2:00 a.m , Pekeliling : Operasi Serbu Sg. Petani (Ops Sesupe) dimulakan dengan mengambil salah seorang ahli operasi yang baru pulang dari kem Kuantan. Ahli operasi terakhir ini selamat dan ceria untuk menyertai Ops Sesupe ini.
3.30 a.m , Tapah : Operasi diberentikan sekejap kerana terdapat ahli pasukan yang menggeletar kesejukan dan ingin pergi membuang apa yang patut. Aktiviti membeli buah-buahan tempatan seperti jambu madu, jambu batu dan lain -lain turut dilaksanakan dengan baik. Asam sebagai perencah lupa dibeli ketika itu.
5.50 a.m , Selama : Sampai di kem Mak Ndak. Ahli Operasi bercadang untuk tidak melakukan penyerbuan ke Kem Mak Ndak. "Biarlah mereka tidur dahulu" , kata komander. Ahli operasi menggunakan peluan yang ada untuk melelapkan mata di dalam kenderaan sambil menunggu laungan azan di sebuah musolla yang berdekatan. Tunaikan kewajipan dulu, baru berkat, akur kami semua.
6.20 a.m, Selama : Hasrat untuk menyerbu Kem Mak Ndak gagal. Kami telah di 'am-bush' oleh Mak Ndak dulu secara senyap. Pintu kenderaan kami di ketuk oleh beliau. Ahli operasi disambut bak wira di kem Mak Ndak. Opah juga ada disitu. Dia menyambut kami dengan gaya berbaring. Tak larat katanya.
8.30 a.m, Selama : Kem Mak Ndak menjamu ahli operasi dengan juadah nasik lemak. Memang tak patut. Sebagai ahli pasukan khas, kami memang tak patut makan makanan yang berlemak di pagi hari. Tapi, apa ada hal. Petang ni kami bajet nak lari 20 round padang sebagai ganti makan nasik pagi tadi.
11.30 a.m, Trans Selama-Kulim : Perjalanan Ops Sesupe dimulakan. Kami bergerak dengan menggunakan dua buah MPV, cukup untuk memuatkan 15 ahli operasi. Ahli operasi dari Kem Pak Cik Malik juga mula menyertai Ops Sesupe ini bagi meguatkan jentera operasi.
No comments:
Post a Comment