Saturday, May 14, 2011

Jumaat 13 Haribulan

Jason. Lambang ke'brutalan' sejagat


             Ini bukan cerita pasal Tragedi 13 May 1969 ape kejadah yang berlaku dulu dekat Malaysia. Malas aku nak tulis pasal benda-benda 'racist' ni. Kalau Meloya suka la api-apikan benda benda macam ni. '1 Bumi, 1 Melayu' waddefook?? Lagipun benda 13 May 69 tu benda jadi hari Selasa. Apa ada hal?

          Kalau orang yang percaya benda ni, kebanyakkanya non-muslim (sebab orang Islam tak boleh percaya benda-benda mengarut ni semua; harroomm hukumnya kata ustat), phobia ni dipanggil 'friggatriskaidekaphobia'. Panjang macam haram dan nak sebut pun susah. Banyak benda yang dikaitkan dengan 'Hari Malang 13 haribulan Jumaat' ni dan sejarah di sebalik benda-benda ni semua bolehlah hangpa baca dekat Wikipedia.

           Bulan yang start dengan hari Ahad, maka 13haribulannya akan jatuh pada hari Jumaat. Cuba checkitdout kalendar Gregory kalau tak percaya. Kalendar Hijrah aku tak pasti.

          Macam semalam 13 haribulan 2011 kalendar Gregory bersamaan 9 Jamadilakhir 1432Hijrah. Bulan depan dah Rejab. Pergh, sekejap je rasa. Tak lama lagi aku pun dah tak solo lagi.

          Tun Abdullah @ Pak Lah yakni ex-PM Malaysia suka nombor 13 ni. Kehkehkeh. Tak percaya? Bukak balik arkib suratkhabar lepas pilihanraya ke-12 2008 dulu. Kehkehkeh.


Thursday, May 12, 2011

Selamat hari jadi PEKEMBAR

Ihsan dari Hairan
         
Ihsan dari Meloya



           Woitt...

Ni apa kes, cakap tak serupa bikin....

Kehkehkehkehkehkeh

           Kata nak memartabatkan Bahasa Melayu.....

Kehkehkehkehkehkeh

          Sebelum suruh orang, apa kata buat dekat parti sendiri dulu.....

Kehkehkehkehkehkeh

          Kenapa masih guna United Malay National Organization walaupun dah 65 tahun????

Kehkehkehkehkehkeh

          Kata nak memartabatkan Bahasa Melayu.......

Kehkehkehkehkehkeh

          Kecut teloq ka hang Muhyiddin oi nak bagi usul dekat boss supaya guna nama PEKEMBAR??

Kehkehkehkehkehkeh



Wednesday, May 11, 2011

GST= Goods & Service Tax vs Government Service Tax


            Aku masa baca benda ni dekat 'paper' jadi kompius kejap.Astro, KFC, Pizza Hut, Maxis ape kejadah semua tu, itu semua hanyalah 'Gohmen Service Tax', yakni yang kena 6% tu. Kalau Maxis tu charge servis tax dia 5%.

            Em, yang aku pikiaq sekarang ni, contohnyalah kan kita duk makan Pizza Hut, kita tengok dekat bill kita tu ada 'Government Service Tax'. Adakah lepas ni kita akan kena satu lagi charge GST pulak, yakni Goods & Service tax? Siapa tau sila mintak beri penjelasan pasal benda ni.

Contoh bill makan Pizza Hut

           Di Eropah sana semua dah ada benda ni, tapi bagus lah sebab depa punya servis bagus. Aku semestinya mengharapkan benda yang sama kalau GST ni di'implement'kan di Malaysia. Bayaq dah mahai-mahai, servis mestilah baeekkk punya. Ye dok?

Contoh bil Astro. Sekarang ni hanya ada Gohmen Service Tax.


           Apa yang aku tau, dekat-dekat sesetengah negara depa panggil benda ni VAT ataupun Value Added Tax. Cilakak. Lagi banyak nama lagi kompius aku. Kerajaan, sila bagi penerangan lanjut tentang benda ni.




Sumber : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/11/nation/8659348&sec=nation

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu

            Agak lambat untuk aku tulis, tapi dah memang tertulis dan tersemat dalam hati aku untuk setiap saat dan setiap ketika sejak dari alam janin lagi. Siti Mariam @ Halimatun Saadiah, selamat hari ibu, mak...
         
          " Perempuan datang dan pergi, yang masih setia cuma satu, yang masih sudi menerima saya cuma satu, yang tak kisah bagaimana paras rupa dan taraf hidup cuma satu, yang percaya saya terbaik untuknya cuma satu, yang mungkin kekal bersamaku hingga akhir hanya cuma satu." - Nazri Vovinski Annuar

Selamat Hari Ibu...tak lama lagi aku bakal ada 'future' ibu untuk anak aku sendiri. InsyaAllah.Amin

Monday, May 9, 2011

Najib dan United

           Amnya umum dah mengetahui yang presiden United Malay National Organization sekarang ialah Rosmah Mansor. Oops, silap. Tersasul aku. Bukan. Presidennya adalah teman hidup beliau iaitu Najib Razak.

           Aku lepak dekat NZ Curry House Wangsa Maju semalam dengan beberapa teman menyaksikan perlawanan bola yang aku kira semuanya itu duniawi sahaja.Sesi lepak bersama Aseng 'Reformasi', Tejo 'Raja Rock', Redong ' The Kurik King' dan Waqi 'Sedak duh wasser' memang mengujakan. Yang tak ada cuma Aizad Perodua dan Kurt 'King of Bundle'. Man United menang dengan Chelsea pun aku kira kejayaan itu sekadar bersifat kejayaan duniawi sahaja. Tidak memberi apa-apa kesan terhadap aku cuma sedikit kepuasan. Apa da hal?

          Bab-bab macam ni memang aku sebulu dengan Najib Razak. Cilakak. Aku rasa dia ni sekadar 'glory hunter' sahaja. Berkat kemenangan semalam, harini gohmen mengisytharkan penurunan subsidi gula (maknanya harga gula naik; pandai gohmen main dengan kata-kata di situ) kepada rakyat. Syabbas 1 Malaysia. Naharrom.

           'Program Rasionalisasi Subsidi'. Waddefook punya ayat manis dari gohmen. Kehkehkehkeh. Mana Ismail Sabri si bapak Dafi ni. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Penggunaan.Apa pasal hang yang tak 'announce' harga gula naik, bagi dekat Ketua Setiausaha ja yang umum? Kecut teloq ka??

Kehkehkehkeh



Ihsan dari Twitter NajibRazak yang aku folo

Sunday, May 8, 2011

Puduraya 2011


Ini bukan shopping complex


            Semalam aku balik ke kampung halaman dan rumah orang tua aku di Pandan Indah. Aku dengar Puduraya dah siap, jadi aku begitu teruja untuk balik dengan bas. Memang best naik bas ni sebab bagi aku dengan cara ni secara automatik aku akan ada 'drebar' sendiri. Tak payah jadi boss pun tak apa.

           Sapa-sapa yang tak tahu tentang Puduraya maka wajarlah dikategorikan sebagai warga Mongolia atau Bhutan sahaja. Sejak dari tahun 1975 lagi Puduraya ni dah beroperasi dan menabur bakti kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga kota dan rakyat marhaen, inilah kali pertama Hentian Puduraya di naik taraf. Kalau dulu banyak orang tak mau nak naik bas, tapi kali ini aku jamin makin ramai nak naik bas dekat Puduraya.
Sudah 36 tahun menabur bakti

          Syabas dan terima kasih kepada gohmen. Pembangkang juga turut memainkan peranan dalam usaha untuk memberi desakan terhadap kerajaan untuk menaikkan taraf dan mutu sistem pengangkutan awam di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur yang dah semakin sesak dan caca marba. Inilah yang kita mahu sebenarnya dari kerajaan. Bukannya menara 100 tingkat ataupun projek nadir bumi di Gebeng yang dipinta ; malah tidak diketahui pula dengan jelasnya akan baik atau buruknya usaha itu. Sistem kemudahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar sewajarnya menjadi agenda utama kerajaan untuk dimajukan.

         Cilakak. Jadi skema la pulak ayat aku tadi kejap.

         Brader ulat tiket, bilik air 'harum semerbak' dan penuh sesak , Dunkin Donuts Puduraya,surau dan macam-macam lagi kenangan bersama Puduraya lama tak akan aku lupakan dan akan sentiasa terpalit dalam hidup. Bersama kita kekalkan kebersihan dan keunggulan Puduraya yang berwajah baru ini.






         "Rakyat Malaysia sepatutnya sudah lama menikmati kemudahan dan keunggulan macam Puduraya baru ni. Dengan limpahan keuntungan dari hasil petroleum, perlancongan dan lain-lain, kerajaan patut dah lama buat bagi dekat rakyat" kata-kata sorang pakcik tadi bagitau dekat aku time nak beli air mineral dekat Puduraya.

          Nampak ketokohan pakcik ni. Cakap dah macam menteri. Steady la pakcik.

Wednesday, May 4, 2011

Projek 'selaras' belum berakhir

            Osama dah mati. Wallahualam.Najib cakap dunia lebih 'aman' tanpa kehadiran Osama bin Laden.Harga minyak 'diselaraskan' lagi. Kemala dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke 10+1. Aku dan cik pentunang berjaya menyempurnakan sesi penggambaran pra-perkahwinan kelolaan dan fotografi oleh Amirul papa Alif Iman dan bro Fairuz sempena cuti hari buruh lalu. Terima kasih banyak-banyak buat depa.

           Pergh. Update senafas. Kena prektis lagi ni.

Sumber MalaysiaKini


Ini hangpa kena rajin bukak 'Wikipedia'


Obama mati, minyak naik? Waddefood!



source :
http://www.oil-price.net/