Monday, August 27, 2012

Makan-makan di hari Raya Aidilfitri

            Hari Raya Aidilfitri tahun 2012 ni banyak memberi makna dan kesan kepada aku. Pertamanya, tahun ni Ramadhan aku banyak diisi dengan amal ibadah. Cheeewahhh. Poyo dak? Nak kata tahap alim ulamak tu tak adalah, tapi Alhamdulillah, sejak dah jadi bapak orang ni aku rasa aku dah jadi baik sikit. Aku rasa la. Orang lain punya rasa tu terpulang lah.Yang pentingnya, penilaian oleh Allah S.W.T terhadap diri kita sendiri. Itu yang paling utama.

            Yang keduanya, tahun ni punya raya aku dapat balik kampung belah aku dulu. Kahkahkah. Terima kasih sama aku punya mak mertua dan Sorfina sebab baik punya 'kowtim' dengan aku. Tapi itu tak power sangat, yang paling power sebab raya tahun ni aku dapat raya dengan intan payung aku, Nur Adelia. Syok habis rupanya ada anak ni. Amanah dari Allah yang tak ternilai harganya.

            Hari raya pertama aku di Pandan Indah banyak diisi dengan ziarah. Tak mau lagi dah asyik menghadap tv tengok sarkis dan cerita raya artis. Paling syok dapat ziarah rumah jiran-jiran tetangga dan ke rumah qariah Surau Ubudiah, bersama-sama dengan abah aku dan dua adik lelaki aku selepa solat sunat Aidilfitri. Dalam banyak-banyak ahli rombongan ziarah tu, ada seorang lelaki berbangsa India baru memeluk Islam. Sebulan lebih sebelum Ramadhan hari tu dia masuk Islam. Alhamdulillah. Harap dia dan kita semua dapat kekal menjadi orang Islam sampai mati. 

            Usai ziarah ke rumah jiran-jiran, acara seterusnya ialah berkunjung ke kedai foto berhampiran perumahan mak dan abah aku. Kami semua nak bergambar untuk gambar keluarga. Masing-masing dah pakai baju sama warna, tunggu apa lagi. Mak aku nak sangat bergambar raya tahun ni sebab dapat cucu sulung lah katakan. Yang kesiannya Nur Adelia, orang lain semua duk pakai baju warna hijau, dia sorang pakai baju warna biru. Apa punya turr. Aku dengan Sorfina terlupa beli baju raya kat Adelia warna hijau. Apa-apapun, lepas ni boleh gantung gambar bersama keluarga dekat dinding rumah.

          Berkunjung ke rumah jiran tetangga sudah, bergambar bersama keluarga pun sudah. Seterusnya, berkunjung ke rumah sanak saudara , rumah tok dan tok-tok saudara di sekitar Kolumpo. Yang powernya, perjalanan hari tu sungguh tenang dan 'steady'. Tiada lagi kesesakan seperti hari-hari biasa, terutamanya sepanjang lebuhraya MRR2 tu. Lega. Kan elok kalau hari-hari Kolumpo punya jalan macam ni. Mesti opah aku dekat kampung tumpang bangga sebab 'traffic jam' tiada lagi di Kolumpo. Sebabnya, dia selalu cakap tak suka duduk di Kolumpo sebab sesak.

             Satu lagi benda yang aku banyak belajar pasal hari raya ni adalah kepelbagaian jenis kuih dan juadah. Banyak jugak kuih-muih raya yang aku baru tahu akan wujudiah mereka ni. Paling menangkap dalam kepala aku adalah satu kuih raya ni, nama dia 'Kuih Kapal Terbang'. Aku rasa dah pernah makan kuih ni dulu, tapi masa tu aku panggil kuih ni kuih rangup manis. Orang utara panggil kuih ni kuih kapal terbang, orang negeri lain aku tak tau la pulak depa panggil apa. Janji sedap dan ditepati. 

Kuih kapal terbang. Tang mana dia dapat nama aku pun tak tau.

             Berkenaan makan-makan semasa bulan raya Aidilfitri ni, aku harap aku dan hangpa semua dapat makan secara sihat dan terkawal. Ingatlah orang-orang yang tak bernasib baik diluar sana tu, contohnya di Syria, Palestin, Myanmar,Afrika dan di Malaysia sendiri khususnya. Makanlah sekadar yang perlu. Janganlah jadikan bulan selepas Ramadhan ini untuk membalas 'dendam' untuk makan selahap-lahapnya. Alangkah bagus sekali jika dapat menunaikan amalan puasa 6, sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.

           Diharap, info yang aku kongsikan di bawah dapat dijadikan panduan dan moga bermanfaat untuk kita bersama. Hangpa boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan makanan serta juadah hari raya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/makan/Makan_Secara_Sihat_di_Hari_Raya.pdf. 



P/s : Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidaklah seorang anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap sahaja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Jika terpaksa dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk bernafas” [Hadis riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad].

Thursday, August 23, 2012

Berwaspada di jalan raya (dan di mana jua)

            Berat sungguh dugaan serta ujian yang menimpa pada kedua-dua pasangan suami isteri yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di jalanraya Felda Nitar, Mersing, Johor beberapa minggu yang lalu. Berita ini mengingatkan aku untuk mengimbau kejadian kemalangan yang melibatkan kereta berjenama Myvi suatu ketika dahulu.
Kejadian kemalangan Myvi me'lompat'...atau 'terbang'?

            Semoga pasangan suami isteri tersebut sihat hendaknya serta redha dengan ujian ini. Allah masih menyayangi anda kerana masih lagi selamat dalam kemalangan tersebut, serta masih lagi berupaya meneruskan kehidupan. Lega dan syukur anak-anak serta kaum keluarga apabila menerima perkhabaran selamat tersebut, memandangkan kemalangan yang tejadi amat serius,sehingga menyebabkan kereta terbabas lalu 'terbang'.

Gambar sekitar kejadian kemalangan di Felda Nitar, Mersing

           Kita yang hanya berupaya menjadi penonton kepada berita ini diharapkan agar dapat mendoakan agar Allah S.W.T memberi kemudahan kepada pasangan suami isteri yang terlibat dalam kemalangan tersebut dalam menempuhi kehidupan seharian pasca kejadian kemalangan itu.Semoga dapat memberi peringatan kepada kita semua agar menjadi lebih berhati-hati dan berwaspada ketika di jalanraya.

          Menurut mangsa, kemalangan berlaku akibat kereta hilang kawalan lantas berpusing-pusing sehingga terbabas ke atas. Power jugak kereta ni bila dipikirkan, memandangkan kereta hanya mampu 'terbang' sekiranya mempunyai halaju yang tinggi menggunakan 'ramp'. Rumus fizik dalam bab Kinematik dulu yang aku gunapakai dahulu memberitahu bahwa 'halaju = jarak dibahagikan dengan masa', manakala 'pecutan = perubahan halaju dibahagikan dengan perubahan masa'.

Anda dinasihatkan untuk membuat aksi kereta 'terbang' ini dengan nasihat serta bantuan pakar professional

             Mungkin juga faktor 'suspension' kereta turut menyumbang untuk kejadian kemalangan tersebut? Atau kawasan di sekitar jalanraya Felda Nitar itu merupakan kawasan angin lintang? Allahualam. Mengikut pendapat aku yang bukan saorang pakar kereta hatta pakar ilmu fizik ini, 'suspension' kereta yang terlampau power boleh menyebabkan kereta 'terbang'. Namun, itu sekadar pendapat dari pemikiran di luar kotak aku. Pedulikan sahaja dan tak perlu diambil pot.

 'suspension' kereta

             Semoga kita semua lebih berhati-hati dijalan raya, termasuklah di lebuh raya, jalan lama, jalan kampung, jalan persekutuan, jalan bandaran dan setiap penjuru jalanan yang kita lalui;lebih-lebih lagi di sepanjang cuti hari Raya Aidilfitri yang kunjung tiba ini. Ingatlah insan yang tersayang. Hentikan provokasi, caci maki,kejian, carutan terhadap pemandu atau pengguna jalanraya lain semasa menggunakan kenderaan, tingkatkan tahap kesabaran (dua perkara ini khususnya kepada aku), bawa kenderaan secara berhemah, serta amalkan gaya pemanduan yang bijak dan selamat.
       
            Buat muslimin dan muslimat, aku menyeru agar semasa memandu atau menggunakan kenderaan untuk membaca doa naik kenderaan terlebih dahulu serta banyakkan selawat kepada Rasulullah S.A.W. Pasanglah CD atau kaset-kaset selawat serta bacaan Al-Quran sepanjang perjalanan menuju destinasi. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi perlindungan kepada kita semua.

Monday, August 20, 2012

Thursday, August 16, 2012

Selamat datang, Robin Van Persie !


Notakaki : Robin Van Persie adalah pemain yang berasal dari Belanda/ Holland/ Netherlands yang ketujuh dalam senarai pemain Manchester United. Sebelum ini, pemain Belanda bagi kelab power Manchester United ialah :
Muhren, Arnold (1982-1985)
Cruyff, Jordi(1996-2002)
van der Gouw, Raimond(1996-2002)
Stam, Jaap (1998-2002)
van Nistlerooy, Ruud (2001-2006)
van der Sar, Edwin (2005-2011)

Tuesday, August 14, 2012

Ferdowsi -lelaki disebalik Mars Curiosity

Siapa gerangan mamat ini?

Ini bukan mamat Punk...
Ini juga bukan mat rempit...
Mat gig? bukan juga...
Adakah ini saorang Ultras penyokong bola sepak di Italia? Mungkin ya...mungkin tidak
Ini sama sekali bukan adik David Beckham rambut cacak

Justeru,
Ini Bobak Ferdowsi,
Saorang jurutera NASA
dan juga bekas pelajar MIT

Tahniah, Bobak !


Friday, August 10, 2012

Selamat berbuka puasa (2)


Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T
Besederhanalah kita dalam berbelanja

Ayoh !
Bersama perangi pembaziran makanan
Bersama musuhi pembaziran makanan
Bersama menentang pembaziran makanan
Bersama membenci pembaziran makanan

Ingatlah kepada insan-insan yang diuji dan menempoh malang diluar sana
Semoga kita mendapat pengampunan dari Allah S.W.T

Notakaki : Pada Mac 1993, jurugambar Kevin Carter telah menyertai misi kemanusiaan di Sudan bersama dengan pihak UN. Foto ini telah diambil Carter di perkampungan Ayod, Sudan yang ketika itu hampir seluruh benua Afrika dilanda kebuluran. Foto ini telah memenangi anugerah Pulitzer pada tahun 1994.

Wednesday, August 8, 2012

Negaraku : Sekitar 19 Ramadhan 1433 Hijrah 2012

            Allahuakbar.Macam-macam hal jugak yang berlaku dalam negara aku ni sesekali dapat masa lapang yang banyak kerja di kilang ni. Ni baru baca surat khabar Sinar Harian,belum dari sumber berita lain lagi. Syukur Alhamdulillah negara Malaysia ni kecik, tak adalah nak baca berita banyak sangat. Bayangkan kalau jadi orang Amerika, mau tak banyak berita nak kena baca. Negara Amerika luas, habaq hang. Jenuh jugak nak baca berita-berita dan isu-isu sekitar negara. Kena pulun la macam tu.

            Kesimpulan yang aku boleh buat -berita kemalangan, isu kemiskinan, berita rogol, zina, kena cekup berkhalwat, isu rompakan dan samun, rasuah, isu dadah serta isu warga asing akan menjadi tatapan harian pembaca surat khabar dan media cetak tempatan. Hidangan serta juadah yang cukup berinformasi dan mencuit hati. Sedih , gembira , nak tergelak,geram dan nak mengamok pun ada jugak bila membacanya.



































Ihsan Sinar Harian 7 Ogos 2012