Saturday, June 18, 2011

Honeymoon; over the moon

            Aku tak pernah ambik pot pun pasal benda-benda 'honeymoon' sebelum ni, ataupun dalam bahasa Melayunya, bulan madu sehinggalah aku sendiri perlu menempuhinya. Mana datangnya idea ni dan siapa yang cipta istilah ni memang aku tak pernah tahu. Dan setelah beberapa pembacaan dilakukan, maka ketahuilah aku bahawa istilah 'honeymoon' ini, yang juga disebut 'Luna de Miel' dalam Spanish, 'Lua de mel' dalam Portugis, 'Miesec Miodowy' dalam Polish, dalam bahasa Arab disebut ' Shahr el Assal' dan disebut 'Yerach d'vash' dalam Hebrew adalah berasal dari 'Deuteronomy'.

          Apa itu 'Deuteronomy'?
Deuteronomy adalah surah kelima dalam kitab Bible Hebrew, dan juga surah kelima daripada lima surah yang terdapat dalam kitab Torah Yahudi. Kandungan dalam isi surah ini terdiri daripada tiga ucapan yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s ataupun Moses di Dataran Moab, sebelum ketibaan mereka di 'The Promised Land'.

Dalam Deuteronomy ayat ke 24, rujukan untuk istilah 'honeymoon' adalah "When a man is newly wed, he need not go out on military expedition, nor shall any public duty be imposed on him. He shall be exempt for one year for the sake of his family; to bring joy to his wife he has married".

        Ok, aku tak pasti apa betulnya dan apakah hukumnya bercanggah dengan Islam, tapi bagi aku benda ni cukup mudah dan jelas. Apa saja yang halal dan baik untuk dilakukan oleh pasangan suami isteri; demi kebahagiaan pasangan tersebut dan untuk mengeratkan siratulrahim, adalah salah satu bentuk ibadah jika disertakan dengan niat yang betul. ' Honeymoon' boleh menjadi satu bentuk ibadah selepas menjalani ikatan perkahwinan.Senang-senang hangpa boleh dapat pahala. Kalau keluaq pi bercuti dengan makwe ka, pakwe ka, mesti takut kena tangkap,ye dok?

         Aku punya honeymoon macamana? Tak jauh. Malaysia ja. Sokong la sikit industri perlancongan Malaysia beb. Kehkehkehkeh.

Sapa-sapa nak rokok dan cekelat dengan harga murah boleh mai beli sini...




p/s: 
"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." 
[An Nisaa' : 1]

   

Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Bapa (untuk Abah)

Gaya. Mutu.Keunggulan...seorang yang 'legend'


         Ismail, jutaan terima kasih aku ucapkan kepadamu kerana tidak pernah mengenal erti penat lelah (walaupun kamus berlambak di pasaran) untuk membesarkan dan mendidik aku, sehinggalah akhirnya aku sendiri berjaya untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan untuk membina keluarga aku sendiri.

        Ismail, aku tahu yang sebenarnya segala usaha dan jasamu itu tidak akan pernah berjaya aku balas, walaupun aku berjaya dalam kehidupan di dunia sekalipun dan melimpahkan segala kemewahan dunia kepadamu. Malah, pengorbananmu untuk memberikan aku seteguk susu bayi sekalipun tidak akan aku berjaya untuk aku balas kerana terlampau tinggi nilainya.

        Doa dan harapan aku padamu setiap hari, semoga Allah sentiasa menjadikan aku anak yang soleh kepadamu dan dapat berbakti serta berdoa kepadamu walau apa jua sekalipun dan pada setiap ketika. Agar kau ditempatkan di kalangan golongan yang soleh kelak di sana nanti. Amin.

        Ismail,
Kaulah SuperHero ku,
Kaulah yang mengajarku membaca Al -quran,
Kaulah yang pertama mendidik aku untuk solat,
Kaulah yang melindungi aku dan keluarga,
Kaulah abah yang 'cool'

Kaulah yang....

Ok, aku dah tak tau lagi apa nak tulih sebab aku pun dah mati akal. Dah hidup balik akal nanti, aku simpan dalam hati sudah.






P/s : Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia, dan diiktiraf secara rasmi berbeza mengikut negara yang berlainan. Malaysia, United Kingdom dan USA; malah Paraguay meraikan sambutan Hari Bapa pada setiap Ahad ketiga pada bulan Jun.

Wednesday, June 8, 2011

Khalyssa Wafa ku yang comel lote

           Cun betul awek ni. Dari dulu takel, tak penah dapat-dapat.Siapa cuba nak berkenal-kenalan atau nak contact number, nanti aku kasi tau sama dengan ayahanda dia, En.Farzal Nasaruddin Asroy dan mummy dia, Pn Nurul Wahidah. Huh, panjang juga nak sebut nama ayahanda dia ni. Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama, sayangku Lyssa,Tok Lang Ghani's 1st 4th generation. Semoga menjadi anak yang solehah. Amin.

          "Ketahuilah engkau wahai Lyssa bahawa perjalanan hidupmu ini masih lagi jauh, namun kehidupan di dunia ini hanyalah untuk sementara sahaja. Harungilah dunia yang penuh duri dan ranjau ini dengan iman dan ilmu yang sepatutnya. Semoga engkau dirahmati olehNya selalu" - Onx

          Selamat hari lahir, Khalyssa Wafa !

Khalyssa Wafa, 8th June 2010

Khalyssa Wafa, 10th June 2010...owh, suci dan bersih sekali wajah ini

Khalyssa Wafa, 20th June 2010

Khalyssa Wafa dipangku Kak Nur, 12th July 2010 (Majlis cukur)...bergambar bersama arwah Maklong

Khalyssa Wafa, 19th September 2010

Khalyssa Wafa, 26th October 2010..model tudung gaya Lyssa...untuk tempahan, sila kontek saudari Lyssa sendiri


Khalyssa Wafa, 23rd November 2010


Khalyssa Wafa, 21st December 2010


Khalyssa Wafa, 6th January 2011; giving a sharp stare at Opah while Amani accept that she is no longer the youngest person in the family..kehkehkeh


Khalyssa Wafa, 20th February 2011

Lyssa's sexy pose...Awww

Lyssa meminta pertolongan

 Apa ada hal? Lyssa bermonolog...


Lyssa dan kit Ben Sepuluhnya...this one is EPIC





Saturday, June 4, 2011

Felicidades, Fahmi e Sorfina !

           28/05/2011 bersamaan 24 JamadilAkhir 1432 Hijrah. Ini adalah tarikh biasa yang pastinya masa dan kejadian pada hari itu tidak akan kembali lagi, tapi semestinya akan disemadikan di dalam lubuk hati dua insan kerana menjadi titik tolak kepada sebuah kehidupan baru yang lebih bermakna. Alhamdulillah.

          Hasta pronto, zaman bujang!


Dua kali lafaz, apa ada hal?

   

Wednesday, June 1, 2011

Tahniah Barcelona dan teruskan berusaha,United!

Barca 3 (Pedro, Messi, Villa) - United 1 (Rooney)

           Aku tak dapat tengok game ni kerana letih sebab baru selesai nikah dan kenduri pada hari tu. Gila apa nak keluar tengok game bola pagi-pagi buta malam pertama jadi suami orang. Dah jadi suami ni amanah banyak dan ada tanggungjawab. Hal-hal duniawi ni macam pasukan yang disokong kalah kena tolak tepi kejap. Tahun depan boleh cuba lagi. Itu yang penting.

          Walaupun tak dapat tengok game final UCL ni, dan dah la kalah pulak tu, tapi aku lebih bersyukur sebab dah dapat menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama sebagai seorang Islam, iaitu berkahwin. Dah tak payah pikir-pikir lagi pasal benda tak tentu-tentu arah dan tak senonoh macam dulu. Itu aku harap hangpa boleh pikir sendiri, terutamanya laki. Yang suka tengok CD blue ka, video tak senonoh ka, apa ka, jomlah pakat kahwin bila mampu. Pahala pun dapat.

         Barca memang hebat pada malam tu. Tapi takpa, ini kem United tak akan pernah berputus asa sampai bila-bila  walaupun dah kalah kali ke 2 pada final UCL di tangan Barca. Kami akan cuba lagi. 'Attitude' dan 'character' macam tu yang selalu kena ada pada pejuang.

         Punca kalah senang. Sebab pemimpin satu Malaysia pun turut sokong team yang sama dengan team sokongan aku sepanjang zaman ni. Cilakak.

Hang toksah buat-buat minat bola la Najib ooi.Baik hang sokong team Pahang lagi baguih! Chaitt





       

Satu Jun 2011

1 Jun; subsidi elekrik pula diturunkan selepas gula....kehkehkehkeh 


Apa pasal aku nak tergelak bila terpandang saja logo 1 Malaysia ni??

Kehkehkehkehkehkeh

Banyak maknanya tuuu....

Kehkehkehkehkehkeh

Patut la aku tergelak selalu....

Sumber dari Meloya, 1 Jun 2011

Kehkehkehkehkehkeh

Hidup 1 Malaysia !!!

Padan muka kita semua....

Kehkehkehkehkehkeh

Berani jamin, malam ni dekat TV3 suku, RTM, Berita Hairan, dan macam-macam media kerajaan lagi

Mesti ada temuramah dengan orang awam yang mengatakan kenaikan tarif elektrik, ataupun ayat manis ciptaan kerajaan, Program Rasionalisasi Subsidi

Tidak memberi kesan kepada orang awam dan akan menanam semangat berjimat-cermat kepada rakyat,

serta mendidik rakyat untuk mengurus kewangan/perbelanjaan dengan berhemah....

Kehkehkehkehkehkehkeh

Debaran pernikahan


            Lengkap berbaju Melayu warna biru, bersongkok hitam, kumis sudah dipotong dan di'trim' seelok-eloknya, samping dah pakai, gigi dah digosok, bedak dah hampir satu balang aku letak...haa, apa lagi yang aku miss? Mandi? Tadi dah pekena. Perfume pun aku sembur kat bahagian-bahagian mana yang patut. Sekarang aku dah stenbai nak gerak ke masjid. Apa ada hal?

           Alamak, butang baju Melayu pulak hilang. Cilakak. Cargas dulu pinjam butang baju Melayu adik aku jap. Huh.