Monday, January 30, 2012

Mengait rambutan


           Cuti perayaan tahun baru Cina lepas dimanfaatkan aku dan Sorfina untuk pulang ke rumah opah aku di Selama, Perak; yang juga tempat kelahiran aku disitu (yakni di dalam bilik opah, oleh saorang bidan klinik kampong). Opah rindu katanya. "Mi dah lama tak balik kampong, bila nak balik? Manggis, rambutan, pulasan, cempedak, kelapa muda semua duk tengah ada banyak tu". Begitulah antara kata-kata opah yang disampaikan oleh emak kepada aku.

          Alhamdulillah. Lepas habis kerja Jumaat tersebut, aku terus pulang dari kerja kilang di Kulim ke Selama. Bertemu juga akhirnya dengan opah dan saudara-mara di Selama. Opah sihat, tapi biasalah, tak larat dan tak segagah dahulu. Namun, kudrat tua itulah jua yang membesarkan aku dan saudara-mara sekalian.

           Pagi-pagi lagi lepas subuh, aku terus cargas untuk men'cakar' laman rumah opah. Banyak daun kering yang nak kena 'setel'kan.Sejam lebih jugak nak bereskan. Bab-bab sarapan,Sorfina buat. Dapat lah opah, aku dan Sorfina pekena cucur ikan bilis.Nasi lemak dan roti canai aku pi beli kejap dekat pekan.

          Lepas pekena secawan dua kopi 'O', aku bergerak semula ke laman rumah opah. Dah lama tak pekena kait rambutan ni....

******          

7 pohon rambutan di kawasan sekitar rumah opah. Mula ditanam pada tahun 1978 (benih diperolehi semasa kempen pilihanraya tahun itu)

Salah satu pohon rambutan yang ditanam oleh arwah tok wan. Jenis buah rambutan 'Anak Sekolah';sepertimana yang diberitahu oleh opah.

'kacip' rambutan

hangpa kena pasang 'kacip' atau pisau pemotong ni pada hujung galah dan diikat dengan tali untuk disentap

Saorang pemuda yang sedang gigih beraksi mengait rambutan. Foto oleh Sorfina.

Thursday, January 26, 2012

Mimpi Ustaz Haron Din Jumpa Nabi Muhammad S.A.W

            Maasya Allah. Beruntungnya Ustaz Haron Din dapat bermimpi berjumpa dengan insan agung yang juga kekasih Allah S.W.T ni. Siapalah aku untuk dipertemukan dengan Rasulullah S.A.W. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian oleh Ustaz Haron Din ini. Marilah kita sama-sama mencintai Rasulullah dengan berselawat, mengikuti sunnahnya,serta beramal dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W sampaikan melalui wahyu daripada Allah S.W.T.

          Aku kongsikan klip video dari YouTube yang telah dipaparkan di dinding fesbuk sahabat aku Aseng dan Pak Abu, untuk tatapan kita bersama.

       

Wednesday, January 25, 2012

Huruf

           Sedar atau tidak sedar, bila kita membaca Al-Quran, kita akan dapati sebanyak 29 daripada 114 surah dalam Al Quran yang dimulakan dengan bacaan huruf. Daripada 114 surah itu juga, sebanyak 5 surah telah dinamakan dengan nama rasul (daripada 25 para Rasul yang wajib umat Islam beriman dengannya); iaitu surah Yunus, surah Hud, surah Yusuf, surah Ibrahim dan surah Muhammad.

           Daripada 5 surah yang dinamakan sempena nama rasul itu, hanya surah Muhammad yang tidak bermula dengan bacaan huruf. Keempat-empat nama surah yang bersempena nama rasul itu dimulakan dengan bacaan huruf "Alif" "Lam" "Ra".

            Huruf yang terdapat dalam surah-surah yang dimulakan dengan bacaan huruf (29 jumlah surah kesemuanya); paling banyak huruf yang disebut satu-persatu adalah dalam ayat pertama surah Maryam (sebanyak 5 huruf), "Kaf","Ha", "Ya", " 'Ain","Shyod".Surah yang dimulakan dengan bacaan huruf satu-persatu paling sedikit terdapat dalam dua surah (sebanyak 1 huruf sahaja); iaitu surah Qaaf (yang dimulakan dengan bacaan huruf "Qaaf") dan surah Al Qalam, iaitu "Nuun". Kesemua makna bacaan huruf-huruf tersebut hanyalah pada pengetahuan Allah s.w.t sahaja tanpa dapat ditafsirkan oleh mana-mana manusia sekalipun termasuk Rasulullah.

        Surah-surah yang dimulakan dengan bacaan huruf satu per satu ada 29 kesemuanya. Surah tersebut seperti berikut :

2) Surah Al-Baqarah   :Alif,Laam,Miim
3) Surah A-li'Imraan    :Alif,Laam,Miim
7) Surah Al-A'raaf       :Alif,miim,Shyod
10)Surah Yunus           :Alif,Laam,Raa'
11)Surah Hud              :Alif,Laam,Raa'
12)Surah Yusuf            :Alif,Laam,Raa'
13)Surah Ar-Ra'd        :Alif,Laam,Miim,Raa'
14)Surah Ibrahim         :Alif,Laam, Raa
15)Surah Al-Hijr          :Alif,Laam, Raa
19)Surah Maryam        :Kaaf,Haa,Yaa,'Ain,Shyod
20)Surah Taha             :Taa',Haa.
26)Surah AsySyu'araa :Taa,,Siin, Miim.
27)Surah An-Naml      :Taa,,Siin
28)Surah Al-Qasas      :Taa, Siin, Miim.
29)Surah Al-Ankabuut :Alif,Laam,miim
30)Surah Al-Rum         : Alif,Laam,Miim
31)Surah Luqman         :Alif,Laam,Miim
32)Surah As Sajdah     :Alif,Laam,Miim
36)Surah YaaSiin         : Yaa, Siin,
38)Surah Shyod           : Shyod
40)Surah Ghaafir/Al Mukmin     : Haa, Miim
41)Surah Fussilat           : Haa, Miim
42)Surah Asy Syuraa     : Haa, Miim
43)Surah Az Zukhruf     : Haa, Miim
44)Surah Ad Dhukhaan : Haa, Miim
45)Surah Al Jaatsiyah    : Haa, Miim
46)Surah Al Ahqaaf      : Haa, Miim
50)Surah Qaaf              : Qaaf
68)Surah Al Qalam       : Nuun

        Subhanallah. Cuba hangpa cari kitab-kitab lain, ataupun apa-apa yang seangkatan dengannya, mana ada  tulisan kitab lain yang dimulakan dengan sebutan huruf. Ini menunjukkan Al Quran merupakan satu mukjizat agung yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w (secara berperingkat) dan terpelihara daripada sebarang kecatatan, pengubahsuaian,dan kepupusan hinggalah hari Kiamat kelak. Allahualam bissawab.

Dari Aisyah radhiallahu 'anhu, katanya: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala." (Hadits Muttafaq 'Alaih). Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya. 

Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).


Notakaki : "Hadis Muttafaq alaih" secara bahasa bererti disepakati atasnya.Dalam 'urf para ahli hadis, istilah ini biasanya digunakan untuk hadis yang disepakati kesahihannya oleh dua imam hadis yang ulung: Imam al-Bukhâri dan muridnya,Imam Muslim-rahimahumallâh.
.

Monday, January 23, 2012

Terkaya di dunia yang fana

"Sesungguhnya, roti seKAYA itu lebih enak dinikmati bersama secangkir kopi 'O' "- Mat Non

Ya Ampooooonnnn
Ya Sukuuuunnnn
Ya Sabuuunnnn

Apa punya turrrr !!!
Wahai warga Sekolah Alam Shah sekalian -mohon pencerahan dari pihak kalian
Tolong, tolong, dan tolong !

Kehkehkehkehkehkeh

Kepada sesiapa bekas pelajar SAS lain, teman dan handai rapat, sidang redaksi FORBES, sejarawan, ahli ekonomi, kaki tangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan sesiapa sahaja,

Tolong selidik dan 'confirm'kan kekayaan saudagar minyak kita ini !

Opppsss

Maaf,

Tolong 'confirm'kan bakal Maharaja Indonesia baru ini !


p/s : Memetik kata-kata saorang pakar ekonomi, "Budget 2012 hari tu pun baru rm51.2 billion.Reserve luar negara malaysia pun hanya rm544 billion. PNB punya funds lebih kurang RM100 billion. EPF RM250 billion. Takkan la logik RM20 trillion. Lagi kaya dari malaysia nih.."

Friday, January 20, 2012

Teori Konspirasi, Palestin dan Dr. Azzam Tamimi

           Hangpa semua semestinya pernah dengar tentang benda-benda berkaitan Teori Konspirasi, yang bagi aku suatu benda yang cukup menarik, popular dan sesuatu yang baik untuk dibincangkan. Kali ni aku kongsikan satu artikel menarik dari saudara Leo yang bagi aku cukup baik untuk kita pikirkan dan renungkan bersama-sama; bersama secawan kopi 'O' lebih enak barangkali.

*****

“Conspiracy is paralyzing our ummah. And I’m afraid it will affect our tawhid” – Dr. Azzam Tamimi

Siapakah Dr. Azzam Tamimi?

            Beliau dilahirkan pada tahun 1955, di bandar Hebron, Palestin. Ayah beliau merupakan seorang pejuang menentang Israel. Ketika beliau berumur tujuh tahun, mereka sekeluarga berpindah ke negara Kuwait. Setelah tamat pengajian menengah, beliau berhijrah ke sebuah kolej di London, seterusnya melanjutkan pengajian di University of Sunderland dalam bidang Sains Bersekutu. Seterusnya beliau mengambil pengajian PhD dalam jurusan Teori Politik, dan graduasi dari University of Westminster pada tahun 1998.

            Kini, beliau merupakan seorang aktivis Palestin warganegara Britain yang cukup disegani. Beliau menjawat jawatan pengarah di Institut Pemikiran Politik Islam, serta seringkali tampil dalam siaran di Al-Jazeera, PressTV dan pelbagai media elektronik lain, selain sering menulis didalam akhbar terkenal, The Guardian. Beliau juga menghasilkan pelbagai buku berkenaan politik Islam serta situasi di Timur Tengah.

            Pada Mei 2011, Dr. Azzam Tamimi sempat berkunjung ke Malaysia dan menyampaikan syarahan umum di beberapa universiti serta institut tanah air. Antaranya termasuklah di Universiti Sains Malaysia, beliau memberikan syarahan bertajuk “Middle East Uprising And The Future Of Palestine” (Kebangkitan Negara-Negara Timur Tengah, Serta Masa Depan Palestin).

           Saya menjumpai sebuah catatan nota kuliah berkenaan di internet, yang ditulis oleh saudari Auni Najwa, penuntut di USM yang menghadiri kuliah berkenaan. Catatan penuh nota kuliah tersebut boleh didapati di link ini:

http://najwaauniazman.blogspot.com/2011/05/notes-from-dr-azzam-tamimis-lecture-in.html

          Saya cukup tertarik dengan kuliah berkenaan, kerana bukan sahaja ianya sangat up-to-date (konteks yang terkini) tetapi turut berjaya mengaitkan situasi dunia dengan umat Islam, khususnya kita para generasi muda.

          Dalam post kali ini, saya ingin memetik sepotong kata-kata beliau didalam kuliah berkenaan, yang saya terjemahkan:

One audience asked his opinion about conspiracy theories.

He says, indulging ourselves in all these conspiracy theories makes us living in fear, always thinking everything that happened was planned by the US, and the Zionist.

And if we sit around thinking and analyzing when the Dajjal’s coming out and who it is doesn’t make us better people, can even affect out Tauhid.

Why?

Because we start thinking America knows everything and plans everything, but really that is Allah’s work, not them.

Believing in conspiracy theories is the worst thing that can happen to any society, because we’ll believe everything had been planned and we can do nothing.

Terjemahannya,

Seorang pendengar kuliah, bertanyakan kepada Dr. Azzam Tamimi mengenai pendapat beliau terhadap Teori Konspirasi.

Beliau berkata, melibatkan diri dalam segala teori konspirasi ini menyebabkan kita hidup didalam ketakutan/tidak tenteram – sentiasa memikirkan bahawa setiap apa yang terjadi, kononnya ada dalam perancangan oleh US dan Zionis.

Dan jika kita duduk dan asyik memikirkan dan menganalisis mengenai bilakah Dajjal akan muncul dan siapakah Dajjal itu, ianya tidak menjadikan kita manusia yang lebih baik, malah ia turut boleh membawa kesan kepada akidah kita.

Kenapa?

Kerana kita mula memikirkan bahawa Amerika tahu segalanya dan merancang segalanya, sedangkan hakikatnya Allah yang Maha Mengetahui, dan Allah yang Maha Perancang, bukannya Amerika.

Mempercayai Teori Konspirasi adalah malapetaka terbesar yang boleh menimpa mana-mana masyarakat, kerana ia membuatkan kita percaya bahawa semua yang terjadi adalah dirancang, sedangkan tidak ada apa yang mampu kita buat.

            Saya kira penjelasan Dr. Azzam Tamimi adalah penjelasan yang sepatutnya cukup memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang berfikir secara rasional. Latarbelakang Dr. Azzam Tamimi sendiri, yang merupakan ahli dan mendapat PhD dalam bidang teori politik, sepatutnya sudah melayakkan beliau untuk menjadi “conspiracy theorist” yang unggul berbanding kebanyakan ahli teori konspirasi kita sekarang ini yang kita sendiri tidak tahu latarbelakangnya.

          Pun, banyak diantara kita yang lebih gemar memilih pendapat video-video yang kita tak tahu siapa dan latarbelakang pembuatnya. Kita lebih gemar membaca tulisan-tulisan yang dihasilkan secara anonymous atau pseudonym mahupun yang di-copy-paste dan disebarkan disana sini tanpa mengetahui sumbernya.

           Malah, jika dilihat dari latarbelakangnya pun, selaku anak kelahiran Palestin yang menyaksikan sendiri kekejaman Zionis, pastinya beliau adalah individu yang paling memusuhi Israel. Berbanding kita yang tak pernah pun menjejakkan kaki ke Palestin ini, maka kenapa kebencian terhadap Israel dan Zionis tidak menyebabkan beliau menyokong teori-teori konspirasi ini? Kerana beliau memahami dan mengikuti dan meyakini apa yang Allah sebutkan,

          Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
[Al-Maidah: 8].

           Kita semua tahu mengenai maksud taqwa. Tambah-tambah penggemar teori konspirasi, masakan mungkin mereka gemar mengkaji-kaji sedangkan teori asas agama Islam sendiri mereka tidak kaji. Maka renung-renungkan, kenapa Allah mengatakan adil itu yang lebih dekat kepada taqwa. Renung-renungkan, kenapa kebencian, Allah kaitkan dengan keadilan. Renung-renungkan, kenapa Allah menegaskan bahawa Dia tahu segala apa yang kita lakukan. Merenung sepotong ayat alQuran ini jauh lebih berfaedah buat diri kita dan ummah, berbanding menyibukkan diri memikir perkara-perkara yang belum tentu kesahihannya.

          Kita semua mempunyai anugerah aqal yang Allah berikan, maka tanyalah rasional dan akal masing-masing.

Wallahua’lam, wassalam.


Article credit: http://me.leokid.my/of-dr-azzam-tamimi-palestine-conspiracy-theories/#more-359

Kepulangan


Selamat kembali ke kancah bola sepak Inggeris

Wira dan 'lejen' 2 kelab sepanjang zaman. Apa ada hal?


"Jaringkan gol untuk kemunculan semula pada perlawanan pertama
untuk kelab lama? -Tak ada masalah buat kami !" - Paul Scholes & Thierry Henry
.

Suhaib Webb - Reflection

Imam Suhaib Webb sedang memberi kuliah di Silicon Valley, San Fransisco

           Mak mertua aku yang perkenalkan aku dengan ustaz omputih ni. Nama dia Suhaib Webb. Memang sempoi dan power dalam memberi kuliah tafsir Al-Quran dalam program 'Reflection',di TV Al-Hijrah.Hangpa semua boleh ikuti program ni setiap hari Isnin sampai Khamis, bermula dari pukul 10.30 malam.

          Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.Aku memang cukup suka dan kagum dengan orang yang telah diberi hidayah oleh Allah S.W.T untuk memeluk Islam dan seterusnya menjadi umat Islam yang hebat macam Suhaib Webb ni. Rasa malu pun ada dalam diri sebab aku yang dah lama Islam pun tak hafal Al-Quran macam dia.Memang bagi motivasi kat aku untuk jadi orang Islam yang lebih hebat. Semoga kita semua dapat manfaat daripada kuliah-kuliah daripada ustaz Suhaib Webb ni. InsyaAllah.

Notakaki : Boleh melayari laman web Imam Suhaib Webb di http://www.suhaibwebb.com/
.