Friday, September 14, 2012

Cirit

Pumpkin soup, ataupun sup labu yang sedap. Tiada kaitan dengan tajuk cerita di atas.

          Semalam adalah antara hari yang power dan benar-benar menguji stamina badan aku. Aku telah diuji Tuhan dengan sakit perut yang memulas serta cirit-birit yang benar-benar power. Power tak power sejak dari pukul 5 petang lebih kurang semalam hinggalah tatkala aku menaip tulisan ini, aku telah menjalani sesi buang air besar akibat cirit birit sebanyak lebih kurang 20 ke 25 kali. Amacam, power tak?

          Aku mula kena cirit birit selepas tamat latihan Bomba di Balai Bomba Kulim pada petang semalam. Ini kerana aku telah menjadi salah seorang ahli kelab keselamatan di kilang tempat aku bekerja. Aku masuk kelab keselamatan ni pun sebab aku dulu memang minat dan cukup respek dengan ahli bomba ni. Maklumlah, dulu masa sekolah menengah masuk kadet Bomba. Mungkin aku ingin mengimbau kenangan manis aku balik masa jadi ahli kadet Bomba di sekolah dulu.

          Orang yang mula-mula dapat perkhabaran yang aku kena serang cirit birit adalah sisi terbaik aku merangkap bini aku, Sorfina. Sejurus dapat berita tersebut, dia memang jadi cukup risau. Tahap kerisauan dia tu aku tak boleh nak bayangkanlah macam mana kan. Memang risau la. Ye lah, bini mithali lah katakan. Mestilah sayang suami. Mak mertua aku pun risau sama. Yang tak risau setakat ni cuma anak aku, Nur Adelia. Dia baru masuk umur 6 bulan, sah-sah tak tahu- menahu punya pasal perasaan risau ni.

          Sambung balik rumah semalam lepas latihan bomba,aku punya cirit tak sudah-sudah lagi. Sorfina punya risau semakin melambung tinggi. Katanya, muka aku nampak 'laeh' dan lemah.'Laeh' tu bahasa Kedah. Aku yang tak 'true' Kedah ni tak tahu sangat apa maksud dia. Tapi aku cakap aku masih steady. Sebenarnya aku jenis malas nak jumpa doktor dan pergi klinik. Dia suruh aku minum banyak air masak. Dalam masa yang sama,Sorfina turut menyediakan aku seteko air teh pekat untuk merawat cirit aku.

          Disebabkan cirit aku semakin power malam tu, Sorfina mengajak aku ke klinik. Masa tu dah 12.30 malam dan Nur Adelia pulak masih tak mahu-mahu tidur. Aktif sungguh budak tu. Aku punya mengantuk pun dah mencapai tahap tertinggi. Disebabkan tak tahan dengan pujukan Sorfina, alih-alih, aku pun keluar dengan dia untuk ke klinik. Harap-harap ada klinik 24jam di Kulim ni. Sebelum tu Sorfina check klinik 24 jam di Kulim dengan telefon canggih dia yang ada internet.Power sungguh. Oh lupa, ayat pujukan Sorfina yang power sampai aku terpaksa mengalah untuk ke klinik jugak adalah seperti berikut : "Kamu sayang tak Sorfina dengan Nur Adelia? "...Pergh, aku memang lemah dengan ayat-ayat macam tu.

         Akhirnya, aku berjaya pujuk Sorfina untuk tidak ke klinik. Lagipun memang susah nak cari kilinik yang buka 24jam di Kulim ni. Kami akhirnya menuju ke destinasi pilihan aku, yakni kedai 7Eleven di pekan Kulim untuk membeli sekotak pil Chee Kit Teck Aun dan sebotol air 100 Plus.
       

No comments:

Post a Comment