Cukup dengan melihat kulit muka novel Siri Bercakap dengan Jin masa aku kecik-kecik dulu;kira-kira darjah satu ke darjah 3 dulu berjaya mengecutkan anu aku yang pada masa itu belum lagi dijawikan.
Tepat-tepat pada belah tengah kulit muka novel 'lejen' 80an ni ada nama tamu penulis dia yang cukup gah pada masa tu di Malaysia, Tamar Jalis.'Lejen' tak 'lejen' dia ni aku rasa kira-kira macam Enid Blyton, takpun Stephen Hawking.
Walaubagaimanapun, sebagai saorang cucu lelaki terbesar masa tu (di kalangan saudara mara keluarga belah mak) aku tak malu sebab takut. Ramai lagi sedara-sedara aku yang kira-kira sebaya macam aku pun sama takut dengan novel ni. Justeru, depa pun tak boleh nak 'act' sangat dengan aku.
Hasilnya, novel ni pun tak ada sapa pun yang ambil pot. Sebab dia sedara-sedara aku dan aku tak berani nak pegang dan baca buku ni. Nak pulak ada ura-ura yang cakap sapa-sapa yang baca novel ni tak boleh tidor malam sebab asyik buat terbayang. Dipercayai novel ni dibeli oleh bapak saudara aku;merangkap adik mak aku.
Paling aku ingat,takut punya hal dengan novel ni (sebab ada satu kulit depan dia yang ada gambar kepala hantu kena pancung sampai lidah terjelir) sampai bila terpandang ja novel tu tercampak mana-mana, cepat -cepat kami bersaudara (yang berkumpul di rumah opah dekat kampung semasa raya ataupun musim cuti sekolah) akan simpan dan sorok dalam-dalam belah belakang rak almari buku dekat tingkat atas rumah opah.
Hatta, dengan harapan agar berbuat demikian, novel tersebut tak dapat dicari lagi. Syukur ke hadrat Ilahi, taktikal menjadi. Buku tersimpan jauh dibarisan belakang susunan buku yang tak berapa sangat tersusun.
Sekarang, rak almari buku campur majalah Gila-Gila dan reader's Digest lama tu pun dah tak ada dekat rumah opah.Aku jamin kalau ada lagi pun sapa pun takkan baca novel-novel tu semua dekat tingkat atas rumah Opah aku tu sambil duduk atas kerusi rotan lama yang boleh goyang-goyang tu. Tobat !
******
Nota kaki:
Tamar Jalis adalah nama samaran kepada novelis dan penulis Ahmad@Mohd Radzi bin Mahmud. Dilahirkan pada 13 September 1940 di kampung Batu 36, Jlan Setiawan, Perak dan kini Alhamdulillah masih sihat walafiat pada usia 71 tahun. Laman blog beliau boleh dilayari di http://tamarjalis.blogspot.com/
.
No comments:
Post a Comment