Paling aku ingat cikgu aku pernah bagi tajuk 'Masyarakat majmuk di Malaysia'. Aku punyalah tak paham masa tu apadia yang dikatakan majmuk tu sampai kena buka Kamus Dewan edisi ke berapa pun aku dah lupa. Harus diingat masa tu wujudiyah Google belum ada, maka semuanya kena selak buku. Kalau tak tentunya pencarian makna majmuk lebih pantas dengan menggunakan Google dan terus ke laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. Maka selepas memahami perkataan majmuk barulah aku dapat meneruskan kerja menulis karangan aku. Waktu tu, pahaman majmuk aku hanya berteraskan skop yang amat kecil- Melayu, Cina, India, Mamak, Kadazan, Iban, Serani dan orang Asli.
Menginjak ke usia tua ini, pahaman aku tentang majmuk di Malaysia telah lebih luas dan boleh dikatakan lebih meriah. Sama-sama kita dan anak cucu kita untuk mengharungi kehidupan bermasyarakat majmuk pada masa-masa mendatang. Kahkahkahkahkah.
Malaysia kita sudah berjaya.... (lirik lagu patriotik)
No comments:
Post a Comment