Tuesday, October 30, 2012

Sandy

Gambar satelit ribut tropika Sandy dari Google

           Kalau beberapa minggu lepas rakyat Amerika dan dunia khususnya akan ambil pot pasal debat Romney -Obama berkaitan pendekatan ekonomi,rancangan pentadbiran serta hala tuju Amerika Syarikat pada masa mendatang menjelang pilihanraya pemilihan presiden depa 6 November 2012 nanti, mungkin sekarang topik bual bicara depa sudah berubah. Aku pikir jika aku rakyat Amerika, mungkin aku akan rehat sekejap dengan sembang-sembang politik tanah air Amerika dan fokus kepada bencana alam yang diberi nama ribut tropika Sandy. Kalau sekarang ni aku berada di tempat Obama, mungkin lebih baik tangguh dulu pilihanraya dan 'settel'kan dulu masalah bencana yang baru berkunjung tiba ni. Masalah ketiadaan elektrik, sistem pengangkutan awam yang tergendala,perkhidmatan awam seperti sekolah, hospital, balai polis,bomba dan lain-lain serta bantuan kepada mangsa ribut dan persediaan menghadapi apa bala lagi masalah yang mendatang perlulah menjadi ajenda nombor wahid sekarang.

           Sebenarnya bencana alam Sandy ini bukan sahaja menyerang bahagian timur Amerika seperti kawasan Florida, North Carolina,Virginia, New York, Connecticut, Pennsylvania, Washington, Massachusetts dan lain-lain, tapi juga menyerang negara-negara kepulauan lain sekitar Amerika yang jarang kita ambil pot seperti Jamaica, Cuba, Haiti dan Republik Dominica. Menurut laporan setakat ini, jumlah angka mangsa korban ialah 78 orang dan 11 darinya ialah dari Amerika. Takziah kepada kepada keluarga mangsa aku ucapkan.

         Apa-apapun, aku bersyukur kerana Allah S.W.T tak datangkan angin ribut yang hebat ni dekat rantau Asia Tenggara. Insaf lah jugak tengok gambaq-gambaq dari Google. Sehebat-hebat Amerika bila Allah bagi depa ribut sikit ja kelam-kabut jugak jadinya. Semoga semuanya menjadi peringatan kepada kita bahawa bila Allah datangkan sesuatu bencana, memang tak akan ada satu kuasa pun yang dapat menghalangnya.Khalas.


P/s :  "Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".
[Yunus 10:22]       

2 comments:

  1. Masa ribut tu membadai, agaknya entah apa nasib golongan yang tak berumah. Sedangkan orang yang berumah pun belum tentu selamat di bawah teduhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SM: tu lah kasihan jugak aku dengan Amerika ni.Bukan semua warga depa yang kaya -raya dan jahat-jahat macam Bush...

      Delete