"Azan Maghrib sudah berkumandang menandakan Doraemon sudah mau start"...
Tak sudah lagi cerita pasal 2010. Aku ada cerita sedih jugak na habaq, tapi, biarlah aku sendiri ja simpan. Biasa lah, muka kena garang, perangai kena kejam, dah la pernah jadi Along, tapi, dalam hati pun kena ada 'taman' jugak bro. Aku minta maaf sangat-sangat pada si "K" kerana telah melukakan hati dia. Aku rasa aku bukan jodoh dia dan dia juga bukan jodoh aku. Em, maklumla, aku bukan biasa benda -benda macam ni, aku fikir masa depan. Ini benda sirius. Lagi serius lagi Blog Serius Obe. Nak tau lebih lanjut, bole la email dengan aku. "Ceh, bajet artis", getus aku sendirian.
Pertambahan anak dan kelahiran anak sulung juga berlaku dalam 2010. Tak berlaku kat aku, tapi sedara-mara dan member-member, tak kira la member sekolah ka, kerja ka, universiti ka dan lain-lain.Member yang baru dapat anak sulung, kalo tak silap aku, K. Fadhlina, Nadia, Enif, Syahril, Sumathi, Amirul, Nolia, dan sapa-sapa lagi. Member univ, Midie, Razali, ex-housemate aku Hisha, dan sapa-sapa lagi. Member skola, ni aku tak pasti sangat. Yang aku tau, Pidot Azizi je. Yang lain dalam proses ja kut. Paling aku happy sangat-sangat, aku dapat jadi 'Pak Long Mi'. Semua sebab Kak Nur, merangkap kakak saudara aku dapat baby (juga cicit sulung family opah aku belah mak). Comel dan debab sunguh. Khalyssa Wafa nama dia.
Arwah Maklong Kiah tersayang (3 dari kanan) dalam kenangan semasa kenduri kesyukuran Lyssa (July 2010), beberapa bulan sebelum kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya tenang disisi Allah s.w.t.
Dalam suka, pasti ada duka. Yang pergi pasti akan kembali menemui Yang Maha Pencipta. Tahun 2010, aku kehilangan seorang yang orang yang aku cintai dan aku sayangi, Mak Long aku. Mana taknya, 2 tahun lebih aku duduk dalam jagaan dia (time darjah 5-6). Seingat aku, ada member keja nama Haseen juga kembali ke rahmatullah dalam bulan April. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Amin.
Kalau pasal kahwin pulak, 2010 memang banyak perkahwinan yang berlangsung dan berlaku dalam hidup orang-orang yang aku kenali dan rapat.Paling diingati, Pak su Ucop aku. Kahwin lagi beb. Naiss la Pak Su. Steady. Banyak lagi yang kahwin, sorry la tak dapat nak cerita satu-satu, tapi aku ingat sebenarnya. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat hendaknya.
Ok. Aku nak layan Doraemon balik ni. Chiao..
No comments:
Post a Comment