Thursday, March 31, 2011

Lady driver

           Aku rasa aku terpanggil untuk menyuarakan yang sebenarnya aku bersependapat (sikit ja) dengan brader Bung Mokhtar pasal women drivers. This Bung is something. At one hand dia dapat Zizie dan dalam masa yang sama dia tak kasi chance dekat isu-isu keperempuanan. Bung, you GO GIRL!!





News source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/31/nation/8383385&sec=nation

.

Ini memang duit dah tak tau nak buat apa

           Lelaki ni memang superb dan menakjubkan. Kalau aku ada duit terkumpul banyak ni dah lama aku buat benda lain. Cilakak.





.

Wednesday, March 30, 2011

Kak Ros dah tak boleh poco-poco

            Hoi,hoi,hoi,

Jabatan Mufti Perak dah keluar fatwa la pulok...

Tarian Poco-Poco itu harrrroommmm!!!

Nak tau lebih lanjut, pi la tanya Tan Sri Dato' Seri (Dr) Haji Harussani b. Haji Zakaria....

            Kehkehkehkehkehkeh.....


Yang menjadi persoalannya,

PM 1M kita yakni Kak Ros tersayang, 

Lepas ni nak exercise macam mana pulak???

            Kehkehkehkehkehkeh.....


" I want nobody nobody but you..." sambil menyanyikan ala-ala Wondergirls

Gelek bang gelek...yiiihaaa!!!

Macam mana nak buang lemak-lemak dekat badan tu nanti???

            Kehkehkehkehkehkeh.....

Cakap kat rakyat suruh amalkan hidup sihat, kurangkan pengambilan gula, kurangkan minyak....

          Kehkehkehkehkehkeh.....


Cett!!

Piiiiiiigidaahhhhhh!!

Ni semua sebab Barang Naik punya pasal!!!

         Kehkehkehkehkehkeh.....        

Tapi,

Takpa-takpa,

Kak Ros kita dah ada aktiviti sukan dia tersendiri ganti poco-poco,

            Kehkehkehkehkehkeh.....

Hidup "Green Technology!!!"

           Kehkehkehkehkehkeh.....

Yeargh!! cargas 1 Malaysia

Hell yeargh !! Gaya selepas membuat servis kencang dalam permainan bulu tangkis 




p/s : Ya Allah,kurniakanlah kami pemimpin-pemimpin dari kalangan yang beriman.Ampunilah dosa-dosa pemimpin-pemimpin kami dan kami sekalian. Berikanlah hidayahMu kepada pemimpin-pemimpin kami dan kami juga, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Hanya kepada engkau kami sembah dan kepada engkau jua kami memohon perlindungan.Amin...


.  

Monday, March 28, 2011

Pekena satay di Ramal Junction

          Sapa-sapa datang Kajang, kalau setakat pekena satay dekat Haji Samuri memang rugi dan tak up to date. Sempena kedatangan aku ke Bangi kali ni, geng-geng yang bermastautin dekat area-area sini sibuk dok rekemen  makan dekat Ramal Junction. Kami ikut ja, maklumlah, kalau datang Kajang ja, hanya tau Satay Kajang Haji Samuri, selain tu memang kami tak ambik port.

Suasana sekitar medan makan Ramal Junction

          Sebelum pekena satay Willy, kami cuba seberapa menu yang ada di situ. Orang memang ramai tak ingat. Aku tak tau apa pasal malam-malam minggu ni depa tak masak dekat rumah ja dengan family. 'Screen' besar dekat situ memang jadi penghangat suasana. Sambil lepak-lepak layan nasik lemak pedas tak ingat sama dengan tauhu goreng ala-ala pasembor, kami disajikan dengan perlawanan persahabatan antara Etoile FC dan Malaysia. Memang kena tepat pada masanya.

Ramal Junction dari jauh


              Nak makan satay punya pasal, nah, ambik kau. Mau berkematu jugak punggung tunggu satay yang tak muncul-muncul. Aku rasa dari minit 24 kitorang mula tengok game Etoile FC lawan Malaysia sampai la game habis, satay tak sampai-sampai lagi.Berkat kesabaran yang mendalam dan cukup jitu, satay akhirnya sampai ke meja kami. 140 cucuk kami order. Satay dia memang cukup power, besar dan lazat tak tau nak habaq.


Brader satay tengah khusyuk mengipas satay di Ramal Junction

          Lepas berada di situ untuk tempoh yang agak lama, aku dan yang lain semua mula  mencari haluan masing-masing. Ada yang nak pergi mengurut, ada yang nak pekena tidur dekat homestay, ada yang nak jumpa buah hati, dan ada yang nak pergi karok. Aku tak tau apa nak buat, tapi ada satu target. Nak pergi beli selipar. Selipar aku putus di tengah jalan petang tadi. Buat sementara waktu, aku ikat dengan tali rafia. Kreatif la konon.

          Bertindak sebagai 'tourist guide', Pak Abu membawa Matje dan aku ke downtown Jalan Reko. Boleh la usha-usha selipar dan apa-apa yang patut. Sambil tu bole lepak kejap layan game kelayakan Euro 2012.
            
Ye ke Islamic Town? Banyak 'pusat-pusat' Islam jugak aku tengok kat situ



.
       

Sesi bergasak dan bergomol

           Dah agak lama tak pekena benda-benda macam ni. Apa kejadahnya aku boleh terjebak dengan benda-benda ni semua?? Dua hari kena hentak, lenyek,'tackle', hempap, 'hand off' dan sebagainya , tapi rasa puas yang amat lepas pekena benda ni, kena pulak pekena bersama-sama dengan geng lama.

"I prefer rugby to soccer. I enjoy the violence in rugby, except when they start biting each other’s ears off " -Elizabeth Taylor (RIP March 2011)


           Dapat la jugak merasa 6 'game' dalam sesi bergasak kali ini. Dah dekat 3 tahun tak pekena benda ni, jangan expect nak fit macam dulu-dulu, tapi bisa tu masih ada lagi di situ, bak kata orang tua-tua. Lagipun dah nak berumahtangga tak lama lagi ni, malas la nak pulun sangat, kang tak pasal-pasal patah riuk sana sini pulak. (Cett, alasan la tu).

Gambar sekitar sesi bergasak di UK Malaysia, Bangi
                      
            Sekalung penghargaan kepada geng-geng bergasak lama dari ex-UMP Sharks, Toyol (pengurus), Cik Abe, Jimi, Muneq, Pak Abu (ex Sharks, tapi main untuk Kajang RC sebab terlalu power), Aizam, Mock, Baxter, Veron, Raja, Ramo, Matje, Mekor,Bad, Shah, Ayie dan tak lupa juga pada cik pentunang kerana telah sama-sama datang untuk memberi sokongan yang amat padu.


******

           Hari Isnin pagi tadi memang super power dia punya 'Monday blues'.Dengan tengkuk rasa macam tak boleh nak pusing campur dengan lutut bengkak dan badan sengal-sengal ubi memang mencabar kewibawaan aku untuk bangun pagi dan mandi dengan jayanya.


.

Wednesday, March 23, 2011

Kembara ke negeri 'Jupe mung di Nung' II

           Dekat Banding aku ingat nak tangkap gambar Pulau Banding tu, tapi still gelap gelemat lagi. Besar jugak empangan Tasik Temenggor ni, lebih kurang 152km persegi. Pergh, kalau lah aku billionair, dah lama aku buat tempat main jetski dekat sini. Jalan ke Hutan Belum pun gelap gelemat. Aku fokus dan tangan serta pandangan aku hanya komited terhadap pemanduan aku. Kena jaga -jaga dekat sini.

          Sampai dekat Jeli lebih kurang pukul 7.15 pagi. Mata aku agak rabak jugak. Yang lain dekat belakang pun dah lebih kurang jugak aku tengok. Aku menguntumkan sebutir senyuman tanda masih seronok memandu dan maintain chill. Perjalanan masih lama lagi ni mengikut kata Sida RnH. Hujan yang boleh dikatakan separa lebat Sedar tak sedar, dah sampai Tanah Merah dalam  pukul 8.00 pagi. Kat sini cik Pentunang mempunyai masalah yang tak dapat dibendung lagi.Terdapat panggilan alam semula jadi katanya. Cari punya cari, macam takda tempat yang sesuai untuk berhenti. Keadaan semakin parah selari dengan kerutan yang terpancar di muka cik pentunang.Ikutkan hati dan rasa belas ihsan, nak ja aku berhenti tepi-tepi jalan tu untuk cik pentunang lepaskan apa yang terpendam, tapi tak kena dengan budaya dan tatasusila kita.Tapi apa ada hal? Kalau aku, kes-kes perut meragam ni macam benda hidup mati beb dan harus ada rasa saspens yang tinggi. Kena pantas dan tangkas bertindak.Meremang bulu roma beb kalau pendam lama-lama. Wak luuu.

        Akhirnya, kami nampak sebuah kedai makan ni. Elok juga ni. Target utama nak tumpang tandas, tapi sambil menyelam sambil telan air. Aku punya 'tangki air' pun macam dah nak meletup, memang kena 'release' air dulu jugak. Lepas tu baru boleh pekena teh tarik. Naim dengan familinya dah entah ke mana. Kami suruh depa gerak dulu. Minum pagi tu semua ditaja oleh Sime Darby punya kakitangan, Encik Jedi RnH.

Air Tuak di Tanah Merah. Pagi-pagi kejadah apa nak minum air Nira?

            Kami tak boleh lepak-lepak dan minum lama. Sepantas kilat kami meneguk air panas senafas lebih, dan terus blah dari situ lepas bayar. Kenangan dan juga benda kumuhan juga kami tinggalkan di situ.

           Lokasi seterusnya Machang. Teringat kami kepada Azlinda Supian AHB hatta melepasi perkarangan tembok depan UiTM Machang. Ralit punya ralit, akhirnya kami semua dah lalu Jerteh, Setiu, Bandar Permaisuri, dan akhirnya, alhamdulillah, selamat sampai di Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi. Lega, tapi 'tangki' aku penuh balik sebab sejuk tak ingat dan hujan. Kena cari lagi ni port nak membuang.

Siang depan Giant KT

Malam depan Giant KT







Tuesday, March 22, 2011

Are you smarter than a 5th grader?

          Malam sabtu lepas memang menguji tahap ke'power'an ilmu PAFA aku dulu-dulu. Bertubi-tubi soalan berkaitan agama dan ketuhanan diajukan kepada aku oleh Imam kariah masjid Al-Azim Pandan Indah. Nak tak nak kena jawab sebab nak dapatkan sain borang kahwin punya pasal. Dah la abah aku dengan Pak Leh aku ada sekali. Memang parah jugak.Dayyum.

Bukan aku yang pakai tudung tu. Tapi gambaran semasa kena 'interview' dengan imam merangkap ustaz
      
          Soalan rukun iman berjaya aku 'settle' dengan jayanya.Sampai soalan kedua dan yang terakhir, imam tanya aku soalan memang cukup menguji minda. Aku kena tanya pasal 20 sifat Allah sekali dengan maksud dia. Memang cukup power kalau dapat ingat makna sekali. Aku kalau dia tanya soalan suruh 'list'kan 70 player Manchester dan BPL 'sure' aku boleh 'settle' sekelip mata.

Imam : Ha, Encik ni nak kahwin kan? sebelum tu, tau tak 20 sifat Allah?
Aku   : owh, tahu-tahu. Ada nasyid pasal tu. (sambil ketawa sinis)
Imam : Kalau ikutkan tahu, budak darjah 4,5 pun tahu. Maksud camna? Bagitau  sikit.
Aku   : (Diam sebentar, sambil pandang abah dengan Pak Leh). Erk, sikit-sikit tau la.
Imam : Wah ,ini serius ni, camna mau kahwin ni?? Wakluuuu

         Ok-ok. Imam cakap wakluu tu aku gebang je. Saja buat-buat saspens. Post interview tu akhirnya membuahkan hasil dan aku dapat jugak 'signature'dan cop imam tu dalam borang. Imam tu bukan lepas 'free-free' ja, siap suruh aku usha balik  sifat 20 nanti.

        Aku senyum ja, sambil dalam hati dah malu kaw-kaw. Pak Leh dengan abah senyum ja. Nasib baik lepas tu bukak topik lain nak hilangkan memori cerita tadi.


******

20 Sifat Allah

1. Wujud (Ada)
2. Qidam (Sedia)
3. Baqa' (Kekal)
4. Mukhalafatu lilhawadith (Tidak menyerupai Allah dengan segala yang baharu)
5. Qiamuhu binafsihi ( Berdiri Allah s.w.t denngan sendiri)
6. Wahdaniah (Esa)
7. Qudrah (Kesan untuk mengadakan dan meniadakan sesuatu)
8. Iradah (Berkehendak)
9. Ilmu (Mengetahui)
10. Hayyun (Hidup)
11. Sama' (Mendengar)
12. Bashar (Melihat)
13. Qalam (Berkata-kata)
14. Kaunuhu qadiran (Keadaan Allah taala yang berkuasa mengadakan dan maniadakan)
15. Kaunuhu muridan (Keadaan Allah taala yang mengkehendaki dan menentukan sesuatu)
16. Kaunuhu Aliman (Keadaan Allah taala yang mengetahui segala sesuatu)
17. Kaunuhu hayyan (Keadaan Allah taala yang hidup)
18. Kaunuhu sami'an (Keadaan Allah taala yang mendengar)
19. Kaunuhu basiran (Keadaan Allah taala yang melihat)
20. Kaunuhu mutakalliman (Keadaan Allah taala yang berkata-kata)