Friday, September 7, 2012

Penampaq

          Sebelum Ramadhan sudah, aku berpeluang mengikuti satu program komuniti bersama dengan organisasi Emergency Response Team (ERT) kompeni kilang aku bekerja untuk membuat latihan keselamatan, demonstrasi kebakaran dan penggunaan alat pemadam api; 'fire extinguisher' dan 'fire blanket', latihan dalam kumpulan, kuiz dan lain-lain lagi. Bolehlah aku membuat kesimpulan bahawa aku bersama-sama 11 lagi rakan sekerja yang terlibat dalam organisasi ERT ini cukup bepuas hati dengan program tersebut. Kami mendapat kerjasama yang cukup baik yang diberikan oleh 90 orang pelajar tingkatan 2 yang terlibat.

        Sebelum program dijalankan, kami membuat latihan kebakaran, senang cakap;'fire drill'.Kami ditugaskan untuk memantau bagaimana pelajar, guru, serta pekerja am bertindak semasa proses latihan kebakaran. Semua pelajar sejumlah 1500 kesemuanya, bersama dengan para guru seramai 85 orang akhirnya berkumpul di padang sekolah setelah 5 minit 40 saat evakuasi. Sepatutnya, proses evakuasi kebakaran ialah 3 minit.

        Setelah berada di padang, ucaptama pengetua semasa pelajar berkumpul untuk latihan kebakaran ;'fire drill' sebelum kata-kata aluan dimulakan.

''Diminta semua pelajar tolong diam. Yang di belakang tu, tolong diam. Ni ada sat lagi yang makan penampaq saya. Pelajar tingkatan 4 & 5, tolong diam. Sila jangan cabar saya. "

        "Wah, garang juga cikgu ni. Steady, steady",monolog aku sejurus selepas ucaptama itu.

No comments:

Post a Comment