Monday, December 31, 2012

Menjelang 2013

          Pertama-tamanya, aku ingin mengucapkan 'Selamat tahun baru masihi 2013' kepada hangpa semua pembaca sekalian.Semoga kalian semakin power dan cemerlang.

         Masuk tahun 2013, bermakna lagi tujuh tahun lagi nak sampai tahun 2020. Bila aku pikir tahun 2020, secara auto aku teringat Wawasan 2020 dan masa tu aku pikir Malaysia memang maju tahap gaban punya. Dulu waktu aku darjah satu,dua macam tu lebih kurang,aku pikir bila tahun 2020, Malaysia ada kereta terbang, jalan raya sesak di udara siap ada trafik 'light' lagi (ala, yang macam 'Back to the future' punya cerita tu), manusia tak perlu jalan kaki lagi sebab ada alat bergerak auto canggih, pergi sekolah tak perlu bawak beg berat-berat dan macam -macam lagi benda yang canggih.

         Tapi aku mengaku lah yang masa tu aku punya pemikiran pasal masa depan banyak dipengaruhi dari TV dan aku tak salahkan TV masa tu. Lagipun masa tu internet memang aku tak pakai lagi. Kebanyakan cerita dan bayangan pasal masa depan aku bersumberkan dari cerita-cerita omputih yang aku tengok dekat TV1 dan TV2, serta tak dilupakan TV3 (sebab masa tu ada 3 siaran TV saja);seperti cerita Terminator, Gaban, Tron, Robocop, Back to the future, Star Trek dan macam-macam lagi lah.

        Masa tu kalau TV1 tak syok, hangpa boleh kalih tengok TV2 dan kalau TV2 tak syok, kalihlah pulak tengok TV3 dan ulang semula seterusnya. Selalunya TV3 banyak cerita best. Tapi kalau nak tengok 'movie' omputih yang best aku dan abah aku akan layan 'Dunhill Double' dekat TV2.

******

        Sempena 2013 yang bakal menjelang ni, ada tiga benda aku set nak laksanakan. Aku set ja lah. Bab-bab nak laksanakan tu nantilah cerita. Perkara tersebut seperti di bawah:

1) Nak belajar bahasa Tamil dan Mandarin, demi merapatkan ukhuwah kaum di Malaysia yang telah merdeka selama 55 tahun.

2) Nak belajar dan seterusnya pandai berenang. Bab ni aku pikir dah lama nak belajar berenang sebab aku memang tak pandai berenang. Aku dah plan baik punya nak belajar berenang sekali dengan Nur Adelia masa hantar kelas berenang dia nanti. Sorfina dia dah pandai berenang takpa lah.

3) Nak beli kereta Hummer. Kabornya senang nak guna balik kampung nanti.



p/s : Aku pikir bab nak beli kereta Hummer tu mungkin aku akan 'drop'. Susah tak patut rasanya nak cari 'spare part' dan tempat service bila jadi apa-apa nanti kat Malaysia ni.
     

Friday, December 28, 2012

Bonus

        Dapat duit bonus adalah sesuatu yang hampir semua orang yang makan gaji macam aku ni suka. Ada juga yang tak berapa suka tapi aku tak pernah bertemu lagi lah setakat ni. Mungkin ada. Alasannya, sebab bonus terlampau ciput barangkali. Tapi kesudahannya aku rasa suka jugak lah kan walaupun sekecil atau seciput mana.

        Aku pernah dengar yang ustaz selalu cakap kalau orang makan gaji suka kalau dapat bonus, kalau orang Mukmin yang betul-betul 'true' pula suka bonus Ramadhan. Bonus luar biasa Ramadhan ni tak nampak,sebab tu yang 'true' sahaja yang suka. Tu ustaz la cakap, aku cuma sampaikan aja la yang mana aku dengar.

        Yang power pasal bulan Disember ni adalah sebab orang makan gaji macam aku akan dapat bonus. Yang paling haprak setiap bulan asal masa keluar dan dapat duit gaji, maka secara auto dan telah termaktub maka pada hari yang sama atau hari-hari selepasnya itu jugalah aku dan hangpa-hangpa diluar sana yang turut makan gaji untuk turut membayar segala mak nenek hutang piutang.

         Pernah juga aku dengar kabor siap ada orang buat persamaan matematik (atau kimia/thermodinamik) lagi pasal duit gaji. Persamaannya berbunyi " hari dapat duit gaji = hari keluar duit bayar hutang ". Ada jugak kesahihannya disitu. Aku tak nafikan.

          Paling tak power sekali pasal bulan Disember ialah bila dapat gaji sekali dengan duit bonus, maka secara auto, 'income tax' atau cukai pendapatan akan dikenakan dengan tahap yang paling cilaka tinggi tak patut. Kalau dapat gaji contohnya lah kan, RM 1000 berserta bonus, maka secara auto 'income tax' yang dikenakan ialah hampir setengah daripada jumlah tersebut,yakni RM 400++. Sebab tu aku cakap macam cilaka tak patut. Tapi setakat ni bukan aku sahaja yang kata.

        Aku harap agar kerajaan Malaysia di bawah pimpinan pemerintah yang hebat lagi gah macam Haji Najib Tun Razak bersama-sama dengan wanita pertama Malaysia yakni Yang Amat Berhormat Datin Paduka Dr Seri Hajjah Rosmah Mansor dapat merancang hatta menggunakan duit 'income tax' yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia dengan betul dan bijaksana. Khalas.  

Sunday, December 23, 2012

Stroller bayi

Agak-agak berapa harga benda alah ni?

        Dalam satu ke dua bulan lepas, aku bersama keluarga kecik aku balik ke kampong halaman di Pandan Indah. Jadi peluang yang ada tu  digunakan sama untuk pergi melawat sekitar bandaraya Kolumpo. Antara tempat-tempat yang kami melawat ialah Planetarium Negara, Stesen TV Al Hijrah dan lain-lain. Senang cerita tempat-tempat ilimiah lah katakan.

        Aku, Sorfina dan Nur Adelia bukan pergi tiga beranak sahaja, tapi turut disertai dengan saudara-mara aku belah mak. Kak Nur dan suami dia Abang Ijal,beserta anak-anak diaorang Khalyssa Wafa dan Khaisara Wafa ada, Nadia ada, Liyana ada dan adik-adik aku pun turut ada; Farhani, Fuziyana, Farid dan Fikri. Semua huruf F. Fed up tak patut.

        Lapar punya pasal sebab banyak jalan-jalan, akhirnya kami sekeluarga bersama-sama pergi makan di Bangsar Village, dekat dengan Jalan Telawi sana tu. Sebab aku first time pergi sini, aku perati tempat ni macam tempat orang-orang kaya saja yang banyak 'shopping'. Tak nampak lah pulak makcik-makcik pakai baju kurung macam pergi kenduri ada di situ haritu. Tapi setakat yang aku perati lah.

       Lepas makan dekat Basil Thai Nudle (terima kasih abang Ijal kerana belanja makan kami semua haritu; RM 250++), kami pun jalan-jalan lah sama-sama sebelum bergegas pulang ke destinasi masing-masing sebab dah nak maghrib. Sedang sedap mata aku perati barang-barang apa yang patut, tiba-tiba nampak satu 'stroller' ni yang terletak dari satu sudut kedai peralatan bayi. Harga dia memang power tak patut.

       Stroller berjenama Stokke model apantah aku lupa, harga dia memang power. Berapa harga dia? Pergh, RM 5200++. Dek terpandang harga stroller tu secara auto pikiran aku melayang, mengimbau kembali cerita masa 6 bulan pertama kerja dulu masa nak beli motor EX5. Harga EX5 baru masa tu aku beli RM4850 sekali dengan helmet free. Tapi helmet standet rempit la yang Apollo tu. Tu pun nak beli motor EX5 tu sampai kena bayor dua kali.Secara auto jugak aku teringat masa nak beli stroller Nur Adelia harga dia RM650++ dulu pun dah buat aku terkebil-kebil dan dua tiga kali jugak bincang meja bulat dengan Sorfina, tapi lepas pikir kualiti, material, fleksibiliti dan macam-macam benda power lagi yang ada pada stroller tu maka kami pun beli lah. Demi anak lah katakan.

       Cuma yang aku sedih satu saja lepas tu. Lepas banyak memori secara auto terkeluar lepas tengok stroller tu, secara auto jugak aku terbayang kembali macam mana motor EX5 aku yang baru beli tu boleh kena curi lepas 2 bulan setengah aku pakai. Pasrah jugak aku dibuatnya. Paling jauh aku rempit dengan motor EX5 aku tu hanya dari Kulim ke USM Transkerian NibonG Tebal.

       Apa-apapun, aku redha. Hargailah ibu-bapa, isteri, anak-anak,ahli keluarga,harta benda serta diri anda sendiri seadanya. Khalas.

Friday, December 21, 2012

Ziarah orang sakit

       Gambar-gambar di bawah ni aku ambik dari laman sesawang Manchester United, sebuah pasukan yang power tak patut seantero alam. Baru-baru ni ahli pasukan depa pergi menziarahi sebuah Hospital kanak-kanak Royal Manchester untuk menemui kanak-kanak yang ditimpa malang dan sakit sempena sambutan Krismas.

        Bukan aku nak promosi apa-apa atau nak sanjung sangat omputih ni,terutamanya yang bukan Islam tapi  yang aku perati setakat ni(dan sejak beberapatahun dahulu lagi dah),ukhuwah serta usaha komuniti pasukan bola sepak omputih ni lebih erat dan 'kacip' dengan masyarakat, terutamanya yang kurang bernasib baik. Contohnya untuk tahun lepas semasa Krismas, ahli pasukan Manchester United berkunjung ke rumah orang tua-tua di Manchester. Tahun ni depa pergi hospital kanak-kanak pula.

       Aku harap usaha serta  ikatan komuniti yang sama dapat dilakukan dan dicontohi sama oleh pasukan bola sepak samada negeri ataupun pasukan kebangsaan Malaysia. Mungkin ada ataupun aku yang tak berapa ambil pot, tapi tu lah masalahnya, kurang pendedahan.

        Benda yang sama aku rasa boleh dilakukan oleh pasukan bola sepak negeri ataupun kebangsaan Malaysia untuk rapat dengan penyokong,peminat serta masyarakat tanah air ialah; contohya dengan menziarahi orang-orang sakit di hospital, majlis buka puasa Ramadhan dengan anak-anak yatim dan sebagainya. Itu pendapat aku lah. Kalau ada yang tak bersetuju dan cuma nak pasukan bola sepak cuma main, berlatih dan apa bana lagi sahaja tanpa menghiraukan peminat serta penyokong itu terpulanglah.

        Perangai dan budaya omputih ni,selagi mana yang baik dan menepati syariat Islam, kita ikut, mana yang tak baik,kita tinggal dan buang jauh-jauh. Apa-apapun Rasulullah S.A.W contoh ikutan paling power dan terbaik. Semoga kita semua mendapat pengampunan dan hidayah daripada Allah S.W.T.Amin.






Thursday, December 20, 2012

Everest

       Aku baru baca DailyMail sekejap tadi. Tajuk muka depan surat kabor orang putih tu hari ni pasal imej pemandangan dari gunung Everest yang bernilai 2 billion pixel. Memang power tak patut.

      Jom pakat tengok ramai-ramai. Subhanallah. Memang rasa kecik betul aku ni berbanding dengan sang Pencipta yakni Allah S.W.T yang Maha Agung. Dah nama pun hamba Dia.

      Hang boleh tengok pemandangan dia di laman sesawang ni : http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2250676/Mount-Everest-The-incredible-interactive-BILLION-pixel-image-created-David-Breashears.html

Dulu orang Malaysia, Mohanadas dan Magendran berjaya sampai ke puncak Everest pada tahun 1997

Monday, December 17, 2012

Sesekali


         Sedak jugok sesekali dapat pekena urut ditambah dengan pakej rawatan kepala dengan Nur Adelia ni. Rasa ketagih pun ada.

        Aku harap 'weekend' depan tak pun bila-bila ada masa lapang Adelia boleh pekena urut lagi sekali. Sedak duh wasserr.

Tak silap time ni tengah layah cerita Hindustan panggung Sabtu.

Sunday, December 16, 2012

Aunty Prathin dan uncle


           Orang Melayu suka makan tom yam tapi banyak yang tak tau tentang asal-usul tom yam. Ini termasuklah aku. Tapi di sini bukanlah tentang tom yam yang aku nak ceritakan. Yang aku nak cerita kali ni ialah tentang jiran baru aku, Aunty Prathin dan suaminya, Uncle. Aku lupa nama penuh uncle jiran aku ni sebab selalu tegur dia panggil uncle sahaja. Jiran baru ini aku kenal dek kerana aku baru sahaja berpindah ke rumah sewa baru 3 bulan lepas. Jadi, sepatutnya akulah yang menjadi jiran baru kepada mereka, ye dok?

           Aunty Prathin bersama suaminya ni memang betul-betul fasih berbahasa Melayu. Memang tahap gaban punya fasih dia. Padahal aunty ni asalnya orang Siam manakala uncle pula Cina berbangsa Tionghua.Kalah yang macam baca berita dan sesetengah menteri Cina tu.Kalau tak percaya hangpa boleh mai rumah aku dan bercakap dengan dia. Memang true wa cakap lu. Aunty Prathin ni surirumah tangga sepenuh masa,manakala Uncle kerjanya pegawai apantah di Pejabat Pelajaran Daerah Kulim dan Bandar Baharu. Memang power lah pangkat dia dalam gomen, setelah lebih 25 tahun berkhidmat rasanya. Senang cerita memang boleh dapat anugerah 1 Malaysia punya oranglah.

         Yang aku respek dengan depa ni sebab depa ni memang orang yang baik. Selalu bertegur sapa dengan  aku dan Sorfina. Memang prihatin betul. Sekali dengan Adelia pun dia sapa dan dukung. Kalau baru balik kerja petang tu dan sembang-sembang sampai agak lewat dengan depa, kalau dah mula azan Maghrib tu ,dia siap suruh masuk rumah dan pergi solat. Aku harap suatu masa nanti depa dapat hidayah dari Allah S.W.T.

        Satu lagi yang power ialah pasal keluarga Aunty Prathin ni pandai-pandai. Anak-anak dia memang pandai habaq hang. Anak sulung dia perempuan sekarang tengah belajar bab-bab akaun dekat Birmingham sana. Anak kedua lelaki tengah belajar 'engineering' di Universiti Teknologi Petronas tu. Dulu dia dapat belajar dekat German tapi sebab dia jenis 'homesick', jadi minta belajar dekat-dekat saja. Anak ketiga lelaki sambung STPM. Anak lelaki yang keempat pulak baru lepas PMR dan yang bongsu lelaki baru habis UPSR.

        Mengikut Aunty Prathin ni, yang merisaukan dia sekarang pasal anak bongsu dia tu. Kuat sangat main komputer 'game' dan apa bana permainan konsul lagi. Pergi mana-mana pun mengadap benda alah tu ja. Haritu aku tegur Aunty Prathin dia cakap dia lega sikit sebab minggu lepas anak dia tak dapat main game sebab dekat kampong dia internet 'line' sangat hampeh. Aku balas la pulak cakap haa baguslah macam tu, boleh pergi mancing ke, tebas rumput panjang ke, sapu laman rumah nenek ke apa yang patut. Yang anak dia yang laki atas-atas tu dia tak berapa risau sangat sebab tak suka sangat main 'game-game' ni. 'Interest' depa cenderung bab-bab repair dan bikin kereta dengan motorsikal, terutamanya yang STPM tu. Aku pun tak tau nama dia. Bahasakan diri 'i' 'you' ja dengan dia. Oklah sebab uncle ada banyak kereta , walaupun duduk rumah teres boleh isi 2 buah kereta saja. Tapi uncle ada 4 kereta; 1 Unser, 1 Opel Manta, 1 Kancil dan 1 lagi Proton Saga BLM. Yang dua kereta lain dia parking tepi jalan. Yang selalu anak dia bikin yang kereta Opel Manta lama tu. Aku tengok anak dia tu pun berbakat dan ada potensi nak jadi macam Paul Tan.

******
         Semalam Aunty Prathin tegur aku lepas balik kerja dia kata lama tak jumpa tempoh hari. Aku cakap aku ambik cuti lama haritu sebab Awal Muharram dan cuti Deepavali. Dia cakap dia pun balik kampung dia dekat Baling minggu lepas. Nasib baik aku peka dengan isu semasa (piiigidah !, padahal baca dalam fesbuk) dan tanya dia balik kampung sebab nak sambut Loy Krathong ka?. Dia jawap owh tau ka pasal tu. Aku jawap tau sikit-sikit ja la. Macam kena hanyutkan abu dalam sungai macam tu lah lebih kurang.

         Tapi silap lah pulak. Hampeh. Dia cakap balik bukan abu mayat. Kena hanyutkan bunga teratai. Owh,aku balas balik macam tu rupanya sambil senyum-senyum. Sebabkan aku memang dah nak pergi buang air sangat masa tu, jadi aku pun cepat-cepat minta izin nak masuk rumah kata ada hal. Kalau tak mesti perbualan akan berlarutan,sebab Aunty Prathin ni memang A lah dia punya keramahan.

         Sempoi rasanya dapat jiran yang baik-baik macam Aunty Prathin sama dengan uncle ni.