Alhamdulillah. Allah masih panjangkan lagi umur aku untuk menemui Ramadhan yang penuh barokah ini sekali lagi. Kalau tahun sebelumnya, waktu ini aku baru sahaja memulakan hidup berumah tangga dan Sorfina pula sedang sarat mengandung 2 bulan, tahun ini pula berbeza sama sekali. Nur Adelia telah pun selamat dilahirkan dan kini menginjak ke usia 3 bulan setengah. Pertama kali menyambut Ramadhan bersama kehadiran anak kecil ini.
Ya Habibi Ya Maulana
20 tahun dahulu, dikala aku mula berkecimpung dengan dunia puasa - adanya istilah 'puasa setengah hari' dalam kamus dewan hidup ini. Ketika darjah 2, sabelum bermulanya sesi persekolahan (petang);dimana pada paginya aku dan Farhani akan ke sekolah agama dahulu, perut ini akan dihidangkan dengan nasik dan lauk terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Justeru, di sekolah nanti tidak perlu lagi makan dan rakan pun turut tumpang bangga kerana berjaya 'puasa'.
Waktu tu, pergi sekolah naik bas sekolah dan jadual persekolahan dikira agak padat. Pagi sekolah agama, balik rumah pukul 11 lebih dah kena bersiap pula ke sekolah kebangsaan. Letih habaq hang. Dugaan yang datang pulak menimpa-nimpa. Budak-budak Cina dan India termasuk segelintir budak Melayu Islam tanpa segan silu makan 'ais krim batang' dalam bas. Yang paling tak tahan, siap ada kunyah 'cekedis' rangup kuat-kuat. Saja nak gugat iman yang 'ciput' ni.
Apa-apapun, puasa tetap puasa. Tak puasa, tetap tak puasa. Janji waktu bulan puasa dulu aku boleh tengok cerita 'Rumah Kedai' !.
selamat menyambut kedatang ramadhan yg penuh barakah! imbau kenangan puasa kecik2 dlu, mmg nostalgik... pasang pelita,meriah dgn main mercun+bunga api... aktiviti bertukar2 juadah,,more,.. skrg nih aktiviti pasang pelita,main mercun bungapai dh semakin kurang... agak suram suasana...
ReplyDeleteAh lan wa sah lan Ya Ramadhan..Akmal,zaman dah berubah...nak sahur pergi sahaja McD 24jam, mamak nasi kandaq 24jam, KFC 24 jam. Miss the good old days
ReplyDelete