31 May tempohari, isteri sahabat lama aku sejak dari bangku sekolah, Faiq Nur, selamat melahirkan putera sulung mereka di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Apa yang mengejutkan aku ialah secara tiba-tiba isteri sahabat aku ni terberanak disebabkan sudah turun darah serta terdapat bukaan sepanjang 10 sentimeter, dan merupakan kelahiran yang masih terlalu awal dari tempoh yang dijangkakan. Minggu ke 29.
Masih segar lagi dalam ingatan aku dan Sorfina ketikamana mereka melawat Nur Adelia, yang ketika itu baru sahaja berusia 20an hari.Ketika itu isteri Faiq baru sahaja memasuki tempoh mengandung 3 bulan. Alih-alih, dengar khabar dah bersalin.
Anak mereka berdua diberi nama Faiq Ibrahim. Sedap dan molek namanya. Berat sewaktu kelahiran hanyalah sekitar 1.1kilogram. Ringan habaq hang. Disebabkan kelahiran awal bulan, dan ketika itu juga bayi masih belum berada pada kedudukan yang sepatutnya (menurut Faiq Nur, bayi dalam kedudukan melintang), maka tabib berserta pasukan jururawatnya menggunakan kaedah 'Caesarean' untuk mengeluarkan bayi. Orang Kedah cakap, 'keluaq ikut tingkap'.
Begitu besarnya pengorbanan saorang ibu semasa melahirkan anak. Kalau kes Faiq ni, orang rumah dia kena jahit 'atas' dan 'bawah'. Dulu Sorfina hanya kena jahit bahagian perut/ 'atas' sebab bukaan terlalu kecil. Aku tak boleh masuk bilik operasi atas sebab musabab ianya kes kecemasan.
Sehingga sekarang, Faiq Ibrahim masih berada di dalam wad dan dimasukkan ke dalam 'incubator'. Hanya ibunda dan ayahandanya sahaja dibenarkan melawat. Menurut kata Faiq, tabib hanya akan lepas keluar selepas berat bayi mencapai sekitar 1.8 kilogram.
Mengikut khabar dari Faiq, berat Faiq Ibrahim sudah bertambah ke 1.3 kilogram dalam tempoh sebulan. Alhamdulillah. Semoga hang dan Farida terus sabar dan tabah dalam menghadapi tempoh-tempoh sukar ini. InsyaAllah, Allah pasti memberi ganjaran yang berlipat ganda dan ada hikmah di sebaliknya.
Maka benarlah firman Allah, 'manusia itu merancang, tapi sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T'.
No comments:
Post a Comment