Monday, March 28, 2011

Pekena satay di Ramal Junction

          Sapa-sapa datang Kajang, kalau setakat pekena satay dekat Haji Samuri memang rugi dan tak up to date. Sempena kedatangan aku ke Bangi kali ni, geng-geng yang bermastautin dekat area-area sini sibuk dok rekemen  makan dekat Ramal Junction. Kami ikut ja, maklumlah, kalau datang Kajang ja, hanya tau Satay Kajang Haji Samuri, selain tu memang kami tak ambik port.

Suasana sekitar medan makan Ramal Junction

          Sebelum pekena satay Willy, kami cuba seberapa menu yang ada di situ. Orang memang ramai tak ingat. Aku tak tau apa pasal malam-malam minggu ni depa tak masak dekat rumah ja dengan family. 'Screen' besar dekat situ memang jadi penghangat suasana. Sambil lepak-lepak layan nasik lemak pedas tak ingat sama dengan tauhu goreng ala-ala pasembor, kami disajikan dengan perlawanan persahabatan antara Etoile FC dan Malaysia. Memang kena tepat pada masanya.

Ramal Junction dari jauh


              Nak makan satay punya pasal, nah, ambik kau. Mau berkematu jugak punggung tunggu satay yang tak muncul-muncul. Aku rasa dari minit 24 kitorang mula tengok game Etoile FC lawan Malaysia sampai la game habis, satay tak sampai-sampai lagi.Berkat kesabaran yang mendalam dan cukup jitu, satay akhirnya sampai ke meja kami. 140 cucuk kami order. Satay dia memang cukup power, besar dan lazat tak tau nak habaq.


Brader satay tengah khusyuk mengipas satay di Ramal Junction

          Lepas berada di situ untuk tempoh yang agak lama, aku dan yang lain semua mula  mencari haluan masing-masing. Ada yang nak pergi mengurut, ada yang nak pekena tidur dekat homestay, ada yang nak jumpa buah hati, dan ada yang nak pergi karok. Aku tak tau apa nak buat, tapi ada satu target. Nak pergi beli selipar. Selipar aku putus di tengah jalan petang tadi. Buat sementara waktu, aku ikat dengan tali rafia. Kreatif la konon.

          Bertindak sebagai 'tourist guide', Pak Abu membawa Matje dan aku ke downtown Jalan Reko. Boleh la usha-usha selipar dan apa-apa yang patut. Sambil tu bole lepak kejap layan game kelayakan Euro 2012.
            
Ye ke Islamic Town? Banyak 'pusat-pusat' Islam jugak aku tengok kat situ



.
       

No comments:

Post a Comment