Wednesday, June 11, 2014

Umat Islam Melayu Malaysia

Suatu pandangan daripada pak menakan aku, Paksu Yusof. Layan aja lah.

******
Orang Melayu Islam di Malaysia agak mudah diperdaya.

Pengusaha bihun yang beroperasi di premis yang kotor hanya perlu meletakkan gambar masjid pada labelnya untuk melariskan jualan.

Seorang warga asing hanya perlu meletakkan kepiah putih lusuh dan buruk di kepala untuk melayakkannya menjadi penyembelih ayam di pasar.

Pengusaha restoran hanya perlu meletakkan sekeping khat 'Bismillah' untuk meyakinkan pengunjung bahawa ia diusahakan oleh seorang Muslim dan menggunakan bekalan dari sumber halal.

Seorang budak hanya perlu menggunakan perkataan 'derma amal tahfiz' untuk mengutip 'derma' bagi pihak ketiga yang menggunakan wang tersebut untuk berjoli.

Seorang ahli politik raja segala korap juga hanya perlu berjubah dan berserban untuk meyakinkan pengundi mengenai tahap keislamannya.

Kenapa ya?

Nota: Gambar hiasan semata mata


2 comments:

  1. aku tak pernah menyesal dilahirkan beragama islam, tapi (kadang-kadang) menyesal jugak jadi orang melayu ni. hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tak pernah aku menyesal lahir dalam Islam, cuma terkadang kecewa dengan sikap orang Melayu. Apalah nasib bangsaku ini.

      Delete