Wednesday, February 9, 2011

Benda taboo

         Taboo? ayaq tebu aku tau la. Apakah pakai kain pelikat kemudian pergi ke 'shopping complex' macam The Curve, Pavillion, dan sebagainya dianggap taboo? Atau mungkin membuka kedai peralatan pemuas nafsu secara terbuka dikira sebagai taboo?

        Mencarut itu taboo kah? Kalau aku cakap 'babi betul' time marah dekat siapa-siapa secara depan-depan, masih taboo kah? Cakap  "Buah engkau besarlah" atau dengan selamba cakap " Butoh" , masih taboo kah?

       Banyak sangat benda taboo ni dekat Malaysia, cuma orang sedar dengan tak sedar je. Apa- apahal, hormatilah sesama insan. Chalo.

Tuesday, February 8, 2011

Pengganti Van Der Sar

           Lupakan De Gea, Manuel Neuer,Rene Adler, Asenjo, Buffon, Sketelenburg, Reina hatta Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) sekalipun. Keeper hebat lagi tabah yang maintain pro walaupun bininya diserang stroke dah ada pengganti baru.


          Calon dah ditemui. Memang pandai Pak Alex pilih calon. Bukan calang-calang. Bintang sensasi Hollywood. Owen nama dia. Rekod dia memang cemerlang lagi gemilang tak tau nak habaq mai. Dayyum.



"Aku memang ultra The Oranje dari dulu lagi," ujar Owen




"Cantik tak potongan rambut aku?" soal VDS sejurus tewas di tangan Wolves dua hari lepas





            Apa yang penting, bukan Markus.....


"Apa kalian bikin ribut-ribut disana? Janji bini gue tetap ganteng sekali" ujar Markus riang



          Alamak, Berbatov pun nak menyampuk pulak dah. Bagi can la sama hang Dimi.


Dimitar Berbatov, 19 gol setakat ini



"Apa ada hal? aku berlakon Ocean's 13 tak kecoh pun" ujar Berba








photo credit:
http://www.the-indonesia.com/read/full/news/entertainment/2010/11/26/that-national-team-goalkeeper-already-married.html
http://article.wn.com/view/2011/01/28/Lloris_seria_mais_uma_alternativa_para_substituir_Van_der_Sa/
http://infosport.onsugar.com/search/owen+wilson
http://www.reddevilfans.com/berbatov-is-the-godfather.html
http://longthrowins.blogspot.com/2010/08/200-best-players-in-world-76-68.html

Monday, February 7, 2011

Kisah seorang proletariat

           Hidup dalam sistem kapitalis ni memang merana. Sekarang baru orang nak sibuk beli dinar emas dan dirham. Aku pun dah nak terjebak, tapi tak cukup duit lagi. Arghh, kongkongan kapitalis lagi. Naharroomm.

          Jom 'recall' balik Rukun Negara...

1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3) Keluhuran Perlembagaan
4) Kedaulatan undang -undang
5) Kesopanan dan kesusilaan


Persoalan dalam otak aku dari dulu sampai sekarang....

1) Macamana dengan rakyat Malaysia yang atheis,animisme etc?
2) Raja zalim, raja disanggah...ada sapa2 bran nak sanggah ka? Ulam Raja boleh la.Aku pun tak tau.
3) Luhur = kemuliaan,ketinggian...dari DBP punya laman web. Aku sebagai rakyat marhaen jelas ka semua benda pasal perlembagaan ni?
4) Daulat =wibawa, berkedudukan tinggi, berkuasa @ berhak sepenuhnya.  Betui ka undang-undang tak kenal siapa dekat Malaysia ni?
5) Rakyat Malaysia memang 'sopan' dan sungguh 'susila' sekali, terutamanya kat jalan raya. Macam aku. Macam mana nak bendung ni aku pun taktau. Haktuih.










photo credit : http://en.wikipedia.org/wiki/

Sunday, February 6, 2011

Operasi di Tahun Baru Cina I

Khamis. 3 Februari

            2:00 a.m , Pekeliling :  Operasi Serbu Sg. Petani (Ops Sesupe) dimulakan dengan mengambil salah   seorang ahli operasi yang baru pulang dari kem Kuantan. Ahli operasi terakhir ini selamat dan ceria untuk menyertai Ops Sesupe ini.

           3.30 a.m , Tapah :  Operasi  diberentikan sekejap kerana terdapat ahli pasukan yang menggeletar kesejukan  dan ingin pergi membuang apa yang patut. Aktiviti membeli buah-buahan tempatan seperti jambu madu, jambu batu dan lain -lain turut dilaksanakan dengan baik. Asam sebagai perencah lupa dibeli ketika itu.

           5.50 a.m , Selama :  Sampai di kem Mak Ndak. Ahli Operasi bercadang untuk tidak melakukan penyerbuan ke Kem Mak Ndak. "Biarlah mereka tidur dahulu" , kata komander. Ahli operasi menggunakan peluan yang ada untuk melelapkan mata di dalam kenderaan  sambil menunggu laungan azan di sebuah musolla yang berdekatan. Tunaikan kewajipan dulu, baru berkat, akur kami semua.

          
           6.20 a.m, Selama : Hasrat untuk menyerbu Kem Mak Ndak gagal. Kami telah di 'am-bush' oleh Mak Ndak dulu secara senyap. Pintu kenderaan kami di ketuk oleh beliau. Ahli operasi disambut bak wira di kem Mak Ndak. Opah juga ada disitu. Dia menyambut kami dengan gaya berbaring. Tak larat katanya.

          
          8.30 a.m, Selama : Kem Mak Ndak menjamu ahli operasi dengan juadah nasik lemak. Memang tak patut. Sebagai ahli pasukan khas, kami memang tak patut makan makanan yang berlemak di pagi hari. Tapi, apa ada hal. Petang ni kami bajet nak lari 20 round padang sebagai ganti makan nasik pagi tadi.


         11.30 a.m, Trans Selama-Kulim :  Perjalanan Ops Sesupe  dimulakan. Kami bergerak dengan menggunakan dua buah MPV, cukup untuk memuatkan 15 ahli operasi. Ahli operasi dari Kem Pak Cik Malik juga mula menyertai Ops Sesupe ini bagi meguatkan jentera operasi.




24 and still...alamak, beaten la pulok...tapi, apa ada hal??

       
          " Menang jadi arang, kalah jadi abu", teringat aku kata -kata sorang pakcik ni ketika aku duk tunggu kereta untuk diperbaik 'air cond'. Kiranya, Wolves jadi arang, United jadi abu.Aku terima kekalahan ni dengan rasa penuh keinsafan dan perasaan nur kasih. Dah la demam ni. Memang menyayat hati la jugak. Tak mau lagi riyak -riyak seperti post match 23 itu dulu. Haktuih.


           Ok la tu. Aku tak berkesempatan nak pegi Molineux disebabkan balik kampung. Match pun satu haram aku tak dapat tengok sebab Opah aku tak langgan channel sukan. Pada perhatian aku, opah aku hanya suka tengok Gerak Khas, Roda-Roda KL, Cerekarama, Akasia, dan yang sekutu dengannya.


           Gol Nani memang tak membantu pada awal-awal game. Anak rusa Nani tak kembang ekor lagi gamaknya. Tengok-tengok keputusan kem Arsenal, aku tersenyum simpul persis gadis yang mahu dipinang orang. Dah bagi 4 pun still nak tapau 4 lagi.

     
          Kahkahkahkahkah.Kasi gelak sama itu kem Arsenal. Kem United tak mau ikut you punya 'Invincibles'. Apa guna invincible tapi tak pernah menang Champions league dengan Club World Cup. (Sehingga catatan ini ditulis).


Aiseyman...camana bole kena dengan team Serigala jadian ni.Naharem.



"Aku rasa antara penyebab kekalahan United adalah sebab aku dah nak bersara gamaknya. Aku menyebabkan depa rasa sedih dan murung lagi moody", getus Neville.




Kita jenguk pula kem Arsenal.......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|








Photo credit:
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1302779/
http://sgforums.com/forums/2497/topics/415749

.

Tuesday, February 1, 2011

Memang pal@t

         

           Itu yang terbenak dalam otak aku lepas buka fesbuk. Nak konfemkan, bukak pulak MalaysiaKini. Nak sahkan lagi, semestinya dengan akhbar yang 'terbaik' sepanjang zaman,  Utusan Melayu yang meloya. Pundek. Memang ciput je artikel kalau harga minyak naik @ pengurangan subsidi gohmen kat Utusan. PM Rosmah dan bininya Najib tetap rileks dan chill. Tugas-tugas 'announce' pengurangan subsidi ni bagi kat orang lain.

         
          Pandai betul harga minyak RON97 ni nak naik tahun ni,mana taknya, birthday Kak Nad, Faiq dan cuti Hari Wilayah. Kita tunggu edisi 'pengurangan subsidi gohmen' yang seterusnya.Owh Malaysia ku...









Article credit :
http://milosuam.blogspot.com/2010/12/kenaikkan-harga-minyak-jawapan-awang.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Aku dan Kulim - episode II

         
           Hari Ahad memang satu anugerah bagi aku yang bermastautin di Bandar Metropolitan Kulim. Pegawai Daerah kena kerja, budak -budak kena pergi sekolah, posmen kena hantar surat, brader Jabatan Ukur dan Pemetaan kena pergi megukur tapi aku rileks dan tetap chill seperti biasa. Masih lagi berada atas tilam 'Toto' kepam aku walaupun dah pukul 10 pagi. Kompeni bagi cuti, maka aku patut bercuti dengan sepenuh hati.


         Sebagai golongan marhaen, hari Ahad memang sinonim bagi aku untuk pergi buang sampah. Tak jauh, tong dari dalam rumah, ikat, dan  letak ja dekat depan rumah. Brader Majlis pembandaran memang dah tau 'port' aku letak plastik sampah depan rumah. Tanpa mereka, nak harapkan siapa lagi? Memang aku respek la brader Majlis pembandaran. Kerja memang diselaputi bau busuk dan kotor, tapi kerja tu halal dan membantu membersihkan persekitaran. Korang memang 'true' hero.


          Aktiviti hari Ahad di Kulim minggu lepas aku penuhi dengan kunjungan ke Pejabat Pos Kulim. Macam biasa, sebelum ke sesuatu destinasi, aku akan membuat laporan ke cik pentunang. Bimbang bercampur rindu katanya jika aku tidak membuat laporan semasa.Bayaq bil 'utility' ni secara 'online' bagi aku kurang 'indie' dan kurang klasik. Bil air dan bil elektrik cukup. Yang lain semua aku bayaq menerusi hujung jari tangan. Dengan jari kaki, maaf, aku belum mampu dan belum cuba.

Pejabat Pos Kulim. Banyak menabur bakti kepada rakyat Kulim dan aku secara amnya.



Punggung aku sikit lagi nak naik kematu tunggu queue. Nombor ni kalau tikam dekat Da Ma Cai aku rasa boleh sipi-sipi nak menang. (Amaran: Judi adalah haram bagi penganut Islam)

            Setengah jam aku tunggu, ok lagi. Masuk minit ke 40, aku dah mula nak berhalusinasi. Tak disangka, secara kebetulan,aku ditemukan dengan Shah, bekas 'housemate' dan bekas teman tidur serumah aku. Pertemuan ini memang cukup membahagiakan aku. Shah baru sahaja menjadi bapa, dalam 3 bulan lepas. Aku dan Shah bersembang panjang, tapi bukan pasal bisnes juta-juta dan yang sewaktu dengannya. Aku pikir, lebih 'kaw' kalau ada teh tarik gelas besar panas -panas dan sepinggan roti bakar mengiringi perbualan hangat kami. Shah cerita pasal kereta dia kena sondol dari belakang semalam dan macam-macam karenah birokrasi yang dia kena lalui untuk buat 'claim'. Kesian jugak kat Shah ni. Tak palah, anggap lah tu semua ujian dari Tuhan kepada HambaNya.

          
           Shah blah usai urusan dia kat kaunter. Aku dah jadi bapak boring gaban semula duk tunggu dalam Pejabat Pos Kulim ni.Aku harus buat sesuatu demi masa depan aku. Teh ais mula bermain dalam minda aku. Aku ambik keputusan untuk tidak menaiki 'superbike' Kriss aku untuk ke restoran halal yang berdekatan. Menapak lebih baik.


Teh ais RM1.40 berjaya dibeli dari Restoran Nasi Kandar Pelita, Kulim. 


            Aku baru guna lebih kurang 12 minit untuk ke kedai mamak ni dan beli teh ais. Last tadi aku check, nombor giliran baru ja seribu dua ratus lebih. Kamera pulak dalam tangan. Aku pikir aku nak guna tangkap apa-apa yang patut. Tak payah DSLR, bisik aku. Compact lagi senang dan boleh buat baling anjing kalau terdesak.


Orang Kulim kalau tak tau lokasi ni memang wajar....wajar turun padang dan bersikap lebih prihatin demi Kedah Maju 2010.



"Lighting ok, perspektif cun, angle memang tepat. Nilai estetika memang tip top", puji Saiful Nang dengan brader Kukubesi kat gambar aku ni (itu aku meraban ja).



           Usai beli teh ais, aku menapak semula nak ke pejabat pos. Nombor aku tikam tadi dah nak kena rasanya.



Cik pentunang dan sekutu-sekutu rapatnya pernah menuntut ilmu di Hasani.



Vandalisme itu ART, getus aku. Sampai bila signboard ni nak wujud, aku nak rekod.



              Sampai ja kat pejabat pos balik, aku tengok nombor giliran, kemudian aku senyum puas.

           " Tikaman aku mengena kali ni." ujar aku.

           Check duit balik, usha bil, pastikan tiket  nombor tikam aku ada, kemudian aku gerak ke kaunter dengan gaya dan langkah bak pahlawan. Bagi salam, tunjuk bil,hulur duit (please give the change!), ambik resit, bagi salam semula dan akhirnya aku dah boleh berambus dari situ. Satu jam 15 minit telah berjaya aku harungi.

         

Babai pejabat pos Kulim. Senang- senang aku datang lagi nanti.