Ini bukan shopping complex
Semalam aku balik ke kampung halaman dan rumah orang tua aku di Pandan Indah. Aku dengar Puduraya dah siap, jadi aku begitu teruja untuk balik dengan bas. Memang best naik bas ni sebab bagi aku dengan cara ni secara automatik aku akan ada 'drebar' sendiri. Tak payah jadi boss pun tak apa.
Sapa-sapa yang tak tahu tentang Puduraya maka wajarlah dikategorikan sebagai warga Mongolia atau Bhutan sahaja. Sejak dari tahun 1975 lagi Puduraya ni dah beroperasi dan menabur bakti kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga kota dan rakyat marhaen, inilah kali pertama Hentian Puduraya di naik taraf. Kalau dulu banyak orang tak mau nak naik bas, tapi kali ini aku jamin makin ramai nak naik bas dekat Puduraya.
Sudah 36 tahun menabur bakti
Syabas dan terima kasih kepada gohmen. Pembangkang juga turut memainkan peranan dalam usaha untuk memberi desakan terhadap kerajaan untuk menaikkan taraf dan mutu sistem pengangkutan awam di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur yang dah semakin sesak dan caca marba. Inilah yang kita mahu sebenarnya dari kerajaan. Bukannya menara 100 tingkat ataupun projek nadir bumi di Gebeng yang dipinta ; malah tidak diketahui pula dengan jelasnya akan baik atau buruknya usaha itu. Sistem kemudahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar sewajarnya menjadi agenda utama kerajaan untuk dimajukan.
Cilakak. Jadi skema la pulak ayat aku tadi kejap.
Brader ulat tiket, bilik air 'harum semerbak' dan penuh sesak , Dunkin Donuts Puduraya,surau dan macam-macam lagi kenangan bersama Puduraya lama tak akan aku lupakan dan akan sentiasa terpalit dalam hidup. Bersama kita kekalkan kebersihan dan keunggulan Puduraya yang berwajah baru ini.
"Rakyat Malaysia sepatutnya sudah lama menikmati kemudahan dan keunggulan macam Puduraya baru ni. Dengan limpahan keuntungan dari hasil petroleum, perlancongan dan lain-lain, kerajaan patut dah lama buat bagi dekat rakyat" kata-kata sorang pakcik tadi bagitau dekat aku time nak beli air mineral dekat Puduraya.
Nampak ketokohan pakcik ni. Cakap dah macam menteri. Steady la pakcik.
No comments:
Post a Comment