Friday, December 31, 2010

Adios 2010, bienvenido 2011 !!! - edisi 2

       

         "Azan Maghrib sudah berkumandang menandakan Doraemon sudah mau start"...     

        Tak sudah lagi cerita pasal 2010. Aku ada cerita sedih jugak na habaq, tapi, biarlah aku sendiri ja simpan. Biasa lah, muka kena garang, perangai kena kejam, dah la pernah jadi Along, tapi, dalam hati pun kena ada 'taman' jugak bro. Aku minta maaf sangat-sangat pada si "K" kerana telah melukakan hati dia. Aku rasa aku bukan jodoh dia dan dia juga bukan jodoh aku. Em, maklumla, aku bukan biasa benda -benda macam ni, aku fikir masa depan. Ini benda sirius. Lagi serius lagi Blog Serius Obe. Nak tau lebih lanjut, bole la email dengan aku. "Ceh, bajet artis", getus aku sendirian.


       Pertambahan anak dan kelahiran anak sulung juga berlaku dalam 2010. Tak berlaku kat aku, tapi sedara-mara dan member-member, tak kira la member sekolah ka, kerja ka, universiti ka dan lain-lain.Member yang baru dapat anak sulung, kalo tak silap aku, K. Fadhlina, Nadia, Enif, Syahril, Sumathi, Amirul, Nolia, dan sapa-sapa lagi. Member univ, Midie, Razali, ex-housemate aku Hisha, dan sapa-sapa lagi. Member skola, ni aku tak pasti sangat. Yang aku tau, Pidot Azizi je. Yang lain dalam proses ja kut. Paling aku happy sangat-sangat, aku dapat jadi 'Pak Long Mi'. Semua sebab Kak Nur, merangkap kakak saudara aku dapat baby (juga cicit sulung family opah aku belah mak). Comel dan debab sunguh. Khalyssa Wafa nama dia.

Arwah Maklong Kiah tersayang (3 dari kanan) dalam kenangan semasa kenduri kesyukuran Lyssa (July 2010), beberapa bulan sebelum kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya tenang disisi Allah s.w.t. 


       Dalam suka, pasti ada duka. Yang pergi pasti akan kembali menemui Yang Maha Pencipta. Tahun 2010, aku kehilangan seorang yang orang yang aku cintai dan aku sayangi, Mak Long aku. Mana taknya, 2 tahun lebih aku duduk dalam jagaan dia (time darjah 5-6). Seingat aku, ada member keja nama Haseen juga kembali ke rahmatullah dalam bulan April. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Amin.

      
       Kalau pasal kahwin pulak, 2010 memang banyak perkahwinan yang berlangsung dan berlaku dalam hidup orang-orang yang aku kenali dan rapat.Paling diingati, Pak su Ucop aku. Kahwin lagi beb. Naiss la Pak Su. Steady. Banyak lagi yang kahwin, sorry la tak dapat nak cerita satu-satu, tapi aku ingat sebenarnya. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat hendaknya.   

Ok. Aku nak layan Doraemon balik ni. Chiao..




     

Petang Jumaat di ambang 2010

          

           " Motor abang ni teruk ni, kena oberhol ni." ujar Brader Syam.

           " Rasa-rasa abang berapa agak-agak? "

            Brader Syam reply. " Dalam 3 ratus. Tu belum check sproket lagi tu."

Adoi. Parah-parah. Dialog diatas tak ada kena mengena dengan aku pun. Aku saja dengar brader Syam sembang dengan sorang brader lagi dekat bengkel motor Syam tadi lepas solat Jumaat. Aku memang selalu 'repair' dan 'service' motor aku dekat bengkel brader Syam. Maklum la, motor Modenas Kriss 1000cc SE aku tu mana bole repair dekat kedai cikai-cikai. Nak repair mesti dekat bengkel 'standard' yang boleh repair motor Ducati, Honda CBR, BMW, dan Kawasaki je. Ok, tu aku tipu je. Saja je meraban lebih.

        
        Motor Kriss hebat aku tadi aku bawak ke bengkel brader Syam sebab tayar depan pecah. Alang-alang tukar tiub, aku tukar tayar terus sebab tayar aku memang size kecik. Memang 'rare' sikit. Aku tukar tayar 'standard' pulak.Nasib baik motor ni masih berupaya lagi bergerak sejauh 6km dari hospital Kulim ke taman aku walaupun tayar depan dah pecah. Hebat tak hebat. Aku kemudian 'request' brader Syam untuk tukar minyak hitam jugak(yang dah berbulan aku tak ganti, bagero sungguh!).


        Tengah aku ralit tengok brader Syam duk tung tang tung tang, aku ternampak ada sejenis tumbuhan yang berduri. Alamak. Terkenang masa kecik la pulak. Dulu aku selalu main benda ni 'time' darjah-darjah dulu. Baling-baling dekat belakang baju sekolah member tak kira laki atau 'pompuan'. Pastu tengok diorang kena garu-garu sebab benda tu buat jadi gatal sebab dia mencucuk-cucuk. Jahanam sungguh aku ni. Aku pun tak ingat nama apantah pokok ni. Kalo korang tau, boleh la 'roger' aku na.

Tumbuhan ni aku suka main baling-baling dulu dekat belakang baju kengkawan sekolah rendah. Kira macam 'Ninja star' a.k.a Shuriken le bagi aku.


           Brader Syam cakap dia mau tutup awal bengkel motor dia petang ni. Katanya, nak bawak anak bini dia pergi tengok bunga api dekat ambang tahun baru dekat Penang. Layan gak tu. Dia cakap lagi, aritu team futsal dia menang 'tournament' futsal dekat Putrajaya dan dapat hadiah RM 20K. Pergh. Duit tu diorang ade buat kenduri kesyukuran. Venue kenduri dekat Kulim Arena. Dia cakap semua dijemput hadir.

         " Wah, ini sudah bagus", cakap aku. Haha. Apalagi, kalau nak makan free, malam ni pergi serbu Kulim Arena la. Kalo korang nak tau, Kulim Arena tu tempat aku selalu men futsal. Condition ok la jugak. Tak sangka aku yang brader Syam ni 'power' men futsal. Respect2.

         Motor aku dah siap. Sudah bayar and aku dah nak gerak, hujan dah rintik-rintik. Memang ngam-ngam. Aku start motor dan terus merempit ke rumah yang jaraknya dalam 1 kilo lebih dari bengkel brader Syam. Petang hujan-hujan ni sedap cari goreng pisang panas ni...


     

Najib bagi cuti

      

      Bersempena kemenangan sulung team bola sepak Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki yang lalu, PM Najib1M dengan murah hatinya mengumumkan cuti pada 31 Disember ni. Memang kalau tak umum cuti pun aku rasa ramai yang akan 'apply' leave sebab nak balik kampung. Kena pulak 1 hb Januari  hari Sabtu, boleh 'assume' cuti tu di 'carry forward' ke Isnin. Torba-ek la cuti-cuti 1 Malaysia.


      Disebabkan cuti ari Jumaat ni, aku 'plan' memang nak bangun awal sikit dari masa normal. Bukannya apa, teruja aku nak join aktiviti 'Tai Chi ' bersama aunty2 dan Ah So - Ah So dekat taman aku. Selalu aku nak gerak pergi keja dekat sawah padi yang berhampiran dalam pukul 7.50am, aku tengok diorang dah siap2 nak bungkus dah nak balik. "Patut la badan bergetah lagi aunty-aunty ni, kuat tai-chi rupanya", naluri aku berkata.

 
       Paling lawak, bangun-bangun lepas subuh, aku on komputer riba, baca news sikit, alih-alih keluar cerita pasal Markus, penjaga gol Indonesia. Terus aku teringat dekat Ap, cousin Sorfina.  Ap, jangan marah na. Hang lagi hensem dari Markus. Itu aku jamin.



"Kami bukan kembar seiras. Lain bapa dan lain emak. Apa-apapun, kami tetap serumpun", ngomong Markus.



    
 P/s : Jangan marah na Ap, kami semua sayang kamu. Hikhik.

Thursday, December 30, 2010

Adios 2010, bienvenido 2011 !!!

        
         2010 dah nak melabuhkan tirai. Kalau ikut kalendar Hijrah, dah masuk hari yang ke 24 dah dalam bulam Muharam 1432. Camne ni bai, dosa lama dah betaubat ke belum, hutang berlambak lagi keliling pinggang, kahwin tak lagi (nasib baik tunang dah), baju belum seterika, resolution list untuk 2011 belum buat lagi,dan lain-lain lagi.


          Bila check-check balik 2010, aku pikir still banyak benda lagi aku nak kena buat ni. Bungee jumping salah satu daripadanya. Sebagai rakyat marhaen, 2010 bagi aku merupakan zaman penyelarasan taraf hidup. Ya, penyelarasan taraf hidup. Ini disebabkan subsidi gohmen telah dikurangkan, maka penyelarasan harga barang dapat dilakukan. Rasionalisasi subsidi goh-men katanya.Memang shilake dan cukup clitche.

         Aku nak mention dua barangan ni ja, sebab aku memang betul-betul ingat, yang lain tak ingat. Seingat aku, bulan Jan 2010 ada kenaikan harga, kemudian bulan Julai, kemudian naik lagi Disember. Macam haram. Mau 3-4 kali harga barang naik dalam setahun.

 Barang                      Awal 2010                   Akhir 2010
Gula                             RM 1.45          -->      RM 2.10
Petrol RON 95            RM 1.80           -->      RM 1.90
Diesel                           RM 1. xx          -->      RM 1.80
LPG                            RM 1.80/kg       -->     RM 1.90/kg

         Nasib baik aku banyak menghabiskan tahun 2010 dengan makan Maggi. Sep sikit. Tak payah guna gula. Air minum air masak sudah. Kuang kuang kuang.


         2010. Owh, tahun dimana aku berjumpa Sorfina dan tahun yang sama juga mengikat tali pertunangan dengan si dia. Syahdu- syahdu. 13 September, ngam-ngam 5 hari sebelum ulangtahun kelahiran aku yang ke-52. Hadiah paling terbaik dari ladang aku pernah dapat. Ok, nak layan jiwang jap. Jumpa lagi. Chiao.


Jom makan kek. Pekena pulak dengan kopi O kaw memang layan.




Ancaman Julia Perez tidak berkesan, tahniah team Malaysia!!

         
          30 Disember 2010 tarikh bersejarah tercipta lagi.Tahniah team bola sepak Malaysia. Nampaknya taktik 'Coli berlaser Julia Perez' gagal menghalang Malaysia daripada memenangi piala AFF Suzuki yang sulung setelah kejohanan ni start dari tahun 1996 lagi. Tunggu punya tunggu, last2 tahun 2010 Malaysia menang. Dulu 'tournament' ni dikenali sebagai 'Tiger Cup'.



"Yabedabedoo. Bukan setakat kasut emas, piala suzuki Swift pun gua dapat jugak", teriak Safee.



         Aku di Kulim ni hanya menonton siaran langsung dari Bung Karno di rumah. Aku sungguh berasa bangga dengan taktikal bertahan dan 'counter attack' yang dilancarkan. Hasilnya, Safee Sali dapat jugak sumbat gol. Tapi tak bertahan lama, lepas tu Indonesia score pulak 2 bijik, menjadikan aggregat 4-2. Bekalan 3 - 0 di Bukit Jalil nyata tak sia-sia bagi kem Malaysia.


         Taktik ala-ala Mourinho 'The Special One' iaitu 'park the bus' berjaya dipraktikkan dengan baik oleh K Rajagopal. Aku tengok Malaysia dapat bola je terus clear. Possession hampas, control ball hancur, tapi defend memang superb. Kesian Indonesia. Serang bertubi-tubi pun takda hasil. First half steady. 0-0.


          Masuk 2nd half, Indonesia punya angin kuat lagi, tak pancit lagi depa. Serang lagi. Tapi tak juga gol. Last-last minit ~60 Safee Sali sumbat gol cantik hasil 'counter attack'. Padan muka kau Markus botak. Jangan bagi reason sebab laser lagi. Tapi ~10minit lepas tu Indonesia pulak 'score'. Sapentah nama. Lepas tu 'score' lagi. Macam biasa, ala- ala Mourinho, Malaysia main bertahan sampai ke sudah. Wisel ditiupkan tanda tamat sudah permainan. Indonesia 2 - Malaysia 1. Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Yabedabedooo!!!! Rumusan aku untuk match tadi dan  tournament amnya, 2 player Malaysia yang power dan bakal dikenang sebagai 'legend' ialah Safee Sali dan keeper muka Chinese-look, Khairul Fahmi. Di ulang, FAHMI. Tapi aku tak adalah macam Chinese-look, barangkali, Turkeminikistan-look.


          Dalam kegembiraan menyambut kemenangan sulung Malaysia dalam kejohanan ni, usah dilupakan ulangtahun peristiwa tsunami yang berlaku dekat Asia, dan Malaysia khususnya. 26 Disember 2004 dulu Malaysia pernah kena tsunami paling dahsyat. Al-Fatihah  buat keluarga mangsa-mangsa tsunami. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri rahmatNya.




      

Wednesday, December 29, 2010

Ganyang Malaysia, Konfrontasi, buluh runcing, tarian pendet dan Piala Suzuki (swift)

      
       Balik-balik cerita bola. Malam ni pukul 7 pm waktu Malaysia, di stadium Gelora Bung Karno, 2nd leg final Piala Suzuki pulak. Ntah apa yang bakal terjadi malam ni pun aku pun tarak tau. Jom nonton kat TV.

       Lepas insiden laser kat Buki Jalil, aku tak tau ape pulak yang bakal berlaku dekat Bung Karno. What is Bung?? Apa yang aku tau  one of our MP's ada kahwin dengan sorang hawt celebrity and his name is Bung Wahab. Shilake. Lucky you. Tak pernah2 aku tengok sorang MP masuk Melodi pasal gosip artis, tapi kau ni...memang aku salute la.


Selamat pengantin baru, bro Bung. Lucky you. Jaga Kinabatangan elok2 na.



       Aku malas nak cerita lebih2 pasal Safee Sali yang media Indonesia cop dia keturunan Acheh. Apa ada hal? Kita kan serumpun. Kalau macam itu, baik aku claim kita semua asal dari Adam dan Hawa. Tak kesah la dia asal mana pun, janji warganegara yang sah. Yang hebat semua negara hang punya, yang macam Khalid Jamlus tak mau pulak korang claim asal dari Yogjakarta. Nate sungguh.

       Baca Metro semalam lepas main futsal lagi cam haram. Aku jarang baca Metro, kalau baca pun sebab ruangan sukan je. Cover page memang tajuk dia bagai. Content hancur dan non-value added. Tapi bagus jugak la, at least bawak sumber berita yang lain dari yang lain. Haha. Tajuk depan semalam, selain pasal media Indonesia kutuk team bola sepak Malaysia, ada tajuk yang second besar. Pasal Julia Perez.

      Pertama kali aku dengar nama Julia Perez ni. Tajuk  Metro semalam (cover depan),'Hati-hati serangan Coli Laser Julia Perez'. Waddafak. Macam haram sungguh. Pastu ada muka Julia Perez. Lawa jugak. Mekap tebal je kut aku rasa, kalau tak, hancur je kut sama dengan boyan-boyan yang lain. Nak tau lebih lanjut pasal Julia Perez, sila Google sendiri na. Tengok gambar dia yang kain tak cukup pun boleh. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Haha.

      Apa - apa pun, semoga berjaya pasukan bola sepak Malaysia. Jangan lupa doa dan solat dah la. Korang tu boleh buat jamak.





        

Tuesday, December 28, 2010

Combo gift

          
        Ahad malam aritu aku tengok Malaysia lawan Indonesia Piala Suzuki. Disebabkan aku ni bukan seorang Ultras team M'sia, tengok dekat rumah sambil di kiri dan kanan aku ada bantal sudah memadai. Aku jugak ada bancuh teh'o panas buat pembasah tekak.

         Malam tu just aku dengan Pakchad je ada dekat rumah. Acap pi Kay-Ell, Jeri pula entah kemana. Terengganu rasanya, khabarnya menunggu penyu mendarat. Berbalik pada game tadi, kitorang tak buka saluran 801 sebab komentar dia yang tak menghiburkan. Dato' Hasbullah Awang tetap pengulas sukan terbaik bagi aku, walaupun sentiasa mendapat cemuhan aku juga. Terhibur dan geli perut aku mendengar komentar beliau.

       Malaysia bermain begitu cemerlang sekali. Aku tanya Sorfina. "Kamu tengok tv cerita apa?" .Respon dia "Tengok Grey's Anatomy!". Lulz. Ah, biarkan. Setiap individu punyai minat masing-masing.

        Malam itu tengok game memang puas. 3 kali aku menjerit (sebab 3 kali gol), dan serentak dengan itu anjing jiran aku, Aunty Chia turut menyalak, seakan-akan megetahui pasukan Malaysia menjaringkan gol. Puas aku malam itu. Tapi, bagaimana pula nasib-nasib warga Indonesia di sini? Adakah mereka akan ambil MC daripada bekerja keesokan harinya akibat kekalahan itu? Siapa pula yang akan meyusun batu-bata, menyiapkan kerja bancuh simen dan lain-lain lagi? persoalan itu yang bermain-main dalam bicara post match aku dan Pakchad.

       Paling aku ingat kat game tadi eksiden pancaran laser ke arah keeper Indoesia, Markus. Dah la botak, mana tak berkilat kepala dia bila kena. Disebabkan dia claim yang penonton still duk laser kat dia, referee stop game ~5 minit. Lahanat betul. Bagus jugak. Bole aku bergayut kejap.


Terima kasih abangku Wenger atas tunjuk ajarmu. Akhirnya adik berjaya menumpaskan Indonesia.

******


        11 p.m. Malam yang sama. Aku marathon pulak tengok game Manchester United. Malam tu bekas anak buah Ferguson, Steve Bruce bertandang balik ke Theatre of Dreams. Berbekalkan kemenangan 3-0 lalu Sunderland ke atas Chelsea, team Bruce ni bukanlah boleh dipandang remeh. Silap-silap, United bakal berdepan nasib sama dengan Indonesia.

        2 a.m. Game habis. Result, United 2- Sunderland telur ayam dibasuh. Nasib baik si Bebal-betov tu score. Game memang best tak hengat. Terpegun aku sambil membandingkan dengan gaya permainan Malaysia beberapa jam lalu.


******

        Owh. Kealpaan aku terhadap bola membuatkan aku terlupa untuk meng-wish Happy Birthday kepada Sorfina. Bukan maksud ku untuk terlupa, tetapi esok kan masih ada untuk kita keluar meng-selebretkan bersama. Alamak, birthday gift ? Mana aku nak pi beli pagi-pagi buta ni ? terlupa. Aiseh.

******

        4 a.m. Aku terbangun. Bukan tersengaja ataupun ingin semayang tahajud ataupun membuang cecair urea, tapi dek teringatkan so-called Big game antara Arsenal dan Chelsea. Memang dua-dua aku tak sokong pun, tapi dek kerana semangat bola itu sfera, aku tetap nak nonton juga.

       Berbaloi. Dapat gift lagi. Arsenal 3 - Chelsea 1. Another 1 more Boxing Day match esok. Enjoy.



p/s : Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (secara langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat akan Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (seperti sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman". [Al-Aaraf, 143 ]