Thursday, May 17, 2012

80-90an punya cerita : Cikgu dan kamera

           ‎

          1996/97: Zaman di mana begitu mahsyur sekali penggunaan kamera menggunakan filem, antaranya filem berjenama Kodak (syarikat ini sudahpun muflis) dan FujiFilm. Maksima penggunaan satu filem dapat mengambil 36 keping gambar. Selalunya, daripada 36 gambar, kemungkinan 5 atau 10 keping gambar akan gelap apabila dicuci.Cikgu aku juga pernah buat bisnes tangkap gambar kelas jual kat murid RM1 sekeping.Apa punya turrr!

           Alang-alang bersempena dengan hari guru pada tanggal ini, ingin aku ucapkan : Selamat Hari Guru kepada semua guru,che'gu, ustaz, ustazah, mudir, guru besar, pengetua,mahaguru, pensyarah, mentor,tutor,pengajar,sifu, dan tidak lupa, guru sandaran tidak terlatih mahupun guru sementara. Pikir dua tiga kali juga nak ucap selamat hari guru ni, nanti kata haram pulak (merujuk kepada sambutan hari Ibu, Valentines,hari Bapa dan lain-lain).

           Semoga kalian semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. Amin.

p/s : Terima kasih kepada Cikgu Ismail dan Cikgu Siti Mariam (cikgu tidak formal serta cikgu yang tidak mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran) atas jasa kalian mendidik saya supaya menjadi anak yang sedia ada seperti hari ini.
.

Tuesday, May 15, 2012

Hanya ada satu pasukan di Manchester (5)


           Tahniah, Manchester....City. Ikhlas daripada penyokong Manchester....United. Musim ini sememangnya musim hangpa, tapi waspada, "There's always next season and there's always next battle..."

Memetik kata- kata Gary Neville dalam DailyMail, "Manchester City's biggest challenge will be how to keep on winning".

          Kata-kata akhir, penyokong pasukan lain yang senasib; Chelsea, Arsenal, Spurs dan terutamanya seteru tradisi, Liverpool, janganlah terlebih gembira pulak Manchester United tak menang liga musim ni. Hangpa pun 2 kali 5 jugak.

******

          Tulisan bernas di bawah diambil dari laman blog bolasepak tersohor, Sokernet. Hasil penulisan J or Ji, pengulas dan juga penyokong Manchester United (dan Negeri Sembilan).

Pernah tak makan buah rambutan dan bila mulut dah terbuka, rambutan dah masuk separuh tiba-tiba ianya jatuh ke tanah. Orang kata takda rezeki. Berpasir jadi buah tu.

Manchester United sah tidak menjadi juara BPL musim 2011/12. Sah tidak menang sebarang piala dan sah Manchester City menang melaui perbezaan gol. Selepas semuanya sah dan selesai, habis 90 minit baru aku nak mengaku. Walau semenjak 2 minggu lepas banyak mulut yang kata Manchester United tiada harapan lagi, aku tak peduli. Konsep masih ada 90 minit lagi sebagai penentu aku pegang dan terbukti, hatta selepas 90 minit pun, Manchester United bakal juara.

..dan semuanya di rampas pada 2 minit terakhir masa tambahan yang diberi.

Klasik, orgasm sebenar, mendebarkan dan sangat drama. Ianya dilalui oleh semua peminat sebenar Manchester United. Aku tidak menonton perlawanan Manchester United tetapi ke siaran Manchester City vs QPR. Pilihan tepat untuk drama bolasepak BPL sebenar! Aku meramalkan mereka akan seri tetapi Kun Aguero menghancurkan hati kita semua. Ramai juga peminat lain sama-sama menikmati debaran ini dan apa atau kemana tujuan mereka sama-sama berdebar itu tidak penting. Peminat bolasepak sebenar pasti teruja mengikuti drama ini.

Ada juga yang tak rasa apa-apa, tapi aku terima hakikat, bukan semua pandai main bola,ini pula layan bola.

Boto tak?

Susah nak terima musim tanpa piala? bertenang semua. Ini bukan kali pertama dan juga kali terakhir. Dari 20 musim EPL bermula tahun 1992, 12 telah dimenangi oleh Manchester United. Bermakna ada 8 musim Manchester United tidak menang piala EPL, jadi ianya bukan sesuatu yang baru. Ya, betul masa itu ada menang piala lain seperti FA atau Eropah, tapi lihat kembali apa jadi selepas musim kekalahan Manchester United?

Mereka kembali mendominasi dan menjadi juara berganda. Nampak?

Seri semasa menentang Everton adalah punca dari segi matematik. Tetapi secara peribadi, dan dari sudut bolasepak, aku lihat kekuatan bahagian tengah adalah punca sebenar atau kelemahan sebenar Manchester United. Ini boleh dilihat dalam semua perlawanan sepanjang musim ini. Kemasukan semula Scholes bukti sebenar. Lihat bagaimana ketenangan beliau mengemudi tengah banyak membantu Manchester United semula.

Tetapi walau hebat mana Scholes dan Giggs, faktor usia menjadi penghalang. Manchester United perlukan pemain yang muda dan pantas. Pemain berusia atas 30 tahun tidak mampu bersaing kepantasan dengan yang berusia 23 tahun. ok, Arsenal tak kira.

Mari kita lihat apa tindakan Pak Alex selepas ini. Tetapi mari kita semua bersetuju walau apa pun tindakan Pak Alex, kita akan tetap percaya.

BELIEVE.

Aku ingat jika rajin nak ulas semua pasukan, big four, kelayakan eropah dan europa, siapa tak layak, siapa no lapan dan sebagainya, tapi mungkin di post akan datang. Post ini khas untuk terima kemenangan Man City sebagai juara musim ini. Mereka layak kerana mereka bagus. Manchester United tetap terbaik dan lebih bagus dari Manchester City, cuma mereka tidak juara. Jika dilihat pada kedudukan mata, semua sama kecuali dibahagian perbezaan gol. Pedih!

Sementara itu, kalau post ini tidak membantu devils sekelian, keep calm, we are not #8.

Di tweeter aku tengok bukan main mehanjing masing-masing. Lucu bila ada yang begitu serius sampai bergaduh. Sepanjang aku menyakat dan disakat pasal bola memang aku ada bertembung dengan yang bahalol ni. Apa lagi penyokong Liverpool la. Penyokong United aku tak perasan pulak.Serius! Tapi itu biasa. Kalau rasa tak mahu pasukan anda di perlekehkan, jangan perlekeh pasukan orang lain. Atau jangan main tweeter. Atau sokong diam-diam pasukan Swansea.

Tapi kalau rasa nak seronok-seronok menyakat, jadi gentleman. Kalau rasa tak gentleman jangan kacau orang lain pula. Ini sampai ajak datang rumah! amboi!

Tapi buah rambutan yang jatuh kalau di basuh semula, masih boleh di makan sebenarnya. Makan ramai-ramai!

Ok, ikut ranking, bagi fans United komen dulu, kemudian City (jika ada) dan seterusnya Arsenal. Kalau kelab duduk no 8,9,10 tu tunggu la 3 hari lagi. Jangan la sama-sama sibuk pulak, ok?

Welcome to Manchester United.

Saturday, May 12, 2012

Cerekaramaonx : Zamany Salam (2)

            Hari Ahad.

           Jam dinding tepat menunjukkan pukul 12.11 minit tengah hari. Jam berjenama Quartz itu nampaknya masih lagi utuh dan berkhidmat dengan baik untuk Zamany Salam sepanjang 8 tahun bersamanya. Tetap setia bersama Zamany dari zaman universitinya lagi.

           Palan, rakan serumah sewa Zamany Salam yang baru masuk 3 minggu menjadi teman serumahnya, kelihatan masih lagi membungkang di atas tilam Toto yang dihamparnya di satu sudut ruang tamu rumah sewa mereka itu.  Membungkangnya Palan ini adalah kerana sibuk ber'futsal' hingga lewat awal pagi tadi. Namun, Palan masih menjaga solat Subuhnya.

          Teman serumah Zamany Salam sebelum ini, Mahbub, baru sahaja sebulan lebih meninggalkan rumah sewa tersebut arakian mendirikan rumah tangga bersama wanita janda satu 'ofis'nya. Dah jodoh. Dengar kata,      sekarang dah berbadan dua. Bunting pelamin. Rezeki dia lah tu.
       
          "Pukul 12.30 ni aku kena kejutkan Palan. Katanya ada benda mustahak nak diuruskannya", getus Zamany Salam.

           Kerana terlalu ralit menyidai kain basuhan yang telah tertunggak selama hampir 2 minggu lebih itu, Zamany terlupa melihat jam dindingnya itu. Agakannya dia baru sahaja menyidai kain selama 10 minit.

          "Ceh. Baru pukul 12.11 minit. Ada lagi 19 minit", Zamany melepas lelah setelah bergegas melihat jam.

          Zamany berpaling semula menuju ke ampaian di luar. Namun hatinya diselubung gundah-gulana.

         " Aik, dari tadi pukul 12.11? ".

          Zamany mula cemas. Diperiksanya dan dibeleknya jam Quartznya itu.

         " Bangang ! Bateri dah 'kong' rupanya."

          Bergegas Zamany Salam berlari-lari anak menuju masuk ke ruang tamu rumah sewanya itu demi mengejutkan Palan, rakan rumah sewa barunya itu. Dah benda mustahak, kena lah lari-lari sikit.

          " Bangun...bangun woi Palan. Dah pukul 12.37 ni. 'Sory' aku lambat sikit. Alpa menyidai baju jap tadi", kata-kata Zamany Salam mengejutkan Palan. Sambil-sambil tu, tangannya menepuk -nepuk pipi gebu Palan. Palan sedar dan jadi kalut.

          "Astaghfirullah..aku dah lewat ! Thanks,bro", kata Palan spontan. "Em, mana 'remote' TV ha? Aku nak tengok Melodi ni..dah lewat. Entah-entah dah 'miss' cerita pasal Neelofa", sambung Palan semula.

          " Bangang !", kata Zamany sambil menepuk dahi jendolnya itu. Ingatkan apalah yang mustahak sangatnya tu. Zamany tersengih kecil selepas itu.

         Dalam hati Zamany Salam teringatkan kata-kata rakan sekerjanya yang berbangsa Tiong Hua. Bunyinya lebih kurang begini, " Itu olang Melayu ha, sampai bila-bilapun takkan maju wo kalau asyik tengok itu cirita macam Melodi..haiiyyaa!".

         Zamany Salam menuju semula ke depan rumah untuk menyambung semula kerja-kerja menyidai baju di ampaian, sambil Palan khusyuk menatap rancangan Melodi di kaca TV.

******

         Seminggu selepas tu di hari yang sama ,Palan minta Zamany tolong kejut dia lagi. Kali ni awal sikit. Pukul 12. "Aik, takkan Melodi dah tukar masa rancangan?",pikir Zamany Salam sambil dahi berkerut-kerut sikit.

         "Cilakak...Kahkahkahkahkah.." gelak Zamany Salam seorang diri. Kali ni Palan nak bangun awal sikit sebab nak tengok 'PropaGanza'.
.

Wednesday, May 9, 2012

Tidur

Bayi sedang tidur. Baik hangpa sengap sabelum dia bangkit

            Manusia secara puratanya; jika ditakdirkan hidup selama 60 tahun akan menghabiskan masanya untuk tidur selama 20 tahun (jika tidur selama 8jam sehari). Aku yang tahun ini bakal menginjak ke usia 27 pula sudah menghabiskan masa kira-kira 7 tahun untuk tujuan tidur.
      
           Owh,alangkah indahnya jika tidur itu aku dan kita semua dapat jadikan ia sebagai ibadah serta mencontohi amalan serta adab tidur Rasulullah S.A.W.
            
           Berikut merupakan sedikit sebanyak amalan dan akhlak Rasulullah S.A.W tentang tidur; yang telah aku baca dari Riyadus Solihin. Sama-sama kita amalkan dalam kehidupan kita seharian. InsyaAllah.

******
[Hadis #811;Riyadus Solihin: Riwayat Bukhari]
Dari al-Bara' bin 'Azib r.a; Rasulullah S.A.W apabila menempatkan diri pada tempat tidurnya, maka beliau tidur atas sebelah tubuhnya yang sebelah kanan, lalu mengucapkan "Allahumma aslamtu,nafsi ilaika, wawajjahtu wajhi ilaika,wafawwadtu amri ilaika, waljaktu zohri ilaika,rokbatan warahbatan ilaika, la malja'a wala manjaminka illa ilaika, amantu bikitabikallazi anzalta,wanabiyyikallazi arsalta".
(Ya Allah, aku menyerahkan jiwaku padaMu,aku hadapkan wajahku padaMu, aku aturkan urusanku padaMu,aku tempatkan punggungku padaMu,demikian itulah kerana kecintaan serta ketakutanku padaMu. Tiada tempat berdiam & tiada pula tempat menyelamatkan diri daripadaMu, melainkan kepadaMu.Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan serta kepada Nabi yang Engkau utus.)

[Hadis #1455;Riyadus Solihin: Riwayat Bukhari]
Dari Hudzaifah & Abu Zhar r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W apabila menempati tempat tidurnya-yakni akan tidur;Rasulullah S.A.W mengucapkan "Bismikallahumma ahya wa amutu". (Dengan menyebut namaMu, ya Allah, aku hidup dan mati).

[Hadis #812;Riyadus Solihin: Riwayat Bukhari & Muslim]
Dari al Bara bin 'Azib katanya; Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku; "Jikalau engkau mendatangi tempat tidurmu, maka berwudhu' lah dulu sebagaimana wudhu' mu untuk solat".

[Hadis #1456;Riyadus Solihin: Riwayat Bukhari & Muslim]
Dari Ali r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya dan juga Fatimah r.a; "Jikalau engkau berdua menempati tempat tidurmu-yakni hendak tidur, maka bacalah 
i)  takbir (Allahuakbar) -33 kali
ii) tasbih (Subhanallah) -33 kali
iii)tahmid (Alhamdulillah) -33 kali

[Hadis #1458;Riyadus Solihin: Riwayat Bukhari & Muslim]
Dari Aisyah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W apabila mengambil tempat pembaringannya-yakni untuk tidur, Baginda meniup dalam kedua tangannya dan membaca surah-surah Mu'awwidzah; yakni surah-surah
i) Surah Al-Ikhlas
ii) Surah Al- Falaq
iii)Surah An Naas
Kemudian dengan kedua tangan itu Rasulullah S.A.W mengusapkan kepada tubuhnya (kepala, wajah, tubuh, serta bahagian belakang badan).

.

Thursday, May 3, 2012

Gaji minimum

           Diceritakan bahawa arakian rata-rata warga penduduk negeri Satu Alam ternanti-nanti akan pengumuman yang bakal dilakukan oleh pembesar negeri mereka itu, Bijan Hamsor; tentang bayaran upah minima yang bakal mereka perolehi setelah begitu lama tuntutan dibuat.Penantian itu akhirnya tejawap tatkala menjelangnya cuti hari memperingati perjuangan kaum buruh, yang telah berkurun lamanya diwartakan. Tanggal 30 April tahun cengkerik, pastinya diingati buat seluruh penduduk negeri Satu Alam.

          Satelah dihimpunkan seluruh rakyat dari segenap pelusuk negeri Satu Alam, dengan hampir kesemuanya berkumpul di dataran berhampiran dengan kediaman pembesar Bijan Hamsor itu, pembesar Bijan Hasmor mengumumkan bayaran upah minima kepada seluruh warga dengan begitu tenang sekali. Sekali lafaz.

         Pengumuman kadar upah minima yang bakal diperoleh warga negeri Satu Alam itu disambut dengan tepukan gemuruh, hilai keriangan serta sorak gembira yang begitu meriah sekali. Bunyi paluan gong, kompang, serunai, seruling, gambus, rebana dan bermacam-macam lagi alatan hiburan dimainkan untuk memeriahkan suasana. Siapa yang bawa tidak pula diketahui. Seolah-olah mereka sudah tahu akan berita gumbira itu dari awal lagi.

          Yang paling 'champion', ada juga kedengaran bahawa beberapa warga negeri Satu Alam telah 'menumbangkan' tiga ke empat ekor kijang peliharaan mereka untuk dibuat kenduri doa selamat bagi meraikan pengumuman itu. Untuk makluman, kijang merupakan ternakan rasmi negeri Satu Alam. Cukup mudah untuk diperolehi.

          Namun,tidak semua warga bergumbira dengan pengumuman itu. Kadar upah yang berlainan bakal diterima oleh penduduk negeri Satu Alam yang terletak dibahagian timur. Untuk makluman semua lagi, bahagian timur negeri Satu Alam dengan tanah besar negeri Satu Alam,dipisahkan dengan satu terusan besar, yang dahulunya dijadikan laluan kapal-kapal dagang serta lubuk mencari 'emas hitam'. Alasan pembesar Bijan, katanya akibat perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara bagi bahagian timur negeri Satu Alam itu berbanding bahagian tanah besar. Pembesar Bijan Hamsor menjangka beliau pastinya akan mendapat kritikan dan tentangan dari pihak pembesar Rawna Miharbi, yang merupakan saingan beliau dalam merebut takhta kerajaan Satu Alam.

          Apa-apapun, boleh dikatakan ramai warga negeri Satu Alam yang bersyukur dengan pengumuman kadar upah minimum ini. Ada juga yang tidak kurang lantang mengkritik pembesar Bijan Hamsor dengan mengatakan upah minimum itu hanya dijadikan sebagai 'umpan' atau 'gula-gula' untuk pilihanraya memilih pembesar negari Satu Alam yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Segelintir warga negeri Satu Alam pula merancang untuk mengadakan demo, piket ,hartal dan bermacam lagi untuk menuntut kadar upah yang lebih akibat harga barang-barang keperluan asas yang melonjak-lonjak seperti lahar gunung berapi yang aktif. Mereka yang lebih terpelajar pula mahukan pembesar Bijan Hamsor menyahkan pendatang-pendatang haram dari negeri jiran seperti dari negeri Panji Punjut, negeri Sakti Makkal, negeri Anupal dan negeri Laddesh agar tidak turut sama menikmati upah minima demi kepentingan warga negeri Satu Alam itu sendiri.

          Kata mereka, "Negeri Satu Alam ini bukannya tidak kaya; barli, gandum,dan bijirin yang menjadi makanan ruji negara kita, tetapi mengapa masih mahal berbanding negeri Panji Punjut,dan juga negeri Sakti Makkal, yang juga menghasilkan hasil tani yang sama. Emas hitam juga begitu, nama sahaja pengeluar utama, tetapi dijual mahal di negeri sendiri". Ada juga yang merasakan hasil pendapatan negeri tidak diagihkan seadilnya. Itulah antara keluhan sebilangan rakyat negeri Satu Alam yang rata-ratanya diluahkan di laman-laman sembang beranda rumah sahaja, takpun semasa majlis keramaian mingguan antara desa.

          "Nampak gayanya, terpaksalah juga aku cari pendapatan lebih dengan menjual burger kijang di malam hari demi menampung ahli keluarga sekalian", getus Shamjul Aduka yang merasakan upah gaji minima itu masih kurang berbanding keperluan saraan keluarganya itu.     
   

Hanya ada satu pasukan di Manchester (4)

Bengang dan Bangang,
Dua perkataan yang sesuai dijadikan kesimpulan,
Pada perlawanan Selasa pagi semalam,
Pasukan dari sebelah Biru muncul pemenang,
Gelaran Liga Perdana Inggeris ke 20-mungkin tertunda ke musim seterusnya...

Apa-apapun, B.E.L.E.I.V.E !

"Kalah dan hampa...tapi takpa la, depa gaji banyak."- penyokong kecewa

Wednesday, May 2, 2012

Muka depan Utusan Malaysia

Maaf
Dahulu sebelum tibanya zaman saya pandai berInternet
Dahulu sebelum tibanya zaman Reformasi 1998
Dahulu sebelum tibanya media alternatif
Dahulu sebelum tibanya laman media sosial dan blog
Saya membaca Utusan Malaysia
Lebih menyukai ruangan Sukan
Kadang-kadang ambil pot tentang Hiburan
Sedikit percaya tentang politik

Tika ini
Zaman ini
Sudah berubah
Saya tidak lagi gemar membaca Utusan Malaysia
Saya lebih gemar memanggilnya Utusan Meloya
Entah sudah tidak berapa pasti
Mutu 'journalisme' dan professionalisme yang ada

Sekali lagi
Hari ini
Utusan Malaysia menghidangkan kepada warga Malaysia
Satu berita di 'front page' -yang amat menjengkelkan
Ditayangkan dan dihidangkan untuk tatapan umum
Maka
Berduyun-duyunlah spekulasi dan episod saman-menyaman
akan bermula
Bertelagahlah pula kedua-dua penyokong dan pendokong parti masing -masing
Mempertahankan dan memperjuangkan
Yang entah mana satu Haq, dan entah mana satu yang Batil

Para ibu dan bapa
Para guru dan che'gu di sekolah-sekolah yang melanggan Utusan Malaysia,
Pening kepala
Hendak menjawab pertanyaan anak-anak-tentang isu muka depan Utusan Malaysia hari ini
Inilah hakikatnya
Akhbar di sebuah negara Islam


******
Sedikit coretan daripada rakan taulan di laman sosial
Coretan daripada seorang Ustaz yang disegani dan dihormati

.