Beberapa hari sebelum menjelang pagi hari Jumaat yang mulia ini, sisi terbaik aku merangkap isteri aku Sorfina mengkhabarkan bahawa beliau perlu bekerja di kilang kompeni di Pulau Pinang pulau mutiara kerana banyak sesi mesyuarat penting. Entah apa yang hendak dimesyuaratkan itu tidaklah aku ketahui pula kerana aku sendiri perlu ambil pot dengan kerja di kilang.
Tapi kadang-kadang tu aku ambil pot juga pasal kerja Sorfina kalau dia ada minta pendapat dan usul dari aku. Kadang-kadang beliau cerita pasal masalah kerja dia dekat aku. Paling busuk pun mesti aku akan bagi 'encouragement' la kalau tak dapat nak menolong pun. Cakap-cakap macam " Sayang mesti boleh buat punya InsyaAllah", "semoga Allah permudahkan" dan "minta doa dan bersabar ye yang" selalu aku cakap dekat Sorfina kalau dia ada masalah kerja. Setakat ni aku tak pernah lagilah nganga mulut ja jika dia cerita masalah kerja dan minta pendapat itu dan ini pasal kerja dia.
Berbalik kepada kerja beliau di pulau mutiara hari ini, justeru, dengan ini tugasan menjaga dan menghantar Nur Adelia ke pusat jagaan perlu dilakukan aku seorang diri. Terasa diri aku macam Rambo pulak sebab pergi berjuang dekat Vietnam sorang-sorang tanpa kawan-kawan askar lain. Sorfina seawal 6.45pagi lagi telah keluar rumah untuk sampai ke destinasi sebelum pukul 7.30 pagi. Aku yakin beliau akan sampai awal sebab beliau memang bawak kereta laju. Aku pun takut kalau beliau yang pandu kereta. Takut punya pasal setiap kali beliau pandu kereta aku akan banyak kali pegang tempat gayut kat atas tu (ala, yang kat pintu kereta tu). Aku pulak masa tu tengah sedap golek-golek lagi atas tilam,sebelah Adelia. Beliau pun tengah syok pekena tidor. Mimpi apa gamaknya entah sampai berubah 180 darjah dari posisi asal.
Jadi, lepas salam aku dan aku pun cium Sorfina sikit kat dahi dan pipi (kadang-kadang kat mulut, kahkahkah), Sorfina pun gerak meninggalkan kami berdua yang masih bergelimpangan. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi dan aku pun cepat -cepat terus cergas dan menuju bilik air. Rupanya aku belom solat Subuh. Astaghfirullah apa nak jadi.
Aku pun cepat-cepat mengangkat hadas kecil a.k.a ambik wuduk.Betul-betul masa aku nak angkat takbiratul ihram ja Adelia pulak menangis. Dia dah terbangun. Alamak. Aku memang lemah dengan nangis-nangis ni. Aku pun angkat la dia dan secara automatik dia pun ok tak nangis dah. Bila letak balik ,dia nangis balik. Adoi. Justeru, aku pun solat sambil dukung dia.
Tu baru satu hal. Ni nak mandi pulak sebab aku belom mandi. Maka dengan sepantas kilat, aku pun layan Adelia kejap sampai dia tergelak dan kemudian cepat-cepat aku letak dia dekat tilam toto. Aku lari dan masuk bilik air untuk mandi dengan kadar yang segera. Sempat jugak aku pekena syampu dan gosok badan guna sabun. Dapat la mandi dalam 20 cebok air.
Adelia menangis lagi. Lapar susu gamaknya pagi-pagi ni lepas bangun tidor. Lepas siap-siap pakai baju apa yang patut, aku dukung dia semula dan ke dapur untuk perangatkan susu badan ibu dia yang sejuk dari dalam peti sejuk. Adelia kemudian minum dengan penuh khusyuknya.
Sesudah tu, perut aku pulak meragam. Alamak, macam mana ni? Nak letak, satgi Adelia menangis. Mau tak mau terpaksa aku guna strategi satu lagi, yakni alihkan perhatian Adelia dengan barangan mainan dan pelbagai hiburan lain. Aku acan dia cepat-cepat sampai dia tergelak lagi dan dengan kadar segera cepat-cepat aku berlari menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Aku sebenarnya lebih selesa jika dapat melepas hajat dalam keadaan yang santai, tapi apakan daya, harini dia punya cabaran lain sikit.
Akhirnya, selepas tukar lampin, buat sarapan dan kemas-kemas sikit sambil dukung Adelia, akhirnya aku bergerak menuju ke rumah kakak ipar aku. Harini kakak ipar aku offer nak jaga Adelia. Fuuuh. Tamatlah kisah pagi selama dua jam bersama Adelia tanpa ibunya di rumah.
bro, perjuangan belum selesai...
ReplyDeleteSM, itu baru ja ciput. Sama-sama kita hargai pengorbanan ibu dan ayah.
ReplyDelete