Beberapa hari lepas aku telah dihubungi oleh sasaorang. Tertera di skrin telefon bimbit suatu nombor asing, yang tidak tercatat nama penghubungnya. Rupanya, panggilan dari saorang kenalan lama; yang mana tidak perlulah aku nyatakan disini samada ianya kenalan dari alam pra sekolah, kenalan di laman sesawang sosial ataupun kenalan di tempat perkelahan awam. Cukuplah aku namakan dia sebagai Mat Lewat Malam.
Awal perbualan kami cukup indah. Keadaan kesihatan aku ditanya dengan begitu lunak sekali dan penuh adab. Sesekali dinyatakan bahawa dirinya begitu merindui memori bersama mengenangkan zaman muda remaja. Bunyinya seperti rindu saorang Dara kepada Udanya. Aku menanyakan, adakah bualan melalui telefon ini untuk menjemput aku ke majlis walimatul urusnya, namun rupa-rupanya, dia ingin bertemu dengan aku untuk mempekenalkan aku dengan perniagaan yang diceburinya.
Dalam kepala , "Alamak, aku sudah kena!" punya dialog sudah bermain-main. Namun, aku cuma bersangka baik. Selebihnya kepada cerita di atas adalah sebahagian daripada sejarah. Cukuplah aku sampaikan di sini sahaja.
Melalui pengamatan serta berbekalkan pengalaman yang ada, aku ringkaskan beberapa modus operandi beberapa syarikat Multi Level Marketing dan usahawan mereka dalam mempromosikan perniagaan mereka, namun, ini adalah berdasarkan apa dari pengalaman aku. Terpulang kepada hangpa untuk menilainya sendiri. Allahualam.
1. Mengajak hangpa untuk sembang, serta pergi minum-minum secara tiba-tiba. Katanya, untuk berbincang tentang sesuatu perniagaan, namun ianya hendaklah diceritakan kemudian. Hangpa boleh ikut untuk sesi yang pertama demi mendapatkan kepastian.
2. Mengajak untuk menyertai sesuatu perniagaan demi menjaga kepentingan dan membantu sesuatu bangsa, contohnya; "Dengan menyertai perniagaan XXX ni hangpa boleh memartabatkan bangsa Arab bla bla bla bla".
3. Produk-produk yang diperkenalkan hampir semuanya berkaitan pemakanan dan peralatan kesihatan.Hangpa boleh pikiaq sendiri produk apa kalau tahu.
4. Perniagaan MLM ini selalunya diiklankan dan dipromosikan di suratkhabar Metro.
5. Menggunakan testimoni-testimoni yang tak masuk akal untuk menarik pelanggan atau rakan kongsi perniagaan (atau aku lebih suka cakap 'downline'); contohnya, menyatakan Thalassemia dia hilang selepas beberapa minggu/bulan menggunakan produk tersebut. Komentar aku- thalassemia tu gangguan genetik kepala bana ooi.
6. Berusaha sedaya upaya untuk menyatakan kesahihan syarikatnya bahawa ianya telah mendapat lesen Akta Jualan Langsung (AJL) dan mendapat kelulusan dari panel Syariah. Siap ada logo 'Halal' JAKIM lagi.
7. Dan yang terakhir dapat aku tuliskan adalah seperti di bawah. Kalau hangpa nak tau lagi, rajin-rajin la baca.Ini sekadar pandangan dari aku. Allahualam.
.
No comments:
Post a Comment