Friday, November 2, 2012

Renungan Jumaat


        Saorang anak muda duduk di masjid menunggu khutbah Jumat, melihat dengan tidak begitu senang kepada kotak sumbangan yang di tolak ke arahnya.

Dia membuka dompetnya dan memilih-milih wang yang terkecil untuk disumbangkan.

Dengan berat hati dia memasukkan wang 10 sen .- ke kotak tabung masjid.

Sebelum dia menolak kotak itu ke sebelah, seorang org tua di belakang menepuk bahunya, dan memberikan dua keping wang kertas RM50.

Dia terkesima dan hairan, tapi dia segera memasukkan dua keping wang kertas tersebut ke tabung masjid, dan menolaknya ke jemaah berikutnya.

Dia menoleh ke orang tua tersebut dan berkata: “Banyak sangat bagi duitnya pakcik, sikit-sikit sudahlah, sayang plak rasanya nanti?”

Orang tua tersebut tersenyum dan menggeleng ramah, dan mengatakan: “Bukan begitu dik, itu tadi duit adik yang jatuh dari dompet.”

"Apa???"

******

p/s : Jom banyakkan menginfak harta ke jalan Allah S.W.T. Peringatan untuk diri aku terutamanya.

Sumber : Koleksi printscreen Ustaz Azhar Idrus

No comments:

Post a Comment