Thursday, August 2, 2012

Merdeka 55 yang meriah -episod 2

           Sambutan kemerdekaan tinggal beberapa minggu sahaja lagi, namun getarannya sudah dirasai. Lebih-lebih lagi dengan aneka persembahan serta pertunjukan yang cukup menarik yang telah dirancang dan telah dipentaskan oleh menteri kesayangan aku, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Aku sayang dia sebab dia ni hebat dan dah lama makan garam. Hangpa toksah nak kutuk-kutuk dia ok? Kang naya ja aku bagi makan penampaq. Batal puasa nanti.

              Tapi sebenarnya dia ni menteri nombor 2 yang aku sayang. Nombor satu ialah Rosmah. Maaf. Terkhilaf. Aku lupa yang PERMATA tu bukan jabatan kementerian. Ianya ialah pertubuhan yang menjalankan program kerajaan. Justeru, nombor satu yang aku sayang ialah Najib Razak. Asbabnya? Cukup mudah. Kerana dia pelopor dan orang yang mempopularkan perkataan satu. Contohnya, 1Malaysia. Semua orang di Malaysia hatta di seluruh dunia tau.                   
              Astaghfirullahaladzim. Apa aku dah melalut dan mengarut ni.Tak pasal-pasal sia-sia puasa aku. Aku menulis ni pun bukan sebab apa, sebab Sammy Vellu bekas menteri JKR tulis dalam Twitter dia. Berani dia mempermain-mainkan perasaan menteri kesayangan nombor 2 aku Rais Yatim. Lihat sahajalah kenyataan dibawah. Seolah-olah mempersendakan slogan kemerdekaan Malaysia ke 55, Janji Ditepati. Apa punya turr!
      
Sumber gambar : Ihsan Twitter @Fahmi Ismail

No comments:

Post a Comment