Saturday, April 28, 2012

BERSIH Tiga perpuluhan sifar

           Bagi yang mahukan pilihanraya yag telus, bersih dan bebas daripada penyelewengan, maka wajarlah menyertai perhimpunan Duduk Bantah untuk edisi Bersih 3.0. Lokasi utamanya di Dataran Merdeka.


           Bagi yang tidak berkesempatan dan tidak berpeluang untuk turut sama ke Dataran Merdeka, maka wajarlah masa itu digunakan untuk Duduk Rumah sahaja. Jangan lupa tanggungjawab untuk mengundi sudahlah pada pilihanraya umum ke 13 nanti (bagi yang telah mendaftar dan layak mengundi).

Friday, April 27, 2012

80-90an punya cerita : Siri Bercakap Dengan Jin

           Cukup dengan melihat kulit muka novel Siri Bercakap dengan Jin masa aku kecik-kecik dulu;kira-kira darjah satu ke darjah 3 dulu berjaya mengecutkan anu aku yang pada masa itu belum lagi dijawikan.

          Tepat-tepat pada belah tengah kulit muka novel 'lejen' 80an ni ada nama tamu penulis dia yang cukup gah pada masa tu di Malaysia, Tamar Jalis.'Lejen' tak 'lejen' dia ni aku rasa kira-kira macam Enid Blyton, takpun Stephen Hawking.

          Walaubagaimanapun, sebagai saorang cucu lelaki terbesar masa tu (di kalangan saudara mara keluarga belah mak) aku tak malu sebab takut. Ramai lagi sedara-sedara aku yang kira-kira sebaya macam aku pun sama takut dengan novel ni. Justeru, depa pun tak boleh nak 'act' sangat dengan aku.

           Hasilnya, novel ni pun tak ada sapa pun yang ambil pot. Sebab dia sedara-sedara aku dan aku tak berani nak pegang dan baca buku ni. Nak pulak ada ura-ura yang cakap sapa-sapa yang baca novel ni tak boleh tidor malam sebab asyik buat terbayang. Dipercayai novel ni dibeli oleh bapak saudara aku;merangkap adik mak aku.

          Paling aku ingat,takut punya hal dengan novel ni (sebab ada satu kulit depan dia yang ada gambar kepala hantu kena pancung sampai lidah terjelir) sampai bila terpandang ja novel tu tercampak mana-mana, cepat -cepat kami bersaudara (yang berkumpul di rumah opah dekat kampung semasa raya ataupun musim cuti sekolah) akan simpan dan sorok dalam-dalam belah belakang rak almari buku dekat tingkat atas rumah opah.

           Hatta, dengan harapan agar berbuat demikian, novel tersebut tak dapat dicari lagi. Syukur ke hadrat Ilahi, taktikal menjadi. Buku tersimpan jauh dibarisan belakang susunan buku yang tak berapa sangat tersusun.

           Sekarang, rak almari buku campur majalah Gila-Gila dan reader's Digest lama tu pun dah tak ada dekat rumah opah.Aku jamin kalau ada lagi pun sapa pun takkan baca novel-novel tu semua dekat tingkat atas rumah Opah aku tu sambil duduk atas kerusi rotan lama yang boleh goyang-goyang tu. Tobat !

******

Nota kaki:

Tamar Jalis adalah nama samaran kepada novelis dan penulis Ahmad@Mohd Radzi bin Mahmud. Dilahirkan pada 13 September 1940 di kampung Batu 36, Jlan Setiawan, Perak dan kini Alhamdulillah masih sihat walafiat pada usia 71 tahun. Laman blog beliau boleh dilayari di http://tamarjalis.blogspot.com/
.

Tuesday, April 24, 2012

Stingarden

Muka hadapan 'blook' Stingarden


Karya :Sinaganaga (Lan Benhussain) [Sindiket Soljah, Studio Anai-Anai], 2009

Ulasan : Pengalaman hidup di perumahan setinggan di Kg. Pandan,Ampang (kini telah menjadi tapak TESCO Ampang) sekitar tahun 1985-1992 membuatkan pembacaan buku 'Stingarden' sesuatu yang epik dan mengimbau kenangan lampau.

Pak cik Malik : ingat lagi lalu kot lorong rumah boyan tu...

Aku : setinggan..perumahan haram yang kena berkongsi sumber air dengan jiran-jiran yang lain..teringat lagi jiran opah KL bela angsa belakang rumah...kami selalu kena ligan dengan angsa-angsa tu...Owh, pakcik pernah duduk Kg Pandan masa baru lepas grad UM dan kerja sambilan jual plastik kan? kahkahkah

Sunday, April 22, 2012

Hidup senang....cara Khurafat (dan keparat)


          Kertas iklan bersaiz A4 ini aku dapati ada dalam peti surat rumah setelah pulang dari bekerja. Sebaik menatap surat ini, aku ketawa kecil. Kepala pula menggeleng-geleng sehingga berapa kali pun aku tak ingat.

          Tolonglah jangan percaya benda-benda ni semua. Bagi orang Islam,doa-doalah agar terlindung daripada terjebak daripada benda-benda judi, syirik dan tak bermanfaat ni.
.      

Friday, April 20, 2012

Ikan Haruan

            Sehingga catatan ini ditulis; yakni setelah 25 hari melahirkan Nur Adelia, Sorfina telah menjamah 12 ekor ikan Haruan. Selain ikan Haruan, ikan-ikan lain yang telah dijamah sepanjang tempoh berpantang ini adalah ikan Jenahak, ikan Tenggiri dan ikan Siakap.

           Hanya pada minggu sudah, aku baru belikan daging untuk dimasak buat Sorfina setelah hanya menjamah ikan-ikan tersebut pada setiap hari. Lega aku sebab dia pun tak banyak cekadaknya. Makan sahaja seadanya.

Kepala ikan Haruan yang baru sahaja aku ceraikan dari badannya. Licin juga nak pegang.

             Halia, bawan putih, bawang merah, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga ,bunga lawang serta lada hitam adalah bahan yang telah menjadi rencah untuk membuat sup ikan Haruan buat santapan Sorfina. Peluang yang ada membolehkan aku mencuba makan sup ikan Haruan tersebut. Sedap, beb!

            Nak dijadikan cerita, sebelum ini, Sorfina memang 'geli' untuk memakan ikan-ikan seperti Keli dan Haruan. Memang langsung tak makan ikan Keli. Alhamdulillah, sekarang suka pula dia dengan ikan Haruan. Nak cepat 'recover' kena la berani makan, ye dok?

            Aku nak pi sambung basuh ikan Haruan kejap. Sat lagi nak bungkus untuk diletak dalam peti ais.

3 ekor. 2 kilogram. RM26. Pasar malam Kulim, Jalan Kilang Lama.
.        

Thursday, April 19, 2012

Cerekaramaonx : Zamany Salam (1)

 Makan seorang diri

                Tersebutlah dalam suatu kisah, di sebuah negeri entah berentah, tinggallah seorang pemuda bernama Zamany Salam. Tidaklah pula diketahui akan susur galur keturunan Zamany Salam ini kerana tiadalah pula siapa-siapa mencatatkan butir-butir peribadinya yang luhur itu.

            Saban waktu ketika Zamany Salam dihujani bebanan kerja yang tidak putus-putus, maka jawabnya tidaklah tidak akan dia dapat bersama teman-teman seangkatan untuk menikmati makan tengah hari bersama, samada di kantin tempat bekerja ataupun di luar.

             Hatta, Zamany Salam akan menikmati makan tengah harinya lewat sedikit dan besar kemungkinan hanya akan berseorangan untuk menjamah hidangannya itu. Justeru, Zamany Salam akan memilih tempat duduk yang memang betul-betul dikhaskan untuk seorang. Paling tidakpun, akan memilih tempat duduk yang hanya boleh dihuni seramai 2 orang. Tidak lebih dari itu. 

            Begitulah demikiannya adab Zamany Salam itu tentang pemilihan tempat duduk sekiranya terpaksa makan seorang diri. Tak mahu membazir ruang, katanya.

            Arakian, ditakdirkan pada suatu hari, Zamany Salam terpaksa makan seorang diri pada suatu hari bekerja itu akibat banyak kerja yang tertunggak. Makanlah seorang diri Zamany Salam seadanya. Dipilihlah dia tempat duduk yang benar-benar dikhaskan untuk seorang sahaja, yakni di kawasan ruang tepi kantin.

          " Hai, makan sorang ja ka?", tegur seorang kenalan rapat Zamani Salam, semasa dia sedang berada di pertengahan masa menikmati makanannya itu.

          Dengan tenang dan penuh tawaduk Zamany Salam menjawab, " Tengah makan dengan makwe ni. Tak mau kenal-kenal ke?".

          Suasana kembali tenang dan kedengaran burung-burung berkicau riang. Zamany Salam kemudiannya menyambung suapan nasi ke dalam mulutnya sambil menjentik satu dua butir nasi yang berada diatas meja ke arah meja yang berdekatan.

Monday, April 16, 2012

Cukur BERSIH 3.0

Hasil: Nur Adelia yang sudah 'licin'

             Berbekalkan 4 batang pencukur berjenama Schick biasa yang berharga RM1.50 setiap satu, akhirnya aku berjaya 'melicinkan' kepala Nur Adelia dari sebarang rambut-rambut dikepalanya itu. Makin lama ditunggu, makin lebat dibuatnya,justeru, pada usianya yang ke 19 hari itu, aku penuh nekad mencukuri kepala Nur Adelia.Mak mertua turut terlibat.

          Jikalau menurut sunnah Rasulullah S.A.W, pada hari ketujuh lagi sudah patut dicukurnya kepala bayi baru lahir itu.

           Peluh berciciran dan ketiak juga sudah hampir mejadi 'kolam'. Tempoh 1 jam 15 minit diharungi dengan jayanya walaupun hasilnya tak cantik macam Mak Bidan yang buat. Syukur.
.