30 Disember 2010 tarikh bersejarah tercipta lagi.Tahniah team bola sepak Malaysia. Nampaknya taktik 'Coli berlaser Julia Perez' gagal menghalang Malaysia daripada memenangi piala AFF Suzuki yang sulung setelah kejohanan ni start dari tahun 1996 lagi. Tunggu punya tunggu, last2 tahun 2010 Malaysia menang. Dulu 'tournament' ni dikenali sebagai 'Tiger Cup'.
"Yabedabedoo. Bukan setakat kasut emas, piala suzuki Swift pun gua dapat jugak", teriak Safee.
Aku di Kulim ni hanya menonton siaran langsung dari Bung Karno di rumah. Aku sungguh berasa bangga dengan taktikal bertahan dan 'counter attack' yang dilancarkan. Hasilnya, Safee Sali dapat jugak sumbat gol. Tapi tak bertahan lama, lepas tu Indonesia score pulak 2 bijik, menjadikan aggregat 4-2. Bekalan 3 - 0 di Bukit Jalil nyata tak sia-sia bagi kem Malaysia.
Taktik ala-ala Mourinho 'The Special One' iaitu 'park the bus' berjaya dipraktikkan dengan baik oleh K Rajagopal. Aku tengok Malaysia dapat bola je terus clear. Possession hampas, control ball hancur, tapi defend memang superb. Kesian Indonesia. Serang bertubi-tubi pun takda hasil. First half steady. 0-0.
Masuk 2nd half, Indonesia punya angin kuat lagi, tak pancit lagi depa. Serang lagi. Tapi tak juga gol. Last-last minit ~60 Safee Sali sumbat gol cantik hasil 'counter attack'. Padan muka kau Markus botak. Jangan bagi reason sebab laser lagi. Tapi ~10minit lepas tu Indonesia pulak 'score'. Sapentah nama. Lepas tu 'score' lagi. Macam biasa, ala- ala Mourinho, Malaysia main bertahan sampai ke sudah. Wisel ditiupkan tanda tamat sudah permainan. Indonesia 2 - Malaysia 1. Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Yabedabedooo!!!! Rumusan aku untuk match tadi dan tournament amnya, 2 player Malaysia yang power dan bakal dikenang sebagai 'legend' ialah Safee Sali dan keeper muka Chinese-look, Khairul Fahmi. Di ulang, FAHMI. Tapi aku tak adalah macam Chinese-look, barangkali, Turkeminikistan-look.
Dalam kegembiraan menyambut kemenangan sulung Malaysia dalam kejohanan ni, usah dilupakan ulangtahun peristiwa tsunami yang berlaku dekat Asia, dan Malaysia khususnya. 26 Disember 2004 dulu Malaysia pernah kena tsunami paling dahsyat. Al-Fatihah buat keluarga mangsa-mangsa tsunami. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri rahmatNya.
No comments:
Post a Comment