Aku lepak dekat NZ Curry House Wangsa Maju semalam dengan beberapa teman menyaksikan perlawanan bola yang aku kira semuanya itu duniawi sahaja.Sesi lepak bersama Aseng 'Reformasi', Tejo 'Raja Rock', Redong ' The Kurik King' dan Waqi 'Sedak duh wasser' memang mengujakan. Yang tak ada cuma Aizad Perodua dan Kurt 'King of Bundle'. Man United menang dengan Chelsea pun aku kira kejayaan itu sekadar bersifat kejayaan duniawi sahaja. Tidak memberi apa-apa kesan terhadap aku cuma sedikit kepuasan. Apa da hal?
Bab-bab macam ni memang aku sebulu dengan Najib Razak. Cilakak. Aku rasa dia ni sekadar 'glory hunter' sahaja. Berkat kemenangan semalam, harini gohmen mengisytharkan penurunan subsidi gula (maknanya harga gula naik; pandai gohmen main dengan kata-kata di situ) kepada rakyat. Syabbas 1 Malaysia. Naharrom.
'Program Rasionalisasi Subsidi'. Waddefook punya ayat manis dari gohmen. Kehkehkehkeh. Mana Ismail Sabri si bapak Dafi ni. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Penggunaan.Apa pasal hang yang tak 'announce' harga gula naik, bagi dekat Ketua Setiausaha ja yang umum? Kecut teloq ka??
Kehkehkehkeh
Ihsan dari Twitter NajibRazak yang aku folo
No comments:
Post a Comment