Friday, March 4, 2011

Kisah di SelamaVille I



         Siapa tak tau pasal Selama, Perak mai sini aku ajar cari dekat Wikipedia dan GoogleMap.Selama yang berkeluasan 74,591.8 hektar bukan tak mau feymes macam Chicago, Hawaii, Milan, Paris, Moscow, Brussels, Tokyo, Jerusalem, Pyong Yang, Beirut, Oslo, Warsaw, Dubai, Mogadishu, Caracas, Montevideo, Kiev, Belgrade, Bucharest, Lisbon, Budapest ataupun Havana sekalipun, tapi penghuni-penghuni dia lebih suka hidup secara chill dan 'underdog'. Bangunan -bangunan era zaman Jepun pun masih banyak lagi kat Selama ni. Sayang nak runtuh khabarnya.

******

       "Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870 Masihi bersamaan 14 Muharram 1290 Hijrah". Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.
       
      Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.
      
      Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama." (Sumber lebih lanjut boleh diperolehi dari http://www.mdselama.gov.my/latarbelakang ). 



The Red Omnibus Co dan The Blue Omnibus Co; perkhidmatan bas awam yang paling canggih dan berteknologi selepas 50 tahun lebih negara Malaysia merdeka yang terdapat di Selama


Bas JADAM di Selama. Banyak kenangan pahit, manis hatta masam sekalipun bersama bas legend ni


         Penggunaan tanah di kawasan Selama ni banyak tertumpu pada tanaman getah, padi, dan juga kelapa sawit. Kebun durian pun banyak. Tanah untuk penempatan haram macam dekat Kay Ell aku tak berapa pasti.Orang Selama ni memang suka berbakti pada tanah, kecuali aku. Aku hanya tau berbakti kepada tanah liat ataupun plastisin ja, itupun masa darjah-darjah dulu.


Peta Negeri Perak menunjukkan lokasi Selama. Jemput -jemput la datang melawat na.


          Aku punya kampung dalam Mukim Hulu Selama.Ulu pun ulu lah,apa ada hal? Kampung Rantau Panjang tempat di mana aku dilahirkan. Memang 'true' la jugak mak aku ni. Dalam bilik opah aku, secara chill beliau melahirkan aku dengan bantuan bidan kampung. Dalam banyak-banyak cucu, aku sorang ja rasanya di beranakkan dalam bilik tu. Memang chill sekali lagi nak habaq mai. Bangga tak bangga adik-beradik aku yang lain semua di beranakkan dekat hospital, tapi kenapa aku yang di ketepikan? Apa kes ni? Tak 'indie' la kan kat hospital,ye dok? Kerajaan harus ambil berat tentang ni.

         Aku duduk tak lama di kampung Rantau Panjang, Selama. 3 bulan ja lepas keluar dari perut mak aku, tak lebih dan tak kurang.Lepas tu kena cabut balik ke Kay Ell. Aku nak jugak merasa hujan bunga di Kay Ell. Tunggu punya tunggu, haramjadah takda pun hujan bunga di Kay Ell. Nak kena gamaknya Anna Raffali ni.
         
Kenangan bersama legenda penoreh getah terhebat di Selama, dan Kg. Rantau Panjang secara amnya. Rileks je naik bukit turun bukit guna Honda Cub c70. Al Fatihah. 





Photo credit: 

No comments:

Post a Comment