Tuesday, March 22, 2011

Are you smarter than a 5th grader?

          Malam sabtu lepas memang menguji tahap ke'power'an ilmu PAFA aku dulu-dulu. Bertubi-tubi soalan berkaitan agama dan ketuhanan diajukan kepada aku oleh Imam kariah masjid Al-Azim Pandan Indah. Nak tak nak kena jawab sebab nak dapatkan sain borang kahwin punya pasal. Dah la abah aku dengan Pak Leh aku ada sekali. Memang parah jugak.Dayyum.

Bukan aku yang pakai tudung tu. Tapi gambaran semasa kena 'interview' dengan imam merangkap ustaz
      
          Soalan rukun iman berjaya aku 'settle' dengan jayanya.Sampai soalan kedua dan yang terakhir, imam tanya aku soalan memang cukup menguji minda. Aku kena tanya pasal 20 sifat Allah sekali dengan maksud dia. Memang cukup power kalau dapat ingat makna sekali. Aku kalau dia tanya soalan suruh 'list'kan 70 player Manchester dan BPL 'sure' aku boleh 'settle' sekelip mata.

Imam : Ha, Encik ni nak kahwin kan? sebelum tu, tau tak 20 sifat Allah?
Aku   : owh, tahu-tahu. Ada nasyid pasal tu. (sambil ketawa sinis)
Imam : Kalau ikutkan tahu, budak darjah 4,5 pun tahu. Maksud camna? Bagitau  sikit.
Aku   : (Diam sebentar, sambil pandang abah dengan Pak Leh). Erk, sikit-sikit tau la.
Imam : Wah ,ini serius ni, camna mau kahwin ni?? Wakluuuu

         Ok-ok. Imam cakap wakluu tu aku gebang je. Saja buat-buat saspens. Post interview tu akhirnya membuahkan hasil dan aku dapat jugak 'signature'dan cop imam tu dalam borang. Imam tu bukan lepas 'free-free' ja, siap suruh aku usha balik  sifat 20 nanti.

        Aku senyum ja, sambil dalam hati dah malu kaw-kaw. Pak Leh dengan abah senyum ja. Nasib baik lepas tu bukak topik lain nak hilangkan memori cerita tadi.


******

20 Sifat Allah

1. Wujud (Ada)
2. Qidam (Sedia)
3. Baqa' (Kekal)
4. Mukhalafatu lilhawadith (Tidak menyerupai Allah dengan segala yang baharu)
5. Qiamuhu binafsihi ( Berdiri Allah s.w.t denngan sendiri)
6. Wahdaniah (Esa)
7. Qudrah (Kesan untuk mengadakan dan meniadakan sesuatu)
8. Iradah (Berkehendak)
9. Ilmu (Mengetahui)
10. Hayyun (Hidup)
11. Sama' (Mendengar)
12. Bashar (Melihat)
13. Qalam (Berkata-kata)
14. Kaunuhu qadiran (Keadaan Allah taala yang berkuasa mengadakan dan maniadakan)
15. Kaunuhu muridan (Keadaan Allah taala yang mengkehendaki dan menentukan sesuatu)
16. Kaunuhu Aliman (Keadaan Allah taala yang mengetahui segala sesuatu)
17. Kaunuhu hayyan (Keadaan Allah taala yang hidup)
18. Kaunuhu sami'an (Keadaan Allah taala yang mendengar)
19. Kaunuhu basiran (Keadaan Allah taala yang melihat)
20. Kaunuhu mutakalliman (Keadaan Allah taala yang berkata-kata)




3 comments:

  1. kompem nyanyi lagu raihan 2..wakluu..haha

    ReplyDelete
  2. HUhu,,siyes...wa
    terus rase cuak...



    lagi info bos..boleh? hehe.

    ReplyDelete
  3. mh.ali : lain-lain info hang boleh ambik dari buku PAFA..kehkehkeh

    ReplyDelete