2010 dah nak melabuhkan tirai. Kalau ikut kalendar Hijrah, dah masuk hari yang ke 24 dah dalam bulam Muharam 1432. Camne ni bai, dosa lama dah betaubat ke belum, hutang berlambak lagi keliling pinggang, kahwin tak lagi (nasib baik tunang dah), baju belum seterika, resolution list untuk 2011 belum buat lagi,dan lain-lain lagi.
Bila check-check balik 2010, aku pikir still banyak benda lagi aku nak kena buat ni. Bungee jumping salah satu daripadanya. Sebagai rakyat marhaen, 2010 bagi aku merupakan zaman penyelarasan taraf hidup. Ya, penyelarasan taraf hidup. Ini disebabkan subsidi gohmen telah dikurangkan, maka penyelarasan harga barang dapat dilakukan. Rasionalisasi subsidi goh-men katanya.Memang shilake dan cukup clitche.
Aku nak mention dua barangan ni ja, sebab aku memang betul-betul ingat, yang lain tak ingat. Seingat aku, bulan Jan 2010 ada kenaikan harga, kemudian bulan Julai, kemudian naik lagi Disember. Macam haram. Mau 3-4 kali harga barang naik dalam setahun.
Barang Awal 2010 Akhir 2010
Gula RM 1.45 --> RM 2.10
Petrol RON 95 RM 1.80 --> RM 1.90
Diesel RM 1. xx --> RM 1.80
LPG RM 1.80/kg --> RM 1.90/kg
Nasib baik aku banyak menghabiskan tahun 2010 dengan makan Maggi. Sep sikit. Tak payah guna gula. Air minum air masak sudah. Kuang kuang kuang.
2010. Owh, tahun dimana aku berjumpa Sorfina dan tahun yang sama juga mengikat tali pertunangan dengan si dia. Syahdu- syahdu. 13 September, ngam-ngam 5 hari sebelum ulangtahun kelahiran aku yang ke-52. Hadiah paling terbaik dari ladang aku pernah dapat. Ok, nak layan jiwang jap. Jumpa lagi. Chiao.
Jom makan kek. Pekena pulak dengan kopi O kaw memang layan.
No comments:
Post a Comment