Friday, October 21, 2011

4 perkara

            Petikan dari Sabiili Wadah Tautan Ukhuwah Bil:10/2011 (IKRAM Kulim - Kuliah bulanan Zulkaedah):

Seorang lelaki bertemu dengan Amirul Mu'minin Ali bin Talib r.a. Lelaki itu berkata, "Wahai Amirul Mu'minin, saya ingin bertanya 4 soalan, :
1) Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?
2) Apakah perkara yang dekat dan lebih dekat?
3) Apakah perkara yang pelik dan lebih pelik?
4) Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?

Amirul Mu'minin menjawab,
1. Yang wajib taat kepada Allah dan yang lebih wajib tinggalkan dosa.
2. Yand dekat itu qiamat dan yang lebih dekat adalah mati.
3. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cintakan dunia.
4. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan.


Source :  Dari dinding laman fesbuk Surau KMO (Intel),Kulim (saudara Najib Alyamani)

p/s : " Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya," [Qaaf 50:16]
.

Thursday, October 20, 2011

Kiub Rubik

Kiub pemerah otak

            "Dari genius kepada yang genius". Itu yang aku dapat ungkapkan untuk benda alah ni. Dari dulu sampai sekarang aku masih terkial-kial dan tak dapat nak selesaikan benda petak-petak ni. Ada sekali aku tengok ada budak sekolah darjah-darjah senang-senang dapat settelkan benda alah ni. Apa makan budak zaman sekarang ni?

            Nampak sangat aku bukan orang yang genius. Hangpa pula bagaimana?


Nota kaki :

Dicipta oleh Erno Rubik, seorang pemahat dan professor dalam bidang seni bina dari Hungary pada 1974.
'Magic Cube', nama baru pada Kiub Rubik dipatenkan pada tahun 1975. Patent(HU170062) . Hangpa boleh cari di Google Patents.
Untuk menyusun kiub di setiap sudut sahaja, hangpa mempunyai 8! cara, iaitu sebanyak 40320 cara. Ingat, ini untuk kiub di bahagian sudut sahaja. MasyaAllah !




p/s : " Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya" [Saba' 34:1]
.

Tuesday, October 18, 2011

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

     
           Alhamdulillah. Sekarang makin banyak ada Ustaz muda-muda dan yang sempoi-sempoi duk mengajar dan menyampaikan ilmu agama Islam dekat siaran TV; terutamanya siaran TV Al Hijrah (siaran 114 di Astro) dan TV9 (siaran 109 di Astro).

          Antara Ustaz yang tengah 'up' sekarang tak lain dan tak bukan ialah Ustaz Don Daniyal. Sempoi habis. Dengan kekuatan dan hidayah yang Allah berikan, si Ustaz Don Daniyal ni dapat menyampaikan ilmunya kepada orang ramai secara bersahaja, dapat mengupas persoalan-persoalan agama Islam yang berat secara hikmah agar lebih mudah difahami dan yang penting, mesej agama itu sendiri dapat diserap dengan berkesan. InsyaAllah.

Meet the Don

          Rancangan Ustaz Don Daniyal ni boleh hangpa 'follow' di TV Al Hijrah. Yang aku dah tengok setakat ni adalah '30 minit bersama Ustaz Don' pada hari Isnin, Selasa dan Rabu pada 10.30 malam. Selasa dia akan ajar pasal Tajwid. Rancangan lain dia ialah 'Muhasabah', yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 11.30 malam.

          Pasal nama Don tu, aku ada cari-cari jugak dalam Wikipedia. Apa-apapun, kita kena bersangka baik. Nama macam ketua mafia pun ada. Kalau tambah 'at', silap-silap boleh panggil ustaz Donat pun boleh.

        Secara jujurnya aku lebih suka ilmu-ilmu agama Islam ni disampaikan oleh ustaz-ustaz muda macam dia ni. Rasa benda jadi mudah dan lebih dekat dengan jiwa kita. Diharap ustaz akan terus berdakwah dan terus menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat buat kita semua. Tak lupa, terima kasih buat member kilang aku, Amirul yang mengkhabarkan pasal ustaz ni.


Nota kaki :

Don (given name), a short form of the masculine given name Donald in English, also a masculine given name in Irish

Don (honorific), a Spanish, Portuguese and Italian title, given as a mark of respect

Don, a crime boss

.

Saturday, October 15, 2011

Seri 2.0 - Al kisah di Anfield

            Malam ni punya game dengan musuh tradisi aku tak boleh ulas banyak-banyak sangat. Pertama-tamanya, sebab jemputan majlis hari jadi dan kesyukuran anak sulung member serumah sewa 'time' bujang dulu (yang telah dihadiri agak lewat, hinggalah ke waktu Maghrib) dan juga ziarah ke rumah kakak ipar di Kulim.

          Dan yang keduanya pula,tak cukup dengan itu, ada lagi ziarah ke satu lagi rumah kakak ipar di Seberang Jaya .Disebabkan kak ipar ajak kami pergi lepak-lepak dan minum-minum di Bangkok Station, maka ianya sifar ASTRO, dan hanya tunjuk TV3. Cett!.

         Nasib baik sebelah restoran tu ada kedai mamak. Dia punya ramai toksah nak habaq mai. Berduyun-duyun anak muda berbilang bangsa termasuklah segelintir mat Bangla dan mat Myanmar dan mat Nepal yang turut serta. Dah lama aku perati yang kesemua mat-mat ni dah mula memupuk minat tengok bola dan lepak kedai mamak ; satu trend terkini dan ternow.

          Sambil tunggu order, aku 'excuse' kejap minta izin mak mertua dan bini cakap nak 'usha' result bola kat mamak sebelah. Dapat 'green light'. Tapi tak boleh lama-lama sangat.

          Sampai-sampai, Rio buat hal. Tak pasal-pasal Liverpool dapat 'freekick'. Stevie G pulak ambik. Aku dah berdebar-debar. Peratusan untuk gol memang tinggi, lebih-lebih lagi kalau spot feveret tu.

          Cilakak. Kan dah kena sebutir. Yang Giggs ni satu hal pulak bukak ruang apahal. Arggh, redha je la. Baru minit 68.

          Sebab dah lama kat situ, aku mengundur diri. Bini pun dah 'calling-calling' rindu. Apa jadi seterusnya aku tak tau.

******

          Sampai-sampai rumah, bukak komputer, cucuk broadband, dapat internet, tengok-tengok 'result' keluar macam ni. Kangkong punya Liverpool. Kehkehkehkehkeh.

Pucuk dicita, ulam mendatang


Mamat ni nama dia Stevie G. Gerrard la senang habaq. Suka sangat cium kamera.Debut main Premier League pada 29 November 1998, tapi haram jadah tak pernah menang English Premier League. Bangang!

Mamat ni dekat jersi dia nama Chicarito. Debut main Premier League pada 16 Ogos 2010. Baru setahun jagung dah pernah pegang dan menang English Premier League. Ini baru tak bangang ! 

.

Friday, October 14, 2011

Muflis

           Bankrupt atau muflis dalam Bahasa Melayunya; jika ditafsirkan dalam kehidupan dunia adalah keadaan seseorang yang tidak dapat membayar dan melangsaikan segala jenis hutang; terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam sektor perniagaan.

         Kalau macam aku, hutang dunia belambak lagi yang belum dilangsaikan termasuklah PTPTN, rumah, kereta dan macam-macam lagi. Alhamdulillah hutang darah dengan orang aku tak ada lagi rasanya.

         Semoga Allah memberikan kekuatan untuk aku melangsaikan hutang-hutang dunia tersebut. Alhamdulillah, setakat ni kesemua 'loan' sudah ditukar kepada sistem Islam, cuma PTPTN aku punya permohonan kena 'reject' untuk penggunaan sistem Ujrah. Kangkong betul.

*******

           Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)


.

Tuesday, October 11, 2011

Nasi Lemak 2.0

           Aku tak tau apa nak cakap pasal brader ni. Kadang-kadang, aku rasa nak sokong dia dalam sesetengah hal. Tapi ada satu-satu masa, aku rasa nak bagi pelankong Siam kat dia pun ada jugak. Dulu ada heboh pasal brader ni kutuk azan subuh, tapi cerita sebenar ialah brader ni tak kutuk azan tu. Cuma brader ni bagi komen yang azan tu sumbang.

         Orang bukan Islam sememangnya tak akan paham kalau kita tak bagi penerangan elok-elok. Azan bukan muzik nak kena sedap-sedap dan dilagukan. Ianya adalah satu bentuk seruan. Dari segi bahasa (Arab), kata akarnya ialah 'untuk membenarkan'(melakukan solat) dan 'telinga'(untuk didengari).

         Berbalik pasal Nasi Lemak 2.0, secara ikhlasnya aku tak tengok lagi. Tapi aku pernah tengok trailer dia. Ada Afdlin, Adibah Noor, David Arumugam (Alleycat punya penyanyi tu) dan lain-lain. Semangat jugak si Namewee ni nak buat filem sampai jumpa menteri Nazri Aziz.

******

Dipetik dari Blog Sarkasis ;

"yu marah-memarahi saya kerana sebut "fuck tnb" kepada mereka nya pun tetapi bilakah kamu berada dalam situasi iaitu tiba-tiba eletrik tiada adakah kamu menyebut " syukur alhamdulillah?" malah saya rasa lagi kamu mencarut lagi dahsyat seperti nya saya pun."

"yu marah-memarahi saya kerana menyanyikan lagu "negarakuku" tapi kamu sendiri nya pun bila lagu negaraku berkumandang kamu tidak mahu berdiri tegak-tegak malah tersenget-senget menggaru buntut yang gatai."

"yu marah-memarahi saya kerana mahu berjumpa dengan najibtunrazak bagi memahamkan beliau tetntang saya yang tidak racis nya pun tapi kamu sendiri pun hari-hari hentam najib nya jugak pun..dia punya bini lagi cilaka yu hentam..cincin 24 juta lah~bik mama lah~apa lancau?"

"yu marah-memarahi saya kerana buat filem tentang nasi lemak.yu tonton preview pun tiada lagi yu mahu hentam saya punya burit? saya punya cerita is one malaysia tahu! india, melayu, cina ,sakai semua ada melakonkan nya pun..kenapa itu filem ahmad idham sama david teo hantu sana hantu sini gangster sana gangster sini yu tidak mahu membisingkan nya pun? lagi yu mahu menyuruhi lembaga filem potong saya punya filem.apakah celaka nya yu semua ini?"


"saya celaka kamu pun celaka juga.

cuma saya punya celaka saya tunjuk guna kamera.

yu punya celaka yu tunjuk selepas itu yu berlari laju-laju nya pun."



Kehkehkehkehkeh


Source credit : http://sarkasis.blogspot.com/2011/09/samasajapun.html
.

Monday, October 10, 2011

Pergi Haji

          Memandangkan tak berapa lama lagi kita nak semakin dekat untuk menyambut kedatangan musim Haji 1432H dan kita pun dah nak memasuki bulan Zulhijjah lagi 2,3 minggu, jadi aku ada baca-baca dan riki-riki tentang perihal orang nak pergi haji dan pengalaman orang di sana. Cerita pasal orang yang dalam dilema nak pergi haji pun ada.

          Cerita di bawah aku ada 'copy' dari blog LanH,antara kolumnis terkenal dalam akhbar Harakah. Bagi aku ianya amat menarik untuk dibaca dan dikongsi bersama. Diharap kita semua dilimpahi rahmat dan kekuatan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah Haji suatu hari nanti. InsyaAllah.

*******


THE journey from the Plains of Arafah to Muzdalifah and then to Mina is a test of one's endurance - mentally and physically. When hundred thousands of pilgrims convene, perhaps millions, there's bound to be uncertainty that tested one's faith and endurance.

Imagine while performing the hajj 'manasik' (rituals), some pilgrims jostle and scramble to get into their buses. There are cases where the wife has board the bus in Arafat to Muzdalifah on the eve of Aidiladha (Eid), the husband is left behind. There is bound to be havoc and misunderstanding. It is against the spirit of hajj to put on a sour face. Quarrelling is also forbidden what more between husbands and wives.

In the plains of Muzdalifah, pilgrims have a rest; if they choose to lie down; their backs would be on their mats while 'their roof' would be the open sky and stars. While lying down, once a while they could smell the strong stench of animals dung, perhaps during the day that place was a stopover for groups of camels.

It is good to keep one's 'wuduk' (ablution) as to make another one or to go the toilets; pilgrims have to walk a long distance, passing thousands of people and to enter a long queue. Be patience and be patience throughout the night.

While resting in my tent in Mina, my thoughts were on the difficulties faced by some pilgrims when they were on their Arafat-Muzdalifah-Mina journey as told by my mother when she performed hajj years ago.

She said among the difficulties faced by veteran and old pilgrims were the sudden urge to ease oneself. Imagine the old pilgrims who had to answer to the call of nature too often amd they would have to stand long hours in the bus. Nothing could be done except to pray and ask to God that shameful things do not happen during those critical hours.

In case of emergency such as when pilgrims fall ill and are in critical condition, other passengers in the bus could only try their best in helping them but when a pilgrim die, his or her body would be carried in the bus until the bus reaches its destination or could get out from the chaos.

The above is my writing in Harakah (Malay section) some time ago that caught attention of a young man who posted this item in his blog http://rahmanhariri.blogspot.com entitled ‘The hajj – A reflection of a non-hajji'.

“I thought it is high time to remind myself again this hajj season. I thought it is about time I put my thoughts on the hajj on this special day. I have been keeping it close to my chest until recently.

You see, coming from a person who has not performed the hajj, and the umrah (minor hajj), and currently has no specific timeline when he is going to complete the last pillar of Islam, this reflection is definitely not going to be about the experience in the holy land.

All those great philosophical, eye-opening and heart-warming stories; I have none to tell you. I have only seen the Kaabah on television and pictures; I have only seen a documentary in National Geography on people preparing for and doing the hajj.

Nothing beyond that, I suppose.

I have always wondered when I will be going there. To use the over-used phrase "belum sampai seru" (the call has not come yet) is blasphemous to many. To them, it is like blaming God when you have the willpower and means to decide it yourself. So I can't, and I won't, use that.

And going from the criteria that make the hajj compulsory, I know I have the means and that I am still 'young' and healthy enough to be going soon (man, I never thought I would be able to use the word 'young' and 'I' in the same sentence!).

My mum has been wondering when I would be heading there. Few friends have been asking too. Normally I would smile at them without specifically answering them. Some of them went when they were only in the mid-twenties, which is considered very young by convention.

A year ago, a former schoolmate (An) went to the hajj with his wife Liza (another former classmate). I visited them and after their return, An and I sat at a ‘mamak’ restaurant in PJ; for him to narrate stories from Mecca, and for this non-hajji to benefit the barakah from someone who has just returned.

At the end of it, after hearing many stories from An, I made a confession to him that has always been in my mind when the subject of me heading for the hajj was broached. I had never told anyone before.

"You know, An, I can't imagine myself in the holy land with three million pilgrims and have to fight for basic amenities. Queue to go to the restroom? That was a story unknown to me after 1980.

This is my main worries that kept me away from the holy land. Can I survive the 15 hour journey in a bus? How do I answer the call of nature in the middle of the desert with no water?"

I hate to even share restrooms with strangers in Malaysia.

I guess it is inevitable. He has had that predicament in one of the bus journey in the middle of nowhere.

I made the same confession to a client when I visited her at her office at the twin tower yesterday. I had earlier made a remark that it is not much of a Raya this time around. So she asked me if I had been for hajj myself.

She reckons that may be I have to go for the umrah first to get a feel of it. "Doa banyak-banyak” (pray a lot) and ask for Him to give you the strength."

Of course she herself has horror story about the restrooms there. I shall not repeat it here.

I was reading Harakah this morning while waiting for the Raya solat. It was written by LANH. He noted some of my worries well in his article (the above article).

I guess I am too proud of a person - egoistical, to be more precise. I have to get rid of it. I need to lower myself for me to see Him. I am lowest than lower in many respects. After all 20 years ago when I first started working, I lived in a ‘kampung’ house with only basic amenities in Dungun.

Of course I have a choice but I was just starting out. I had to be very prudent living my life then.

If I can do it twenty years ago, she reckons I can do it today.

I know it may sound petty. It is petty. I know that. But it is these petty things that have kept me away from the Kaabah.

God, please give me the strength to meet you at your abode. Soon.

Yes, Mr Rahmanhariri, it is advisable to perform hajj when one is at a young age. Perhaps the time is right when one is in his thirties or forties because physically and mentally he is fit to fulfill some ‘robust’ obligations that need strength and stamina such as stoning the devils at the jamrahs in Mina.

Furthermore pilgrims have to use the power of their legs for activities such as walking frequently (perhaps five times daily for 'fardu' prayers) from one’s hotel room to the Prophet's Masjid (in Madinah) and Al-Haram Masjid (in Makkah). During hajj, a distance of one or two kilometers from the hotels and the masjids are normal.

For hajj or umrah obligations such as tawaf and sa’ai, one has to walk a distance; for example for sa’ai when one has to walk seven times between the hills of Safa and Marwah, the distance could be more than four kilometers (600 meters x 7)!

When performing the stoning of the devils, it is normal for pilgrims to walk quite a far distance, perhaps two to three kilometers from their tents in Mina to the jamrah. Pilgrims are supposed to stay for four days and three nights in Mina (10, 11, 12 and 13 Zulhijjah) dan stone the three jamras everyday during the stay except during 10th Zulhijjah (Eid) when pilgrims only stone the main jamrah (Jamrah Al-Aqabah).

Thus, to perform hajj one should be physically and mentally fit, so it is advisable to Muslim to take the necessary steps for example started saving from an early age, hoping and praying one could perform the fifth pillar of Islam at the earliest time possible and not at old age.




Source credit: http://lanh14.blogspot.com/2011/10/hajj-reflection-by-non-hajji.html       
.