Setiap pagi seawal subuh merupakan suatu tempoh yang kritikal buat Zamany Salam. Zamany bukannya apa, dia menghidapi 'penyakit' atau lebih sopan; tabiat -yang suka menangguh untuk bangun dari tidur. Nak kata Zamany Salam seorang yang gemuk, tidak pula. Ini kerana tubuh Zamany Salam seringkali ditegur rakan-rakan kerana mempunyai tubuh badan yang 'jantan' seperti Aaron Aziz.Ini kerana kebanyakan orang yang gemuk mudah mengalami gejala sukar bangun dari tidur, menurut kajian.
Menurut kata Zamany, tabiatnya yang suka menangguhkan masa untuk bangun dari tidur selama 5 minit, setelah digerak bertubi-tubi itu adalah kerana 5 minit pada waktu seawal pagi itu; selalunya sekitar tempoh jam 5.30 ke 6.30 pagi itu - adalah berbeza dengan 5 minit pada tempoh-tempoh yang lain.
"Mike dapat tangguh bangun tidor 5 minit pagi-pagi Subuh rasanya macam dapat tidor 50 minit. Tak percaya cuba kome 'try' ", terang Zamany Salam dalam loghat Perak, negeri kelahirannya kepada rakan-rakan seperjuangannya di opis.
" Setan duduk atas kelopak mata hang tu, Zamany ", sambut rakan baiknya di opis, Zulfikar.Zulfikar memang terkenal dengan teguran yang bersahajanya itu. Orangnya pun agak alim. Maklumlah, peminat Ustaz Azhar Idrus (Original).
Zamany terkernyih-kernyih sambil sengih-sengih kecil dan mengangguk-angguk sedikit. "Ada benarnya kata-kata Zulfikar itu", getus Zamany Salam dalam hati.
.
No comments:
Post a Comment