Hanya pada minggu sudah, aku baru belikan daging untuk dimasak buat Sorfina setelah hanya menjamah ikan-ikan tersebut pada setiap hari. Lega aku sebab dia pun tak banyak cekadaknya. Makan sahaja seadanya.
Kepala ikan Haruan yang baru sahaja aku ceraikan dari badannya. Licin juga nak pegang.
Halia, bawan putih, bawang merah, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga ,bunga lawang serta lada hitam adalah bahan yang telah menjadi rencah untuk membuat sup ikan Haruan buat santapan Sorfina. Peluang yang ada membolehkan aku mencuba makan sup ikan Haruan tersebut. Sedap, beb!
Nak dijadikan cerita, sebelum ini, Sorfina memang 'geli' untuk memakan ikan-ikan seperti Keli dan Haruan. Memang langsung tak makan ikan Keli. Alhamdulillah, sekarang suka pula dia dengan ikan Haruan. Nak cepat 'recover' kena la berani makan, ye dok?
Aku nak pi sambung basuh ikan Haruan kejap. Sat lagi nak bungkus untuk diletak dalam peti ais.
3 ekor. 2 kilogram. RM26. Pasar malam Kulim, Jalan Kilang Lama.
.
kalau masa ngandung, tak dapat pergi ngail. tapi bila dah beranak, ni la masanya nak ngail puas-puas. dengan alasan nak cari haruan. ni pi mancing ke pi pasar?
ReplyDeleteKahkahkah..aku mana mengail..beli dekat pasar ja...hang selalu mengail ka? dapat ikan haruan mai la huluq-huluq kat aku
ReplyDelete