Hari Raya Aidilfitri tahun 2012 ni banyak memberi makna dan kesan kepada aku. Pertamanya, tahun ni Ramadhan aku banyak diisi dengan amal ibadah. Cheeewahhh. Poyo dak? Nak kata tahap alim ulamak tu tak adalah, tapi Alhamdulillah, sejak dah jadi bapak orang ni aku rasa aku dah jadi baik sikit. Aku rasa la. Orang lain punya rasa tu terpulang lah.Yang pentingnya, penilaian oleh Allah S.W.T terhadap diri kita sendiri. Itu yang paling utama.
Yang keduanya, tahun ni punya raya aku dapat balik kampung belah aku dulu. Kahkahkah. Terima kasih sama aku punya mak mertua dan Sorfina sebab baik punya 'kowtim' dengan aku. Tapi itu tak power sangat, yang paling power sebab raya tahun ni aku dapat raya dengan intan payung aku, Nur Adelia. Syok habis rupanya ada anak ni. Amanah dari Allah yang tak ternilai harganya.
Hari raya pertama aku di Pandan Indah banyak diisi dengan ziarah. Tak mau lagi dah asyik menghadap tv tengok sarkis dan cerita raya artis. Paling syok dapat ziarah rumah jiran-jiran tetangga dan ke rumah qariah Surau Ubudiah, bersama-sama dengan abah aku dan dua adik lelaki aku selepa solat sunat Aidilfitri. Dalam banyak-banyak ahli rombongan ziarah tu, ada seorang lelaki berbangsa India baru memeluk Islam. Sebulan lebih sebelum Ramadhan hari tu dia masuk Islam. Alhamdulillah. Harap dia dan kita semua dapat kekal menjadi orang Islam sampai mati.
Usai ziarah ke rumah jiran-jiran, acara seterusnya ialah berkunjung ke kedai foto berhampiran perumahan mak dan abah aku. Kami semua nak bergambar untuk gambar keluarga. Masing-masing dah pakai baju sama warna, tunggu apa lagi. Mak aku nak sangat bergambar raya tahun ni sebab dapat cucu sulung lah katakan. Yang kesiannya Nur Adelia, orang lain semua duk pakai baju warna hijau, dia sorang pakai baju warna biru. Apa punya turr. Aku dengan Sorfina terlupa beli baju raya kat Adelia warna hijau. Apa-apapun, lepas ni boleh gantung gambar bersama keluarga dekat dinding rumah.
Berkunjung ke rumah jiran tetangga sudah, bergambar bersama keluarga pun sudah. Seterusnya, berkunjung ke rumah sanak saudara , rumah tok dan tok-tok saudara di sekitar Kolumpo. Yang powernya, perjalanan hari tu sungguh tenang dan 'steady'. Tiada lagi kesesakan seperti hari-hari biasa, terutamanya sepanjang lebuhraya MRR2 tu. Lega. Kan elok kalau hari-hari Kolumpo punya jalan macam ni. Mesti opah aku dekat kampung tumpang bangga sebab 'traffic jam' tiada lagi di Kolumpo. Sebabnya, dia selalu cakap tak suka duduk di Kolumpo sebab sesak.
Satu lagi benda yang aku banyak belajar pasal hari raya ni adalah kepelbagaian jenis kuih dan juadah. Banyak jugak kuih-muih raya yang aku baru tahu akan wujudiah mereka ni. Paling menangkap dalam kepala aku adalah satu kuih raya ni, nama dia 'Kuih Kapal Terbang'. Aku rasa dah pernah makan kuih ni dulu, tapi masa tu aku panggil kuih ni kuih rangup manis. Orang utara panggil kuih ni kuih kapal terbang, orang negeri lain aku tak tau la pulak depa panggil apa. Janji sedap dan ditepati.
Kuih kapal terbang. Tang mana dia dapat nama aku pun tak tau.
Berkenaan makan-makan semasa bulan raya Aidilfitri ni, aku harap aku dan hangpa semua dapat makan secara sihat dan terkawal. Ingatlah orang-orang yang tak bernasib baik diluar sana tu, contohnya di Syria, Palestin, Myanmar,Afrika dan di Malaysia sendiri khususnya. Makanlah sekadar yang perlu. Janganlah jadikan bulan selepas Ramadhan ini untuk membalas 'dendam' untuk makan selahap-lahapnya. Alangkah bagus sekali jika dapat menunaikan amalan puasa 6, sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.
Diharap, info yang aku kongsikan di bawah dapat dijadikan panduan dan moga bermanfaat untuk kita bersama. Hangpa boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan makanan serta juadah hari raya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/makan/Makan_Secara_Sihat_di_Hari_Raya.pdf.
P/s : Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidaklah seorang anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap sahaja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Jika terpaksa dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk bernafas” [Hadis riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad].
No comments:
Post a Comment