Mak ngan ayah aku tak ambik port sangat naik bas mini ni, tapi aku selalu naik bas mini ni kalau dah takda opsyen lain, macam teksi takdak atau duit tambang dah tak cukup. Selalu, aku dengan Farhani (sebab adik beradik tertua) akan jadi peneman Mak Njang aku naik bas mini kalau nak pegi Kolumpo time hujung minggu. Macam biasa, mesti la nak pegi tengok wayang dekat Odeon (area-area Campbell dengan Pertama Complex tak silap aku) atau pusing-pusing area CM. Masa tu BB dengan Lot 10 baru bukak. KLCC, Pavillion,dan sekutu dengannya mana ada lagi. Baru pecah tanah rasanya.
Naik bas mini memang mencabar. Macam naik kereta rally. Kapasiti bas sepatutnya ~40 orang, tapi rileks je bas mini boleh sumbat lebih kurang 60 orang manusia pada waktu-waktu perdana. Naharrom punya drebar. Aku rasa depa kalau masuk rally mesti Sebastien Loeb sama dengan Colin Mc Rae tak boleh cari makan punya. Gerenti.
Dengar cerita, bas ni Malaysia bagi dekat Sri Lanka lepas perkhidmatan ditamatkan tahun 1995. Hahaha. Memang wajar bagi sebuah bas berwarna pink ni untuk berhijrah ke sana. Lebih nampak jambu dan lebih metroseksual barangkali.
Pengangkutan awam paling hebat di Kuala Lumpur pernah ada dalam sejarah.
.
No comments:
Post a Comment