Thursday, August 23, 2012

Berwaspada di jalan raya (dan di mana jua)

            Berat sungguh dugaan serta ujian yang menimpa pada kedua-dua pasangan suami isteri yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di jalanraya Felda Nitar, Mersing, Johor beberapa minggu yang lalu. Berita ini mengingatkan aku untuk mengimbau kejadian kemalangan yang melibatkan kereta berjenama Myvi suatu ketika dahulu.
Kejadian kemalangan Myvi me'lompat'...atau 'terbang'?

            Semoga pasangan suami isteri tersebut sihat hendaknya serta redha dengan ujian ini. Allah masih menyayangi anda kerana masih lagi selamat dalam kemalangan tersebut, serta masih lagi berupaya meneruskan kehidupan. Lega dan syukur anak-anak serta kaum keluarga apabila menerima perkhabaran selamat tersebut, memandangkan kemalangan yang tejadi amat serius,sehingga menyebabkan kereta terbabas lalu 'terbang'.

Gambar sekitar kejadian kemalangan di Felda Nitar, Mersing

           Kita yang hanya berupaya menjadi penonton kepada berita ini diharapkan agar dapat mendoakan agar Allah S.W.T memberi kemudahan kepada pasangan suami isteri yang terlibat dalam kemalangan tersebut dalam menempuhi kehidupan seharian pasca kejadian kemalangan itu.Semoga dapat memberi peringatan kepada kita semua agar menjadi lebih berhati-hati dan berwaspada ketika di jalanraya.

          Menurut mangsa, kemalangan berlaku akibat kereta hilang kawalan lantas berpusing-pusing sehingga terbabas ke atas. Power jugak kereta ni bila dipikirkan, memandangkan kereta hanya mampu 'terbang' sekiranya mempunyai halaju yang tinggi menggunakan 'ramp'. Rumus fizik dalam bab Kinematik dulu yang aku gunapakai dahulu memberitahu bahwa 'halaju = jarak dibahagikan dengan masa', manakala 'pecutan = perubahan halaju dibahagikan dengan perubahan masa'.

Anda dinasihatkan untuk membuat aksi kereta 'terbang' ini dengan nasihat serta bantuan pakar professional

             Mungkin juga faktor 'suspension' kereta turut menyumbang untuk kejadian kemalangan tersebut? Atau kawasan di sekitar jalanraya Felda Nitar itu merupakan kawasan angin lintang? Allahualam. Mengikut pendapat aku yang bukan saorang pakar kereta hatta pakar ilmu fizik ini, 'suspension' kereta yang terlampau power boleh menyebabkan kereta 'terbang'. Namun, itu sekadar pendapat dari pemikiran di luar kotak aku. Pedulikan sahaja dan tak perlu diambil pot.

 'suspension' kereta

             Semoga kita semua lebih berhati-hati dijalan raya, termasuklah di lebuh raya, jalan lama, jalan kampung, jalan persekutuan, jalan bandaran dan setiap penjuru jalanan yang kita lalui;lebih-lebih lagi di sepanjang cuti hari Raya Aidilfitri yang kunjung tiba ini. Ingatlah insan yang tersayang. Hentikan provokasi, caci maki,kejian, carutan terhadap pemandu atau pengguna jalanraya lain semasa menggunakan kenderaan, tingkatkan tahap kesabaran (dua perkara ini khususnya kepada aku), bawa kenderaan secara berhemah, serta amalkan gaya pemanduan yang bijak dan selamat.
       
            Buat muslimin dan muslimat, aku menyeru agar semasa memandu atau menggunakan kenderaan untuk membaca doa naik kenderaan terlebih dahulu serta banyakkan selawat kepada Rasulullah S.A.W. Pasanglah CD atau kaset-kaset selawat serta bacaan Al-Quran sepanjang perjalanan menuju destinasi. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi perlindungan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment