Saturday, May 14, 2011

Jumaat 13 Haribulan

Jason. Lambang ke'brutalan' sejagat


             Ini bukan cerita pasal Tragedi 13 May 1969 ape kejadah yang berlaku dulu dekat Malaysia. Malas aku nak tulis pasal benda-benda 'racist' ni. Kalau Meloya suka la api-apikan benda benda macam ni. '1 Bumi, 1 Melayu' waddefook?? Lagipun benda 13 May 69 tu benda jadi hari Selasa. Apa ada hal?

          Kalau orang yang percaya benda ni, kebanyakkanya non-muslim (sebab orang Islam tak boleh percaya benda-benda mengarut ni semua; harroomm hukumnya kata ustat), phobia ni dipanggil 'friggatriskaidekaphobia'. Panjang macam haram dan nak sebut pun susah. Banyak benda yang dikaitkan dengan 'Hari Malang 13 haribulan Jumaat' ni dan sejarah di sebalik benda-benda ni semua bolehlah hangpa baca dekat Wikipedia.

           Bulan yang start dengan hari Ahad, maka 13haribulannya akan jatuh pada hari Jumaat. Cuba checkitdout kalendar Gregory kalau tak percaya. Kalendar Hijrah aku tak pasti.

          Macam semalam 13 haribulan 2011 kalendar Gregory bersamaan 9 Jamadilakhir 1432Hijrah. Bulan depan dah Rejab. Pergh, sekejap je rasa. Tak lama lagi aku pun dah tak solo lagi.

          Tun Abdullah @ Pak Lah yakni ex-PM Malaysia suka nombor 13 ni. Kehkehkeh. Tak percaya? Bukak balik arkib suratkhabar lepas pilihanraya ke-12 2008 dulu. Kehkehkeh.


No comments:

Post a Comment