Sunday, February 13, 2011

Hanya ada satu pasukan di Manchester

        
         Selepas kemenangan Yob ke atas pasukan Jang tempoh hari di Ipoh (2-0), aku mula menginjak semula ke kancah liga perdana Inggeris.Hari ni kunjungan aku ke Old Trafford ditemani seorang selebriti rock tanah air, Ali TerraRossa. Bukan senang nak dapat ajak dia ni. Maklum la, jadual konsert dan persembahan fun fair memang penuh. Tapi disebabkan harini ada game derby Manchester, konsert tak konsert, rock tolak tepi sekejap.


         Macam biasa, Stretford End jadi tempat duduk kami. Cuaca agak sejuk sikit kat sini. Hujan renyai-renyai. Cancel plan aku nak beli air Pepsi sejuk dari KFC kat bawah tu. Ali TerraRossa cakap habis game baru lepak makan dan minum. Harus konsenteret pada game ni dulu, katanya dengan riak wajah yang serius. Aku akur sahaja, tanpa banyak soal.


Imbau kembali aksi terlarang semasa tahun lepas punya derby. Memang tepat pada Valentine kali ini. Adik-adik diingatkan untuk tidak cuba meniru aksi diatas semasa bermain bola.



         Pak Alex menggunakan formasi 4-5-1 untuk permulaan game ni. Hanya Rooney Hensem di depan. Berbatov direhatkan kali ni. Mungkin strategi counter attack akan diguna pakai. ManShitty dibarisi tonggak serangan dikepalai bekas pemain United sendiri yang berpaling tadah, Carlito Tevez. Tak pa kau, jangan harap nak gol.


         Dua-dua pasukan berbalas serangan, akhirnya United berjaya memperolehi gol sumbangan Nani pada minit 41. Assist daripada Rooney Hensem. Anak rusa Nani turut bergembira sambil melompat-lompat sambil membuat 'back flip'. Half -time, United 1 - ManShitty 0.

******

       Perlawanan separuh masa kedua dimulakan dengan tempo yang laju. United nak mencari gol kedua manakala Shitty nak mencari gol penyamaan. Nampak perbezaan darjat dan misi disitu. United agak goyah,dan akhirnya, bala muncul jua. United bocor. Gol pulak memang dajjal lagi naharrom. David Silva sumbat gol guna belakang badan.

       " Baru minit 65.Tak pa kau, satgi Rooney hensem mengamuk. Jaga korang", getus aku sendirian.

******

        Macam biasa, bounce back dari setiap kekalahan tu dah jadi culture pada pasukan United. "Republik of Mancunia - Red Army ", bak tulisan salah satu banner yang terpampang di Stretford End. Gol Rooney Hensem minit ke 78 memang tahap gaban dia punya lawa. "Stunner" bak kata omputih. Gol ala-ala gaya Marco Van Basten. Fans-fans kem Arsenal, Chelsea, dan Liverpool mungkin akan mengatakan bahawa gol Rooney Hensem ini hanyalah suratan atau kebetulan. Mereka barangkali cemburu dengan Rooney, yang juga pernah membintangi filem 'Shrek'.

            
       Jutawan Arab sedih pasukannya kalah. Dah bagi suntikan kewangan berjuta-juta pun tak boleh menang. Benarlah bak kata sorang pak cik tua yang kebetulan aku jumpa dekat parking kereta sekitar Altrincham tadi, "Hanya ada satu pasukan di Manchester, yakni United". Apa ada hal??


''Pak Alex, nampak hodoh la engkau ni tua ganyut duk terlompat-lompat. Ingat kubur tu sikit", tegur Mancini tidak puas hati.


Selamat datang ke Manchester. Aku dengan Ali Terrarossa kena lindung belakang banner tu. Cilakak betul.


Kemarau kejuaraan lagi nampaknya bagi pasukan Shitty milik jutawan Arab


Rooney Hensem. Penjaring gol kemenangan derby dan juga pelakon Shrek keluaran Dreamworks Animation.


    



Photo credit: 
http://www.sportydesktops.com/Wayne-Rooney-Manchester-United-Celtic-Champio/34819/
http://www.manutd.com/
http: www.soccernet.com/





No comments:

Post a Comment