Monday, October 1, 2012

Golf Piala Ryder

         Sebagai seorang pencinta dan pentaksub sukan golf, aku memang betul-betul ambil pot dan ikuti secara tertib akan setiap perkara berkaitan sukan golf ni. Sebut saja nama-nama pemain golf;Vijay Singh, Tiger Woods, Ernie Els.....argh, dan berapa ramai lagi la yang malas aku nak sebut, semuanya dalam minda dan otak aku. Kalau tak cukup dalam otak aku, hangpa boleh cari lagi dalam Google.

         Baiklah. Biarlah aku berterus-terang sejujurnya. Kata-kata diatas tadi sebenarnya tidak ada kaitan langsung dalam hidup aku. Sebenarnya, aku bukanlah peminat sukan golf. Golf ini selalunya sukan yang banyak kena keluar duit. Banyak kena keluar duit bai. Bayangkan nak main golf ni ja hangpa kena ada padang seluas beberapa ekar. Siap kena ada tasik lagi. Gila apa. Golf, ataupun nama panjangnya Golongan Orang Lebih Fulus sesuai sekali diminati oleh golongan Datuk-Datuk, Tan Sri, Tun, Sultan, Datin-datin, YB-YB, JKKKK, Najib Razak, Rais Yatim dan bahasa mudahnya golongan kelas atasan. Kawan-kawan aku ada jugak yang main golf ni, tapi semuanya sebab gaji depa pun lebat. Nama pun kerja bisnesman.

         Antara pertandingan yang mahsyur dalam sukan golf selain master, PGA dan apajadah lagi ialah Piala Ryder. Pertandingan ni diadakan setiap dua tahun. Tahun ni merupakan edisi Piala Ryder yang ke 39, sejak pertama kali diadakan pada tahun 1927. Yang masuk pertandingan ni? tentunya bukan calang-calang. Pertandingan ni diadakan bagi merebut Piala Ryder dan disertai oleh pemain terbaik oleh kumpulan dari Eropah dan juga dari Amerika Syarikat.

          Dalam sibuk-sibuk di Malaysia tengah bentang bajet 2013, depa-depa ni pemain golf semua duk syok main golf. Tu yang aku cakap, depa ni semua dah masyuuukk. Duit dah lebat. Mana ambil pot sangat pasal bajet-bajet dan belanjawan ni semua.

          Tahun ni punya Piala Ryder telah dimenangi oleh kumpulan Eropah. Syabas aku ucapkan walaupun aku tak kenalpun hangpa semua. Lokasi pertandingan telah diadakan di Medinah Country Club,di Illinois. Itu sebenarnya yang menarik perhatian aku. Hebat jugak golongan Freemason ni.Sampai ke kelab golf pun depa ada.

     

No comments:

Post a Comment