Ahad malam aritu aku tengok Malaysia lawan Indonesia Piala Suzuki. Disebabkan aku ni bukan seorang Ultras team M'sia, tengok dekat rumah sambil di kiri dan kanan aku ada bantal sudah memadai. Aku jugak ada bancuh teh'o panas buat pembasah tekak.
Malam tu just aku dengan Pakchad je ada dekat rumah. Acap pi Kay-Ell, Jeri pula entah kemana. Terengganu rasanya, khabarnya menunggu penyu mendarat. Berbalik pada game tadi, kitorang tak buka saluran 801 sebab komentar dia yang tak menghiburkan. Dato' Hasbullah Awang tetap pengulas sukan terbaik bagi aku, walaupun sentiasa mendapat cemuhan aku juga. Terhibur dan geli perut aku mendengar komentar beliau.
Malaysia bermain begitu cemerlang sekali. Aku tanya Sorfina. "Kamu tengok tv cerita apa?" .Respon dia "Tengok Grey's Anatomy!". Lulz. Ah, biarkan. Setiap individu punyai minat masing-masing.
Malam itu tengok game memang puas. 3 kali aku menjerit (sebab 3 kali gol), dan serentak dengan itu anjing jiran aku, Aunty Chia turut menyalak, seakan-akan megetahui pasukan Malaysia menjaringkan gol. Puas aku malam itu. Tapi, bagaimana pula nasib-nasib warga Indonesia di sini? Adakah mereka akan ambil MC daripada bekerja keesokan harinya akibat kekalahan itu? Siapa pula yang akan meyusun batu-bata, menyiapkan kerja bancuh simen dan lain-lain lagi? persoalan itu yang bermain-main dalam bicara post match aku dan Pakchad.
Paling aku ingat kat game tadi eksiden pancaran laser ke arah keeper Indoesia, Markus. Dah la botak, mana tak berkilat kepala dia bila kena. Disebabkan dia claim yang penonton still duk laser kat dia, referee stop game ~5 minit. Lahanat betul. Bagus jugak. Bole aku bergayut kejap.
Terima kasih abangku Wenger atas tunjuk ajarmu. Akhirnya adik berjaya menumpaskan Indonesia.
******
11 p.m. Malam yang sama. Aku marathon pulak tengok game Manchester United. Malam tu bekas anak buah Ferguson, Steve Bruce bertandang balik ke Theatre of Dreams. Berbekalkan kemenangan 3-0 lalu Sunderland ke atas Chelsea, team Bruce ni bukanlah boleh dipandang remeh. Silap-silap, United bakal berdepan nasib sama dengan Indonesia.
2 a.m. Game habis. Result, United 2- Sunderland telur ayam dibasuh. Nasib baik si Bebal-betov tu score. Game memang best tak hengat. Terpegun aku sambil membandingkan dengan gaya permainan Malaysia beberapa jam lalu.
******
Owh. Kealpaan aku terhadap bola membuatkan aku terlupa untuk meng-wish Happy Birthday kepada Sorfina. Bukan maksud ku untuk terlupa, tetapi esok kan masih ada untuk kita keluar meng-selebretkan bersama. Alamak, birthday gift ? Mana aku nak pi beli pagi-pagi buta ni ? terlupa. Aiseh.
******
4 a.m. Aku terbangun. Bukan tersengaja ataupun ingin semayang tahajud ataupun membuang cecair urea, tapi dek teringatkan so-called Big game antara Arsenal dan Chelsea. Memang dua-dua aku tak sokong pun, tapi dek kerana semangat bola itu sfera, aku tetap nak nonton juga.
Berbaloi. Dapat gift lagi. Arsenal 3 - Chelsea 1. Another 1 more Boxing Day match esok. Enjoy.
p/s : Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (secara langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat akan Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (seperti sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman". [Al-Aaraf, 143 ]
No comments:
Post a Comment