Wednesday, May 23, 2012

Cerita pendek

******
Cerita aku pergi servis motorsikal; 3 hari lepas...

Menghantar motorsikal berkuasa kecilku pada petang tadi di sebuah bengkel motorsikal berdekatan.Satelah siap, bayaran dibuat.Kemudian disambut dengan pantun kreatif dari mekanik muda tersebut.."terima kasih daun ketum,kalau ada jemput minum"..Apa punya turr...

******
 Nur Adelia selalu kena sedu...kasihan dia

Siapa yang menyebarkan ilmu untuk mengubati/mengurangkan sedu yang dialami oleh bayi ;dengan menampal / menempek tisu basah pada bahagian dahi tidaklah pula aku kaji dan tidaklah pula aku ketahui tentang kebenarannya.Ikut-ikutan sahaja...
******
Borak dengan member sekolah lama... 


"Ada member gua, nama dia Syed XXXX,pernah cerita dekat gua yang dia dipercayai berketurunan Rasulullah S.A.W..Gua cakap Alhamdulillah lah macam tu..dengan steady gua balas lagi yang gua keturunan Nabi Adam...dia pun tersengih dan minta izin untuk berlalu pergi.."

******
Layan cerita P. Ramlee; 2-3 minggu sudah...


Ramlee: Nahhhaiii...sapa yang dok hina kampung hang tu oii....yang buluh hang dok terjolok terjuntai terjeleen masuk bilik aku tu buat apa haa...Hang tarik la balikkk....

Norkiah : Shut up you!!

Notakaki : Berbuat baiklah sesama jiran tetangga.

******
Ke kedai gunting rambut; 16 May 2011...

"Pakcik gunting rambut dekat stesen bus Kulim tadi cakap muka aku macam Kemat Hassan. Cilakak."


Notakaki : Masa tu aku pakai spek Rayban dengan bingkai 'post geek glasses'.Sekarang dah kahwin dan ada anak, dah bertukar angin.

******

Bulan puasa dan Raya Aidilfitri tahun lepas; 2011...


"Antara misteri yang masih melanda sampailah ke edisi raya yang bakal tiba ni adalah siapakah yang telah mencipta Kuih Almond London?, tak pasal-pasal London jadi famous"

Mencari Lailatulqadar...bukan lailaitul 'KAMDAR'

******

Kisah tsunami besar berskala Ritcher 9.0 di perairan Tohoku, Tokyo dan tragedi Plan Nuklear di Nahara, Jepun pada 11 Mac 2011...

"Apa khabar geng-geng Fukushima 50?"

******
Berada di padang permainan...

Antara persoalan yang masih belum aku temui jawapannya dari kecil hingga dewasa ini ialah siapakah yang telah menjadi pelopor & pencipta di sebalik senikata ini...namun ianya bukanlah suatu yang harus dipandang berat..

"Lat tali lat tali tam plom,Mak ninah balik kampong, beranak dalam tong, namanya sotong".

******
Borak bola;berkisar tentang UEFA CL 2012...

Manchester United,Liverpool,Chelsea, hatta Nottingham Forest sekalipun sudah merasa.Arsenal dan Manchester City pula bila?

Borak bola;berkisar tentang Manchester United kalah pada 23 Oktober 2011...

'From CHAMP19N to CHAMP1-6N'...esok cuti peristiwa

Borak bola;berkisar tentang tersingkirnya Manchester United dalam kancah UEFA CL 2012...

Tahukah anda?, penglibatan Manchester United (kelab power) ke kancah Europa League berjaya mempopularkan kelab-kelab seperti PAOK Salonika, Hapoel Tel Aviv, Besiktas, Legia Warsaw,Vorskla, dan lain-lain yang selama ini dipandang sepi?

******
Member 'rekemen' sambung belajar, aku balas...

Belajar tinggi-tinggi sampai dapat PHD? Akhirnya, Pengajian Habis Disini...

******
Satu keluarga minat dengan Ustaz Don...sedutan program pada 30 Januari 2012

30 minit bersama Ustaz Don di tv AlHijrah tadi bertajuk 'Cinta kepada Rasulullah'...."Apa benda di sekeliling diri/rumah kita yang dapat menyebabkan kita berselawat dan teringat serta menimbulkan rasa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W?",tanya ustaz Don...
.

No comments:

Post a Comment