakta Tragedi Munich 1958 Manchester United

1. Tempat Dan Waktu Tragedi.

-Tragedi Munchen 1958 Terjadi Di Bandar Munchen German Pada 6 Febuari 1958 Pada Pukul 1504 (waktu german offcos) Tragedi Itu Terjadi Ketika Kapal Terbang British Eurpean Airways 609 Cuba Untuk Melalui Ribut Salji Buat Kali Ketiga.

2. Jumlah Penumpang

-Dalam Kapal Terbang Tu Ada 44 Orang Penumpang Termasuk Skuad United Dan Juga Wartawan. 20 orang Mati Dekat Situ Jugak Manakala 3 Orang Mati Ketika Di Hospital Dan Jumlah Yang Selamat Seramai 21 Orang.

3.Pesawat Berhenti Dilapangan Terbang Munich.

-Skuad baru Pulang Dari Perlawanan Liga Juara-Juara Menentang Red Star Belgrade Tetapi Terpaksa Berhenti Dilapangan Munich Untuk Mengisi Bahan Bakar.

4. Ganguan Enjin.

-Cubaan Juru Terbang James Thain Untuk Melepasi Ribut Salji Tergangu Akibat Masalah Enjin Dan Terpaksa Berpatah Balik Selama 2 Kali. James Thain Menyarankan Matt Busby Untuk Tingal 1 Malam Di Munich Sehingga Enjin Diperbaiki Tetapi Matt Busby Mendesak Supaya Mencuba Buat Kali Ketiga Kerana Tidak Mahu Didenda FA England Atas Sebab Jadual Liga Perdana.

5.Kata MUNICH 1958

-Disinilah Bermulanya Pengunaan "Man U" Untuk Mengutuk Pasukan Manchester United.

M - Man
U - U (you)
N - Never
I - Intended
C - Coming
H - Home.

1958= 1+9+5+8 =23 mangsa yang meninggal dunia

6. Nama Krew Pesawat, Wartawan, Pemain Dan Staff Manchester United yang Terkorban.

- Geoff Bent.
- Roger Byrne
- Eddie Colman
- Duncan Edward (Meningal Dihospital 15 hari selepas tragedi)
- Mark Jones
- David Pegg
- Tommy Taylor
- Liam "Billy" Whelan
- Walter Crickmer (Setiausaha Kelab)
- Tom Curry (Coach)
- Bert Whalley (wartawan)
- Alf Clarke
- Dony Davies
- George Follows
- Tom Jackson
- Archie Ledbrooke
- Henry Rose
- Frank Swift
- Eric Thompson
- Bela Miklos
- Willie Satinoff
- Kenneth Ken
- Tom Cable.

Saksikan Filem UNITED (2011) di Youtube :

Link : https://www.youtube.com/watch?v=LRz1TyrG6hE


Tahukah anda?

Pasukan Liverpool, yang mana pada musim 1957/1958 bermain di Divisyen Dua Inggeris, di bawah kendalian Phil Taylor, telah menawarkan seramai 5 orang pemain pasukan mereka kepada Manchester United, berikutan kematian 8 orang pemain utama Manchester United dalam Tragedi nahas udara Munich.

Bagaimanapun,pihak Manchester United menolak secara baik tawaran tersebut, yang mana atas dasar keakraban Sir Matt Busby yang juga pernah bermain untuk pasukan Liverpool sekitar era akhir 30an dan awal 40an.


******

Tulisan ini telah diambil dan sebahagiannya ditulis di laman fesbuk Buletin Manchester United (BMU).


Tuesday, January 6, 2015

Yeovil Town 0 - Manchester United 2

         Yeovil Town? Ada sesiapa pernah dengaq nama pasokan bola sepak ini? Ya, aku baru sahaja tahu selepas undian untuk pusingan ketiga Piala FA dilakukan tempohari. Sebuah kelab kecil dari pekan Somerset, England.

         Kelab yang kecil, tetapi penuh semangat dan begitu tinggi sekali dedikasi terhadap sukan bola sepak tempatan.

         Namun, alhamdulillah. Manchester United akhirnya menang (dengan susah-payah), ketika kedua-dua pasokan ini bertemu di Stadium Huish Park (yang berkapasiti 5212 tempat duduk - yang lagi ~4 ribu, kena berdiri).

          Meradang dan baran juga aku masa tengok 'game' ni dengan persembahan United. Macam tuuttt main.


Bukan cerita sebenar :

LVG  : Mana pi baju hang woi, Maria?

Maria : Entahlah. Masa aku nak keluaq padang tadi, semua pakat duk kerumun aku ramai-ramai duk tarik baju aku. Sampai seluaq aku pun depa tarik. Naseb baik aku ikat seluaq ketat-ketat.

LVG dan staff : Kah kah kah. Tu la hang. Power sangat.

Tuesday, December 30, 2014

Tahun 2014 : Ulasan umum dan sukan dari kacamata aku

           Sedar tak sedar, dalam masa 2 hari lagi kita semua umat manusia bakal menempuh tahun baru 2015 (gregorian). 2014 pula akan ditinggalkan kita. Tahun 2014 sememangnya tahun yang amat bererti bagi diri aku. Kelahiran cahaya mata kedua, hasil dari perkahwinan sejak 2011, benar benar
menggembirakan dan semoga hidup ini mendapat keredhaan dari Allah swt.

             Dalam suka aku, jangan pula aku dan hangpa semmua lupa bahawa banyak tragedi yang kita saksikan dan alami pada tahun 2014 ini,khususnya buat rakyat Malaysia.Tragedi malang MH370 pada awal Mac, disusuli kejadian tembakan pesawat MH17 oleh pengganas/puak pemisah Ukraine dan yang terbaru, kehilangan pesawat QZ8501. Sehingga tulisan ini dihasilkan,dipercayai pesawat itu telah tenggelam di dasar lautan. Itu baru tentang pesawat milikan Malaysia. Belum lagi kita sentuh tentang bencana banjir yang melanda kawasan pantai timur Malaysia amnya baru baru ini. Dikatakan tragedi banjir yang paling teruk pernah negara lalui setakat ini.

            Di samping itu, umat Islam dan dunia juga dihidangkan dengan berita keganasan rejim Zionis Israel yang telah membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin dan Gaza secara khususnya-majoritinya dengan penggunaan peluru berpandu, pada pertengahan 2014 lepas. Bulan Ramadhan yang penuh duka buat penduduk Gaza dan Palestin amnya. Umat Islam sememangnya terkena tempias dengan isu ini, di Malaysia,lebih-lebih lagi dengan pelancaran kempen boikot barangan Zionis Israel (yang kini telah kembali sunyi -seperti biasa).

             Ekonomi? Maaf. Aku tak berapa pakar dalam hal ini. Tapi dari segi pengamatan dan pembacaan, negara kita dilanda krisis penurunan matawang sejak akhir-akhir ini, ditambah pula penamatan subsidi minyak Ron95; yang mana ianya digunakan majoriti besar penduduk dan rakyat Malaysia.Pemberhentian subsidi ini sememangnya memberikan impa,samada baik dan buruk kepada kitaran ekonomi semua. Harga minyak dunia juga turun ke paras terendah dalam tempoh 9 ke 11 tahun, pada tahun 2014. Berkenaan GST, ya, ianya bakal berkuat kuasa April 2015 ini.

             Dari segi pendidikan di Malaysia, jangan pula dilupa akan bermulanya peperiksaan berformat baru PT3 menggantikan PMR. Tragedi kertas soalan peperiksaan UPSR bocor juga antara 'highlights' penting pada tahun ini, sehingga menyebabkan beberapa peperiksaan perlu dilalui semula pelajar.

             Maaf. Terlupa pula menulis isi asal berkaitan tajuk diatas. Review sukan untuk 2014 dan 10 peristiwa penting sukan pada tahun 2014 dari sudut pandangan aku. Bebas untuk sesiapa menyanggahi aku atau mempunyai pandangan lain.

Dibawah, 10 peristiwa sukan penting dan diingati sepanjang 2014 dari pandangan aku:

1. Manchester United membuka tirai tahun 2014 dengan kekalahan kepada Spurs di Old Trafford.

2. Pemecatan David Moyes pada April 2014 dari pasokan Manchester United. Manchester United menamatkan musim 2013/2014 di tempat ke 7. Kedudukan liga terendah United sejak era Premier league.

3. Pasokan bola sepak Malaysia berjaya ke pentas final Piala AFF Suzuki menentang Thailand, namun tewas dengan aggregat 4-3.

4. United pertama kali tidak layak ke UCL sejak tahun 1995.

5.Angel di Maria dan Radamel Falcao menyertai United pada musim panas 2014. Sesuatu yang tak pernah aku impikan.Namun,ada berita sedih yakni persaraan legenda United, Ryan Giggs dari bola sepak. Giggs telah mempunyai lebih 23 tahun karier sebagai pemain bersama Manchester United,sejak memulakan 'debut' bersama United pada tahun 1991.Terima kaseh Giggs kerana telah mewarnai dunia bola sepak dunia!

6. Louis Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru Manchester United.

7.Dato Lee Chong Wei didakwa terlibat dalam penggunaan dadah dalam sukan badminton.

8. Brazil 1 - Jerman 7 dan Sepanyol 1 - Belanda 5, dalam kejohanan Piala Dunia di Brazil.

9. Real Madrid memperoleh La Decima setelah 12 tahun mengidam.

10. Liverpool (hampir) memenangi liga EPL musim 2013/2014. Dan, peristiwa Luis Suarez menggigit Chiellini.

Tribute : Senarai penjaring terbanyak ManchesterUnited sempena 'Boxing Day'


          Info: 'Boxing day' adalah satu terma yang digunapakai oleh masyarakat Eropah, khususnya di United Kingdom (UK) dan negara Komanwel khususnya; yang diraikan sehari selepas Hari Natal atau Krismas. Hari ini secara amnya, mereka yang menyambut Krismas akan menerima dan bertukar-tukar hadiah.

Di UK, hari 'Boxing Day' ini secara lazimnya dilabel sebagai hari untuk berbelanja atau 'bershopping' sakan. Banyak tawaran dan diskaun bersempena hari tersebut.

Penjaring terbanyak United sempena 'Boxing day':

1)BRIAN MCCLAIR (7 Gol)- Gol dijaringkan ketika bertemu Norwich City, Oldham Athletic dan Sheffield Wednesday.

2)RYAN GIGGS (5 Gol) -Lagenda United dan Wales ini menjaringkan 'memorable solo effort' dalam kemenangan 6-3 di Oldham pada tahun 1991.

3)STAN PEARSON (5 Gol) - Antara jaringannya pada perlawanan menentang Arsenal dengan kemenangan 2-0 di Old Trafford pada 1949.

4) DENNIS VIOLLET ( 5 Gol) -Antara jaringannya termasuk ketika menentang Cardiff City & Aston Villa.

5) DIMITAR BERBATOV (4 Gol) - 'Bulgarian hitman' ini meledaka hat-trick ketika menang 5-0 ke atas Wigan Athletic pada tahun 2011.

6) GEORGE BEST (4 Gol) - Legenda #7 United ini meledak 2 gol pada tahun 1967 dengan kemenangan ke atas Wolves dan juga menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menang di Sheffield United 2 tahun sebelumnya. Turut menjaringkan gol menentang Derby County pada 1970.

7) SIR BOBBY CHARLTON (4 Gol)-Tak perlu dihabaq lagi kepoweran beliau.

8) WAYNE ROONEY (2 Gol )- Pemain dan kapten United yang maseh aktif bermain bersama United.

Sumber : Manutd.com

******

Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Wednesday, December 24, 2014

Marcelo Salas 40



             Hari ini, tanggal 24 Dec,genap 40tahun usia bintang legenda negara Chile, Marcelo Salas. Aku mula meminati legenda River Plate, Lazio dan Juventus ini ketika zaman kemuncak pasokan SS Lazio pada tahun akhir 90an.

            Ketika itu aku baru menaiki zaman sekolah menengah. Jambu lagi masa tu, tapi tak sampai kena jadi adik angkat walaupun sekolah asrama semuanya batang.

            Siapa yang bolih melupakan gol tunggal perlawanan hasil jaringannya ketika menentang Manchester United ketika perlawanan EUFA Super Cup di Stade Louis II, Monaco pada tahun 1999?
Radamel Falcao, antara 'living legend' bola sepak yang kini bermain bersama United, turut sama menghargai dan mempunyai rasa cukup hormat terhadap legenda Chile ini. Kedua-dua mereka juga pernah bermain bersama kelab River Plate. Malah, 2 sambutan gol Unitednya juga mirip kepada gaya sambutan Marcelo Salas ini.

Semoga Radamel Falcao terus kekal sihat dan menyumbang gol kepada United !

******
Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Friday, December 19, 2014

Menjelang pertembungan dengan Aston Villa

Power Aston Villa ni. Jangan dibuat main,woi!

Latarbelakang :
Kemenangan ke6 berturut-turut Manchester United;3-0 di tempat sendiri pada seteru utama, Liverpool - memberi impak paling ideal untuk kunjungan United ke Villa Park pada hujung minggu ini. United yang kini berada dalam kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris,sekurang kurangnya diharap dapat memberikan sedikit tekanan dalam kempen Liga terhadap Chelsea dan Manchester City ;dengan jadual padat liga yang kini memasuki tempoh Krismas yang sibuk.

Prestasi:
Kemenangan meyakinkan ketika bertemu Liverpool,mengesahkan United mempunyai prestasi yang terbaik dalam liga pada masa ini, dengan enam kemenangan berturut-turut.Walaupun Reds dianggap belum mencapai tahap prestasi yang maksimum, pasokan van Gaal telah menunjukkan corak permainan kental apabila berjaya memperoleh kemenangan baru-baru ini.

Aston Villa melalui tempoh kekalahan panjang dalam liga selama lebih dua bulan sehingga 2 Disember lalu, hinggalah apabila mereka memenangi perlawanan di Crystal Palace. Walaubagaimanapun,setelah menempa kejayaan dengan menewaskan Leicester City di Villa Park, mereka tewas semula pada minggu lepasdi gelanggang lawan, 1-0 kepada West Brom, dalam West Midlands derby.

Berita Pasokan:
Ron Vlaar,ketua pasukan Villa telah kembali ke skuad untuk menentang West Brom, tetapi terpaksa menonton dari bangku simpanan sehingga minit ke-78 disebabkan Ciaran Clark dan Jores Okore bergandingan semasa ketiadaan pemain Belanda tersebut.

Pemain Aston Villa yang tidak dapat bermain untuk perlawanan menentang United :
Kieran Richardson & Alan Hutton -penggantungan
Tom Cleverley -tidak layak (pinjaman dari United)

Pertembungan terakhir United menentang Villa (Old Trafford, 29 Mac 2014) :
United dikejutkan dengan gol awal minit ke 13,hasil tendangan free kick Ashley Westwood.United bagaimanapun bangkit dan menang dengan keputusan 4-1 (Rooney, 20',45' (p), Mata 57', Chicarito,90')

United: De Gea, Rafael (Carrick 46),Vidic,Jones, BĂĽttner; Young, Felliani, Fletcher,Mata,Kagawa (Januzaj 68); Rooney(Hernandez 75).
Pemain tidak digunakan: Amos, Giggs, Welbeck, Nani.
Kad: Rafael, BĂĽttner.

Aston Villa: Guzan;Bacuna,Vlaar,Clark,Bertrand;Albrighton(Lowton 78),Delph, Westwood,Weimann,Agbonlahor(Tonev 71);Benteke.
Pemain tidak digunakan: Steer,Bennett,Sylla,Holt,Robinson.

Pegawai perlawanan pada pertembungan kali ini:
Lee Mason --> Pengadil,
Stuart Burt & Andy Halliday-->Pembantu pengadil
Kevin Friend -->Pegawai keempat

Harapan dan ramalan:
Akhir kalam,semoga United bermain baik dan bahagian pertahanan United lebih 'organize' dan lebih fokus;berbanding semasa perlawanan menentang Liverpool. United perlu mendapatkan gol awal untuk menyerap tekanan pihak lawan,terutamanya dengan pihak lawan yang sentiasa bermotivasi tinggi untuk bermain di gelanggang sendiri dan bersemangat untukmenebus kekalahan mereka sebelum ini semasa derby West Midlands.
Kemenangan (sukar) 2-1 buat United. GGMU !

Nota : Gambar pasokan Aston Villa yang menjuarai Liga Juara Eropah pada tahun 1982.

Tulisan ini telah disiarkan ke laman fesbuk kumpulan 'BMU Supporters'.

Thursday, December 11, 2014

Melawan Liverpool

            Komentar aku ke laman Fesbuk Buletin Manchester United, "Usahlah kita (penyokong United) mendabik dada, sebab Liverpool secara lumrahnya akan bermain dengan penoh semangat dan secara bermati matian apabila bertemu United. Pemain perlu mengawal emosi kerana 'red derby' ini selalunya akan berlangsung dengan suasana yang tegang dan tak lari dari kontroversi. Sokongan padu dari penyokong United di stadium Old Trafford adalah amat diperlukan."

            Kekalahan 3-0 kepada Liverpool di laman sendiri masih lagi terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Old Trafford, dari gelanggang yang menjadi 'Theater of Dreams', bertukar dan bermuram durja menjadi teater ngeri.Benda dah jadi 7 ke 8 bulan lepas. Moyes 'The Football Genius'-bak kata kebanyakkan peminat Liverpool dan golongan ABU, tak terkecuali dari segelintir penyokong United  sendiri; selalu dijadikan bahan jenaka.

            Semoga United menang pada Ahad ini. InsyaAllah.


Friday, November 21, 2014

Formasi ramalan menentang Arsenal 22 Nov 2014



           Berdasarkan sidang media LVG dengan MUTV beberapa jam yang lepas, agak sukar untuk menjangkakan barisan pemain yang bakal diisi LVG untuk menentang Arsenal , pada awal pagi Ahad nanti.

           Status kecederaan Daley Blind masih belum dapat dipastikan sepenuhnya kerana masih perlu menunggu ~10 hari lagi untuk pemeriksaan MRI secara lebih lanjut. LVG menjangkakan ianya bukanlah kecederaan untuk tempoh yang panjang iaitu 6 bulan. Manakala Luke Shaw dan Carrick pula, diragui untuk diturunkan setelah baru sahaja pulih dari kecederaan selepas bersama skuad England.

            Skrip sidang media LVG bersama MUTV, "It’s difficult to say if anyone is back because we have to wait for tomorrow’s training session to decide if players are coming back. But the players are not coming back in the squad – that’s a different thing. My philosophy is that you have to train at least one week with the squad, but better two. But if you see our circumstances, we maybe have to bring players back to the squad early because of the circumstances. Di Maria has trained today normally so I don’t think that is a question mark, but Shaw is a question mark. David De Gea is good, no problem. I think Michael Carrick I have to wait for the reactions tomorrow in the training session, but I expect also that he’s ready to play. Blind is not ready to play. He has now a brace on his knee, 10 days’ rest, then we have to make another scan and we can say more about his injury. It’s not so bad as the doctors are thinking after the match, but it shall be a long story, I believe, but not six months or something."

            Untuk perlawanan menentang Arsenal ini, aku jangkakan bahawa sekali lagi LVG akan menghampakan peminat dengan menyenaraikan Adnan Janujaz sebagai kesebelasan utama. Mata dan Herrera pula hanya akan disenaraikan di bangku simpanan.Fletcher bagi aku berpeluang untuk mengisi slot yang ditinggalkan Carrick dan Blind, sebagai kesebelasan utama. Namun, jika gagal mempamerkan aksi buruk dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, mungkin perlu digantikan dengan segera.

            Bahagian pertahanan pula diisi Valencia, Smalling, McNair dan Blackett. Mungkin Shaw bolih bermain tapi LVG mungkin akan hanya memberi beberapa minit masa permainan sahaja disebabkan Shaw perlu pulih sepenuhnya menjelang jadual perlawanan yang padat pada bulan Disember nanti. Aku rasa, tindakan tergesa-gesa dalam menurunkan pemain yang masih belum pulih sepenuhnya bakal memberi impak yang lebih teruk pada pasokan; lebih-lebih lagi menjelang bulan 12 yang padat dengan permainan.

            Bahagian serangan saperti biasa diisi Rooney dan RVP. Di Maria dan Adnan Janujaz berada di posisi saperti biasa. Wilson pula hanya akan berada di bangku simpanan. Bahagian serangan United perlu mengeksploitasi bahangian pertahanan Arsenal, terutamanya Per Mertesacker yang dilihat agak perlahan untuk kembali semula ke posisi setelah berada di atas.

Pemain Arsenal yang perlu diberi perhatian:

           Pada pandangan aku, 'Man of the match' untuk pasokan England menentang Scotland dan Slovenia, Jack Wilshire perlu dikekang dari memberi hantaran-hantaran bahaya. Khidmat Fellaini akan kita tagih untuk mengekang hantaran Jack ini.

            Alexis Sanchez. Nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Berkemungkinan memberi masalah kepada pertahanan United dengan kerja keras dan larian kencangnya. Pemain Amerika latin yang lasak dan menjadi tunjang Arsenal buat masa ini.

           Oxlade Chamberlain juga bagi aku merupakan suatu ancaman. Namun jika dia berjaya dikekang, InsyaAllah, tidak akan memberi masalah besar kepada United.Dan yang terakhir,bekas pemain United sendiri, Danny Welbeck. Walaupun dilihat agak tumpul untuk membuat jaringan, namun mempunyai sikap yang aku suka sebagai pemain bola sepak iaitu bermain dengan penoh semangat dan bekerja keras. Danny juga aku jangkakan akan bermain sepenuh hati pada penampilan pertama menentang kelab kesayangannya sendiri, bertekad untuk membuktikan sesuatu kepada LVG.

Ramalan keputusan :

Mengharapkan kemenangan buat United, namun keputusan yang lebih realistik untuk aku telan buat masa ini, lebih lebih lagi dengan faktor kecederaan dan bermain di gelanggang lawan,ialah sekadar seri dengan jaringan 2-2.
Allahua'lam.

******

Tulisan ini telah dicoretkan di laman Group Facebook 'BMU Supporters'.

Battle of the Buffet : Perlawanan bersejarah United menentang Arsenal



           Battle of the Buffet adalah terma yang digunakan media British untuk mengenang perlawanan bersejarah Liga Perdana Inggeris yang dijadualkan pada Ahad, 24 Oktober 2004; antara Manchester United dan Arsenal.

Latarbelakang:
         
           Pelantikan Arsene Wenger sebagai pengurus Arsenal pada tahun 1996 memberi banyak kejayaan kepada kelab tersebut.Arsenal telah memenangi kejohanan domestik berganda (Piala FA & EPL) pada musim 1997/1998 dan menjadi seteru utama United pada tahun-tahun berikutnya. Arsenal telah memenangi kejohanan domestik berganda lagi pada musim 2001/2002, sebelum United kembali merampas kejuaraan liga pada musim berikutnya.Pada musim 2003/2004, Arsenal telah memenangi liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kekalahan (Digelar 'The Invincibles');dengan 26 kemenangan dan 12 seri.Pertemuan diantara Arsenal dan United dianggap sebagai acara kemuncak Liga Perdana Inggeris sepanjang era 2000an.

Sebelum perlawanan:

           Pasokan Arsenal bertandang ke Old Trafford sebagai pendahulu liga, 2 mata didepan Chelsea.Pertemuan terakhir mereka berkesudahan 3-1 menentang Aston Villa, yang menyaksikan Arsenal melebarkan rekod tanpa kalah dalam liga ke 49 perlawanan.Manakala Manchester United pula seri 0-0 dengan Birmingham. United berada di kedudukan ke 6 liga, 11 mata dibelakang pendahulu liga.
           Perlawanan liga ini semakin bertambah erti, terutamanya bagi Arsenal yang sebolehnya mahu melebarkan rentak tanpa kalah di dalam perlawanan liga ke 50 perlawanan, manakala Manchester United pula yang ketinggalan 11 mata pada pada pendahulu liga, bertekad mahu membuktikan bahawa mereka adalah pencabar kejuaraan dan mahu menyekat rekod tanpa kalah Arsenal.

Perlawanan:

            Manchester United memenangi perlawanan di Old Trafford tersebut dengan keputusan 2-0, mengakhiri rekod tanpa kalah Arsenal sehingga ke 49 perlawanan (yang meupakan rekod Premier League). Jumlah penonton adalah seramai 67,862 orang.Pengadil ketika itu ialah Mike Riley (kini sudah bersara).
             Perlawanan tersebut tudak sunyi dari kontroversi;antaranya beberapa siri pergaduhan,mutu pengadilan yang kurang memuaskan dan 'diving'.
Gol hasil daripada Ruud Van Nistelrooy (penalti minit 73') dan Wayne Rooney (minit 90').

Selepas perlawanan:

             Sol Campbell kelihatan tidak mahu berjabat tangan dengan Rooney pada tamat masa perlawanan,dan suasana menjadi genting dan tegang ketika pemain menelusuri terowong pemain. Terdapat dakwaan berkenaan beberapa jenis makanan; saperti pizza, air kopi, sup tomato atau sup kacang telah dilemparkan kepada pengurus United, Sir Alex oleh pemain Arsenal yang tidak diketahui.
             Spekulasi mendakwa pemain Arsenal yang melemparkan makanan tersebut adalah Cesc Fabregas, dan ianya telah disahkan oleh Martin Keown, pemain pertahanan Arsenal dalam satu bual bicara bersama BBC Radio.
             Dalam buku autobiografi Sir Alex, Ferguson berkata :" Mereka menyatakan dia (Cesc Fabregas) yang melempar pizza kepada saya,tetapi sampai sekarang saya masih belum mempunyai idea tentang orang yang benar-benar melakukannya."
             Wenger kemudiannya mendakwa Rooney sengaja merebahkan diri di kotak penalti hasil terjahan Sol Campbell,untuk mendapatkan penalti.Ruud Van Nistelrooy pula telah dikenakan tindakan 3 penggantungan perlawanan akibat kesalahan serius semasa permainan semasa cabaran terhadap pertahanan kiri Arsenal, Ashley Cole.


******
Tulisan ini telah dicoretkan dalam laman Group Fesbuk 'BMU Supporters'

Monday, September 22, 2014

Kekalahan yang memeritkan

           Malam 21 September. Sebelumnya pada petang itu, aku dan keluarga kecil aku pergi ke pasar malam Kelang Lama Kulim untuk membeli makan apa yang patut, dan tak lupa, sebungkus minuman bernama Yakult untuk Adelia. Minat benar Adelia dengan Yakult ni.

          Dalam kereta pada waktu perjalanan pulang ke rumah, aku dah cakap siap-siap ke Sorfina, " Malam ni 8.30 tolong pastikan yang Adelia lupa pasal dia punya rancangan kegemaran dia yang hari-hari dia tengok waktu malam. Pastikan 'channel' tv dikuasai oleh kita ya!. Saya nak tengok perlawanan penting ni."

          Aku jelaskan pada Sorfina dengan lancar sambil sedikit campur sedikit bahasa badan untuk pastikan yang Adelia tak dapat tangkap apa yang kami bicarakan. Adelia waktu ni dah boleh tangkap apa yang aku dan Sorfina cakap walaupun baru 2 tahun setengah. Aku tersengih dan senyum lebar, sambil mengenangkan alat kawalan tv bakal aku kuasai malam itu daripada Adelia, seterusnya, menonton perlawanan bola sepak unggul antara Leicester City dan Manchester United.

           Teruja betul habaq hang. Terbayang aku Radamel Falcao dan Di Maria bakal mengucar-kacirkan pertahanan lawan lantas menyumbat beberapa gol untuk kemenangan kedua United musim ini. Itu sudah cukup sebagai hadiah hari jadi aku yang ke 29 tahun ini, yang berlalu 3 hari sudah.


******

           Waktu maghrib. Sebelum tu, aku siap-siap apa yang patut;mandi apa semua, kemudian solat,sambil mengenakan jersi pasokan Manchester United musim 2014/2015 yang baru dibasuh dengan aroma Downy.

            Usai solat, giliran aku pula untuk menjaga anak kedua aku, Akif yang berusia 4 bulan. Aku dan Sorfina bergilir untuk menjaga dia waktu solat sebab Adelia boleh tahan dia punya aktif berlari sakan keliling rumah waktu -waktu ni. Kena pantau.

            8.30 malam. Perlawanan bermula. Aku menonton perlawanan sambil mendukung Akif yang agak sedikit mengantuk.

            Selebihnya, adalah sejarah.

******
Diharap agar Man United bangkit untuk perlawanan seterusnya dan mendapat pengalaman berguna dari kekalahan ini.

Thursday, August 28, 2014

Salam 4-0 dari MK Don, cerita dari Kulai Jaya dan kapal tenaga dari Turkey

          Sebagai saorang peminat dan penyokong kelab bolasepak paling power di dunia yakni Manchester United, trurun naik prestasi pasokan adalah amat diberikan perhatian.

          Aku tengah serius ni. Semalam Manchester United kalah 4-0 dengan kelab MK Dons,sempena kejohanan Piala Capital One. MK Dons? Melalui pembacaan, gaji bulanan setiap pemain MK Dons bersamaan dengan jumlah gaji mingguan Van Persie dan Wayne Rooney. Apa ada hal.

Tapi aku steady aja. Adalah tu perancangan dan taktik psikologi dari Van Gaal. Hangpa kena rileks saja dulu. Tenang. Kalau kalah, kita kritik la lagi nanti.

******

         Berita dari Kulai Jaya, Johor. Aku berpeluang menonton berita di televisyen selepas maghrib dua hari lepas, berkenaan kejadian rusuhan oleh sekumpulan warga asing di sebuah kilang di Kulai Jaya.

Status fesbuk aku, sebab malas untuk menulis panjang-panjang :
Sekumpulan pekerja kilang warga asing; majoriti dari negara Nepal, Myanmar, Kemboja dan lain-lain membuat rusuhan di sebuah kilang bertempat di Kulai Jaya; lapor berita Tv9 tadi.

Komentar gua:
Majikan yang bertanggung jawab, jangan membuat aniaya dan berlaku zalim kendatipun terhadap warga asing.Hormatilah hak sesama manusia.

Untuk mengetahui laporan dan maklumat yang lebih saheh, sila ikuti di laman-laman berita utama di Malaysia.Allahualam.

******
Sebuah kapal pengangkut membawa penjana kuasa elektrik ke Gaza dari Turkey.

Pada minggu lepas, kerajaan Turki telah bersetuju untuk menghantar sebuah kapal pengangkut yang menampung stesen janakuasa elektrik ,yang berkapasiti 100 megawatt;untuk di tempatkan di persisiran pantai Gaza.

            Ini adalah bertujuan sebagai pembekal elekrik sementara selama 2 atau 3 bulan bagi menampung bekalan kuasa elektik di kota Gaza, berikutan kerosakan 10 stesen janakuasa elektrik di Gaza,akibat perang dengan Israel.

            Semoga Allah S.W.T merahmati usaha mereka dan memberi perlindungan kepada rakyat Gaza dan umat Islam khususnya.

Sumber :http://www.dailysabah.com/energy/2014/08/20/turkey-set-to-send-floating-power-generator-to-gaza


Thursday, August 21, 2014

Ah lan wa sahlan, Wak Rojo !

                Power mamat ni. Tattoo pun boleh tahan banyak.


             Untuk rekod, Marcos Rojo akan menjadi pemain Argentina ke empat yang pernah bermain mewakili Manchester United. Tiga yang lain adalah.

• Juan Sebastian Veron (2001-2003, 11 gol dalam 82 penampilan)
• Gabriel Heinze (2004-2007, 4 gol dalam 83 penampilan)
• Carlos Tevez (2007-2009, 34 gol dalam 99 penampilan)

Sumber : Laman Facebook Buletin Manchester United


Selamat datang ke Liga Perdana Inggeris, Van Gaal

Bertenang semua. Sak sak kok dulu. Mainan psikologi semua ni.

             Agak tertekan juga menonton perlawanan pasokan bola sepak power dunia, Manchester United pada malam Sabtu tempohari. Selain dibahan oleh Sorfina, aku juga menerima kritikan daripada kakak ipar dan adik ipar berikutan prestasi hambar Manchester United pada perlawanan pembukaan musim.

           "Apa ni, kata menang semua perlawanan pra-musim? Ni dengan Swansea pun boleh kalah?"

           Itulah antara kata-kata yang terngiang-ngiang dan berlegar dalam kepala aku sejurus gol kedua pasokan Swansea.

          Aku pun tak pasti malam tu. Samada Manchester United main macam bangang, ataupun Swansea dah bertukar menjadi pasokan bola sepak paling power di dunia setaraf River Plate,Boca Juniors ataupun Perak. Hatta JDT sekalipun. Namun, aku lebih cenderung untuk memilih pendapat yang terawal.

         Pendapat aku, Van Gaal berdepan perlawanan pertama yang agak sukar akibat beberapa pemain utama masih mengalami kecederaan dan tak dapat diturunkan. Pemain hebat yang diintai Manchester United pada cuti musim panas lalu untuk memperkasakan jentera tengah, Safiq Rahim, pula dilihat lebih berminat untuk terus berada bersama pasokan JDT, lantas menyambung kontrak 13 tahun lagi bersama JDT dan dengan ini, menafikan dirinya untuk menyertai Manchester United.

          Huuh. Kalaulah Safiq Rahim masuk Manchester United....



Saturday, May 17, 2014

April-May-Jun yang sibuk lagi busy

          Assalamualaikum. Salam satu Malaysia dan salam satu dua tiga empat lima (sila sambung sendiri) semua.

          Aku tengah buat kerja ni. Kerja, kerja juga, masa untuk berinternet dan bersosial perlu juga ada, bai.

Nak ulas pasal Manchester United pun tak berapa nak 'into' ni,sebab dah habis musim. Vidic dan Rio dan apa bana lagi nanti dah tak bersama United untuk musim depan.

Nak ulas pasal kerja? Taubat woi. Busy gila habaq hang kerja di kilang ni sekarang.

Nak cerita pasal hal sendiri? Pun banyak nak kabor habaq hang.

Dah masuk minggu ke 38 ni. Adelia masih lagi steady. Entah apa ada dalam pikiran mek tu.

           Semoga dipermudahkan urusan sisi terbaik aku, Sorfina untuk melahirkan anak kedua kami. InsyaAllah.

Adelia tengah mempraktikkan prosedur balutan lampin dan bedung dengan betul. Model? Gua lah tu ! 

Tuesday, April 1, 2014

Bagaikan David menentang Goliath (Daud vs Jalut)

          Prestasi Manchester United memang diakui buruk musim ini, tapi apa ada hal? Lawan tetap lawan. Yang sebenornye, gua pun agak kecut telur juga nak melayan tengok bola awal pagi esok. Bayern, bhai !

Mengharapkan kejuaraan kali ke 4.

Jaga-jaga semua. Awal pagi ini. Kalah menang , peduli apa.

Kahn & Keane. One word -Legend.

Monday, January 27, 2014

Dari kerana Mata

The eye of Sauron

         Nak cerita banyak sangat pasal Manchester United musim ni, agak 'down' banyak la sebab selalu sangat kalah. Jadinya, selalulah pasokan Manchester United aku musim ini selalu dicerca, dimaki hamun dan disumpah seranah oleh aku sendiri tanpa mengira batas-batas adab dan akhlak. Tapi, dalam hati aja lah. Kadang-kadang tu luah dengan member Manchester United.

Ada banyak kali jugaklah aku lah dengan Sorfina walaupun dia memang tak ambil pot sangat pasal bola-bola ni. Maklumlah, lebih pentingkan hal anak dan urusan makan pakai suami.

          Cerita banyak pun tak guna kali ni. Terima kasih David Moyes sebab hang dapat juga dapatkan perMata bernilai dari pasokan Chelsea pada perpindahan pertengahan musim 2014 Januari tempohari. Rekod pembelian termahal ni woi, rekod (37juta Pound) !

          Akhir kalam, selamat datang, ah lan wa sahlan, bienvenida a Manchester United, Juan Manuel Mata Garcia. Semoga cemerlang bersama Manchester United.

Wednesday, January 8, 2014

Ya Maulana,kalah lagi !!!

            Kekalahan ketiga berturut-turut, dalam tempoh satu minggu. Sejak tahun 1992. Sejak aku belum lagi menyokong dan mengenali kelab power ni. Tahun 1994 baru kenal.

1 Jan 2014, tewas kepada Tottenham   (Home) : 2-1 
5 Jan 2014, tewas kepada Swansea     (Home) : 2-1
7 Jan 2014, tewas kepada Sunderland  (Away) : 2-1

Kalah semua fixtures terus pun tak apa lah. Dah lali.

Gambaq di bawah,sums it all nicely. Apa nak jadi.