Tuesday, February 1, 2011

Aku dan Kulim - episode II

         
           Hari Ahad memang satu anugerah bagi aku yang bermastautin di Bandar Metropolitan Kulim. Pegawai Daerah kena kerja, budak -budak kena pergi sekolah, posmen kena hantar surat, brader Jabatan Ukur dan Pemetaan kena pergi megukur tapi aku rileks dan tetap chill seperti biasa. Masih lagi berada atas tilam 'Toto' kepam aku walaupun dah pukul 10 pagi. Kompeni bagi cuti, maka aku patut bercuti dengan sepenuh hati.


         Sebagai golongan marhaen, hari Ahad memang sinonim bagi aku untuk pergi buang sampah. Tak jauh, tong dari dalam rumah, ikat, dan  letak ja dekat depan rumah. Brader Majlis pembandaran memang dah tau 'port' aku letak plastik sampah depan rumah. Tanpa mereka, nak harapkan siapa lagi? Memang aku respek la brader Majlis pembandaran. Kerja memang diselaputi bau busuk dan kotor, tapi kerja tu halal dan membantu membersihkan persekitaran. Korang memang 'true' hero.


          Aktiviti hari Ahad di Kulim minggu lepas aku penuhi dengan kunjungan ke Pejabat Pos Kulim. Macam biasa, sebelum ke sesuatu destinasi, aku akan membuat laporan ke cik pentunang. Bimbang bercampur rindu katanya jika aku tidak membuat laporan semasa.Bayaq bil 'utility' ni secara 'online' bagi aku kurang 'indie' dan kurang klasik. Bil air dan bil elektrik cukup. Yang lain semua aku bayaq menerusi hujung jari tangan. Dengan jari kaki, maaf, aku belum mampu dan belum cuba.

Pejabat Pos Kulim. Banyak menabur bakti kepada rakyat Kulim dan aku secara amnya.



Punggung aku sikit lagi nak naik kematu tunggu queue. Nombor ni kalau tikam dekat Da Ma Cai aku rasa boleh sipi-sipi nak menang. (Amaran: Judi adalah haram bagi penganut Islam)

            Setengah jam aku tunggu, ok lagi. Masuk minit ke 40, aku dah mula nak berhalusinasi. Tak disangka, secara kebetulan,aku ditemukan dengan Shah, bekas 'housemate' dan bekas teman tidur serumah aku. Pertemuan ini memang cukup membahagiakan aku. Shah baru sahaja menjadi bapa, dalam 3 bulan lepas. Aku dan Shah bersembang panjang, tapi bukan pasal bisnes juta-juta dan yang sewaktu dengannya. Aku pikir, lebih 'kaw' kalau ada teh tarik gelas besar panas -panas dan sepinggan roti bakar mengiringi perbualan hangat kami. Shah cerita pasal kereta dia kena sondol dari belakang semalam dan macam-macam karenah birokrasi yang dia kena lalui untuk buat 'claim'. Kesian jugak kat Shah ni. Tak palah, anggap lah tu semua ujian dari Tuhan kepada HambaNya.

          
           Shah blah usai urusan dia kat kaunter. Aku dah jadi bapak boring gaban semula duk tunggu dalam Pejabat Pos Kulim ni.Aku harus buat sesuatu demi masa depan aku. Teh ais mula bermain dalam minda aku. Aku ambik keputusan untuk tidak menaiki 'superbike' Kriss aku untuk ke restoran halal yang berdekatan. Menapak lebih baik.


Teh ais RM1.40 berjaya dibeli dari Restoran Nasi Kandar Pelita, Kulim. 


            Aku baru guna lebih kurang 12 minit untuk ke kedai mamak ni dan beli teh ais. Last tadi aku check, nombor giliran baru ja seribu dua ratus lebih. Kamera pulak dalam tangan. Aku pikir aku nak guna tangkap apa-apa yang patut. Tak payah DSLR, bisik aku. Compact lagi senang dan boleh buat baling anjing kalau terdesak.


Orang Kulim kalau tak tau lokasi ni memang wajar....wajar turun padang dan bersikap lebih prihatin demi Kedah Maju 2010.



"Lighting ok, perspektif cun, angle memang tepat. Nilai estetika memang tip top", puji Saiful Nang dengan brader Kukubesi kat gambar aku ni (itu aku meraban ja).



           Usai beli teh ais, aku menapak semula nak ke pejabat pos. Nombor aku tikam tadi dah nak kena rasanya.



Cik pentunang dan sekutu-sekutu rapatnya pernah menuntut ilmu di Hasani.



Vandalisme itu ART, getus aku. Sampai bila signboard ni nak wujud, aku nak rekod.



              Sampai ja kat pejabat pos balik, aku tengok nombor giliran, kemudian aku senyum puas.

           " Tikaman aku mengena kali ni." ujar aku.

           Check duit balik, usha bil, pastikan tiket  nombor tikam aku ada, kemudian aku gerak ke kaunter dengan gaya dan langkah bak pahlawan. Bagi salam, tunjuk bil,hulur duit (please give the change!), ambik resit, bagi salam semula dan akhirnya aku dah boleh berambus dari situ. Satu jam 15 minit telah berjaya aku harungi.

         

Babai pejabat pos Kulim. Senang- senang aku datang lagi nanti.

3 comments:

  1. haha.. wei... watt crita kuantan @ kuktem plak... ke dah wat?

    ReplyDelete
  2. Anon : Ok dude, story mory pasal Kuktem memang dah dalam ada dalam plan ni. Tengah kumpul idea and crita dulu.Banyak gila..Haha.

    ReplyDelete
  3. Syabas..uuuuiiihhhh ada bakat no hg pahmi.bguih2,truihkan menulihhhh...

    ReplyDelete