Sorfina dan aku akhirnya bertemu dengan pusat jagaan bayi yang masih ada kekosongan dan boleh menerima bayi untuk jagaan.Alhamdulillah, lega.Apa yang penting, depa mengutamakan keselamatan, kebersihan dan penjagaan bayi dan kanak-kanak dengan berhemah. Nisbah 1 penjaga kepada 3 orang bayi juga depa laksanakan. Faktor dekat dengan tempat kerja tu satu bonus dan diakui agak dekat dengan kilang tempat aku bekerja. 5 minit perjalanan dengan kereta yang dibawa dengan kelajuan 60 ke 70 kilometer sejam.
Semalam hari pertama aku dan Sorfina hantar Nur Adelia ke pusat jagaan kanak-kanak. Nur Adelia pun dah besar, aku harap pandai-pandailah dia bawa diri sepanjang masa keberadaannya di sana. Dalam usia 4 bulan, Adelia ni setakat bab-bab tidur dan minum susu ni dia dah boleh handel sendiri. Tarahal punya. Bab-bab nak basuh najis sendiri ja lagi yang kena belajar dan amalkan. Sekali buang banyak pula tu.
Aku bertawakkal sahaja bila dah hantar anak ke pusat jagaan. Semoga tiada benda yang tak diingini berlaku. Bukannya nak cerewet, tapi anak tu amanah- kena jaga elok-elok. Aku pun bukanlah saorang 'perfectionist'- sebab aku dan Sorfina sendiri pun jaga setakat kemampuan kami. InsyaAllah, semoga semuanya selamat.
******
Benda yang aku bikin masalah sekarang pusat jagaan yang aku hantar Adelia ni tak ada peti ais. Apa punya turrr. Apa diorang tak pandang serius ka bab-bab peti ais ni? Macam mana Sorfina dan aku nak pastikan susu cap kantung agar sentiasa sejuk dan segar? Susu formula tak apalah sebab letak dalam tin-cuma suhu bilik diperlukan. Adakah usaha untuk pemberian susu ibu akan berkubur?-Tidak.
Semalam jugak beli tong ais saiz sederhana untuk dijadikan tempat simpanan susu cap kantung buat penghantaran kepada pusat jagaan bayi. Bukan jenama 'Coleman', tapi cap apa pun aku dah lupa jenama dia. Janji fungsi sama.
Kesannya, lepas ni tiap-tiap hari aku kena buat ais untuk letak dalam tong ais buat simpanan susu kepada pusat jagaan Adelia. Semoga aku tabah dalam kerja-kerja ni.
Notakaki : http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/GARIS%20PANDUAN%20PENGENDALIAN%20KANAK-KANAK%20DI%20TASKA%20&%20PRASEKOLAH%202007.pdf
No comments:
Post a Comment