Thursday, June 14, 2012

Redong

           Aku ada saorang member yang baik dan penyantun orangnya. Lelaki tulen. Kami panggil dia 'Redong'. Sebab dia dipanggil Redong tidaklah pula perlu aku perjelaskan disini, kerana terdapat banyak versinya dan panjang juga untuk diceritakan asbabnya.

           Dengar cerita, dia dah jadi pelakon yang popular di negara Amerika Syarikat. Sekarang dia tengah sibuk berlakon drama 'Community'. Apa-apapun, kami semua sebagai rakan seperjuangan mengucapkan tahniah dan semoga berjaya dalam karier lakonan anda.

Redong dengan gaya bersahaja di Pantai Telok Chempedak

Redong; saorang graduan yang berjaya

Redong, aku dan Pedy

Redong bersama rakan taulan seperjuangan

         Gambar di atas adalah sebahagian gambar kenangan kami bersama Redong. Lihatlah Redong sekarang selepas bergelar pelakon. Tampak hebat, bukan?


Notakaki : Redong menjadi pengapit aku ketika majlis walimatulurus aku di Pandan Indah.

2 comments:

  1. jadi pelakon, tukar nama jadi danny pulak?

    ReplyDelete
  2. Tu lah pasal,member aku ni dah lupa daratan dan asal usul.Harap dia kembali ke landasan sebenar..SM, member aku ni ada kes pelandok 2 serupa dengan Danny Pudy.kehkehkeh

    ReplyDelete